Assalamua'laikum..
pada jam 750 pagi tadi, ana menerima satu SMS daripada seorang sahabat, yang diterima dari Ust. Ramadhan Fitri :
"SALAM. PUTRI KAMI, NUR FATIMAH TLH KEMBALI KE RAHMATULLAH KIRA2 PKL 620PG TD - RAMADHAN FITRI & KHADIJAH."
Sebelum ni ana pernah siarkan tentang keadaan arwah adik Nur Fatimah yang koma di wad ICU Hospital Putrajaya.. dan hari ini, Khamis, 3 Zulkaedah 1430 H bersamaan 22 Oktober 2009M, mencatatkan bahawa Adik Nur Fatimah binti Ramadhan Fitri lebih disayangi ALLAH, dan telah kembali ke pangkuannya pada jam 620 pagi tadi.. sama-samalah kita mendoakan supaya roh adik Fatimah dicucuri rahmat, dan semoga ust.Ramadhan dan Kak Khadijah diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian dariNYA.. Insya'ALLAH, ALLAH tak pernah ambil sesuatu kecuali menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik..
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,
K.E.M.A.T.I.A.N adalah satu suratan... tiada yang akan terlepas dari merasai saat kematian.. sudah bersediakah kita untuk menghadapi detik itu? sama-samalah kita muhasabah... wassalam