Rezeki

Jumaat, 16 Oktober 2009

kisah seseorang


Suatu ketika dulu, di sebuah kampung yang memBIRU, seorang ibu dan anak perempuannya asyik bergurau senda...

"Mak, dah besar nanti wawa nak naik kapal terbang macam Kak Leha jugak, boleh tak?" kata si anak.

"Wawa nak naik kapal terbang nak pergi mana? Boleh, siapa cakap tak boleh?" balas si ibu sambil mengusap kepala anak kesayangannya.

"Wawa nak pergi jauh. Nak jadi pandai macam Kak Leha. Nak belajar pandai-pandai. Nanti boleh jaga Mak, jaga ayah. Nanti kita duduk sama-sama ye" si anak bercakap dengan petah, walaupun pada ketika itu umurnya baru mencecah 4 tahun.

Mata si ibu berkaca-kaca, gembira dengan sikap anak bongsunya yang luar biasa. Walaupun tak banyak masa yang dapat diluangkan bersama si anak kecil itu, tapi alhamdulillah, si anak yang masih belum kenal erti kehidupan di dunia tidak banyak meragam. Sentiasa berlapang dada dengan keluarganya yang mengalami kesempitan hidup. Airmata si ibu akhirnya mengalir juga. Anak yang melihat si ibu mengalirkan airmata bertanya lagi, "kenapa mak menangis? Wawa silap cakap ke? Jangan nangis ye, nanti Wawa jaga Mak, jaga Ayah". Si ibu tadi terus memeluk anak kecilnya yang masih belum mengerti. Belum kenal hakikat hidup di dunia.

Saban hari Ibu dan Ayah anak kecil tadi berhempas pulas mencari rezeki. Seawal jam 7.00 pagi, Ibu dan Ayah anak kecil tadi telah memerah keringat di kebun sayur. Tanah seluas 1 ekar digunakan sebaik mungkin. Dengan bantuan dari pihak FAMA, Ibu dan Ayah anak kecil tadi semakin melangkah jauh. Dari bertani, mereka mula berniaga di Pasar. Dengan hasil itulah mereka menyara hidup keluarga.

*****************************

Tahun 2000

Disuatu petang, ketika sedang menyediakan santapan untuk seisi keluarga, anak bongsu tadi berkata kepada ibunya, "Mak, nanti Wawa nak jadi wakil rakyat la. Nak jadi ketua muslimat. Kampung ni dah jadi macam hantu dah. Surau pun beza-beza. Asal pergi surau tu, terus cop Hijau. Kalau pergi surau satu lagi, cop Biru. Nanti Wawa nak buat surau besar-besar, biar semua orang boleh masuk, tak kira warna apa pun. Biar semua orang puas hati, tak adalah nanti beza-bezakan warna bendera".

Si Ibu ketawa dengan keletah anak bongsunya. "Yelah tu. Baguslah kalau dah ada niat nak tolong orang. Kalau nak buat sesuatu, kena buat betul-betul. Jangan sampai orang marah. Boleh?"

"Nanti dah jadi Ketua Muslimat, kena pandai jaga diri la. Tak boleh nak cakap kasar-kasar", sampuk kakak yang kedua.

"Hehe, yela. Nanti kena jadi solehah la,"balas si bongsu tadi.

Semua ketawa dengan gelagat si bongsu. "INSYA'ALLAH, mak sentiasa mendoakan dirimu, anakku" bisik hati si ibu...

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers