Rezeki

Jumaat, 16 Oktober 2009

Subhanallah

Subahnallah.. alhamdulillah.. allahuakbar...

Sabarlah ye tetamu-tetamu blog semua.. bersabarlah dengan kerenah temanmu ini.. (^_^).. ana pun tak tahu kenapa ana teringat nak makan semua ni hari ni.. Mak pun pelik, kenapa masa mengandungkan ana, dia suka makan makanan laut.. terutama Udang, Sotong dan Ketam... dan sampai sekarang, ana memang pantang jumpa semua tu.. MasyaALLAH, kalau dapat makan makanan laut, memang gembira tak terkata.. (sekarang ni dalam tempoh berpantang lagi, kena sabar dulu walaupun hati dah tak tahan nak makan tomyam udang galah.. hanya mereka-mereka yang tahu betapa ketidak sabaran yang sedang melonjak dalam diri ana sekarang ni) hehe.. dapat tengok gambar pun jadilah ye.. sabar mujahidah, sabar.. (^_~)

hehe, inilah ketam bercili... sedappppppppp!!!!!!!! 2,3 kali tambah pun tak pe.. puas hati.. (^_^)


ini sotong celup tepung.. hehe.. kalau balik Terengganu, mesti singgah kat Pantai Penarik.. makan sotong, udang, ikan celup tepung.. sedapnya.. =p
Tom yam Udang.. sedap betul... bagi sesiapa yang tak pernah merasai kelazatan mee tomyam udang, silalah rasa.. sedap tak terkata.. (^_^)

Radix Koko, sedap sangat.. baru cuba 2 bulan lepas.. hehe

Ana teringat nak makan roti canai telur pagi ni, masa duk dengar tazkirah Jumaat, tiba-tiba terlintas dalam kepala nak makan roti canai.. Ya ALLAH, dugaan betul.. Mana nak dapat roti canai yang orang melayu buat ye? susah nak jumpa, banyak kedai mamak je d Putrajaya ni.. hehe

Jagung bakar, betul-betul menggugat selera.. bila dapat makan ni?

waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh, udang lagi.....!!!!!!!!

Last but Not least, Ais Krim.. hehe, tapi memang semua ni ana tak boleh makan.. hehe.. tak taula sampai bila kena berpantang.. sabar jelah ye

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers