Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga sihat walafiat sentiasa hendaknya.. Insya'ALLAH..
Hari ini bertarikh 28 Disember 2009, bersamaan dengan 11 Muharram 1431 H.. Terasa bagaikan baru saja menjejakkan kaki kedalam tahun 2009, kini 2010 bakal muncul.. ALLAHU RABBI..
Sudah hampir 9 bulan ana bekerja di sini... 9 Bulan juga ana meninggalkan kampung halaman bagi menimba sedikit ilmu, mencurah bakti di tempat orang.. Pengalaman banyak mengajar ana untuk menjadi lebih matang.. Segala gerak kerja sepanjang berada diperantauan amat berharga bagi ana. Sejak tahun 2006, ana meninggalkan Kelantan, menuntut ilmu di sebuah IPTA di Kuantan, Pahang... Tahun 2008, ana kembali ke Kelantan, mencurahkan khidmat bakti di negeri sendiri.. Setelah tamat pengajian, ana sempat bekerja di sebuah Firma Guaman di Kota Bharu.. Lebih kurang 3 bulan bekerja, ana telah diberi pilihan samada bekerja di Kuala Krai (yang jaraknya hanya 15 minit dari rumah) atau bekerja di Kuala Lumpur (8 Jam perjalanan sehala). Setelah berbincang dengan keluarga, mengambil kira kebaikan dan keburukan, istikarah, alhamdulillah, ana kini berada di perantauan..
Sememangnya hati ini terlalu ingin berada disamping keluarga, disamping ayah ibu yang telah lanjut usia... Namun, ana serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui.. "Ya ALLAH, Kau kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil.. Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung.. Ku serahkan mereka dibawah jagaanMU, ya ALLAH.. Seandainya aku tidak berkesempatan menjaga mereka dengan kudratku, Kau izinkanlah mereka mendapat balasan sebagaimana balasan kebaikan yang Kau berikan kepadaku.. Semoga amalanku yang sedikit ini dapat memberi kebaikan kepada kami semua..Seandainya aku yang hadir terlebih dahulu menemuiMu, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi semua ujian dariMU ya ALLAH.. Kau berikanlah ketenangan kepada hati-hati insan kesayanganku.. Perkenankanlah Ya ALLAH.. Perkenankanlah Ya ALLAH.. Perkenankanlah"
Seringkali ada yang bertanya kepada ana.. "Tak kasihankah kamu pada kedua ibu bapamu yang telah tua? Sanggup kamu tinggalkan mereka semata-mata mencari rezeki di perantauan.. Di kelantan pun ada banyak lagi tempat untuk bekerja, untuk curah khidmat.."
ALLAHU RABBI.. Hanya Engkau sahaja yang tau betapa hati ini meronta-ronta untuk kembali bersama mereka.. tapi, apakan daya.. Ana ada alasan tersendiri yang sukar untuk dizahirkan.. Berikanlah aku kekuatan ya ALLAH...
Dikesempatan ini juga, ana ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.. Kepada yang pernah terasa atau marah pada ana, diatas salah dan silap ana selama ini, ana mohon jutaan kemaafan.. Mungkin ada kesilapan yang ana lakukan dalam sedar atau tidak sedar.. Semoga kemaafan dari antum/na bersama ana.. Terima kasih diatas sokongan sahabat-sahabat semua.. Terima kasih diatas pertolongan semua..
wassalam