Rezeki

Rabu, 4 November 2009

ayah kesayangan


Assalamua'laikum..

alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan ISLAM.. alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam..

Hari ni, ada beberapa perkara yang bermain di fikiran... Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepadaku.. Seringkali hati ini diuji, dan seringkali juga tersungkur dipangkuanMU.. Jauh disudut hatiku, aku mengharapkan kekuatan.. Kurniakanlah kepadaku kesabaran, agar dapat kulalui semua ini dengan hati yang tenang dan membuat keputusan yang tepat.

Esok (5 nov 2009), ayah ana akan ke Hospital Kota Bharu.. Menjalani satu pembedahan kecil (barangkali), untuk memasukkan satu alat (ana juga tidak pasti apa nama alat tersebut) bagi melakukan rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggangnya untuk berfungsi secara normal. Semoga ALLAH berikan kekuatan dan kesabaran kepada ayah untuk menghadapi ujian yang datang tak henti-henti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Juga kepada ibu ana yang sentiasa setia disamping ayah.. Semoga ujian ini menjadi kifarah dosa dan pemangkin kemantapan iman kita semua, insya'ALLAH...

Ayah,
insan istimewa dalam hidup ana.. Selalu melayan karenah ana yang teramat manja. Tidak pernah sekalipun ana dirotan atau dipukul oleh ayah, cukup sekadar nasihat dan pandangan istimewa (yang menyebabkan kami adik beradik kecut perut. (^_~).. Sepanjang tempoh 66 tahun kelahirannya ke dunia ini, pada umur 61 tahun (2004), barulah ayah diuji dengan masalah kesihatan.. Pertama kali dalam sejarah hidup ayah, dimasukkan ke wad.. 30 hari terlantar, dan hanya mampu sesekali merangkak dari bilik ke ruang tamu (kerana tumitnya yang terpaksa dipotong/penyakit diabetes yang agak kronik, sememangnya telah menjadi antara ujian yang agak berat kepada ayah (sebab dah biasa melangkah bebas).. Bermula dari saat itu, satu persatu ujian menimpa.. keluar masuk wad setiap 2minggu.. Pada tahun 2007, ayah hampir sahaja hilang daya penglihatannya (doktor mengatakan bahawa kuman telah menjangkiti sarafnya dan merebak ke otak).. Daya ingatan ayah juga agak terganggu.. Ayah sudah tidak mengenali anak-anak, isteri, cucu dan orang sekeliling.. Semuanya terganggu. Ana masih ingat disaat ana menyuapkan sup ayam kepada ayah, ayah bertanya kepada ana, apa yang ana suapkan? ana katakan padanya, ana suapkan sup ayam kampung.. "Oh, macam ni ye rasa sup ayam.. masin.. Sup memang rasa masin ke? Semua sup rasa macam ni ke?"Ayah menyoal bertalu-talu.. Ana dan mak tersenyum, dalam masa yang sama, airmata ini mengalir membasahi pipi..ujian yang agak berat buat kami sekeluarga.. Ayah tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan seperti.. Dan yang lebih menyedihkan kami, doktor mengatakan bahawa hidup ayah bergantung kepada dirinya sendiri. Setakat mana dia mampu bertahan.. Otaknya jugak sudah tidak mampu untuk menerima sebarang input baru.. Semuanya terbatas.. Doktor mengibaratkan otak ayah sekarang bagaikan memori yang telah penuh.. Sudah tidak boleh diisi dengan maklumat lain, hanya mampu mengakses maklumat yang sedia ada.. (^_^), itulah ayah kesayanganku..

Sepanjang 2007-2008, tahun terakhir pengajian ana, sememangnya sering dihimpit rasa takut.. Betul, ajal maut ketentuan ALLAH.. Tapi, ana masih tidak mampu untuk menerima seandainya ajal menjemput ayah disaat itu.. Hanya doa yang mampu mengiringi.. saat demi saat, keadaan ayah agak positif. Alhamdulillah, sekarang, ayah sudah mampu mengenali kami semua.. Walaupun adakalanya dia akan terbaring lemah beberapa hari tanpa kata-kata, dan ada saatnya dia tidak mampu membuka mata, kami bersyukur kerana dia masih bersama kami didunia ini. Masih mampu mamberikan kata-kata penyuntik semangat kepada anak-anaknya, masih lagi tersenyum gembira disaat kami berkumpul di hadapannya... Ya ALLAH, izinkan kami untuk terus merasai kasih sayang seorang ayah... Perkenankanlah doa kami Ya ALLAH.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers