Rezeki

Khamis, 31 Disember 2009

selamat tinggal buat semua

Assalamua'laikum..

Dikesempatan ini, ana nak mintak maaf diatas segala salah dan silap ana sepanjang ana bergelar seorang blogger... Kalau ada hati2 yang terguris disebabkan ana, ana mintak maaf..

Ana akan pulang ke Kelantan esok (1 Jan 2009) dan kembali ke kediaman sementara pada 4 Jan 2009.. Kalau panjang umur, insya'ALLAH, ana akan kembali bersiaran.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan..

Insya'ALLAH, malam ni ada XPDC cari mad'uu.. Doakan keselamatan kami.. (^_~)..

Sebelum terlupa, selamat menyambut tahun baru Masihi.. Perkongsian buat semua.. Kakak ana dah masuk wad petang tadi, tolong doakan beliau dan anak yang bakal lahir ye.. Mungkin anak buah ana kali ni nak jadi bayi tahun baru.. Insya'ALLAH, 01 01 10... hehe... semoga ALLAH permudahkan segalanya.. Kakak ana dah 2 minggu kat kampung, tapi biasalah, anak dia nak tunggu cik su dia balik dulu, baru nak tengok dunia...

Apa-apa pun, selamat bercuti buat semua.. Dik Syira, Dik Azmah, Wani, n semua orang, jaga diri ye.. Jangan nakal-nakal.. Kalau tak sihat, tolong makan ubat.. Jangan buat koleksi macam ana.. (^_~)...

TUTUPLAH AURATMU SEBELUM TUBUHMU DITUTUP SEMUANYA...
jaga iman, amal, akhlak, ISLAM...

Sekian dahulu, wassalam...

Kerana cinta ALLAH kita bertemu

Rabu, 30 Disember 2009

Dariku Untukmu


Persahabatan yang kuinginkan

bukanlah sekadar jalinan biasa,

yang lebih menghanyutkan kita dengan kehidupan duniawi

yang lebih banyak buruk dari baiknya..


Persahabatan yang kujalinkan,

bukanlah berniat untuk menambahkan penderitaan,

tapi ingin jadi teman perkongsian,

Tak kira dalam apa saja keadaan...


Persahabatan yang kuhulurkan,

bukan sekadar ucapan salam,

namun jauh disudut hati,

kuingin lihat dirimu sentiasa dalam keriangan..


Persahabatan yang kudambakan,

bukanlah untuk meraih simpati sesiapa,

tapi semuanya semata-mata

untuk menggapai cinta yang Maha Esa...


Persahabatan kita,

biarlah persahabatan yang mendapat redha..

Persahabatan kita,

biarlah jadi satu antara berjuta..

Persahabatan kita,

biarlah kekal sepanjang masa..

Persahabatan kita,

doakan hingga ke Syurga sana......


Seandainya diri ini tidak mampu memberikan kebaikan kepadamu,

Ku hanya mampu berdoa, janganlah diriku menjadi satu kesusahan/bebanan buat dirimu.

Ikhlas dariku, Istimewa buatmu....

Didik jiwa


Ayuh, kita sama-sama raikan


Assalamua'laikum dan salam sayang buat semua..
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.

Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke program terdekat kami iaitu:-

KONVENSYEN NISA` WILAYAH

TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)

TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK

MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI



ANTARA YANG MENARIK :

1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."

2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"

3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`

4)Cabutan Bertuah

5)Cenderahati kepada semua yang hadir


Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!

MASUK ADALAH PERCUMA!!

SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN



"Kerana Dirimu Begitu Berharga"


Hubungi Segera:013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)

Ayuh, kita sama-sama meriahkan konvensyen Nisa' kali ni.. Jumpa di sana... (~_^)

senaman pagi (^_~)

37 perkataan

Speedtest

Selasa, 29 Disember 2009

Speed Typing

34 perkataan

http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com">Speed test



lama tak praktis.... (^_~)

Pelangi muncul lagi

Inginkan mutiara, selamlah ke dalam lautan..
Inginkan kebahagiaan, bersedialah untuk tempuhi penderitaan..
Inginkan kejayaan, relalah untuk berkorban..

Biar rebah, namun jangan berubah..
Biar terbuang, teruskan berjuang..

Ujian adalah tarbiah dari ALLAH,
Semakin dekat kita denganNYA, semakin kuat ribut melanda..
Inna ma'al u'sri yusra... YAKIN!!!!!!!!

Isnin, 28 Disember 2009

seuntai kata


Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga sihat walafiat sentiasa hendaknya.. Insya'ALLAH..

Hari ini bertarikh 28 Disember 2009, bersamaan dengan 11 Muharram 1431 H.. Terasa bagaikan baru saja menjejakkan kaki kedalam tahun 2009, kini 2010 bakal muncul.. ALLAHU RABBI..

Sudah hampir 9 bulan ana bekerja di sini... 9 Bulan juga ana meninggalkan kampung halaman bagi menimba sedikit ilmu, mencurah bakti di tempat orang.. Pengalaman banyak mengajar ana untuk menjadi lebih matang.. Segala gerak kerja sepanjang berada diperantauan amat berharga bagi ana. Sejak tahun 2006, ana meninggalkan Kelantan, menuntut ilmu di sebuah IPTA di Kuantan, Pahang... Tahun 2008, ana kembali ke Kelantan, mencurahkan khidmat bakti di negeri sendiri.. Setelah tamat pengajian, ana sempat bekerja di sebuah Firma Guaman di Kota Bharu.. Lebih kurang 3 bulan bekerja, ana telah diberi pilihan samada bekerja di Kuala Krai (yang jaraknya hanya 15 minit dari rumah) atau bekerja di Kuala Lumpur (8 Jam perjalanan sehala). Setelah berbincang dengan keluarga, mengambil kira kebaikan dan keburukan, istikarah, alhamdulillah, ana kini berada di perantauan..

Sememangnya hati ini terlalu ingin berada disamping keluarga, disamping ayah ibu yang telah lanjut usia... Namun, ana serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui.. "Ya ALLAH, Kau kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil.. Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung.. Ku serahkan mereka dibawah jagaanMU, ya ALLAH.. Seandainya aku tidak berkesempatan menjaga mereka dengan kudratku, Kau izinkanlah mereka mendapat balasan sebagaimana balasan kebaikan yang Kau berikan kepadaku.. Semoga amalanku yang sedikit ini dapat memberi kebaikan kepada kami semua..Seandainya aku yang hadir terlebih dahulu menemuiMu, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi semua ujian dariMU ya ALLAH.. Kau berikanlah ketenangan kepada hati-hati insan kesayanganku.. Perkenankanlah Ya ALLAH.. Perkenankanlah Ya ALLAH.. Perkenankanlah"

Seringkali ada yang bertanya kepada ana.. "Tak kasihankah kamu pada kedua ibu bapamu yang telah tua? Sanggup kamu tinggalkan mereka semata-mata mencari rezeki di perantauan.. Di kelantan pun ada banyak lagi tempat untuk bekerja, untuk curah khidmat.."

ALLAHU RABBI.. Hanya Engkau sahaja yang tau betapa hati ini meronta-ronta untuk kembali bersama mereka.. tapi, apakan daya.. Ana ada alasan tersendiri yang sukar untuk dizahirkan.. Berikanlah aku kekuatan ya ALLAH...
Dikesempatan ini juga, ana ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.. Kepada yang pernah terasa atau marah pada ana, diatas salah dan silap ana selama ini, ana mohon jutaan kemaafan.. Mungkin ada kesilapan yang ana lakukan dalam sedar atau tidak sedar.. Semoga kemaafan dari antum/na bersama ana.. Terima kasih diatas sokongan sahabat-sahabat semua.. Terima kasih diatas pertolongan semua..
wassalam

Sesiapa yang berminat


Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang untuk meneruskan coretan di alam maya ini..

Dikesempatan ini, ana nak tolong promote perniagaan sahabat dari Terengganu.. Namanya Kak Dianah.. Ok, sesiapa yang berminat untuk membeli keropok lekor dari Terengganu, atau telur penyu, dan beberapa lagi barang keluaran pasaran negeri Terengganu Darul Iman, bolehlah ziarah blog ini : http://terengganu1stop.blogspot.com/

Sama-sama kita sokong perniagaan Muslim... (^_~)

Wassalam

Khamis, 24 Disember 2009

Masih Ada Yang Sayang

Detik terakhir

Assalamua'laikum.. salam perjuangan buat semua. Selamat berjuang menegakkan syiar ISLAM, selamat berjuang membanteras kemungkaran, selamat berjuang di medan peperiksaan, selamat berjuang mengawal nafsu amarah dan diri sendiri.

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan dan ruang untuk ana mencoret sepatah dua kata dalam blog kesayangan ana ni... Maafkan ana kerana hampir seminggu meninggalkan blog ini tanpa sebarang tanda. Kekangan masa ana jadikan alasan atas ketiadaan ana selama hampir seminggu ni. Mohon alasan diterima.

Hari ini, 24 Disember 2009... Merupakan hari ulangtahun kelahiran saudara seakidah, wardah as-syauqah, Nur Sarahah.. Semoga dirimu beroleh kebahagiaan dunia akhirat, mendapat redhaNYA. murah rezeki, mendapat zuriat soleh solehah, insya'ALLAH.

Hari ini juga merupakan hari terakhir untuk sahabat-sahabat membuat persiapan menuju destinasi tautan ukhuwwah kita iaitu ke program Hari Keluarga Alumni Ukhuwwah 2009. Bawalah apa saja yang difikirkan perlu, dapat kita kongsikan bersama. Semoga pertemuan kita esok diberkati ilahi. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu

Bertemu untuk mematuhi perintahMu

Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agamaMu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..

Tahun 2009 telah hampir ke penghujungnya... Allahu rabbi.. Takut rasanya.. Takut bila memikirkan ada amanah yang tak sempat ditunaikan... Muhasabah diri semula.. Banyak lagi perkara yang kita perlu lakukan.. Yang tak sempat dilaksanakan.. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, semua muslimin muslimat baik yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. Berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada kami, Ya ALLAH... Semoga kami tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi... Aminnnn.
Ayuh sahabat-sahabat, isilah masa yang ada dengan perkara-perkara yang memberi manfaat, samada kepada diri sendiri, orang lain, keluarga, masyarakat, negara, dan juga agama... Gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin...

Baiklah, ana dah nak mulakan tugas... Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmatNYA, dan dipelihara iman..Insya'ALLAH..

Sahabat-sahabat, jangan lupa kempen tutup aurat kita... Ayuh sebarkan dakwah... Wassalam..

Khamis, 17 Disember 2009

renunglah didalam dirimu...


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat2 semua? Semoga berada dalam limpahan rahmatNYA sentiasa.

Hari ini, 30 Zulhijjah 1430H, merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 1430 Hijriah.. Setahun telah berlalu.. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh tersebut?

Renunglah kedalam diri masing-masing, adakah apa yang kita lakukan itu bermanfaat buat kita dan orang lain? Adakah ia mengundang redha ALLAH atau sebaliknya? Adakah ia berlalu begitu sahaja? Ayuh muhasabah...

Dikesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan dari antum/na sekiranya ada tersalah kata, terkasar bicara sepanjang ana berada di alam blogging ini.. Sedar tak sedar, ana juga telah hampir setahun menjadi blogger sebenarnya.. Terasa begitu cepat masa berlalu.. ALLAH, berilah kekuatan kepada kami.. Istiqomahkanlah kami dijalan dakwah dan dalam mencari keredhaanMU..

Kepada kenalan-kenalan di alam blogging ini, ana ucapkan jutaan terima kasih di atas jalinan ukhuwwah kita.. Semoga ia diredhai ALLAH.. Dik Syirah, Azmah, Wani.. Walaupun tak pernah bersua muka mahupun mendengar suara, kita adalah insan bertuah kerana diizin ALLAH untuk merasai kemanisan ukhuwwah fillah.. (^_^)

Apa azam tahun baru? Adakah mengekalkan azam lama yang masih belum tertunai? mungkin... Kepada teman-teman seperjuangan, teruskan dakwahmu.. Serulah kearah kebaikan , cegahlah kemungkaran semampumu.. Innallaha ma'as soborin..

Ujian itu bertali arus.. Tak pernah berhenti.. Tapi jangan mudah goyah, kerana ia adalah pemangkin kekuatan, menguji kesabaran.. Ia tanda sayang ALLAH kepada kita...


salam ukhuwwah fillah ila mardhatillah... ma'assalamah

Isnin, 14 Disember 2009

bila tiba masanya untuk kita berpisah

Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga dilimpahi rahmat dariNYa, insya'ALLAH..

Hari ni, 27 Zulhijjah 1430H, bersamaan 14 Disember 2009M, merupakan hari keberangkatan ukht Nasihah ke Perak.. Beliau akan meninggalkan kami semua demi menggalas amanah sebagai pelajar.. Semoga ukht istiqomah dalam setiap perkara kebaikan, meneruskan perjuangan menegak syiar ISLAM walau dimana saja ukht berada..

Lagu khas buatmu..

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Jumaat, 11 Disember 2009

semakin hampir


Ku merintih, aku menangis,

Ku meratap, aku mengharap,

Ku meminta dihidupkan semula,

Agar dapat kembali ke dunia nyata


Perjalanan rohku,

Melengkapi sebuah kembara,

Singgah di rahim bonda,

Sebelum menjejak ke dunia,

Menanti di barzakh,

Sebelum berangkat ke mahsyar,

Diperhitung amalan,

Penentu syurga atau sebaliknya


Tanah yang basah berwarna merah,

Semerah mawar dan juga rindu,

Tujuh langkah pun baru berlalu,

Seusai talkin bernada syahdu,

Tenang dan damai di pusaraku,

Nisan batu menjadi tugu,

Namun tak siapa pun tahu resah penantianku


Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,

Seakan ku dengari, Tangis mereka yang ku tinggalkan,

Kehidupan disini bukan suatu khayalan,

Tetapi ia sebenar kejadian


Kembali oh kembali,

Kembalilah kedalam diri,

Sendirian sendiri,

Sendiri bertemankan sepi,

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,

Terbujur dan kaku,

Jasad didalam keranda kayu,


Ajal yang datang dimuka pintu,

Tiada siapa yang memberi tahu,

Tiada siapa pun dapat hindari,T

iada siapa yang terkecuali,

Lemah jemari nafas terhenti,

Tidak tergambar sakitnya mati,

Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi


Jantung berdegup kencang,

Menantikan malaikat datang,

Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,

Selama ini diceritakan,K

ini aku merasakan,

Di alam barzakh jasad dikebumikan

seiringkah?


"PENTARBIYAHAN YANG SOLID ADALAH BERTUNJANGKAN RABBANI.. MEREKA BUKAN SEKADAR BERKATA, MALAH MELAKSANAKAN.. IA TIDAK MENCAMPURKAN YANG HAK DAN YANG BATIL..PENGGERAKNYA BAIK MUSLIMIN ATAU MUSLIMAT TIDAK AKAN BERHUBUNG MELAINKAN SATU KEPERLUAN YANG DASYAT (AMAT MEMERLUKAN) SAHAJA.. MEREKA AKAN TETAP BERJAGA-JAGA DENGAN PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA MAKSIAT.. MUSLIMAT NYA BUKAN YANG MUDAH DIDEKATI DAN MENDEKATI..BUKAN YANG MUDAH DIHUBUNGI ATAU MENGHUBUNGI.. MEREKA SANGAT TERPELIHARA DAN SANGAT ANGGUN DALAM MALU YANG MENJADI MAHKOTANYA.. NAMUN BANYAK PENGGERAK YANG KEHILANGAN INI, DIMANA PENTARBIAHAN MENDIDIK KEAKHWATANNYA.. BERWASPADALAH.." - 11 disember 2009, 11.38 a.m..

Ana telah menerima SMS yang hampir sama dari dua insan yang berbeza.. Kali pertama dari seorang kenalan, manakala yang kedua adalah dari hamba ALLAH yang tidak dikenali.. Tapi SMS ini cukup untuk menyentak urat-urat iman ana, menyegarkan semula ketaqwaan kepadaNYA, menjadi penanda aras untuk muhasabah diri..... Walaupun sekadar satu ingatan dan peringatan, cukup untuk menerbitkan keinsafan di hati kita semua..

Seringkali terlintas di fikiran, disaat iman sedang memuncak, adakah seiring perlakuan dengan pertuturan kita selama ini? Kita sering berbicara tentang ikhtilat, tapi adakah seiring antara teori dan praktikalnya?

Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim...

Semoga ALLAH jaga hati ini hari ini dan selamanya.. Moga ia berada dalam jagaanNYA sentiasa.. Perkenankanlah ya ALLAH..

Bila berbicara tentang ikhtilat, seringkali kita kaitkan antara pergaulan bebas antara berlainan jantina yang dilakukan secara terang-terangan.. Yang sering disebut-sebut berkaitan ikhtilat ialah "membonceng motor lelaki perempuan, berdua-duaan di taman, berjalan berpimpin tangan, bertepuk tampar tanpa had dan banyak lagi yang nampak dengan mata kasar".. Tapi macam mana pula dengan SMS, YM, Facebook and etc? Adakah perhubungan di alam maya itu / tanpa melihat raut wajah / tanpa mendengar suara / tanpa kenal siapa orangnya tidak termasuk dalam masalah ikhtilat? Bagaimana pula dengan masalah hati?

Hmm, ayuh kita sama-sama muhasabah diri... Sejauh mana kita mendalami pengertian ikhtilat ini sebenarnya? Adakah sekadar pengertian yang dilihat dari luaran sahaja atau kita telah melihat secara telus, dari segenap sudut?



“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(Al Israa 17:32)

“Telah ditetapkan atas manusia bahagiannya dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara , zinanya tangan adalah menyentuh, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.” (HR Bukhari). Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.)

Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim...


Adakalanya kita menganggap semua ini adalah sesuatu yang remeh.. Dan seringkali kita lupa akan batas-batasnya.. hmm, mujahadah ya Mujahidah..


Ya ALLAH, aku takut akan azabMU.. Jauhkanlah aku dari api nerakaMU ya ALLAH.. Pimpinlah aku kearah keredhaan dan keampunanMU..


“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.(Al Hijr 15:39-40)



Seringkali kita terleka dan terlupa untuk menjaga kesucian hati, seringkali ia dicemari debu-debu masalah ikhtilat.... Allahu rabbi, sudikah Engkau menerima taubat kami?


Duhai diri dan sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH, sama-samalah kita muhasabah diri.. Semoga amalan kita diterima ALLAH..



" Katakanlah kepada orang laki laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.. .”(An Nuur 24:30-31).

Dik Syira, ayuh mujahadah.......


"setiap kata-kata akan diuji.. semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi ujian itu.. "

wassalam

Khamis, 10 Disember 2009

DEBARAN SEMAKIN HAMPIR

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Rabu, 9 Disember 2009

semoga diberkati ilahi





Assalamua'laikum sahabat2 semua....
Merujuk kepada perkara di atas, ana dengan sukacitanya ingin menjemput antum untuk sama-sama melaksanakan solat hajat bagi memohon keberkatan ILAHI, dan semoga Program Hari Keluarga Alumni Ukhuwwah yang bakal diadakan pada 25 dan 26 Disember 2009 nanti dipermudahkan segalanya..


JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN HARI KELUARGA NANTI...

"SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA"

ikatlah hati2 ini dengan rahmatMU ya ALLAH


telah terhimpun hati-hati ini, demi memikul beban dakwahMU...

satukanlah, eratkanlah ya ALLAH..

semoga dipermudahkan segala urusan hambaMU ini...

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..


ukhuwwah fillah abadan abada

Sedetik bersama, Seabad terasa

Anak-anak soleh payung keluarga
" adik-adik sedang khusyuk mendengar penerangan dari kak seha"

tengok si cilik yang pakai baju sama tu.. Mereka bertiga adik-beradik.. (^_^)


Peserta motivasi mendengar ceramah dari ustaz


Ini adalah adik-adik kumpulan ana.. Maafkan akak sebab tak sempat jumpa adik-adik sebelum balik aritu.. semoga kalian menjadi anak soleh solehah.. sayang kamu semua..

******************************************
Assalamua'laikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua muslimin muslimat yang dikasihi kerana ALLAH sekalian..

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Esa, kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. (^_^)

Pada hari Sabtu yang lalu, ana berpeluang untuk mengikuti program motivasi bersama adik-adik sekolah rendah di sebuah masjid di Kepong... Alhamdulillah, kenangan yang bermakna walaupun tidak dapat berlama-lamaan dengan adik-adik. Kekangan masa dan komitmen pada amanah lain memaksa diri untuk melepaskan adik-adik yang baru dikenali.. Tak mengapa, insya'ALLAH, ada masa kita jumpa lagi.
Sekadar perkongsian, program tersebut merupakan program pertama ana bersama sahabat-sahabat dan adik-adik di Kepong. Setelah agak lama tidak menyertai mana-mana program motivasi (seingat ana, hampir setahun tidak menjadi fesi secara langsung, ), akhirnya ana diberi peluang dan ruang untuk kembali berkecimpung dalam medan motivasi. Alhamdulillah..
KEM MOTIVASI SEMPENA CUTI SEKOLAH
Apabila pertama kali menjejak kaki ke Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong, hati berbunga bahagia... Melihat deretan kasut dan selipar di tangga masjid sudah cukup untuk menunjukkan kepada kami betapa ramainya bilangan peserta Kem Motivasi kali ini... Semasa dalam perjalanan, Pengarah Program (PP) telahpun memberitahu kami bahawa peserta kali ini telah melebihi sasaran awal pihak penganjur. Anggaran awal hanya 80 orang peserta, tapi, sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak menambahkan lagi bilangan peserta untuk kali ini. Dan hasilnya, Kem Motivasi kali ini telah disertai oleh 99 peserta yang berdaftar.. Alhamdulillah... Peserta paling kecil berumur 8 tahun manakala yang paling besar berumur 12 tahun. Ada yang datang kerana dipaksa, ada juga yang datang atas kemahuan sendiri. Tapi, semuanya menunjukkan wajah ceria.. Happy always.. (^_^)
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Peribahasa melayu ini amat sinonim dengan amalan mendidik seorang anak anugerah ALLAH sejak kecil lagi.. Betapa beruntungnya seorang anak yang diberi peluang dan dididik sebegini. Sejak kecil lagi telah didedahkan dengan majlis-majlis dan program ilmiah membentuk sahsiah diri. Adik-adik yang diberi kesempatan sebegini seharusnya bersyukur.. Kerana ada ibu bapa yang ambil berat dengan masa depan adik-adik. Adik-adik beruntung kerana ada ibu bapa yang mampu membayar yuran untuk adik-adik menimba ilmu bersama kawan-kawan yang lain. Cuba tengok keadaan di Palestin, mereka tiada masa untuk program-program sebegini..Tapi keadaan sekeliling yang banyak mendewasakan mereka.. Mematangkan mereka melebihi tahap pemikiran untuk anak-anak seusia mereka.. Mereka hanya belajar melalui pengalaman, tapi mereka jauh lebih hebat dari orang-orang dewasa di sekeliling kita.. TAK MALU KE BERALASAN UNTUK KE MAJLIS ILMU??
Cuti sekolah sebulan lebih, memang banyak masa lapang untuk adik-adik.. Apa yang adik-adik lakukan di rumah? Tengok tv? Baca buku? Main game? Balik kampung, jumpa atuk nenek? atau melepak bersama kawan-kawan di pusat membeli belah? Merempit? Yang mana satu pilihan adik-adik?
Apabila menjelang cuti sekolah, banyak program-program sebegini diaturkan.. berderet sepanjang cuti sekolah, hampir sama banyak dengan majlis walimah.. Jadi, apa kata, kalau ibu bapa sekalian dan adik-adik sendiri mencari inisiatif untuk melibatkan diri dengan kem-kem bina sahsiah sebegini? Banyak manfaatnya untuk adik-adik dan ibu bapa.
Kepada sahabat-sahabat alumni ukhuwwah. jom kita sama-sama sertai program HARI KELUARGA ALUMNI UKHUWWAH...... Jangan lupa bawak keluarga dan sahabat-sahabat bersama.. Jumpa di sana ye... (^_~)

Jumaat, 4 Disember 2009

syukur

Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH? Moga sihat badan dan mantap iman, insya'ALLAH..

Alhamdulillah, hari ni, kita semua masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. moga ianya berkekalan.

Daisypath Vacation tickers

Alhamdulillah, perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga Alumni Ukhuwwah telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kerjasama dari semua zon membantu kelancaran perjalanan program.. Semoga ia berlangsung dengan jayanya...
"SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA"

*****************************

Selasa, 1 Disember 2009

i'm moving


Assalamua'laikum... Apa khabar sahabat2 sekalian? Moga sihat badan dan mantap iman, insya'ALLAH...


Ana akan berpindah, jadi mungkin tidak mempunyai masa untuk mengemaskini blog ana ni.. jadi, ana mintak maaf ye... Moga tempat baru memberikan impak yang lebih baik buat ana, insya'ALLAH..


Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers