Rezeki

Khamis, 19 November 2009

Permata yang kian bersinar


Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Moga dalam limpahan rahmatNYA sentiasa, insya'ALLAH.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. Moga berkekalan, insya'ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hari ini, 19 November 2009, merupakan tarikh keramat bagi anak-anak yang berumur 12 tahun, yang telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah beberapa bulan yang lalu.. Kerana hari ini, keputusan rasmi bagi UPSR akan diumumkan..

Untuk pengetahuan hadirin yang dihormati sekalian, (hehe, macam dalam majlis pulak, tiba-tiba perasan jadi MC)... (^_^).. ok, sambung semula..

untuk pengetahuan antum, ada 2 orang anak ana yang turut sama merasai debaran tersebut.. Hehe, bukan setakat anak-anak je, mak ayah, datuk nenek, mak-mak, pak cik-pak cik, hmm, semua la yang ada sangkut paut dengan budak-budak ni pun tak sabar-sabar tunggu keputusan...

Dan, alhamdulillah, ana baru menerima panggilan telefon dari kakak ana.. Keputusannya:- jeng, jeng, jeng....

Anak lelaki dapat 1A (BM Penulisan), 1B (Matematik), 3C (BM Pemahaman, BI, Sains)

Anak perempuan dapat 5A (hehe, bagus betul, ikut Sue dia ni (^_^))

Alhamdulillah, kedua-duanya lulus dalam UPSR ni.. Anak lelaki tu dah cakap tadi, bila dah naik tingkatan 1, nanti nak belajar betul-betul.. Yang dapat C, kena jadi B.. Yang dapat B, jadi A pulak.. Ana tanya lagi, "kalau yang dapat A tu, nak jadi apa?" hehe.. "yang dah dapat A, jadi A jugaklah"..hehe, pandainya anak sorang ni... Ana betul-betul gembira dengan anak lelaki ana yang sorang ni.. Dahla perasaan hensem, hehe.. kenapa la suka sangat ikut perangai Sue dia yang sorang ni?(^_^)..

Allahu Akbar..

Bila cakap pasal anak, memang boleh buat kita senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang, hehe.. Riuh rendah rumah tu.. Kalau antum nak tau, ana dah ada 24 orang anak buah.. Ramai kan? dan, Insya'ALLAH, pertengahan bulan 12 nanti akan dapat anak buah yang ke-25... Alhamdulillah, makin ramai dan makin besar keluarga kesayangan ana ni.. Tengok anak orang je, bilalah nak ada anak sendiri? Oppsss, siapa yang cakap tu? hehe..

Doa dan harapan, semoga anak-ana ini membesar menjadi pelapis generasi pembela ummah, yang rela berkorban dan terkorban demi agama, berlumba-lumba mencari redha ilahi...

Hmm, bila tengok keadaan sekeliling sekarang, otak akan ligat berfikir.. Apa nak jadi la dengan masyarakat generasi pelapis nanti... Takut bila memikirkan semua ni.. Anak-anak makin ramai yang suka melawan... Sampai sanggup pukul dan bunuh orang tua sendiri.. Masalah sosial sana sini.. Zaman dulu, kalau mak ayah jeling, anak-anak dah tunduk, takut, hormat.. Tapi sekarang? ALLAHUAKBAR.. Anak-anak bukan setakat tak peduli langsung, tapi siap melawan lagi. Baju dedah tak kira tempat. Pergaulan bebas berlainan jantina. Budi bahasa yang kian luntur. Kenapa berlakunya perkara macam tu ye?

Adakah wajar kita menyalahkan ibu bapa yang tidak memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak? Atau nak salahkan pihak sekolah yang selalu mendedahkan anak-anak kepada aktiviti sosial yang menjurus kepada berlakunya masalah sosial, pergaulan antara lelaki perempuan tanpa batas? Adakah kerana sistem pendidikan yang tak cukup bagus? Atau nak salahkan masyarakat sekeliling yang menunjukkan teladan yang tidak elok kepada anak-anak? Atau nak menyalahkan media dan perkembangan yang terlalu pesat hingga menyebabkan anak-anak terpengaruh dengan budaya songsang yang mudah diperoleh di merata tempat? Salah siapa semua ni?

ALLAHU RABBI...

Kalau semua orang hanya tau menuding jari, hanya tahu menyalahkan orang lain, sampai bila pun masalah ni tak akan selesai.. Selagi mana kesedaran tak wujud dalam diri masing-masing, kita tak akan jumpa jalan penyelesaian. Ayuh, kita kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar.. Bukankah ALLAH telah berfirman dalam kalamNYA, bahawa ISLAM adalah agama yang diredhaiNYA, agama yang sempurna.. Jadi, marilah sama-sama kita kembali kepada AL-Quran dan As-Sunnah.. Ikut panduan yang paling sempurna.. BUKANKAH ISLAM ITU INDAH DAN MENEPATI SETIAP MASA DAN KEADAAN? ALLAHUAKBAR
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH, dan bersamalah kamu dengan orang yang benar"- At-taubah, ayat 119.
****************************

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers