Rezeki

Rabu, 18 November 2009

(^_~).. nota buat mujahidah


Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Harapan dan doa, moga sentiasa dalam rahmatNYA, insya'ALLAH... Apa khabar iman kita hari ini? Oppss, nak ukur macam mana ye? Wallahua'lam... Bila hati terpaut pada kasih sayang ALLAH, dan segera meninggalkan laranganNYA, insya'ALLAH, ana yakin, tahap iman antum dikala ini adalah melepasi tahap kronik ketandusan iman.. (^_^).

Dua, tiga, empat dan kebanyakan post kebelakangan ni agak berbaur rasa hati, luahan perasaan.. ALLAHUAKBAR.. Ya Mujahidah, sampaikanlah olehmu walau satu ayat.. Hmm, insya'ALLAH, hari ni, nak kurangkan sikit luahan perasaan ni.. (^_^)

Hari Raya Qorban hanya tinggal beberapa hari saja lagi.. Kalau di Kelantan misalnya, Hari Raya Qurban disambut lebih meriah berbanding Hari Raya Puasa.. Sebabnya?? Wallahua'lam.. Ana pun kurang pasti.. Hehe.. Tapi, yang penting, ana tetap nak sambut Hari Raya dengan keluarga di kampung.. Jom balik Kelantan.. (^_^)..

Rindunya hati ni nak balik kampung.. Jumpa Mek, Ayah, Atiq bucuksss... Hehe.. Tak sabar dah ni... Ya ALLAH, permudahkanlah..

Hari Raya Qorban adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t... Subhanallah, seorang bapa sanggup mengorbankan anaknya sendiri, dan seorang anak sanggup membiarkan dirinya menjadi korban.. Kerana apa? KERANA IA ADALAH PERINTAH ALLAH S.W.T. Betapa hebatnya keimanan Nabi-nabi ALLAH.. Kita sekarang nak berkorban masa pun dah ramai yang tak sanggup.. Nak mintak korban duit pun ada yang mengeluh... Inikan pula nak mintak korban diri dan anak.. Ya ALLAH, kerdilnya diri ini dipandanganMU. Layakkah diri ini mendambakan syurgaMU? malu pada diri...

*****************************

ALLAHU RABBI..

Alhamdulillah kerana hari ini, ana masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM, serta diberi kesempatan untuk terus bersama mengabdikan diri kepada yang maha ESA. Harga sebuah pengorbanan.. Ana amat tertarik dengan tajuk perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Ust.Yusaini Yahya dalam kursus kepimpinan yang ana hadiri 7-8 November 2009 yang lalu..

Pengorbanan.. Rasanya tak sah kalau kita sebut perjuangan tanpa sebuah pengorbanan. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, memang sentiasa memerlukan pengorbanan. Andaikatalah kita lapar, kita akan cari makanan. Nak dapatkan makanan, mestilah keluarkan duit, kan? Itu juga merupakan pengorbanan. (^_^)

"Tiada kemenangan dalam perjuangan tanpa pengorbanan"- Ust.Yusaini Yahya.

Itu adalah antara bait kata Ust.Yusaini dalam membicarakan tentang pengorbanan dalam perjuangan. Betul, masakan kita mampu memperoleh kemenangan dengan mudah tanpa mengorbankan apa-apa. Kalau kita tengok sejarah, semasa Rasulullah mula-mula memulakan penyebaran ISLAM, betapa banyak pengorbanan yang Baginda lakukan demi memastikan kelangsungan penyebaran ISLAM di bumi ini.. Macam mana dengan kita? Apa pengorbanan yang telah kita lakukan? Muhasabahlah.

Sepanjang menyusuri jalan dakwah ini, sememangnya terlalu banyak pengorbanan yang telah, sedang dan akan dilalui.. Teringat suatu ketika dulu, disaat diri ini mula bertukar identiti, suara-suara yang sentiasa bergema disekeliling amat menusuk perasaan.. Namun, itu semua terpaksa dipendamkan. Walaupun pada saat itu, hanya ALLAH yang tahu betapa peritnya hati ini untuk terus bertahan. Kononnya pemakaian ana tidak sesuai untuk seorang bakal setiausaha. Seorang setiausaha haruslah berpakaian kemas, menarik perhatian dan sentiasa up to date. Perlu ke? Apa yang ana tahu, ISLAM menggariskan bahawa pemakaian seorang muslimat haruslah menutup aurat, seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, kenapa ana perlu mengikut pemakaian orang sekarang, yang lebih banyak mendedahkan anggota-anggota badan?

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (dada-dada) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)"

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Jadi, biarlah apa saja kata orang sekeliling, innallaha ma'a ana.. PASTI!! Sekarang ni, ana sering membayangkan.. Sekiranya dulu ana tidak bertegas dengan keputusan ana untuk berubah, adakah ana akan jadi seperti sekarang? Sekiranya ana tidak bersedia untuk berkorban, adakah ana akan jadi seperti sekarang? Adakah ana akan berada di medan dakwah ini? Ya ALLAH, aku bersyukur kerana terpilih untuk sama-sama memiliki hidayahMU. Pandulah kami Ya ALLAH..

Seringkali juga hati ini tergelincir.. Rasa lemah dalam perjuangan.. Tapi, ingatlah wahai diri, Kamu ADALAH DAEI.. Kalau dulu kamu sanggup menghadapi segala tohmahan, segala kritikan, tapi kenapa sekarang harus merasa lemah? Kenapa duhai daei? Kalau merasakan diri telah banyak berkorban dan terkorban, adakah kamu sudah melihat dan mengira pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat terdahulu? Sudahkah kamu merasai pengorbanan insan-insan disekeliling kamu? Pengorbanan seorang ayah dan ibu yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi.. Pengorbanan seorang guru yang terpaksa meninggalkan anak isteri demi memberi ilmu kepada pelajarnya.. Pengorbanan seorang doktor yang sering bekerja tanpa sempadan masa.. Pengorbanan tentera-tentera yang sentiasa menjaga keselamatan tanah air.. Pengorbanan para ilmuan demi memastikan ilmu itu dapat disebarkan.. ALLAHUAKBAR.. Tak terhitung.. Tak setanding pun dengan apa yang kita dah lakukan... Mengapa masih ada lagi keluh kesah dalam tutur bicaramu? Hingga kadangkala tergambar pada perlakuanmu? Bangkitlah demi agama yang kamu cintai.. Sebarkanlah dakwah.. Katakanlah, ISLAM ITU INDAH.. Ajaklah manusia ke arah kebaikan.. Didiklah hati kamu dan mereka agar bencikan kemungkaran.. Berusahalah.. Mujahadahlah wahai mujahidah..

Bukanlah ana berniat untuk menjaja pengorbanan yang ana lakukan.. Sekadar peringatan kepada diri sendiri yang lupa akan sejarah perubahan.. Semoga kita semua terus dibawah lembayung rahmatNYA.. Aminnn..

Sebelum terlupa.. Jom jayakan KEMPEN TUTUP AURAT.. Tanpa tempoh masa.. 24 Jam berkuat kuasa.. Muslimat yang dikasihi kerana ALLAH, jagalah auratmu sebaik mungkin, sesempurna mungkin.. Ana sayangkan antum...


*sampaikanlah olehmu walau satu ayat.. "kalau tak mampu ambil semua, janganlah dikau meninggalkan semuanya"

salam ukhuwwah fillah... (^_^).. wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers