Rezeki

Khamis, 12 November 2009

(^_^)


Assalamua'laikum..

Salam ukhuwwah pada semua.. Apa khabar hari ini? Moga sihat iman dan amal, bertambah hebat ISLAM di dunia... insya'ALLAH..

Petang-petang ni, ana sekadar nak berkongsi satu cerita.. Sekadar perkongsian semata-mata. (^_^)

Tadi ana berpeluang ber"YM" dengan seorang sahabat lama.. Alhamdulillah, setelah lama tak berpeluang hubungi dia, ana rasa gembira sebab hari ni ALLAH permudahkan urusan ana, dan menghubungkan ana dengan dia hari ni... Banyak ayat-ayat dari sahabat ana ni buat ana tersenyum.

"awak nak tau tak? my cousin study di Mesir.. Tapi bila balik, cakap Kelantan je.. Tak ada pun guna "ana, ana" ni.. cakap english dan Arab power..."

----- senyuman pertama menguntum di wajah ana-----

"dulu masa form3, bahasa Arab dapat D je, tak payahlah nak cakap Arab pulak"

-----senyuman kedua terukir indah------

Alhamdulillah, terima kasih sahabat... Kerana memberi peluang kepada ana untuk mengasah sabar dalam diri.. terima kasih sahabat, kerana sudi menegur sahabatmu yang serba kekurangan ana ni....

************************************

Ana pun sebenarnya memang menyesal jugak sebab tak belajar betul-betul masa nak ambik PMR dulu..hehe.. entahla, M.A.L.A.S.. astaghfirullahal'azim.. ana pun tak tau lah apa nak jadi dengan diri ana dulu.. tapi, memang kenangan indah juga lah pada ana sepanjang belajar dalam kelas 1KA1, 2KA1 dan 3KA1 dulu.. Bila tiba masa ustaz yang nak mengajar Bahasa Arab, mulalah gelabah..hehe.. sebab ana mesti tak boleh nak hafal semua perkataan atau karangan Bahasa Arab yang Ustaz suruh.. aduhai.. Tak tau nak cakap la.. Padahal kertas Bahasa Arab tu memang jarang la terlepas dari tangan, duk hafal je.. nak pergi mengaji pun sempat lagi hafal karangan Arab sambil berjalan.. Tapi, susah sangat nak ingat masa tu.. (^_^).. Padahal belajar Bahasa Arab Komunikasi je.. (Adik-adik jangan tiru ye). Hmm, bila fikir-fikir semula, memang la ada sedikit bibit-bibit kesal dalam diri ni.. Yelah, dulu tak belajar betul-betul.. (^_^).. Satu pesan ana untuk diri ana dan sahabat-sahabat semua.. Walaupun kita tak suka belajar di sesuatu tempat tu, janganlah lakukan sesuatu yang boleh merugikan diri sendiri.. Nanti menyesal... (^_^)


Diri yang disayangi dan sahabat yang dikasihi,

Bukan mudah untuk kita menyenangkan hati orang lain. Bukan semua orang akan menerima setiap patah yang kita tuturkan.. Seandainya ada bait-bait kata yang dilontarkan kepada kita agak pahit untuk ditelan, senyumlah.. senyumlah sepuas-puasnya.. Pujuklah dirimu, tapi jangan sesekali menyimpan dendam terhadap orang lain.. Jangan sesekali membenci orang.. Kerana, kebencian itu merupakan satu virus.. Virus yang akan merosakkan amalan kita.. Perasaan benci dan amarah tidak pernah mendatangkan kebaikan kepada sesiapa, baik diri kita mahupun kepada orang yang kita benci.. Jadi, ia hanyalah satu perlakuan yang sia-sia.. Teringat sebuah kisah yang pernah ana baca dari email seorang sahabat, ayuh kita kongsikan bersama :-


Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik telus cahaya bersama dengan beberapa biji kentang.


Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa... bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.


Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5.


Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke tandas sekalipun, selama 1 minggu.


Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.


Setelah satu minggu murid-murid tersebut berasa lega kerana penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.

Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan.

Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian itu seumur hidup? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya ..."

******************************

moral of the story: (^_^)

Janganlah kita menyimpan perasaan benci didalam hati kita, kerana ia hanya menambahkan lagi kerosakan dan menjadi barah yang akan membawa diri, sedangkan ia boleh dihapuskan dengan memafkan kesalahan orang lain terhadap kita... Walaupun hakikatnya, menyatakan maaf untuk satu masalah yang amat berat untuk kita lupakan adalah sesuatu yang sukar dan mustahil untuk kita lakukan, tapi, apa salahnya kalau kita mencuba.. bukankah ALLAH sendiri bersifat pemaaf, sedangkan Nabi ampunkan ummatnya, inikan pula kita, hanya pacar yang hina, yang penuh dengan dosa... Sekurang-kurangnya, jika kita sudi berikan kemaafan kepada orang, insya'ALLAH, ada ganjaran yang lebih baik untuk kita. Jadi, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan, tak perlu tunggu hari raya. (^_^).. Dan janganlah kita mudah untuk memarahi orang lain.. Sekiranya ada yang tidak dapat menerima kata-kata yang kita lafazkan, pasti ada yang tak kena dengan diri kita. Cuba semak semula dimana kekurangan kita. Mungkin cara penyampaian yang kita gunakan tidak sesuai dengan mad'u, dan mungkin kita tidak berhemah dalam berdakwah.. Apa-apa pun, sama-samalah kita muhasabah semula.. Sampaikanlah olehmu walau satu ayat.. Ucapkanlah dengan cara yang berhemah..Ikhlaskan hati.. Moga amalan diberkati..

Wassalam
*************************************
"ORANG MUKMIN ADALAH BERSAUDARA, OLEH ITU IA TIDAK BOLEH MENINGGALKAN MEMBERI NASIHAT PADA SETIAP MASA: (Hadith Riwayat Ibnu Najar)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers