Rezeki

Jumaat, 23 Oktober 2009

sampaikanlah

Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat2 semua?

Lama tak berpeluang untuk mencoret kisah dalam blog ni, maafkan ana, kekangan masa yang agak terhad tidak mengizinkan ana. Ana cuba untuk memanfaatkan setiap detik yang ada, insya'ALLAH.. sabar ye adik2 semua.. (^_~)

Hari ni, ana nak cakap tentang M.A.S.A.. semua tahu apa itu masa, kan? dalam pepatah melayu, inggeris dan arab serta dalam Al-Quran sendiri, banyak menyebut tentang masa.. Tapi, kenapa selalu sangat orang meremeh-remehkan masa? kenapa? kenapa? Tolong jawab sekarang jugak.. (hehe, jangan salah sangka pulak ye, ana bukan nak marah sesiapa pun, cuma sekadar meluahkan rasa yang bersarang di hati... )

Seringkali ana perhatikan, ramai yang memang susah nak tepati masa terutama untuk menghadiri program, mesyuarat, atau apa saja yang seangkatan dengannya.. Tapi, yang peliknya, bila dah cukup masa, cepat je suara-suara belakang yang mula menonjol. Hmm, apa masalahnya ye? Sama-samalah kita fikirkan...

Demi Masa
Lirik Lagu Nasyid Raihan

Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
kerna ia takkan kembali
(korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…Yang beriman dan beramal saleh

( ulang korus1, korus2 )

****************************************

Insya'ALLAH, ana pasti ramai diantara kita yang tahu lirik lagu nasyid ini.. Yang telah dipopularkan oleh kumpulan Raihan sejak ana kecil lagi.. Hari ni ana bukanlah berniat untuk menyanyi, cuma apa yang menarik perhatian ana ialah isi kandungan/ maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid di atas..

Seperti mana yang kita semua maklum, dalam surah al-Asr, ayat 1 - 5, memang ada menyebut tentang masa...

DEMI MASA,
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN,
KECUALI ORANG YANG BERAMAL SOLEH,
DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN,
DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN.
Ana bukanlah seorang pelajar mana-mana institusi agama seperti ma'ahad, sekolah tahfiz, pondok atau apa-apa yang berkaitan.. tak berapa pandai nak menghuraikan tafsir ayar tu dengan lebih terperinci lagi.. Tapi, biarpun begitu, bila tengok, teliti maksud kasar ayat dari surah al-Asr tu, dah cukup untuk memotivasikan kita betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita... serta betapa pentingnya untuk kita menyampaikan dakwah, menyebarkan kata-kata kebenaran, mengajak setiap manusia ke arah kebaikan.
Telahpun tercatat dalam lembaran al-Quran sejak dulu lagi, sebenarnya manusia ini semuanya telah mengalami kerugian yang teramat besar.. Namun dikatakan dalam surah tersebut bahawa, ada juga segelintir dari manusia ini yang terselamat iaitu golongan yang sentiasa melakukan kebaikan dan mereka-mereka yang sentiasa mengingatkan orang lain ke arah kebaikan serta bersabar dengan karenah orang-orang yang disampaikan nasihat tersebut... Tidakkah antum terfikir untuk sama-sama berada dalam golongan yang sedikit itu? Yang sentiasa mengajak kearah kebaikan dengan ikhlas dan sabar?
Bangkitlah wahai teman-teman semua.. Bangkitlah sebagai pejuang-pejuang agama ALLAH, yang tidak gentar dalam membela agama.. Sampaikanlah walau satu ayat.. Semoga amalan kita yang sedikit ini akan diterima ALLAH. Semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain, semoga ilmu yang bermanfaat ini menjadi bekalan untuk kita ke negeri abadi... Bukan pujian di dunia yang kita harapkan, tapi nun di akhirat sana, biarlah ia menjadi saksi, bahawa kita pernah sama-sama menyampaikan apa yang sepatutnya kita sampaikan... Kita takkan ditanya apa yang kita dapat, tetapi APA YANG TELAH KITA LAKUKAN...
Huzaifah r.a berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Tulislah untukku nama orang-orang yang telah melafazkan kalimah Islam di antara manusia. Maka kami pun menulis untuk nabi seribu lima ratus orang. Kemudian kami berkata: “Apakah kami takut kepada musuh padahal kami berjumlah 1500 orang?” Maka sesungguhnya saya telah melihat bahawa kami diberikan ujian sehingga ada seseorang (di antara kami) bersembahyang bersendirian di dalam ketakutan.”
(hadit riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Huraian :-
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal dengan apa yang diimaninya.
Firman Allah SWT yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap diri mu sendiri ataupun ibu bapa dan kerabat mu." (An-Nisa: 135)
Keunggulan orang yang memiliki keimanan yang teguh di hatinya tampak dalam setiap perkara yang dilakukannya dan setiap perkataan yang diucapkannya. Tanpa ragu dan gentar dia tetap dengan keimanannya itu jauh sekali untuk malu dan takut terhadap musuh.

Ayuhlah sahabat-sahabatku, bergeraklah dalam jemaah kerana bersama jemaah itu ada keberkatan.. Serulah kearah kebaikan kerana sejuta rahmat menanti.. Ikhlaskanlah diri, supaya setiap amal kita diterimaNYA..

Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Bila menyebut tentang dakwah, ramai yang suka menuding jari kearah orang lain.. Bila berlaku sesuatu kemungkaran, pastinya orang lain yang akan dipersalahkan. Kenapa kita jarang menuding jari kearah diri sendiri kerana tidak cuba untuk mencegah dari berlakunya semua itu? Salah siapa sebenarnya? Jika sekiranya kita orang yang mempunyai kuasa, bagaimana cara yang sebenar untuk kita menggunakan kuasa kita?

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)
(Hadith Riwayat al-Bukhari , Muslim
)

Sekarang ni, kita seringkali mendengar berita tentang kes pembuangan anak, penderaan, pambunuhan.. Kenapa berlakunya semua ini? Ingin salahkan pihak berkuasa? Salahkan Alim Ulama'? Salahkan Jabatan Agama Islam? Salahkan Jawatankuasa Kampung? Salahkan individu itu sendir? Atau siapa yang patut kita salahkan? fikir-fikirkanlah, dimana punca dan siapa yang perlu dipersalahkan.. Apa yang paling penting, apa usaha yang telah kita lakukan untuk menyeru kearah kebaikan dan apa pula usaha kita untuk mencegah kemungkaran yang kian berleluasa.. Wassalam

(hadith-hadith diatas ana ambil dari laman sesawang http://www.islam.gov.my/)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers