Rezeki

Isnin, 16 November 2009

ALLAHU RABBI


Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH? Apa khabar iman antum hari ini? Sudah laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar? Insya'ALLAH..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Esa, kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. ALHAMDULILLAH..

Hari berganti hari, masa berlalu pergi.. ALLAHU RABBI... Pantasnya masa berlalu.. Tak mampu nak kejar... Kerja yang perlu dibuat lebih banyak dari masa yang kita ada... ALLAHU RABBI.. Kalau asyik memikirkan masalah, memang tak pernah ada titik noktah.. Maha suci ALLAH...

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
(Abdullah bin Mas'ud r.a)

ALLAHU RABBI... Betapa kasihnya Engkau kepada hamba-hambaMU ini...

Ar-rahman, ayat 13: Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepada kami, Ya ALLAH.. (^_^)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers