Rezeki

Isnin, 30 November 2009

ALHAMDULILLAH


naik bas Mahligai, pertama kali dalam sejarah.. (^_^)

Assalamua'laikum.. Salam ukhuwwah fillah buat sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua, serta masih sudi menghidupkan kita sehingga saat dan ketika ini.. Alhamdulillah...

Macam mana keadaan antum hari ni? Sihat atau tidak? Semoga sentiasa dalam limpahan rahmat dari yang Esa... Insya'ALLAH.. Dah ramai ke yang masuk kerja hari ni? Selamat kembali ke perantauan, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja, pelajar, pendakwah dan hamba ALLAH yang taat.

Ana balik Kelantan 4 hari je.. Naik bas dari Putrajaya hari Khamis, 26 Nov 2009, pukul 830 pagi, sampai di Kuala Krai pukul 1000 malam.. Pertama kali dalam sejarah, naik bas lama macam tu.. hehe.. pengalaman.. Jalan jem teruk, selalunya nak balik Kelantan dalam 7 atau 8 jam je, tapi disebabkan ALLAH nak bagi kita nikmat bersabar, ALLAH izinkan berlakunya kesesakan lalu lintas.. Alhamdulillah, syukur.. Kalau tak, tak ada la pengalaman naik bas lama macam tu, kan? (^_~).. Semalam naik bas dari Kuala Krai pukul 1130 pagi, sampai di Putrajaya pukul 1000 malam.. Sampai rumah dalam pukul 1030 malam.. Pengalaman, pengalaman.. (^_^)

Baiklah, dalam kepala ni memang ada perkara nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua, tapi, tunggulah nak selesaikan kerja/ amanah dulu.. Insya'ALLAH, moga ALLAH permudahkan segalanya...

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers