Ayuh, kita jayakan program tautan ukhuwwah ini... Ajak sahabat-sahabat dan adik-adik semua.. Jumpa di sana.. (^_^)
Rezeki
Isnin, 30 November 2009
PENGUMUMAN
Ayuh, kita jayakan program tautan ukhuwwah ini... Ajak sahabat-sahabat dan adik-adik semua.. Jumpa di sana.. (^_^)
ALHAMDULILLAH
Rabu, 25 November 2009
Ujian tanda kasih sayang ALLAH
Semoga sahabiah kesayangan dan keluarga tabah menghadapi ujian dari ALLAH..
Oh ye, nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA kepada semua.. Selamat bercuti.. Kepada perantau-perantau yang akan pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati.. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi... Jaga diri, iman, amal, akhlak, ISLAM..
Sebelum mengundurkan diri, jangan lupa....
Isnin, 23 November 2009
KEMPEN TUTUP AURAT
PANDUAN LENGKAP BUAT MUSLIMAH..
BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.. JOM RAIH CINTA ALLAH..
Muslimat yang dikasihi kerana ALLAH, jagalah auratmu sebaik mungkin.. sesungguhnya dirimu amat berharga.. (^_~)
Masa amat mencemburui kita... Ya ALLAH, bantulah hambaMU.. aminn
****************************
Luqman pernah berkata kepada anaknya: "Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati."
Katanya lagi : "Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamuakan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini.
9. Sesungguhnya dunia ini sedikit saja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Sementara, umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
Jumaat, 20 November 2009
ILMU
Riwayat al-Bazzar
Khamis, 19 November 2009
Permata yang kian bersinar
Ummul Kitab
Sebelum Zohor ni, ana nak ambil sedikit kesempatan, sementara masih ada, untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan antum semua.. Iaitu berkenaan dengan Surah yang paling utama dalam Kalamullah, iaitu, surah Al-Fatihah..
Sepertimana yang kita semua tahu, membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat solat adalah salah satu daripada rukun solat itu sendiri. Kalau dah dinamakan rukun, JIKA sekiranya kita tak buat, maka, tidak sah amalan yang kita itu... Ana agak beruntung, dan bersyukur sangat kerana ada inisiatif dari Naqibah ana, iaitu Kak Dila dan Kak Safuraa yang telah memaksa kami untuk menghafal makna ayat-ayat dalam surah tersebut.. Tempoh masa seminggu yang diberikan untuk menghafal, digunakan sebaik mungkin.. (^_^). Alhamdulillah, kesannya sampai sekarang kami, anak-anak usrah kumpulan Kak Dila dan Kak Sa, ingat makna ayat-ayat dalam surah tu.. Dan ana juga telah mengambil langkah yang sama sepertimana naqibah ana lakukan, iaitu, ana telah mengamanahkan anak-anak usrah ana untuk menghafal dan memahami makna perkataan dan ayat dalam surah Al-Fatihah.. Alhamdulillah, adik-adik juga dapat melakukannya dengan baik.. Malah, mampu mewujudkan satu halaqoh untuk membincangkan dan menghuraikan maksud tersurat dan tersirat surah tersebut. Alhamdulillah, ana bersyukur sangat. Moga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas semua makhluk.. aminn..
Dikesempatan ini, marilah kita sama-sama menghayati maksud ayat-ayat tersebut.. Bila dah tau makna, lagi senang kita nak menghayati, kan?
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Rabu, 18 November 2009
(^_~).. nota buat mujahidah
Dua, tiga, empat dan kebanyakan post kebelakangan ni agak berbaur rasa hati, luahan perasaan.. ALLAHUAKBAR.. Ya Mujahidah, sampaikanlah olehmu walau satu ayat.. Hmm, insya'ALLAH, hari ni, nak kurangkan sikit luahan perasaan ni.. (^_^)
Hari Raya Qorban hanya tinggal beberapa hari saja lagi.. Kalau di Kelantan misalnya, Hari Raya Qurban disambut lebih meriah berbanding Hari Raya Puasa.. Sebabnya?? Wallahua'lam.. Ana pun kurang pasti.. Hehe.. Tapi, yang penting, ana tetap nak sambut Hari Raya dengan keluarga di kampung.. Jom balik Kelantan.. (^_^)..
Rindunya hati ni nak balik kampung.. Jumpa Mek, Ayah, Atiq bucuksss... Hehe.. Tak sabar dah ni... Ya ALLAH, permudahkanlah..
Hari Raya Qorban adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t... Subhanallah, seorang bapa sanggup mengorbankan anaknya sendiri, dan seorang anak sanggup membiarkan dirinya menjadi korban.. Kerana apa? KERANA IA ADALAH PERINTAH ALLAH S.W.T. Betapa hebatnya keimanan Nabi-nabi ALLAH.. Kita sekarang nak berkorban masa pun dah ramai yang tak sanggup.. Nak mintak korban duit pun ada yang mengeluh... Inikan pula nak mintak korban diri dan anak.. Ya ALLAH, kerdilnya diri ini dipandanganMU. Layakkah diri ini mendambakan syurgaMU? malu pada diri...
*****************************
ALLAHU RABBI..
Alhamdulillah kerana hari ini, ana masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM, serta diberi kesempatan untuk terus bersama mengabdikan diri kepada yang maha ESA. Harga sebuah pengorbanan.. Ana amat tertarik dengan tajuk perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Ust.Yusaini Yahya dalam kursus kepimpinan yang ana hadiri 7-8 November 2009 yang lalu..
Pengorbanan.. Rasanya tak sah kalau kita sebut perjuangan tanpa sebuah pengorbanan. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, memang sentiasa memerlukan pengorbanan. Andaikatalah kita lapar, kita akan cari makanan. Nak dapatkan makanan, mestilah keluarkan duit, kan? Itu juga merupakan pengorbanan. (^_^)
"Tiada kemenangan dalam perjuangan tanpa pengorbanan"- Ust.Yusaini Yahya.
Itu adalah antara bait kata Ust.Yusaini dalam membicarakan tentang pengorbanan dalam perjuangan. Betul, masakan kita mampu memperoleh kemenangan dengan mudah tanpa mengorbankan apa-apa. Kalau kita tengok sejarah, semasa Rasulullah mula-mula memulakan penyebaran ISLAM, betapa banyak pengorbanan yang Baginda lakukan demi memastikan kelangsungan penyebaran ISLAM di bumi ini.. Macam mana dengan kita? Apa pengorbanan yang telah kita lakukan? Muhasabahlah.
Sepanjang menyusuri jalan dakwah ini, sememangnya terlalu banyak pengorbanan yang telah, sedang dan akan dilalui.. Teringat suatu ketika dulu, disaat diri ini mula bertukar identiti, suara-suara yang sentiasa bergema disekeliling amat menusuk perasaan.. Namun, itu semua terpaksa dipendamkan. Walaupun pada saat itu, hanya ALLAH yang tahu betapa peritnya hati ini untuk terus bertahan. Kononnya pemakaian ana tidak sesuai untuk seorang bakal setiausaha. Seorang setiausaha haruslah berpakaian kemas, menarik perhatian dan sentiasa up to date. Perlu ke? Apa yang ana tahu, ISLAM menggariskan bahawa pemakaian seorang muslimat haruslah menutup aurat, seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, kenapa ana perlu mengikut pemakaian orang sekarang, yang lebih banyak mendedahkan anggota-anggota badan?
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (dada-dada) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)"
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)
Jadi, biarlah apa saja kata orang sekeliling, innallaha ma'a ana.. PASTI!! Sekarang ni, ana sering membayangkan.. Sekiranya dulu ana tidak bertegas dengan keputusan ana untuk berubah, adakah ana akan jadi seperti sekarang? Sekiranya ana tidak bersedia untuk berkorban, adakah ana akan jadi seperti sekarang? Adakah ana akan berada di medan dakwah ini? Ya ALLAH, aku bersyukur kerana terpilih untuk sama-sama memiliki hidayahMU. Pandulah kami Ya ALLAH..
Seringkali juga hati ini tergelincir.. Rasa lemah dalam perjuangan.. Tapi, ingatlah wahai diri, Kamu ADALAH DAEI.. Kalau dulu kamu sanggup menghadapi segala tohmahan, segala kritikan, tapi kenapa sekarang harus merasa lemah? Kenapa duhai daei? Kalau merasakan diri telah banyak berkorban dan terkorban, adakah kamu sudah melihat dan mengira pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat terdahulu? Sudahkah kamu merasai pengorbanan insan-insan disekeliling kamu? Pengorbanan seorang ayah dan ibu yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi.. Pengorbanan seorang guru yang terpaksa meninggalkan anak isteri demi memberi ilmu kepada pelajarnya.. Pengorbanan seorang doktor yang sering bekerja tanpa sempadan masa.. Pengorbanan tentera-tentera yang sentiasa menjaga keselamatan tanah air.. Pengorbanan para ilmuan demi memastikan ilmu itu dapat disebarkan.. ALLAHUAKBAR.. Tak terhitung.. Tak setanding pun dengan apa yang kita dah lakukan... Mengapa masih ada lagi keluh kesah dalam tutur bicaramu? Hingga kadangkala tergambar pada perlakuanmu? Bangkitlah demi agama yang kamu cintai.. Sebarkanlah dakwah.. Katakanlah, ISLAM ITU INDAH.. Ajaklah manusia ke arah kebaikan.. Didiklah hati kamu dan mereka agar bencikan kemungkaran.. Berusahalah.. Mujahadahlah wahai mujahidah..
Bukanlah ana berniat untuk menjaja pengorbanan yang ana lakukan.. Sekadar peringatan kepada diri sendiri yang lupa akan sejarah perubahan.. Semoga kita semua terus dibawah lembayung rahmatNYA.. Aminnn..
Sebelum terlupa.. Jom jayakan KEMPEN TUTUP AURAT.. Tanpa tempoh masa.. 24 Jam berkuat kuasa.. Muslimat yang dikasihi kerana ALLAH, jagalah auratmu sebaik mungkin, sesempurna mungkin.. Ana sayangkan antum...
*sampaikanlah olehmu walau satu ayat.. "kalau tak mampu ambil semua, janganlah dikau meninggalkan semuanya"
salam ukhuwwah fillah... (^_^).. wassalam
Selasa, 17 November 2009
Segala puji bagi ALLAH
Isnin, 16 November 2009
ALLAHU RABBI
(Abdullah bin Mas'ud r.a)
Khamis, 12 November 2009
(^_^)
*************************************
"ORANG MUKMIN ADALAH BERSAUDARA, OLEH ITU IA TIDAK BOLEH MENINGGALKAN MEMBERI NASIHAT PADA SETIAP MASA: (Hadith Riwayat Ibnu Najar)
Selasa, 10 November 2009
mintak tolong sahabat2
Apa khabar hari ni? Moga sentiasa dalam limpahan rahmatNYA, insya'ALLAH...
Tadi ada ustaz cakap, sambil2 kita bacakan Al-Fatihah dan Ayat Qursy, niat dalam hati semoga bacaan kita ni mampu jadi penawar untuk orang2 disekeliling kita...
"Doa adalah senjata bagi orang mukmin. .. Dan setiap mukmin adalah bersaudara", kan? jadi, kita pakat2 doakan saudara2 kita ye... Sekali lagi ana nak ucapkan terima kasih.. wassalam
Isnin, 9 November 2009
redha ALLAH yang kucari
seringkali hati ini diuji
layakkah mengeluh buat kesekian kalinya?
aku malu, malu pada diri sendiri
malu pada anak kecil,
aku???
manangis tanpa sebab...
Seringkali juga hati ini meronta minta difahami
tapi siapa yang mendengarnya?
bila ia merintih keseorangan
hanya airmata jadi peneman..
Tidak, bukan ini yang seharusnya
tidak, sekalipun tidak mungkin
Aku harus kuat
bangkit mengharungi semua ujian ini
Ya, aku harus kuat
aku bukan yang lemah
bukankah ALLAH telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian?
Hati, engkau adalah milik Yang Esa
yang maha adil lagi bijaksana
janganlah engkau mudah layu dengan dunia ini
yakinlah, ALLAH bersama kita sentiasa!!!
Jumaat, 6 November 2009
puteriku...mengertilah
Apa khabar saudara-saudara seakidah yang dikasihi kerana ALLAH? Apa khabar iman antum hari ini? Apa khabar ibu ayah antum hari ini? Semoga semuanya dilimpahi rahmat dari Ilahi, insya'ALLAH.
Muslimah yang disayangi,
dalam kita meniti arus kehidupan di bunia ini, pastinya berjuta halangan dan ujian menghambat diri. Seringkali juga kita rebah, tak mampu menanggung semua ujian itu. Dan adakalanya, kita merasakan bahawa kita telahpun kecundang, dan tidak mampu lagi untuk bangkit semula.
Sedarlah duhai puteri kesayanganku,
hari ini bukanlah semudah semalam untuk bergelar seorang insan sempurna. Banyak yang perlu dikorbankan dan banyak jugga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah terus memaksa untuk menyerah. Ada masanya melangkah penuh gagah, dan pastinya setiap langkah itu memerlukan pengorbanan dan kesanggupan. Menuntut berjuta kesabaran dan airmata.
Selagi prinsip hidup berada dilandasan yang betul, usah gusar pada ujian anugerah tuhan. Anggaplah sesekali diduga itu sekadar jambatan untuk mematangkan fikiran dan mengajar kita untuk bangun menjadi sesempurna insan.. (^_^)
"Jika ada 1000 orang pejuang, aku adalah satu diantara mereka.. Jika tinggal 100 orang, aku tetap bersama mereka.. Jika bersisa 10 orang, akulah diantaranya. Malah, jika hanya tinggal seorang pejuang, Dia adalah AKU" - As-syahid Imam Hassan Al-Banna..
Khamis, 5 November 2009
ALHAMDULILLAH
SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK- SIRI 1
Program ini akan berlangsung pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang, insya'ALLAH, kita akan solat Zohor berjemaah... (^_^)
Seminar ini akan berlangsung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC..
JUMPA DI SANA.... (^_^)
(PROGRAM NI TERBUKA UNTUK SEMUA, TIDAK MENGIRA USIA DAN JANTINA)
Rabu, 4 November 2009
ayah kesayangan
Assalamua'laikum..
alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan ISLAM.. alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam..
Hari ni, ada beberapa perkara yang bermain di fikiran... Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepadaku.. Seringkali hati ini diuji, dan seringkali juga tersungkur dipangkuanMU.. Jauh disudut hatiku, aku mengharapkan kekuatan.. Kurniakanlah kepadaku kesabaran, agar dapat kulalui semua ini dengan hati yang tenang dan membuat keputusan yang tepat.
Esok (5 nov 2009), ayah ana akan ke Hospital Kota Bharu.. Menjalani satu pembedahan kecil (barangkali), untuk memasukkan satu alat (ana juga tidak pasti apa nama alat tersebut) bagi melakukan rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggangnya untuk berfungsi secara normal. Semoga ALLAH berikan kekuatan dan kesabaran kepada ayah untuk menghadapi ujian yang datang tak henti-henti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Juga kepada ibu ana yang sentiasa setia disamping ayah.. Semoga ujian ini menjadi kifarah dosa dan pemangkin kemantapan iman kita semua, insya'ALLAH...
Ayah,
insan istimewa dalam hidup ana.. Selalu melayan karenah ana yang teramat manja. Tidak pernah sekalipun ana dirotan atau dipukul oleh ayah, cukup sekadar nasihat dan pandangan istimewa (yang menyebabkan kami adik beradik kecut perut. (^_~).. Sepanjang tempoh 66 tahun kelahirannya ke dunia ini, pada umur 61 tahun (2004), barulah ayah diuji dengan masalah kesihatan.. Pertama kali dalam sejarah hidup ayah, dimasukkan ke wad.. 30 hari terlantar, dan hanya mampu sesekali merangkak dari bilik ke ruang tamu (kerana tumitnya yang terpaksa dipotong/penyakit diabetes yang agak kronik, sememangnya telah menjadi antara ujian yang agak berat kepada ayah (sebab dah biasa melangkah bebas).. Bermula dari saat itu, satu persatu ujian menimpa.. keluar masuk wad setiap 2minggu.. Pada tahun 2007, ayah hampir sahaja hilang daya penglihatannya (doktor mengatakan bahawa kuman telah menjangkiti sarafnya dan merebak ke otak).. Daya ingatan ayah juga agak terganggu.. Ayah sudah tidak mengenali anak-anak, isteri, cucu dan orang sekeliling.. Semuanya terganggu. Ana masih ingat disaat ana menyuapkan sup ayam kepada ayah, ayah bertanya kepada ana, apa yang ana suapkan? ana katakan padanya, ana suapkan sup ayam kampung.. "Oh, macam ni ye rasa sup ayam.. masin.. Sup memang rasa masin ke? Semua sup rasa macam ni ke?"Ayah menyoal bertalu-talu.. Ana dan mak tersenyum, dalam masa yang sama, airmata ini mengalir membasahi pipi..ujian yang agak berat buat kami sekeluarga.. Ayah tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan seperti.. Dan yang lebih menyedihkan kami, doktor mengatakan bahawa hidup ayah bergantung kepada dirinya sendiri. Setakat mana dia mampu bertahan.. Otaknya jugak sudah tidak mampu untuk menerima sebarang input baru.. Semuanya terbatas.. Doktor mengibaratkan otak ayah sekarang bagaikan memori yang telah penuh.. Sudah tidak boleh diisi dengan maklumat lain, hanya mampu mengakses maklumat yang sedia ada.. (^_^), itulah ayah kesayanganku..
Sepanjang 2007-2008, tahun terakhir pengajian ana, sememangnya sering dihimpit rasa takut.. Betul, ajal maut ketentuan ALLAH.. Tapi, ana masih tidak mampu untuk menerima seandainya ajal menjemput ayah disaat itu.. Hanya doa yang mampu mengiringi.. saat demi saat, keadaan ayah agak positif. Alhamdulillah, sekarang, ayah sudah mampu mengenali kami semua.. Walaupun adakalanya dia akan terbaring lemah beberapa hari tanpa kata-kata, dan ada saatnya dia tidak mampu membuka mata, kami bersyukur kerana dia masih bersama kami didunia ini. Masih mampu mamberikan kata-kata penyuntik semangat kepada anak-anaknya, masih lagi tersenyum gembira disaat kami berkumpul di hadapannya... Ya ALLAH, izinkan kami untuk terus merasai kasih sayang seorang ayah... Perkenankanlah doa kami Ya ALLAH.
fakta mengenai buah pinggang
sumber : http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1716787-fakta-yang-perlu-anda-tahu/
Buah pinggang merupakan organ yang amat penting dalam sistem badan seorang manusia. Selepas otak dan jantung yang berfungsi untuk membolehkan manusia terus hidup, manusia bergantung kepada buah pinggang dalam menjamin kehidupan yang lebih sempurna.
Ini kerana buah pinggang amat penting terutamanya dalam mengawal kandungan air di dalam badan seorang manusia. Dalam artikel pada kali ini, saya mengambil maklumat dalam internet demi mengkaji simptom atau lebih mudah kita melihat tanda-tanda yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan buah pinggang dan salur pencernaan bagi manusia. Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti dalam menentukan perkara ini. Antaranya ialah kelesuan, muntah-muntah dan gatal-gatal pada bahagian kulit. Keadaan ini biasanya terjadi pada seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Tanda-tanda ini hasil daripada pengumpulan bahan buangan metabolisma badan termasuk asid yang mana buah pinggang gagal untuk mengkumuhnya. Kelesuan mungkin berpunca daripada pengurangan penghasilan sel darah merah; sering berlaku dalam kegagalan buah pinggang di tahap yang kronik.
Selain itu,pembengkakan terhasil daripada pengumpulan cecair dalam tissu (edema). Pembengkakan ini menyebabkan penambahan berat badan. Kebiasaannya, pembengkakan berlaku pada bahagin buku lali dan kaki, tetapi boleh juga berlaku pada bahagian abdomen, bahagian belakang badan (bawah), tangan dan muka. Pembengkakan juga boleh berlaku disebabkan masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan kandungan protin yang tinggi(terutamanya albumin) dalam air kencing(nefrotik sindrom).
Seseorang itu juga akan menghadapi masalah dalam membuang air kencing. Kebanyakan manusia membuang air kencing 4-5 kali sehari dan kebiasaannya pada waktu siang. Secara normal, orang dewasa membuang air kencing 3-6 cawan air kencing dalam sehari manakala bayi membuang air kncing dalam 1 cawan air sehari.
Apabila kandungan gula dalam badan terlalu tinggi, seseorang akan lebih kerap membuang air kencing dan sebaliknya. Penghasilan air kencing yang terlalu banyak adalah tindakbalas daripada kandungan gula(glukose) yang tinggi dalam darah(seperti dalam diabetis mellitus), atau disebabkan buah pinggang yang kurang bertindakbalas terhadap hormon antidiuretic(nefrogenik diabetis insipidus).
Secara umumnya, buah pinggang amat penting terutama dalam membantu mengawal tahap metabolisma badan. Kadar pemakanan yang sihat dan jumlah yang betul amat membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang. Anda juga disarankan menjalani pemeriksaan air kencing di klinik-klinik atau hospital-hospital yang bertauliah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati...
********************************
sumber : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/buah_pinggang.htm
BUAH PINGGANG MENAPIS KOTORAN DALAM TUBUH
DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Bagaimana buah pinggang bekerja?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub iru dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.
Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.
Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.
Batu karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
Meningkat tua
Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencingmanis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.
Dialisis buah pinggang
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.
Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.
Pemindahan buah pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.
Buah pinggang gagal berfungsi
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).
Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.
Kegagalan buah pinggang kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.
Tanda-tanda kronik
Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.
Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.
Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.
Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.
Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.
Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.
WANITA, JULAI 1997, M/S 110-112