Rezeki

Selasa, 17 November 2009

Segala puji bagi ALLAH


Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam.. Bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM...

Apa khabar saudara seakidah sekalian? Moga rahmat ALLAH sentiasa memayungi kita semua, insya'ALLAH..

Alhamdulillah, 2 malam lepas, ana menerima satu SMS dari seorang sahabat.. Isi SMS tersebut amat membahagiakan ana, hinggakan mengalir titisan jernih di pipi ini.. Subhanallah, maha suci ALLAH, yang maha berhak ke atas segalanya.. ALLAHUAKBAR..

Sahabat ana telah menyuarakan isi hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik, menutup aurat dengan lebih sempurna.. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH.. Syukur kepada ALLAH, yang memberikan kesedaran dan hidayah kepada makhlukNYA.. Sahabatku, sesungguhnya dirimu begitu berharga. Jagalah agamamu, amalmu, hatimu, dirimu, auratmu.. Jagalah segala-galanya sebaik mungkin.. Moga Jannah menjadi milik kita. (^_^)

Berpeluang menziarah blog sahabat-sahabat, alhamdulillah.. Kemantapan sahabat-sahabat memekarkan bunga-bunga syukur di hati ana.. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat sebegini.. Sahabat-sahabat yang sentiasa menggalas seruan amar makruf nahi mungkar.. Ana? ALLAHUAKBAR.. Ana cuba sedaya upaya.. Insya'ALLAH.. Doakan ana ye sahabat-sahabat.. Moga istiqomah dalam medan dakwah ni.. Mendidik diri supaya sentiasa mengingati ALLAH, mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama mengingati ALLAH.. Biarlah kita sentiasa seiring.. Allahu Rabbi.. Kadang-kadang malu pada diri sendiri.. Betapa lemahnya diri bila dilambung ombak masalah.. Semoga ALLAH jaga hati ini.. Wahai diri, janganlah lalai dari mengingati ALLAH.. "INNALLAHA MA'AS SOBIRIN"...
SABARLAH WAHAI MUJAHIDAH

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers