Anak-anak soleh payung keluarga
" adik-adik sedang khusyuk mendengar penerangan dari kak seha"
tengok si cilik yang pakai baju sama tu.. Mereka bertiga adik-beradik.. (^_^)
Peserta motivasi mendengar ceramah dari ustaz
" adik-adik sedang khusyuk mendengar penerangan dari kak seha"
tengok si cilik yang pakai baju sama tu.. Mereka bertiga adik-beradik.. (^_^)
Peserta motivasi mendengar ceramah dari ustaz
Ini adalah adik-adik kumpulan ana.. Maafkan akak sebab tak sempat jumpa adik-adik sebelum balik aritu.. semoga kalian menjadi anak soleh solehah.. sayang kamu semua..
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Esa, kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. (^_^)
******************************************
Assalamua'laikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua muslimin muslimat yang dikasihi kerana ALLAH sekalian..
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Esa, kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. (^_^)
Pada hari Sabtu yang lalu, ana berpeluang untuk mengikuti program motivasi bersama adik-adik sekolah rendah di sebuah masjid di Kepong... Alhamdulillah, kenangan yang bermakna walaupun tidak dapat berlama-lamaan dengan adik-adik. Kekangan masa dan komitmen pada amanah lain memaksa diri untuk melepaskan adik-adik yang baru dikenali.. Tak mengapa, insya'ALLAH, ada masa kita jumpa lagi.
Sekadar perkongsian, program tersebut merupakan program pertama ana bersama sahabat-sahabat dan adik-adik di Kepong. Setelah agak lama tidak menyertai mana-mana program motivasi (seingat ana, hampir setahun tidak menjadi fesi secara langsung, ), akhirnya ana diberi peluang dan ruang untuk kembali berkecimpung dalam medan motivasi. Alhamdulillah..
KEM MOTIVASI SEMPENA CUTI SEKOLAH
Apabila pertama kali menjejak kaki ke Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong, hati berbunga bahagia... Melihat deretan kasut dan selipar di tangga masjid sudah cukup untuk menunjukkan kepada kami betapa ramainya bilangan peserta Kem Motivasi kali ini... Semasa dalam perjalanan, Pengarah Program (PP) telahpun memberitahu kami bahawa peserta kali ini telah melebihi sasaran awal pihak penganjur. Anggaran awal hanya 80 orang peserta, tapi, sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak menambahkan lagi bilangan peserta untuk kali ini. Dan hasilnya, Kem Motivasi kali ini telah disertai oleh 99 peserta yang berdaftar.. Alhamdulillah... Peserta paling kecil berumur 8 tahun manakala yang paling besar berumur 12 tahun. Ada yang datang kerana dipaksa, ada juga yang datang atas kemahuan sendiri. Tapi, semuanya menunjukkan wajah ceria.. Happy always.. (^_^)
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Peribahasa melayu ini amat sinonim dengan amalan mendidik seorang anak anugerah ALLAH sejak kecil lagi.. Betapa beruntungnya seorang anak yang diberi peluang dan dididik sebegini. Sejak kecil lagi telah didedahkan dengan majlis-majlis dan program ilmiah membentuk sahsiah diri. Adik-adik yang diberi kesempatan sebegini seharusnya bersyukur.. Kerana ada ibu bapa yang ambil berat dengan masa depan adik-adik. Adik-adik beruntung kerana ada ibu bapa yang mampu membayar yuran untuk adik-adik menimba ilmu bersama kawan-kawan yang lain. Cuba tengok keadaan di Palestin, mereka tiada masa untuk program-program sebegini..Tapi keadaan sekeliling yang banyak mendewasakan mereka.. Mematangkan mereka melebihi tahap pemikiran untuk anak-anak seusia mereka.. Mereka hanya belajar melalui pengalaman, tapi mereka jauh lebih hebat dari orang-orang dewasa di sekeliling kita.. TAK MALU KE BERALASAN UNTUK KE MAJLIS ILMU??
Cuti sekolah sebulan lebih, memang banyak masa lapang untuk adik-adik.. Apa yang adik-adik lakukan di rumah? Tengok tv? Baca buku? Main game? Balik kampung, jumpa atuk nenek? atau melepak bersama kawan-kawan di pusat membeli belah? Merempit? Yang mana satu pilihan adik-adik?
Apabila menjelang cuti sekolah, banyak program-program sebegini diaturkan.. berderet sepanjang cuti sekolah, hampir sama banyak dengan majlis walimah.. Jadi, apa kata, kalau ibu bapa sekalian dan adik-adik sendiri mencari inisiatif untuk melibatkan diri dengan kem-kem bina sahsiah sebegini? Banyak manfaatnya untuk adik-adik dan ibu bapa.
Kepada sahabat-sahabat alumni ukhuwwah. jom kita sama-sama sertai program HARI KELUARGA ALUMNI UKHUWWAH...... Jangan lupa bawak keluarga dan sahabat-sahabat bersama.. Jumpa di sana ye... (^_~)