Rezeki

Isnin, 30 Julai 2012

Main masak-masak : Sup Tulang

Assalamua'laikum.

Post ini hanyalah coretan biasa. Nak main masak-masak. (^_~)

Last weekend, rasa nak makan sup perut. Tapi, tak ada rezeki. Dah habis dah. Cari di pasar malam tak ada. Di pasar pun tak ada jugak. Akhirnya, belilah tulang rusuk untuk encik zauj.


~ encik kucing tengah lapar. Nak makan jugak ni. =p ~


Jom, main masak-masak. ^_^

Bahan-bahan:

500 gram Tulang Rusuk
5 biji bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1 paket rempah ratus + bunjut Sup Tulang Adabi
(yang bawah ni, ikut selera sendiri ya)
garam
MSG - ajinomoto
cili
daun sup
limai nipis

Cara-cara:

1) Rebus tulang rusuk. Air biar lebih dari paras tulang. Tutup periuk supaya lebih cepat mendidih. (kalau rebus lama, daging akan lebih lembut)
2) Bila air dah berkurang, sama paras dengan tulang tu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang tadi (lebih kurang 3 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih). Masukkan juga bunjut. Biarkan ia terus mendidih.
3)  Tumis baki bawang putih dan bawang merah tadi. Tumis juga rempah ratus yang ada dalam paket Sup Tulang Adabi. Bila daging dah lembut, masukkan bahan-bahan yang ditumis. Masukkan juga garam, MSG secukup rasa, ikut selera.
4) Bila dah masak, cukup empuk, hidang dalam mangkuk. Hiaskan dengan cili dan daun sup. Lebih wangi dan sedap. KAlau rajin, perah asam limau. Nyum, nyum.,.. Makin sedap. (^_~)

Alhamdulillah, dah siap. Senang je sebenarnya nak masak-masak ni kan. (^_~). Bahan asas, bawang putih, bawang merah. Kalau banyak, makin sedap. Terpulang pada citarasa individu tersebut. ^_~

Pertama kali masak untuk mak, lepas pantang tenpohari, alhamdulillah, mak cakap : pandai dah ni. Hehe. (bahagia bila mak cakap macam tu.). Iye, sebelum ni kan, kalau nak masak, mesti telefon mak, tanya banyak-banyak. Tapi tak pernah pun berpeluang untuk bagi mak rasa.

Petang ni nak bakar kambing pulak. (^_~). Tak sabar dah. Semalam dah perap siap-siap, letak dalam peti ais. Semoga ALLAH berkati rezeki kita semua.

Ok, selamat mencuba. Resepi yang 'simple' sahaja. Kalau rasa 'rajin', bolehla cuba resepi ni. ^_^

wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 27 Julai 2012

PESAN UNTUK DIRI

Kata-kata dari seorang sahabat yang disayangi:

Tarbiah must be priority, sebab ia adalah tali Allah!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 26 Julai 2012

ALLAHU ALLAH

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan nyawa. Moga diberkati setiap masa sepanjang usia.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta sahabat dan keluarga baginda.

Al-fatihah buat yang telah tiada, terutama ayah yang tercinta, pak Ngah yang telah turut serta. Hmm, lebih kurang 3 bulan selepas pemergian ayah, Pak Ngah (abang ayah, 1 ayah 1 mak) turut mengikut jejak langkah ayah. Asbab : sakit jantung. Sebulan sebelumnya, sepupu (anak Pak Ngah), juga menyahut seruan ilahi.

ALLAHu ALLAH.

Tahun ni, sejak Mac hingga Mei, kami kehilangan 3 orang ahli keluarga yang sangat dekat dihati. Bermula dengan ayah, diikuti sepupu dan kemudian Pak Ngah. 

Kalau dah sampai masanya, takkan awal mahupun lewat walau sesaat. Al-Fatihah buat mereka. Semoga ditempatkan bersama orang -orang yang beriman.

KEMATIAN ITU MENJADI PERINGATAN KEPADA YANG MASIH HIDUP

Semua orang tak tahu bila ajal akan tiba. Semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH, namun dirahsiakan dari kita semua.

Bersediakah kita menghadapinya? Bekal yang ada, bagaimana?

Saling berpesanlah kita ke arah kebaikan. Jangan mensia-siakan usia yang masih bersisa. Jangan megah meskipun angka sudah mencecah ratusan. Kerana belum tentu perjalanan sepanjang usia itu dirahmati dan diredhaiNYA.

Tutup aurat dengan sempurna. Maruah terpelihara, ALLAH pun suka. (^_~).

Ayuh, cari redha ALLAH.

wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 25 Julai 2012

Ayuh, bersama di Taman Syurga

Assalamua'laikum

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

RAMADHAN KAREEM!

Semoga ibadah puasa kita semua mampu menyucikan dosa yang sedia ada.

Dikesempatan ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat yang :-
~ berkelapangan
~ sedang mencari majlis ilmu
~ nak top-up iman
~ nak tambah ilmu
~ nak jadi lebih baik
~ berkongsi ilmu
~ tak tahu mana nak tuju



Istimewa dari Nisa' Putrajaya. Sebuah program Kuliah Dhuha Eksklusif Untuk Wanita akan diadakan pada ketetapan berikut:

TAJUK : WANITA, AL-QURAN DAN RAMADHAN
TARIKH : 29 JULAI 2012 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)
MASA : 9.30 PAGI

PENCERAMAH : Ustaz Abdul Rahim Nasir

Jemput datang beramai-ramai. Tiada sebarang yuran dikenakan. Ayuh bersama dalam Taman Syurga. Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 23 Julai 2012

Hidup Ini Indah, Alhamdulillah

Assalamua'laikum


3 hari di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Alhamdulillah.

Tahun ini, banyak yang berubah. Suasana baru. Dengan pertambahan orang baru, encik Ilham Syakirin yang sangat soleh. Gembira dalam kekalutan. (^_~)

Selalunya, jadual beliau : pukul 6 pagi, bangun. pukul 8.00 pagi tidur semula. pukul 10.00 pagi, bangun untuk mandi. Pukul 12, mula garu-garu kepala, nak tidur lagi. Pukul 1 lebih, bangun nak main-main, tengok ayah ibu solat. pukul 3 tidur lagi. pukul 4 lebih bangun nak tengok ayah ibu solat / tunggu ibu balik kerja. pukul 6.30 - 7.30 get ready untuk tidur. Pukul 9 malam, duk fikir2 samada nak bangun main atau sambung tidur. Pukul 10 lebih memang dah pasti akan tidur. (^_~)

Bila ibu nak masak untuk berbuka, Ilham dah pandai. Nak cari ibu. uhukkk.. Dah tak nak main-main dengan ayah. Dapat tengok ibu, kena pegang2 tangan dia dulu, baru dia kembali o.k. =p. Ibu memang berpantang dari guna banyak cili dalam masakan sekarang. Takut panas tangan, meraunglah Ilham nanti. Hehe.

Bila ayah ibu nak berbuka, encik Ilham akan mula buat muka comel. Sehinggakan kami bergilir-gilir memangku beliau. Ilham Syakirin, comel betul awak ni. Ibu cubit sikit, boleh?? =p. Sengaja tidak makan berasingan, nak teruskan amalan makan bersama. Arwah ayah selalu pesan, kalau makan, biarlah sama-sama satu keluarga. Kalut macam mana sekalipun, lambat laun, ok lah tu. Kalau dah ajar makan asing-asing sejak awal, nanti susah nak ajar makan sama-sama. Bila makan sama-sama ni, hubungan keluarga makin akrab, erat. Insya'ALLAH.

Maka, kami sedaya upaya cuba untuk makan bersama-sama, walaupun encik Ilham menangis dengan comelnya. Hehe.. Mungkin dia nak perhatian. Budak sekarang, sangatlah pandai. Kalau lalu depan dia, tapi tak pandang muka, mulalah berbunyi2 mulutnya. Macam-macam boleh dengar. eooo, uuu, aauuu, emmm.. Hehe.. Comel! Kadang-kadang, sengaja buat-buat tak pandang dia. Mulalah mengomel sorang-sorang. =p.

Sekarang, jadual memang tak boleh buat macam dulu. Kena ada back-up plan. Lumrahlah kan. Bila ada anak kecil, macam-macam boleh berlaku secara tiba-tiba. =p. Kalau plan asal nak masak pukul 8 pagi, kalau Ilham tiba-tiba bangun dan nak tengok muka ibu sahaja, maka, jadual masak akan tertunda ataupun, akan bertukarlah tukang masak pada hari tersebut. (^_^). Kalau nak keluar pergi kerja jam 6.30 pagi, tapi tiba-tiba Ilham bangun, dan membuang, ibu hanya akan berjaya keluar rumah pada jam 7 pagi. (^_^).

Internet? Blogging? FB? Emel? SMS? Kebanyakkan sudah ditolak ke tepi. Dah kurang masa untuk semua itu. Bila balik dari kerja, fokus pada rumah tangga, anak, suami. Kalau dah siap semua kerja, kena rehatkan diri. Takut tak cukup tenaga untuk teruskan rutin seterusnya. Nasib baik dah ada yang basuh, sidai, melipat kain, kemas rumah, jaga Ilham. (^_~). Bak kata adik Syirah : "macam tulah kalau dah jadi ibuuuu." =p

INGATAN BERSAMA : 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA:
Sihat sebelum SakitKaya sebelum MiskinSenang sebelum SempitMuda sebelum TuaHidup sebelum Mati

Kalau sebelum ni, hanya menjadi suri rumah dihujung minggu/ 2 minggu sekali baru jumpa buah hati. Tapi sekarang, dah jadi perkara wajib. Isteri/ibu berkerjaya. Haaa, baru tahu macam mana keadaan dan suasananya. =p.  Sebelum pergi kerja, duk kalut fikir pasal parking, punch card, kerja. Nak balik rumah, dah fikir pasal masak, keluarga. (^_^)

Fikh awlawiyat. Utamakan yang lebih utama. Mana yang kurang penting, atau tidak diperlukan dalam masa terdekat, memang terpaksa diketepikan buat sementara. Jadi, kepada kenalan-kenalan yang merasakan diri mereka dilupai, ana mohon maaf. Bukan sengaja, tapi masa tidak mengizinkan. Semoga ALLAH bimbing kita semua menuju SyurgaNya.

Hanya coretan perkongsian, mungkin boleh dijadikan bahan bacaan pembuka minda buat yang masih bujang/belum merasai kekalutan selepas mendapat cahaya mata. (^_~).

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA. Sama-sama memanfaatkan peluang yang ALLAH berikan sebaik mungkin. Boleh jadi, Ramadhan ini bakal menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita. Maka, adakah kita mahu mensia-siakan peluang yang ada ini begitu saja?

*Ramadhan yang sama, pastikan natijahnya berbeza* Bersama memaknakan Ramadhan*



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 20 Julai 2012

ESOK, IA AKAN BERMULA...

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan pertemuan kita. Meskipun hanya di skrin komputer yang kaku, semoga terbit rasa kasih sesama insan bersaudara antara kita semua.

Insya'ALLAH, esok, 21 Julai 2012, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433H, umat Islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa.

Puasa di bulan Ramadhan merupakan kewajipan buat semua. Rukun Islam yang ketiga. Kalau tak buat, maknanya?? Berdosalah kita. Maka, janganlah kita membinasakan diri kita sendiri dengan mengumpul dosa bertimbun. Sebaliknya kumpullah pahala sebanyak mungkin, semoga dapat dijadikan bekalan menuju negeri abadi.

Di dalam bulan Ramadhan, dijanjikan ganjaran berlipat ganda. Didalamnya dibukakan ruang dan peluang untuk menghapuskan dosa, mengumpulkan pahala. Sangat banyak. Namun, semuanya terpulang kepada diri kita, sejauh mana kita berusaha untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Pilihannya ada di tangan kita. Nak ATAU tidak. Terpulang....

Tertarik dengan kata-kata ustaz dalam forum perdana semalam:
"Solat terawikh ni, macam main bola sepak. 10 malam pertama, ibarat pusingan kelayakan. Di masjid dan surau, semua penuh. Semua berlumba-lumba nak solat terawikh. 10 malam kedua, saff dah semakin kurang. Ibarat pusingan separuh akhir. Antara ramai-ramai yang bertanding di pusingan kelayakan, hanya segelintir saja yang mampu pertahankan kedudukan. Yang lainnya, sudah berada di merata tempat. Kedai-kedai (beli persiapan raya), di jalanan (ada yang dah balik kampung). Manakala 10 malam terakhir pula, memang malam yang cukup getir. Kalau di awal Ramadhan, ada 15 saff, sepuluh malam kedua, tinggal 10 saff. Bila dah 10 malam terakhir, semakin dekat dengan imam. Tinggal 2,3 saff saja."

Susah nak istiqomah. Masing-masing ada fikh awlawiyat tersendiri. Maka, bijaklah mengatur jadual, semoga diberi kesempatan untuk sama-sama merasai kemanisan dan menikmati kelazatan beribadat.

Sehingga bertemu lagi dilain masa. Jangan lupa niat puasa. (^_^)

Mohon kemaafan atas segala yang terlebih dan terkurang.

Wassalam.




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 18 Julai 2012

RAMADHAN KAREEM!

Assalamua'laikum.



Ramadhan Kareem!
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Bersama memaknakan Ramadhan yang bakal tiba.
2 Hari saja lagi!!



*pertama kali bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan bersama anak dan suami disisi. Alhamdulillah, atas kurniaanMu, ya ALLAH*

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 13 Julai 2012

saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA, atas kurniaan nikmat umur, kesihatan, keluarga, kerja, dan segalanya. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH.

Setiap masa yang berlalu, tak dapat diundur kembali. Anak semakin hari semakin bijak menyesuaikan dirinya. Walaupun ibu dah tak ada di sisi, beliau sentiasa 'behave'. Alhamdulillah. Ilham soleh, kan? (^_~). Ibu pergi kerja kejap je. Nanti petang, ibu balik jaga Ilham pula. (mode memejuk hati sendiri) =)



Percaturan ALLAH sentiasa yang terbaik. DIA takkan ambil sesuatu kecuali menggantikan dengan yang lain. Walaupun tak sama seperti dulu, namun mampu mengubati kita semua.

Pemergian ayah pada 16 Mac yang lalu, agak menyedihkan sebenarnya.. Ana tak pernah jumpa nenek dan datuk, kerana keempat-empat mereka meninggal sebelum ana lahir lagi. Selalu doa, semoga anak nanti sempat merasa ada datuk nenek. Tapi, ALLAH dah takdirkan ayah pergi dulu sebelum sempat melihat cucu yang dilahirkan anak bongsunya. ALLAH maha mengetahui.

Sebulan selepas pemergian ayah, 16 April 2012, Muhammad Ilham Syakirin bin Muhamad Rashdan selamat dilahirkan. ALLAHu ALLAH. ALLAH maha mengetahui. Dia hadirkan si kecil, ketika kami masih merasai pemergian ayah. Tiada lagi suara ayah, diganti dengan celoteh si kecil. Tiada lagi batuk-batuk tok ayah, yang ada suara tangisan si kecil. Tiada lagi susuk tubuh yang selalu dipeluk ketika sakit ditengah malam suatu ketika dahulu, anak kecil itu kini menjadi pengganti. Dulu, berjaga malam sebab memicit betis ayah yang selalu lenguh, sekarang duk layan anak yang dah pandai ajak orang main.

ALLAHu ALLAH.

Dulu, terfikir, macam mana agaknya bila ayah dan mek dah tiada. Macam mana nak menghadapi hari-hari mendatang? Bolehkah menahan air mata, tatkala melihat orang lain memeluk, mencium ibu bapa mereka.

Sekarang, sudah melaluinya sendiri. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan ini. Hampir 24 tahun ALLAH pinjamkan ayah, kini, DIA ambil semula. Kenangan demi kenangan, tambahan pula, ana sememangnya 'anak ayah', makin bertambah sarat kerinduan pada ayah. Masa berpantang dulu, selalu mimpikan ayah. Teringat kenangan dengan ayah, sejak kecil. Ayah memang manjakan anak bongsu yang seorang ni. Sampai sekarang, anak bongsu ni belum puas bermanja dengan ayah. Sangat merindui seorang ayah. Bila tengok bapa mertua, air mata selalu menitis. Bila tengok drama dalam TV, air mata mengalir laju. Rindu ayah.

ALLAHu ALLAH.

Semoga ALLAH tempatkan ayah bersama orang -orang yang beriman dan beramal soleh.

Yang masih punya ayah dan ibu, gunakan kesempatan yang ada. Semoga sepanjang hayat mereka di dunia ini, tiada rasa kecewa atau sedih dengan perilaku kita.

wassalam



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 6 Julai 2012

ISLAM yang syumul

Assalamua'laikum


asal hina dimata manusia, asalkan mendapat tempat dipandanganNYA

Jom raih redha ALLAH!

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 5 Julai 2012

BENGKEL PERSONALITI DAN IMEJ OLEH NISA' PUTRAJAYA

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/07/bengkel-personaliti-dan-imej-pada-8.html




Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam pelukan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

Insya'ALLAH, pada hari Ahad ini (8 Julai 2012), Nisa' Putrajaya akan menganjurkan Bengkel Personaliti dan Imej.

Istimewa untuk wanita Muslim, samada bekerjaya atau tidak. Surirumah pun boleh make-up, pakai cantik-cantik untuk suami dan anak-anak, kan? (^_^)

Tidak salah berhias, asalkan mengikut syariat.

Baiklah, ini maklumat berkenaan program yang akan berlangsung nanti.. Jemput datang ramai-ramai ya.

TARIKH : 8 JULAI (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI - 12.00 T/HARI
TEMPAT : DEWAN MASJID TUANKU ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA (MASJID BESI)
BAYARAN : RM 5 SAHAJA.

Apa tunggu lagi? Ayuh, ajak kawan-kawan. Datang beramai-ramai. Insya'ALLAH, tak rugi. (^_~)

Ada 'talk' dan demo solekan serta pemakaian tudung mengikut 'trend' terkini..

Bengkel ini akan menampilkan Puan Muna 'Izzah Fadzil dan Puan Salwa Fadzil yang merupakan Perunding Imej Profesional yang bertauliah dari konsultant Seanggun Bidadari.

Jangan lepaskan peluang!




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Doa' seorang hamba

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Ya ALLAH,
kurniakanlah kami lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut (nama)Mu,
hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.


Ya ALLAH,
kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati yang khusyuk,
ilmu yang berguna, 
keyakinan yang benar-benar mantap.


(ya ALLAH) kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon (ya ALLAH) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.


Berikanlah kami (ya ALLAH) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan
anak-anak kami serta sesiapa sahaja.


Janganlah (ya ALLAH) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
walaupun kadar sekelip mata
atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat
wahai Tuhan yang memperkenankan doa (perkenankanlah).


Wasollallah hu a'la saiyidina muhammadin nabiyyil karim,
wa a'la aa lihi wasohbihi ajma'in..


walhamdulillahi robbil a'lamin..


~ semoga Ilham jadi anak yang soleh, penyambung mata rantai perjuangan rasulullah menegakkan syiar Islam ~



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers