Rezeki

Jumaat, 30 Oktober 2009

kisah seseorang (2)


Mei 2006 : Disaat menerima keputusan SPM, hamba ALLAH ini mengimpikan untuk meneruskan pelajaran di Menara Gading, dan keutamaannya, dia nak ambik course TESL (Teaching English as a Second Language) di mana-mana IPT... Muslimat ni memang minat course tu sejak dulu lagi.. (^_^)... tapi, ALLAH tidak mengizinkan dia untuk ke sana..

Jun 2006 : Dia cuba nasib di Tingkatan Enam Rendah (Fizik) di daerahnya.. Walaupun dia suka belajar di sana, tapi, dia tidak berhajat untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Enam.. Pertengahan bulan Jun, dapat keputusan rasmi bahawa dia akan mendaftar diri di IPTA di kuantan.. Perasaannya? ntahlah.. tapi bersyukurlah sebab sekurang-kurangnya dia dapat lari dari masalah di Tingkatan Enam.. Dalam masa yang sama, dia rasa sedih sebab terpaksa tinggalkan anak2 yang tiga orang tu.. Dari kecil dia asuh, tiba masanya untuk mereka berpisah.. Terfikir, siapa yang akan jaga budak2 tu bila dia dah tak ada. Macam mana mak ayah nak meniaga kalau anak2 tu ada kelas petang.. Tapi mak suruh juga dia masuk IPTA tu nanti,,Kejap je, kata mak.. dia akur.

Akhir bulan Jun : Dia dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPT di dalam negara Malaysia ni.. COURSE TESL!!! Ya ALLAH, dia gembira sangat.. dia bagitau mak n semua ahli keluarga.. Tapi, mak dan ayah dia cakap : "Belajar jelah kat sana tu.. Kita tak ada duit. Macam mana nak bayar yuran? Semua dah bayar untuk yuran IPT d Kuantan.." dia redha...

16 Julai 2006 : Dia menjejakkan kaki ke IPTA d Kuantan.. Sayu meninggalkan kampung halaman yang terletak 8 jam dari Kuantan.. Demi ayah dan Bonda, dia tabahkan diri.. Menuntut ilmu juga satu jihad.. bahagiakan kedua ibu bapa, satu kebaikan.. "Semoga aku mendapat sesuatu yang berharga di sini.. Bukan cinta manusia yang kucari, tapi, biarkah cinta yang membawa erti.. aku nak berubah", tekad muslimat tadi.

Sejak dari hari tu, dia mula menyesuaikan diri.. Alhamdulillah, rakan sebilik yang tidak banyak kerenah, memudahkan segala urusan.. beberapa hari selepas melaporkan diri, adalah hari yang bermakna buat muslimat tadi.. Hari ulangtahunnya yang ke 18.. (*_*).. Pada pagi 20 Julai 2006, berpuluh-puluh SMS dan beberapa panggilan telefon diterima dari sahabat taulan dan keluarga.. terharu. mahu saja rasanya dia balik ke pangkuan keluarga... Sepanjang pengajiannya, begitu bayak dugaan dan cabaran dilalui.. Ditambah pula dengan kesihatan ayahnya yang seringkali menggugat kesabaran dan ketabahan hati seorang anak, dia semakin pilu.. namun, bila teringat akan azam yang telah terpateri sewaktu mula-mula melangkah ke IPTA dulu, dia tekad.. Hidup satu perjuangan.. sama ada berkorban atau terkorban, semuanya pasti dirasai.. MUJAHADAH!!!!

hari demi hari berlalu, alhamdulillah, dia merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku.. Menyertai usrah,banyak membawa kesan pada diri dan hidupnya.. Langkah demi langkah, dan akhirnya, dia telah mendapat apa yang dia idamkan, buat masa sekarang.. insya'ALLAH.. harapannya, biarlah dia terus istiqomah dalam setiap perkara kebaikan.. dan semoga ALLAH terus memberikan hidayah itu kepadanya.. dia mahu menjadi lebih baik.. (^_^). Sama-samalah kita doakan dia..
**************************
"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH"

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers