Rezeki

Khamis, 17 Disember 2009

renunglah didalam dirimu...


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat2 semua? Semoga berada dalam limpahan rahmatNYA sentiasa.

Hari ini, 30 Zulhijjah 1430H, merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 1430 Hijriah.. Setahun telah berlalu.. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh tersebut?

Renunglah kedalam diri masing-masing, adakah apa yang kita lakukan itu bermanfaat buat kita dan orang lain? Adakah ia mengundang redha ALLAH atau sebaliknya? Adakah ia berlalu begitu sahaja? Ayuh muhasabah...

Dikesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan dari antum/na sekiranya ada tersalah kata, terkasar bicara sepanjang ana berada di alam blogging ini.. Sedar tak sedar, ana juga telah hampir setahun menjadi blogger sebenarnya.. Terasa begitu cepat masa berlalu.. ALLAH, berilah kekuatan kepada kami.. Istiqomahkanlah kami dijalan dakwah dan dalam mencari keredhaanMU..

Kepada kenalan-kenalan di alam blogging ini, ana ucapkan jutaan terima kasih di atas jalinan ukhuwwah kita.. Semoga ia diredhai ALLAH.. Dik Syirah, Azmah, Wani.. Walaupun tak pernah bersua muka mahupun mendengar suara, kita adalah insan bertuah kerana diizin ALLAH untuk merasai kemanisan ukhuwwah fillah.. (^_^)

Apa azam tahun baru? Adakah mengekalkan azam lama yang masih belum tertunai? mungkin... Kepada teman-teman seperjuangan, teruskan dakwahmu.. Serulah kearah kebaikan , cegahlah kemungkaran semampumu.. Innallaha ma'as soborin..

Ujian itu bertali arus.. Tak pernah berhenti.. Tapi jangan mudah goyah, kerana ia adalah pemangkin kekuatan, menguji kesabaran.. Ia tanda sayang ALLAH kepada kita...


salam ukhuwwah fillah ila mardhatillah... ma'assalamah

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers