Rezeki

Rabu, 4 November 2009

fakta mengenai buah pinggang



sumber : http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1716787-fakta-yang-perlu-anda-tahu/

Buah pinggang merupakan organ yang amat penting dalam sistem badan seorang manusia. Selepas otak dan jantung yang berfungsi untuk membolehkan manusia terus hidup, manusia bergantung kepada buah pinggang dalam menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

Ini kerana buah pinggang amat penting terutamanya dalam mengawal kandungan air di dalam badan seorang manusia. Dalam artikel pada kali ini, saya mengambil maklumat dalam internet demi mengkaji simptom atau lebih mudah kita melihat tanda-tanda yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan buah pinggang dan salur pencernaan bagi manusia. Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti dalam menentukan perkara ini. Antaranya ialah kelesuan, muntah-muntah dan gatal-gatal pada bahagian kulit. Keadaan ini biasanya terjadi pada seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Tanda-tanda ini hasil daripada pengumpulan bahan buangan metabolisma badan termasuk asid yang mana buah pinggang gagal untuk mengkumuhnya. Kelesuan mungkin berpunca daripada pengurangan penghasilan sel darah merah; sering berlaku dalam kegagalan buah pinggang di tahap yang kronik.

Selain itu,pembengkakan terhasil daripada pengumpulan cecair dalam tissu (edema). Pembengkakan ini menyebabkan penambahan berat badan. Kebiasaannya, pembengkakan berlaku pada bahagin buku lali dan kaki, tetapi boleh juga berlaku pada bahagian abdomen, bahagian belakang badan (bawah), tangan dan muka. Pembengkakan juga boleh berlaku disebabkan masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan kandungan protin yang tinggi(terutamanya albumin) dalam air kencing(nefrotik sindrom).

Seseorang itu juga akan menghadapi masalah dalam membuang air kencing. Kebanyakan manusia membuang air kencing 4-5 kali sehari dan kebiasaannya pada waktu siang. Secara normal, orang dewasa membuang air kencing 3-6 cawan air kencing dalam sehari manakala bayi membuang air kncing dalam 1 cawan air sehari.

Apabila kandungan gula dalam badan terlalu tinggi, seseorang akan lebih kerap membuang air kencing dan sebaliknya. Penghasilan air kencing yang terlalu banyak adalah tindakbalas daripada kandungan gula(glukose) yang tinggi dalam darah(seperti dalam diabetis mellitus), atau disebabkan buah pinggang yang kurang bertindakbalas terhadap hormon antidiuretic(nefrogenik diabetis insipidus).

Secara umumnya, buah pinggang amat penting terutama dalam membantu mengawal tahap metabolisma badan. Kadar pemakanan yang sihat dan jumlah yang betul amat membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang. Anda juga disarankan menjalani pemeriksaan air kencing di klinik-klinik atau hospital-hospital yang bertauliah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati...
********************************
sumber : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/buah_pinggang.htm

BUAH PINGGANG MENAPIS KOTORAN DALAM TUBUH

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Bagaimana buah pinggang bekerja?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub iru dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Meningkat tua
Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencingmanis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Dialisis buah pinggang
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.
Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.


Pemindahan buah pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Buah pinggang gagal berfungsi
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.


Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kegagalan buah pinggang kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.

Tanda-tanda kronik
Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

WANITA, JULAI 1997, M/S 110-112

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers