"aku sayang kamu!!!! Janganlah berpisah denganku"
"apa yang boleh kau lakukan? sedangkan kau sendiri masih terpinga-pinga, tak tau mana arah tujumu"
"tolonglah, jangan berpisah denganku.. aku betul-betul sayang padamu"
"jangan tinggalkan aku"
"ah, aku tak percaya padamu.. kamu penipu. kamu pembohong!! tiada satupun kata-katamu yang boleh dipercayai"
"aku tak sengaja.. aku betul-betul sayang dan cinta padamu.."
"apa lagi yang kau mahu katakan? apa lagi yang mahu kamu tuturkan? apa lagi yang mahu kamu dustakan?"
"aku berkata benar.. aku memang sayang pada kamu.. kamu adalah hadiah terbaik dariNYA untukku..telah lama kunantikan saat ini.. untuk memulakan langkah kearah yang lebih baik.. bila diberi peluang, aku betul-betul bersyukur.. aku bersyukur kerana aku dapat kamu.. aku bersyukur kerana aku ada kamu!!! aku sayang kamu"
"memang kamu sayang padaku, tapi kamu menduakan aku!!! aku tak dapat terima semua ni. tidak, tidak sama sekali"
"aku menduakan kamu? bila?"
"jangan cuba nak berdalih. aku tahu. kamu menduakan aku dalam diam"
"aku tak pernah menduakan kamu.. sumpah"
"jangan bermain dengan sumpah.. kelak memakan diri.. mungkin kamu tak sedar, apa yang kamu lakukan.. ingatkah kamu, ketika kamu berjanji, untuk sentiasa bersama denganku.. waktu kau mula mengenal aku.. maktu tu, kamu katakan bahawa kamu akan sentiasa berusaha untuk menjaga aku, akan sentiasa membelai aku, tapi sekarang?? mana bukti kata-katamu dulu?"
"bukankah aku sentiasa disamping kamu? tidakkah kamu sedar akan kehadiranku?"
"ya, memang kamu sering disampingku, tapi, kamu juga bawa Maksiat bersama!! aku tak suka pada Maksiat.. aku benci dia.. kamu katakan kamu sayang padaku, tapi kamu juga katakan perkara yang sama pada Maksiat.. Maksiat selalu bersama tatkala kau datang bertemu denganku.. kenapa kau bawa dia?? kenapa?? kenapa?? kau menduakan aku!!! aku benci kamu"
"aku tak sengaja sayangku... maafkan aku.. aku telah cuba sedaya upaya aku untuk lari darinya. Tapi dia sentiasa mengekori aku. dia yang datang kepadaku.. aku dah cuba lari sejauh mungkin darinya.."
"ah, aku dah tak percaya kepadamu.. sudah banyak janji manis yang kau taburkan.. padaku, padaNYA.. bila kau sayangkan aku, kau menangis, merayu.. tapi, bila dia datang menyapa, kau tersenyum megah, sudah hilang tangisan dan sedumu tadi.. apa maksudmu? mahu bermain kata dengan PENCIPTA?"
"tidak.. tidak sayangku... aku tak terniat untuk bermain kata.. aku takut padaNYA.. aku takut pada azabNYA.. tapi, aku... aku sendiri tidak ada upaya untuk menghalang dia dari menghampiriku.. aku lari sejauh mungkin, dia tetap megejarku... aku melangkah ke kanan, dia datang tanpa diundang.. aku melangkah ke kiri, dia hadir tatkala aku sedang sendiri.. bukan salahku.. bukan salahku"
"kau begitu pandai bermain kata.. aku semakin hilang percaya.. tidak mungkin untuk kali kedua"
"sayang, jangan tinggalkan aku!!!!!!!!!!!"
"tidak, aku sudah tidak mahu lagi mendampingimu.. aku bosan dengan karenahmu.. selamat tinggal diri. bergembiralah dengan Maksiat yang kau puja selama ini.. tunggulah pembalasan dariNYA nanti.. barulah kau tahu, apa yang kau dustai dulu"
"sayangku, Iman... tolonglah.. jangan tinggalkan aku.. iman.. tunggu daku.. tungguuuuu..."
***************************************
terasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua.. terasa lemah tatkala sendirian, kenikmatan berjemaah sememangnya sukar dicari ganti.. ukhuwwah itu, pastinya kurniaan ilahi yang tak mampu ana nilai dengan segala permata didunia.. sesiapapun pasti takkan meragui, betapa tinggi nilai nikmat hidayah yang ALLAH berikan kepada kita semua.. bahkan, kalau dibandingkan dengan segala yang ada didunia ini, masih tak mampu untuk membeli hidayah dari ALLAH.. hanya ALLAH yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA..

Tak siapa tahu, kalau ALLAH nak tarik semula nikmat iman yang ada dalam diri kita, bila-bila saja DIA mampu lakukan.. bukankah hidayah itu milik ALLAH.. nauzubillah.. bersyukurlah kerana kita semua diberi peluang oleh ALLAH.. tapi, adakah kita betul-betul menjaganya? menjaga hidayah sebaik mungkin? diri ini sentiasa dihurung rasa bersalah.. malu pada diri sendiri.. muhasabah semula.. bila banyak masalah dan ujian menimpa, pasti ada yang tak kena.. pasti ada kesilapan yang telah kita lakukan.. hmm, dulu, naqibah ana selalu pesan.. sebelum mula usrah, kena bersihkan hati.. bersihkan diri zahir dan batin.. barulah senang nak terima nasihat dan ilmu... dan bila dah bergelar naqibah, kena selalu muhasabah, kena check diri sendiri.. jangan pula kerana kita, anak-anak usrah tak dapat kefahaman yang sebetulnya, terhijab kerana dosa dan khilaf yang kita lakukan.. nau'zubillah...
oleh itu, ana menyeru diri ana dan sahabat-sahabat semua, marilah kita betulkan niat, ikhlaskan hati, sucikan diri... moga hidayah ini kekal milik kita.. muhasabah... wassalam