Rezeki

Rabu, 25 November 2009

Ujian tanda kasih sayang ALLAH

Allahu Rabbi..

Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat kesayangan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Apa khabar sahabat-sahabat hari ini? Moga sihat dan bahagia sentiasa dilimpahi rahmat dari yang Esa, insya'ALLAH..

Hari ni, abang kepada seorang sahabiah ana mengalami kemalangan. Sekarang berada dalam keadaan agak kritikal. Doktor memaklumkan bahawa terdapat pendarahan dalam kepala. Sahabiah ana terus bergegas ke Kedah tadi. Semoga selamat sampai ke destinasi dan semoga abang beliau pulih seperti biasa, aminn.. Tolong doakan ye sahabat-sahabat semua. Semoga doa kita semua dimakbulkan ALLAH.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"- surah al-ankabut, ayat 2.




Semoga sahabiah kesayangan dan keluarga tabah menghadapi ujian dari ALLAH..



Oh ye, nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA kepada semua.. Selamat bercuti.. Kepada perantau-perantau yang akan pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati.. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi... Jaga diri, iman, amal, akhlak, ISLAM..



Sebelum mengundurkan diri, jangan lupa....



KEMPEN TUTUP AURAT SEDANG DAN AKAN DILAKSANAKAN SEPANJANG MASA... (^_~)
DUHAI MUSLIMAT, TUTUPLAH AURAT, JAGALAH BATAS PERGAULAN.. MOGA MENDAPAT REDHA ILAHI... ANA SAYANGKAN ANTUM..


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers