Rezeki

Jumaat, 30 Oktober 2009

kisah seseorang (2)


Mei 2006 : Disaat menerima keputusan SPM, hamba ALLAH ini mengimpikan untuk meneruskan pelajaran di Menara Gading, dan keutamaannya, dia nak ambik course TESL (Teaching English as a Second Language) di mana-mana IPT... Muslimat ni memang minat course tu sejak dulu lagi.. (^_^)... tapi, ALLAH tidak mengizinkan dia untuk ke sana..

Jun 2006 : Dia cuba nasib di Tingkatan Enam Rendah (Fizik) di daerahnya.. Walaupun dia suka belajar di sana, tapi, dia tidak berhajat untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Enam.. Pertengahan bulan Jun, dapat keputusan rasmi bahawa dia akan mendaftar diri di IPTA di kuantan.. Perasaannya? ntahlah.. tapi bersyukurlah sebab sekurang-kurangnya dia dapat lari dari masalah di Tingkatan Enam.. Dalam masa yang sama, dia rasa sedih sebab terpaksa tinggalkan anak2 yang tiga orang tu.. Dari kecil dia asuh, tiba masanya untuk mereka berpisah.. Terfikir, siapa yang akan jaga budak2 tu bila dia dah tak ada. Macam mana mak ayah nak meniaga kalau anak2 tu ada kelas petang.. Tapi mak suruh juga dia masuk IPTA tu nanti,,Kejap je, kata mak.. dia akur.

Akhir bulan Jun : Dia dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPT di dalam negara Malaysia ni.. COURSE TESL!!! Ya ALLAH, dia gembira sangat.. dia bagitau mak n semua ahli keluarga.. Tapi, mak dan ayah dia cakap : "Belajar jelah kat sana tu.. Kita tak ada duit. Macam mana nak bayar yuran? Semua dah bayar untuk yuran IPT d Kuantan.." dia redha...

16 Julai 2006 : Dia menjejakkan kaki ke IPTA d Kuantan.. Sayu meninggalkan kampung halaman yang terletak 8 jam dari Kuantan.. Demi ayah dan Bonda, dia tabahkan diri.. Menuntut ilmu juga satu jihad.. bahagiakan kedua ibu bapa, satu kebaikan.. "Semoga aku mendapat sesuatu yang berharga di sini.. Bukan cinta manusia yang kucari, tapi, biarkah cinta yang membawa erti.. aku nak berubah", tekad muslimat tadi.

Sejak dari hari tu, dia mula menyesuaikan diri.. Alhamdulillah, rakan sebilik yang tidak banyak kerenah, memudahkan segala urusan.. beberapa hari selepas melaporkan diri, adalah hari yang bermakna buat muslimat tadi.. Hari ulangtahunnya yang ke 18.. (*_*).. Pada pagi 20 Julai 2006, berpuluh-puluh SMS dan beberapa panggilan telefon diterima dari sahabat taulan dan keluarga.. terharu. mahu saja rasanya dia balik ke pangkuan keluarga... Sepanjang pengajiannya, begitu bayak dugaan dan cabaran dilalui.. Ditambah pula dengan kesihatan ayahnya yang seringkali menggugat kesabaran dan ketabahan hati seorang anak, dia semakin pilu.. namun, bila teringat akan azam yang telah terpateri sewaktu mula-mula melangkah ke IPTA dulu, dia tekad.. Hidup satu perjuangan.. sama ada berkorban atau terkorban, semuanya pasti dirasai.. MUJAHADAH!!!!

hari demi hari berlalu, alhamdulillah, dia merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku.. Menyertai usrah,banyak membawa kesan pada diri dan hidupnya.. Langkah demi langkah, dan akhirnya, dia telah mendapat apa yang dia idamkan, buat masa sekarang.. insya'ALLAH.. harapannya, biarlah dia terus istiqomah dalam setiap perkara kebaikan.. dan semoga ALLAH terus memberikan hidayah itu kepadanya.. dia mahu menjadi lebih baik.. (^_^). Sama-samalah kita doakan dia..
**************************
"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH"

Khamis, 29 Oktober 2009

kongsi-kongsi ilmu (^_^)


BATU yang diKARANG (*_*)

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium. Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.

Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang. Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi
faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat. Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko.
Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal. Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis
Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala
Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
Air kencing berdarah.
Air kencing keruh dan berbau busuk.
Mual dan muntah.
Sentiasa terasa hendak kencing.
Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

***********************
SUMBER : http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/100/punca-batu-karang
***********************
Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
Cara Atasi penyakit Batu Karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang
ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.
Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain.
Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.
Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).
Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.
Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.
Pemakanan tradisional Cina
Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari.
Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)
Perubatan tradisional Melayu
Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.
Contohnya ialah:-Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.
Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya. Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum. Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar. Kemudian minum airnya dan makan isinya.(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).
Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).
Rawatan moden Allopathy
Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy) Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega.
Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.(Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)
Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan
Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang.
Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.Habbatus Sawda dikenalpasti boleh merawat dan Menghancurkan Batu Karang serta Radang Buah Pinggang.
Baca Hadis di bawah :Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud :
"Tetaplah kamu dengan Habbatus Sawda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi sihat wal'afiat.
*****************
SEMOGA ADA MANFAAT UNTUK SEMUA (^_^)
WASSALAM

syafakillah ya habibati


Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kekuatan dan kesempatan untuk terus menghambakan diri kepadaNYA.. Apa khabar saudara seakidah sekalian? moga sihat dan bahagia dilimpahi rahmat dariNYA, insya'ALLAH.
Kepada sahabat-sahabat yang diuji dengan demam, kesakitan, ana mendoakan agar antum akan cepat sembuh dan moga ujian itu menjadi kafarah dosa, insya'ALLAH.

Rabu, 28 Oktober 2009

ittaqullah

kematian tak mengira masa, usia dan tempat.. bersediakah kita???

















kenapa tukar lagu?

Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat2 semua? moga mendapat rahmat dariNYA, insya'ALLAH..

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tukar lagu pulak, sebelum ni blog ana ditemani lagu lain.. jawapannya ialah, ada sahabat ana yang mengadu pada ana, dia tak boleh buka blog ana masa di pejabat. Kena block.. hehe, kesiannya.. nak kata blog ana ni sensor sangat, ana rasa tak jugak.. Kalau ada unsur politik sekalipun, bukanlah jadi kesalahan pun sebenarnya, kan? dunia dan politik adalah seiring, bukankah begitu?

Tapi, tak mengapa... Tak salah mengubah lagu tema blog ana demi sahabat yang sorang ni.. biarlah kita berkorban sedikit untuk dapatkan yang ganjaran yang lebih banyak, kan? Cik Farah, harap-harap, lepas ni dah boleh buka blog ni ye.. (^_^)..

jom dating dengan ALLAH.. haiya a'las solah...

Selasa, 27 Oktober 2009

cerpen: bicara diri dan iman



"aku sayang kamu!!!! Janganlah berpisah denganku"

"apa yang boleh kau lakukan? sedangkan kau sendiri masih terpinga-pinga, tak tau mana arah tujumu"

"tolonglah, jangan berpisah denganku.. aku betul-betul sayang padamu"
"jangan tinggalkan aku"

"ah, aku tak percaya padamu.. kamu penipu. kamu pembohong!! tiada satupun kata-katamu yang boleh dipercayai"

"aku tak sengaja.. aku betul-betul sayang dan cinta padamu.."

"apa lagi yang kau mahu katakan? apa lagi yang mahu kamu tuturkan? apa lagi yang mahu kamu dustakan?"

"aku berkata benar.. aku memang sayang pada kamu.. kamu adalah hadiah terbaik dariNYA untukku..telah lama kunantikan saat ini.. untuk memulakan langkah kearah yang lebih baik.. bila diberi peluang, aku betul-betul bersyukur.. aku bersyukur kerana aku dapat kamu.. aku bersyukur kerana aku ada kamu!!! aku sayang kamu"

"memang kamu sayang padaku, tapi kamu menduakan aku!!! aku tak dapat terima semua ni. tidak, tidak sama sekali"

"aku menduakan kamu? bila?"

"jangan cuba nak berdalih. aku tahu. kamu menduakan aku dalam diam"

"aku tak pernah menduakan kamu.. sumpah"

"jangan bermain dengan sumpah.. kelak memakan diri.. mungkin kamu tak sedar, apa yang kamu lakukan.. ingatkah kamu, ketika kamu berjanji, untuk sentiasa bersama denganku.. waktu kau mula mengenal aku.. maktu tu, kamu katakan bahawa kamu akan sentiasa berusaha untuk menjaga aku, akan sentiasa membelai aku, tapi sekarang?? mana bukti kata-katamu dulu?"

"bukankah aku sentiasa disamping kamu? tidakkah kamu sedar akan kehadiranku?"

"ya, memang kamu sering disampingku, tapi, kamu juga bawa Maksiat bersama!! aku tak suka pada Maksiat.. aku benci dia.. kamu katakan kamu sayang padaku, tapi kamu juga katakan perkara yang sama pada Maksiat.. Maksiat selalu bersama tatkala kau datang bertemu denganku.. kenapa kau bawa dia?? kenapa?? kenapa?? kau menduakan aku!!! aku benci kamu"

"aku tak sengaja sayangku... maafkan aku.. aku telah cuba sedaya upaya aku untuk lari darinya. Tapi dia sentiasa mengekori aku. dia yang datang kepadaku.. aku dah cuba lari sejauh mungkin darinya.."

"ah, aku dah tak percaya kepadamu.. sudah banyak janji manis yang kau taburkan.. padaku, padaNYA.. bila kau sayangkan aku, kau menangis, merayu.. tapi, bila dia datang menyapa, kau tersenyum megah, sudah hilang tangisan dan sedumu tadi.. apa maksudmu? mahu bermain kata dengan PENCIPTA?"

"tidak.. tidak sayangku... aku tak terniat untuk bermain kata.. aku takut padaNYA.. aku takut pada azabNYA.. tapi, aku... aku sendiri tidak ada upaya untuk menghalang dia dari menghampiriku.. aku lari sejauh mungkin, dia tetap megejarku... aku melangkah ke kanan, dia datang tanpa diundang.. aku melangkah ke kiri, dia hadir tatkala aku sedang sendiri.. bukan salahku.. bukan salahku"

"kau begitu pandai bermain kata.. aku semakin hilang percaya.. tidak mungkin untuk kali kedua"

"sayang, jangan tinggalkan aku!!!!!!!!!!!"

"tidak, aku sudah tidak mahu lagi mendampingimu.. aku bosan dengan karenahmu.. selamat tinggal diri. bergembiralah dengan Maksiat yang kau puja selama ini.. tunggulah pembalasan dariNYA nanti.. barulah kau tahu, apa yang kau dustai dulu"

"sayangku, Iman... tolonglah.. jangan tinggalkan aku.. iman.. tunggu daku.. tungguuuuu..."


***************************************

terasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua.. terasa lemah tatkala sendirian, kenikmatan berjemaah sememangnya sukar dicari ganti.. ukhuwwah itu, pastinya kurniaan ilahi yang tak mampu ana nilai dengan segala permata didunia.. sesiapapun pasti takkan meragui, betapa tinggi nilai nikmat hidayah yang ALLAH berikan kepada kita semua.. bahkan, kalau dibandingkan dengan segala yang ada didunia ini, masih tak mampu untuk membeli hidayah dari ALLAH.. hanya ALLAH yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA..


Tak siapa tahu, kalau ALLAH nak tarik semula nikmat iman yang ada dalam diri kita, bila-bila saja DIA mampu lakukan.. bukankah hidayah itu milik ALLAH.. nauzubillah.. bersyukurlah kerana kita semua diberi peluang oleh ALLAH.. tapi, adakah kita betul-betul menjaganya? menjaga hidayah sebaik mungkin? diri ini sentiasa dihurung rasa bersalah.. malu pada diri sendiri.. muhasabah semula.. bila banyak masalah dan ujian menimpa, pasti ada yang tak kena.. pasti ada kesilapan yang telah kita lakukan.. hmm, dulu, naqibah ana selalu pesan.. sebelum mula usrah, kena bersihkan hati.. bersihkan diri zahir dan batin.. barulah senang nak terima nasihat dan ilmu... dan bila dah bergelar naqibah, kena selalu muhasabah, kena check diri sendiri.. jangan pula kerana kita, anak-anak usrah tak dapat kefahaman yang sebetulnya, terhijab kerana dosa dan khilaf yang kita lakukan.. nau'zubillah...
oleh itu, ana menyeru diri ana dan sahabat-sahabat semua, marilah kita betulkan niat, ikhlaskan hati, sucikan diri... moga hidayah ini kekal milik kita.. muhasabah... wassalam

Jumaat, 23 Oktober 2009

sampaikanlah

Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat2 semua?

Lama tak berpeluang untuk mencoret kisah dalam blog ni, maafkan ana, kekangan masa yang agak terhad tidak mengizinkan ana. Ana cuba untuk memanfaatkan setiap detik yang ada, insya'ALLAH.. sabar ye adik2 semua.. (^_~)

Hari ni, ana nak cakap tentang M.A.S.A.. semua tahu apa itu masa, kan? dalam pepatah melayu, inggeris dan arab serta dalam Al-Quran sendiri, banyak menyebut tentang masa.. Tapi, kenapa selalu sangat orang meremeh-remehkan masa? kenapa? kenapa? Tolong jawab sekarang jugak.. (hehe, jangan salah sangka pulak ye, ana bukan nak marah sesiapa pun, cuma sekadar meluahkan rasa yang bersarang di hati... )

Seringkali ana perhatikan, ramai yang memang susah nak tepati masa terutama untuk menghadiri program, mesyuarat, atau apa saja yang seangkatan dengannya.. Tapi, yang peliknya, bila dah cukup masa, cepat je suara-suara belakang yang mula menonjol. Hmm, apa masalahnya ye? Sama-samalah kita fikirkan...

Demi Masa
Lirik Lagu Nasyid Raihan

Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
kerna ia takkan kembali
(korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Yang beriman dan beramal saleh

( ulang korus1, korus2 )

****************************************

Insya'ALLAH, ana pasti ramai diantara kita yang tahu lirik lagu nasyid ini.. Yang telah dipopularkan oleh kumpulan Raihan sejak ana kecil lagi.. Hari ni ana bukanlah berniat untuk menyanyi, cuma apa yang menarik perhatian ana ialah isi kandungan/ maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid di atas..

Seperti mana yang kita semua maklum, dalam surah al-Asr, ayat 1 - 5, memang ada menyebut tentang masa...

DEMI MASA,
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG YANG BERAMAL SOLEH,
DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN,
DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN.
Ana bukanlah seorang pelajar mana-mana institusi agama seperti ma'ahad, sekolah tahfiz, pondok atau apa-apa yang berkaitan.. tak berapa pandai nak menghuraikan tafsir ayar tu dengan lebih terperinci lagi.. Tapi, biarpun begitu, bila tengok, teliti maksud kasar ayat dari surah al-Asr tu, dah cukup untuk memotivasikan kita betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita... serta betapa pentingnya untuk kita menyampaikan dakwah, menyebarkan kata-kata kebenaran, mengajak setiap manusia ke arah kebaikan.
Telahpun tercatat dalam lembaran al-Quran sejak dulu lagi, sebenarnya manusia ini semuanya telah mengalami kerugian yang teramat besar.. Namun dikatakan dalam surah tersebut bahawa, ada juga segelintir dari manusia ini yang terselamat iaitu golongan yang sentiasa melakukan kebaikan dan mereka-mereka yang sentiasa mengingatkan orang lain ke arah kebaikan serta bersabar dengan karenah orang-orang yang disampaikan nasihat tersebut... Tidakkah antum terfikir untuk sama-sama berada dalam golongan yang sedikit itu? Yang sentiasa mengajak kearah kebaikan dengan ikhlas dan sabar?
Bangkitlah wahai teman-teman semua.. Bangkitlah sebagai pejuang-pejuang agama ALLAH, yang tidak gentar dalam membela agama.. Sampaikanlah walau satu ayat.. Semoga amalan kita yang sedikit ini akan diterima ALLAH. Semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain, semoga ilmu yang bermanfaat ini menjadi bekalan untuk kita ke negeri abadi... Bukan pujian di dunia yang kita harapkan, tapi nun di akhirat sana, biarlah ia menjadi saksi, bahawa kita pernah sama-sama menyampaikan apa yang sepatutnya kita sampaikan... Kita takkan ditanya apa yang kita dapat, tetapi APA YANG TELAH KITA LAKUKAN...
Huzaifah r.a berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Tulislah untukku nama orang-orang yang telah melafazkan kalimah Islam di antara manusia. Maka kami pun menulis untuk nabi seribu lima ratus orang. Kemudian kami berkata: “Apakah kami takut kepada musuh padahal kami berjumlah 1500 orang?” Maka sesungguhnya saya telah melihat bahawa kami diberikan ujian sehingga ada seseorang (di antara kami) bersembahyang bersendirian di dalam ketakutan.”
(hadit riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Huraian :-
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal dengan apa yang diimaninya.
Firman Allah SWT yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap diri mu sendiri ataupun ibu bapa dan kerabat mu." (An-Nisa: 135)
Keunggulan orang yang memiliki keimanan yang teguh di hatinya tampak dalam setiap perkara yang dilakukannya dan setiap perkataan yang diucapkannya. Tanpa ragu dan gentar dia tetap dengan keimanannya itu jauh sekali untuk malu dan takut terhadap musuh.

Ayuhlah sahabat-sahabatku, bergeraklah dalam jemaah kerana bersama jemaah itu ada keberkatan.. Serulah kearah kebaikan kerana sejuta rahmat menanti.. Ikhlaskanlah diri, supaya setiap amal kita diterimaNYA..

Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Bila menyebut tentang dakwah, ramai yang suka menuding jari kearah orang lain.. Bila berlaku sesuatu kemungkaran, pastinya orang lain yang akan dipersalahkan. Kenapa kita jarang menuding jari kearah diri sendiri kerana tidak cuba untuk mencegah dari berlakunya semua itu? Salah siapa sebenarnya? Jika sekiranya kita orang yang mempunyai kuasa, bagaimana cara yang sebenar untuk kita menggunakan kuasa kita?

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)
(Hadith Riwayat al-Bukhari , Muslim
)

Sekarang ni, kita seringkali mendengar berita tentang kes pembuangan anak, penderaan, pambunuhan.. Kenapa berlakunya semua ini? Ingin salahkan pihak berkuasa? Salahkan Alim Ulama'? Salahkan Jabatan Agama Islam? Salahkan Jawatankuasa Kampung? Salahkan individu itu sendir? Atau siapa yang patut kita salahkan? fikir-fikirkanlah, dimana punca dan siapa yang perlu dipersalahkan.. Apa yang paling penting, apa usaha yang telah kita lakukan untuk menyeru kearah kebaikan dan apa pula usaha kita untuk mencegah kemungkaran yang kian berleluasa.. Wassalam

(hadith-hadith diatas ana ambil dari laman sesawang http://www.islam.gov.my/)

Khamis, 22 Oktober 2009

Al-Fatihah

Assalamua'laikum..

pada jam 750 pagi tadi, ana menerima satu SMS daripada seorang sahabat, yang diterima dari Ust. Ramadhan Fitri :

"SALAM. PUTRI KAMI, NUR FATIMAH TLH KEMBALI KE RAHMATULLAH KIRA2 PKL 620PG TD - RAMADHAN FITRI & KHADIJAH."

Sebelum ni ana pernah siarkan tentang keadaan arwah adik Nur Fatimah yang koma di wad ICU Hospital Putrajaya.. dan hari ini, Khamis, 3 Zulkaedah 1430 H bersamaan 22 Oktober 2009M, mencatatkan bahawa Adik Nur Fatimah binti Ramadhan Fitri lebih disayangi ALLAH, dan telah kembali ke pangkuannya pada jam 620 pagi tadi.. sama-samalah kita mendoakan supaya roh adik Fatimah dicucuri rahmat, dan semoga ust.Ramadhan dan Kak Khadijah diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian dariNYA.. Insya'ALLAH, ALLAH tak pernah ambil sesuatu kecuali menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik..

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

K.E.M.A.T.I.A.N adalah satu suratan... tiada yang akan terlepas dari merasai saat kematian.. sudah bersediakah kita untuk menghadapi detik itu? sama-samalah kita muhasabah... wassalam

Isnin, 19 Oktober 2009

hmm, berbagai betul


Assalamua'laikum..

Alhamdulillah, hari ni masih berpeluang lagi untuk bersama-sama dengan semua makhluq bernyawa di atas muka bumi ni.. Syukur yang teramat..


Semalam ada majlis Rumah Terbuka di Taman Melewar.. Siapa yang berpeluang hadir, tahniah. Bagi yang tak berkesempatan, insya'ALLAH, lain masa, boleh berkunjung lagi..

Hari ni ana bukan nak berceloteh tentang makan-makan, hehe, jarang-jarang bolehla ye.. Hari ni ana cuma nak berkongsi sebuah kisah tentang seorang budak kecil.. (^_^).. siapakah insan bertuah yang akan jadi bahan ngomelan ana hari ni? sabar, biar ana habiskan cerita dulu ye.


Ana baru sahaja dapat SMS daripada Ketua Nisa' Putrajaya.. Katanya : "K.Sue rasa syuha ada sentiasa disamping K.Sue. Sebab anak k.Sue dah jadi Syuha. huhu"


Alamak, apa yang ana dah buat pada Batriesya ni? hehe.. Sejak Rumah Terbuka Putrajaya lagi, K.Sue bagitau ana, Batriesya dah terikut-ikut dengan cara ana. Habis la ana nanti, kena marah dengan Ust.Nazir.. (^_~).. Tapi dalam masa yang sama, ana gembira jugak kalau Batriesya terikut-ikut perangai ana.. Ambik yang elok-elok je dik sayang ye, yang tak elok, jadikan sempadan. Sampaikanlah dakwah, serulah kearah kebaikan, moga Batriesya jadi anak solehah.. (^_^)

Sebenarnya, ana duk fikir-fikir lagi ni. Macam manalah si kecil ni boleh terikut perangai ana? hmm, padahal, baru sekali je ana bawak budak-budak kecil ni datang rumah ana. Jadi baby sitter anak YDP Putrajaya sebab YDP dan Zaujah ada majlis yang perlu dihadiri.. seingat ana, itu jelah peluang ana berlama-lamaan dengan anak-anak ketua Nisa' ni. Lepas pada tu, ana jumpa masa program je. (^_^).. yang paling best, bila jumpa, Batriesya suka tengok orang pakai niqob. Walaupun baru umur 5 tahun, Batriesya dah simpan niat nak pakai niqob. Alhamdulillah.. bagus betul adik sorang ni.. Semoga kita sama-sama dapat realitikan hajat kita ni, ye Batriesya sayang..

Oklah, nak solat Zohor pulak ni.. Jom solat.. oh ye, JANGAN LUPA TUTUP AURAT.. (^_^) Duhai Muslimat semua, ana sayangkan antum.. jaga diri, hiasi peribadi.. Para Daei, SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT... jom sebar dakwah..wassalam

RENUNG DALAM HATI, CARI APA YANG TERSEMBUNYI

Assalamua'laikum.. alhamdulillah, syukur kerana ALLAH mengurniakan sahabat-sahabat yang tahu menegur dan menerima sebarang kesilapan.. syukran kepada tanpa nama yang telah memberi komen.. (^_^)

oklah, terus terang, ana pun tak tahu dari mana dan bila ana ambik cerita ni.. dah memang ada dalam koleksi artikel ana sejak tahun 2006, masa mula2 masuk IPTA dulu.. disebabkan ana suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, ana paste je dalam blog ni.. moga ALLAH melimpahkan rahmatNYA kepada hamba2NYA yang telah banyak membantu agamaNYA, dan kepada semua muslimin dan muslimat.. insya'ALLAH... moga bermanfaat..

.....THE STORY BEGIN....
**********************************
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain.. saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita.Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu. .saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’..Dan masa itulah saya kenal awak.. saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah.. nak beli gak.. akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata..’ALL OUT’lah..haha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. ‘gayut’ malam-malam.. kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu..Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. kalau merajuk maen pujuk2.. kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini, terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam.. Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena berubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia. .menginginkan kebaikan.. semua orang nak masuk syurga, kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara’..Tak guna ayat jiwang-jiwang. janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredhai.. Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf, surah ke 7, ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..S aya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..t egur je la depan-depan..huhu.

Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple.. "COUPLE HARAM".. Saya tak percaya. .tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak..huhu~~.. tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan tak pegang tangan.. tak jiwang-jiwang.. Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..

Masa terus berlalu…
Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya. ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu..huhu~~

Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi.. gaya alim, tapi couple gak.. sama aje kau dengan kami.. tegur orang konon.."
Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah.. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..s aya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

*****************
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah.. habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke? Alah, buat apa fikir macam tu.. tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa.. rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya.. couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah
cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq.
Cuba tengok ayat ni." Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam.. kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan.
Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat.. jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata.. tak sangka.. mmg tak disangka.. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah.
surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

***************
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan.. ade jugak yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak.. awak bagi gambar bunga.. bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.. "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi.. seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..
Takkan.. buat selama-lamanya.

muhasabah


mtk tlg fikir btol2 psl ms dpan
pilih yg btol2 fhm
fhm kdiri kite
fhm pjuangan kita
fhm cita2 kite

Jumaat, 16 Oktober 2009

kisah seseorang


Suatu ketika dulu, di sebuah kampung yang memBIRU, seorang ibu dan anak perempuannya asyik bergurau senda...

"Mak, dah besar nanti wawa nak naik kapal terbang macam Kak Leha jugak, boleh tak?" kata si anak.

"Wawa nak naik kapal terbang nak pergi mana? Boleh, siapa cakap tak boleh?" balas si ibu sambil mengusap kepala anak kesayangannya.

"Wawa nak pergi jauh. Nak jadi pandai macam Kak Leha. Nak belajar pandai-pandai. Nanti boleh jaga Mak, jaga ayah. Nanti kita duduk sama-sama ye" si anak bercakap dengan petah, walaupun pada ketika itu umurnya baru mencecah 4 tahun.

Mata si ibu berkaca-kaca, gembira dengan sikap anak bongsunya yang luar biasa. Walaupun tak banyak masa yang dapat diluangkan bersama si anak kecil itu, tapi alhamdulillah, si anak yang masih belum kenal erti kehidupan di dunia tidak banyak meragam. Sentiasa berlapang dada dengan keluarganya yang mengalami kesempitan hidup. Airmata si ibu akhirnya mengalir juga. Anak yang melihat si ibu mengalirkan airmata bertanya lagi, "kenapa mak menangis? Wawa silap cakap ke? Jangan nangis ye, nanti Wawa jaga Mak, jaga Ayah". Si ibu tadi terus memeluk anak kecilnya yang masih belum mengerti. Belum kenal hakikat hidup di dunia.

Saban hari Ibu dan Ayah anak kecil tadi berhempas pulas mencari rezeki. Seawal jam 7.00 pagi, Ibu dan Ayah anak kecil tadi telah memerah keringat di kebun sayur. Tanah seluas 1 ekar digunakan sebaik mungkin. Dengan bantuan dari pihak FAMA, Ibu dan Ayah anak kecil tadi semakin melangkah jauh. Dari bertani, mereka mula berniaga di Pasar. Dengan hasil itulah mereka menyara hidup keluarga.

*****************************

Tahun 2000

Disuatu petang, ketika sedang menyediakan santapan untuk seisi keluarga, anak bongsu tadi berkata kepada ibunya, "Mak, nanti Wawa nak jadi wakil rakyat la. Nak jadi ketua muslimat. Kampung ni dah jadi macam hantu dah. Surau pun beza-beza. Asal pergi surau tu, terus cop Hijau. Kalau pergi surau satu lagi, cop Biru. Nanti Wawa nak buat surau besar-besar, biar semua orang boleh masuk, tak kira warna apa pun. Biar semua orang puas hati, tak adalah nanti beza-bezakan warna bendera".

Si Ibu ketawa dengan keletah anak bongsunya. "Yelah tu. Baguslah kalau dah ada niat nak tolong orang. Kalau nak buat sesuatu, kena buat betul-betul. Jangan sampai orang marah. Boleh?"

"Nanti dah jadi Ketua Muslimat, kena pandai jaga diri la. Tak boleh nak cakap kasar-kasar", sampuk kakak yang kedua.

"Hehe, yela. Nanti kena jadi solehah la,"balas si bongsu tadi.

Semua ketawa dengan gelagat si bongsu. "INSYA'ALLAH, mak sentiasa mendoakan dirimu, anakku" bisik hati si ibu...

Subhanallah

Subahnallah.. alhamdulillah.. allahuakbar...

Sabarlah ye tetamu-tetamu blog semua.. bersabarlah dengan kerenah temanmu ini.. (^_^).. ana pun tak tahu kenapa ana teringat nak makan semua ni hari ni.. Mak pun pelik, kenapa masa mengandungkan ana, dia suka makan makanan laut.. terutama Udang, Sotong dan Ketam... dan sampai sekarang, ana memang pantang jumpa semua tu.. MasyaALLAH, kalau dapat makan makanan laut, memang gembira tak terkata.. (sekarang ni dalam tempoh berpantang lagi, kena sabar dulu walaupun hati dah tak tahan nak makan tomyam udang galah.. hanya mereka-mereka yang tahu betapa ketidak sabaran yang sedang melonjak dalam diri ana sekarang ni) hehe.. dapat tengok gambar pun jadilah ye.. sabar mujahidah, sabar.. (^_~)

hehe, inilah ketam bercili... sedappppppppp!!!!!!!! 2,3 kali tambah pun tak pe.. puas hati.. (^_^)


ini sotong celup tepung.. hehe.. kalau balik Terengganu, mesti singgah kat Pantai Penarik.. makan sotong, udang, ikan celup tepung.. sedapnya.. =p
Tom yam Udang.. sedap betul... bagi sesiapa yang tak pernah merasai kelazatan mee tomyam udang, silalah rasa.. sedap tak terkata.. (^_^)

Radix Koko, sedap sangat.. baru cuba 2 bulan lepas.. hehe

Ana teringat nak makan roti canai telur pagi ni, masa duk dengar tazkirah Jumaat, tiba-tiba terlintas dalam kepala nak makan roti canai.. Ya ALLAH, dugaan betul.. Mana nak dapat roti canai yang orang melayu buat ye? susah nak jumpa, banyak kedai mamak je d Putrajaya ni.. hehe

Jagung bakar, betul-betul menggugat selera.. bila dapat makan ni?

waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh, udang lagi.....!!!!!!!!

Last but Not least, Ais Krim.. hehe, tapi memang semua ni ana tak boleh makan.. hehe.. tak taula sampai bila kena berpantang.. sabar jelah ye

salam takziah


sumber : http://srikandiharakah.blogspot.com/

Tidak semua Baitmuslim dilalui dengan penuh kenangan manis. Kekadang ujian Allah datang dengan tidak diduga, penuh hikmah petanda Allah mahu melihat ketabahan hamba-Nya yang telah terbukti sebelum ini thabat dalam perjuangan gerakan Islam.
Idola saya dan suami, Ustaz Ramadhan Fitri bersama isteri beliau sedang melalui ujian Tuhan yang sangat mencabar. Ujian Baitmuslim seperti ini jarang kedengaran berlaku pada mantan ketua aktivis mahasiswa Islam yang "always walk the talk" dengan qudwah bukan sekadar di pentas aktivisme PMIUM-GAMIS-SMM, bahkan di pentas akademik pengajian Islam dan kerjaya perbankan.
Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Nur Fatimah, cahaya mata kesayangan mereka yang baru berusia 3 bulan namun kini sedang koma ICU, Hospital Putrajaya sejak Jumaat lepas dan pernah berhenti bernafas seketika.
15 Oktober 2009
Alhamdulillah, setelah 2,3 hari merancang, akhirnya pada petang tadi saya dan suami beserta sahabat-sahabat pimpinan UIAM sempat untuk bertandang ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi sendiri anak Ust Ramadhan dan Kak Khadijah, Nur Fatimah. Setelah suami saya mendapat sms dari Ust Ramadhan sendiri pada tengahari tersebut yang mengatakan anak beliau makin kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, kami terus bergegas ke sana. Alhamdulillah, perjalanan dimudahkan dan kami selamat sampai.Di depan pintu ICU tersebut, Ust Ramadhan sedang berdiri melayani beberapa orang tetamu lagi yang juga datang untuk menziarahi anak beliau. Kak Khadijah pula sudah kelihatan agak letih dan penat, sedang duduk di bilik menunggu. Beliau kesejukan setelah beberapa hari berada di hospital tersebut.Saya betulkan kenyataan yang saya buat sebelum ini yang saya mendapat maklumat bahawa Nur Fatimah mengalami pendarahan di otak akibat gegaran ketika dalam buaian di nursery An-Nur, Bangi. Bila ditanya sendiri pada Ust Ramadhan, sebenarnya doktor sendiri hingga ke saat ini masih tidak dapat mengenal pasti apakah 'punca' sebenar Fatimah yang sihat dan ceria pada pagi Khamis yang lepas ketika dihantar ke nurseri tersebut pada waktu pagi, tiba-tiba boleh mengalami kekejangan dan kemudian terus tidak sedarkan diri pada tengahari hari yang sama. Dalam masa 3 jam sahaja, Fatimah berubah keadaannya. Beberapa siri ujian yang dilakukan oleh doktor setakat ini, masih belum dapat mengesan punca sebenar apa yang terjadi kepada Nur Fatimah.
Cuma, setakat yang doktor suspek, Fatimah mungkin ada mengalami gegaran di otak sama ada akibat hentakan buaian yang kuat, atau goncangan yang kuat ketika didukung dan sebagainya ataupun kerana tersedak susu. Inilah antara maklumat yang kami perolehi ketika bersembang-sembang dengan Ustazah Fauziah Sani, ibu Ust Ramadhan sendiri merangkap isteri Ust Ellias Zakaria yang cukup kami kagumi.Sama-samalah kita mendoakan agar Nur Fatimah selamat dan tabah menghadapi ujian sakit ini. Tubuh beliau terlalu kecil untuk menanggung kesakitan yang seperti ini. Pedih dan pilu hati ini melihat si kecil tersebut terlantar sakit, berwayar-wayar dicucuk ke sana sini di tubuh kecil beliau.Moga Ust Ramadhan, Kak Khadijah, Ustazah Fauziah sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini. Saya secara peribadi amat kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh Kak Khadijah. Beliau nampak tenang dan kuat menghadapi semua ini. Teladan yang cukup baik telah beliau tunjukkan, mungkin inilah hasil tarbiah yang cukup kuat mencengkam hati srikandi yang berjaya menawan hati Ust Ramadhan ini.Saya dan suami cukup tersentuh dengan ziarah kami kali ini. Hanya Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan...
(Post diatas dipetik dari teman blogger ana, Kak Nurul)
*******************************************************
Assalamua'laikum

Alhamdulillah, semalam ana dan ahli Nisa' Putrajaya telah berpeluang menziarah anak Ust.Ramadhan Fitri dan Kak Khadijah, iaitu adik Nur Fatimah... Sewaktu menjejakkan kaki ke wad ICU, hati sudah mula tersentuh.. melihat kelibat Ust.Ramadhan dan zaujah yang sedang melayan tetamu yang hadir.. Hati-hati yang amat tegar menghadapi saat getir, kelihatan tenang melayan tetamu.. Ya ALLAH, KAU berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi semua ujian ini.. lebih kurang 20 minit menanti di depan pintu masuk ke wad ICU, tabir berwarna jingga diselak oleh beberapa orang petugas hospital.. kelihatan sekujur tubuh kecil terbaring di atas katil.. semua mata tetamu yang hadir tertumpu kepadanya.. riak wajah kak khadijah kelihatan sedikit berubah.. Tabahkanlah hatinya Ya ALLAH.. adik Nur Fatimah, semoga cepat sembuh.. bahagiakanlah kedua ibu bapamu. menjadi penyambung perjuangan ISLAM.. DOA SENJATA ORANG MUKMIN.. ayuh sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan adik Nur Fatimah..

Khamis, 15 Oktober 2009

AL-QURAN bukan sekadar HIASAN

Kepada mereka-mereka yang nak menghantar dan menerima Al-Quran sebagai hantaran.. fikir-fikirkan...

"Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil.
Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.
"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlulah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba> mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

"Surah Ar Rad.... Surah Ar Ra'd.... "Apa benda nih" detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA..RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.
"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba.
Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Dear Friends.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Translation : Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Translaltion: Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
translation : Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Translation: Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sampaikanlah pengetahuan dariku walaupun hanya satu ayat.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers