Assalamua'laikum.. salam perjuangan buat semua. Selamat berjuang menegakkan syiar ISLAM, selamat berjuang membanteras kemungkaran, selamat berjuang di medan peperiksaan, selamat berjuang mengawal nafsu amarah dan diri sendiri.
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan dan ruang untuk ana mencoret sepatah dua kata dalam blog kesayangan ana ni... Maafkan ana kerana hampir seminggu meninggalkan blog ini tanpa sebarang tanda. Kekangan masa ana jadikan alasan atas ketiadaan ana selama hampir seminggu ni. Mohon alasan diterima.
Hari ini, 24 Disember 2009... Merupakan hari ulangtahun kelahiran saudara seakidah, wardah as-syauqah, Nur Sarahah.. Semoga dirimu beroleh kebahagiaan dunia akhirat, mendapat redhaNYA. murah rezeki, mendapat zuriat soleh solehah, insya'ALLAH.
Hari ini juga merupakan hari terakhir untuk sahabat-sahabat membuat persiapan menuju destinasi tautan ukhuwwah kita iaitu ke program Hari Keluarga Alumni Ukhuwwah 2009. Bawalah apa saja yang difikirkan perlu, dapat kita kongsikan bersama. Semoga pertemuan kita esok diberkati ilahi. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
Tahun 2009 telah hampir ke penghujungnya... Allahu rabbi.. Takut rasanya.. Takut bila memikirkan ada amanah yang tak sempat ditunaikan... Muhasabah diri semula.. Banyak lagi perkara yang kita perlu lakukan.. Yang tak sempat dilaksanakan.. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, semua muslimin muslimat baik yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. Berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada kami, Ya ALLAH... Semoga kami tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi... Aminnnn.
Ayuh sahabat-sahabat, isilah masa yang ada dengan perkara-perkara yang memberi manfaat, samada kepada diri sendiri, orang lain, keluarga, masyarakat, negara, dan juga agama... Gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin...
Baiklah, ana dah nak mulakan tugas... Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmatNYA, dan dipelihara iman..Insya'ALLAH..
Sahabat-sahabat, jangan lupa kempen tutup aurat kita... Ayuh sebarkan dakwah... Wassalam..