Rezeki

Rabu, 26 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK




Assalamua'laikum..salam ukhuwwah, salam tarbiah...


apa khabar iman kita hari ni? moga makin mantap diiringi rahmat ilahi.. hari ni dah seminggu kita berpuasa, alhamdulillah, bersyukur sebab masih diberi peluang oleh ALLAH.. tingkatkan amalan, insya'ALLAH, ada ganjaran..(^_^). ke ada sesiapa yang taknak pahala?hehe..


Alhamdulillah, malam-malam Ramadhan ni memang meriah..Di kawasan rumah ana, memang dah meriah dengan lampu warna warni.. Rasa macam dah dekat dengan Syawal.. Tak sabar rasanya.. Dulu, waktu di kampung, kemeriahan Ramadhan akan terasa selepas 15 Ramdhan.. masa tu, dah ramai yang pasang pelita minyak tanah, lampu warna warni keliling rumah..memang meriah.. yang paling ana tak suka, bunyi mercun.. tension betul.. kadang-kadang, tengah solat tarawikh, ada je bunyi mercun.. kesian makcik-makcik yang dah berumur.. terkejut.. bila dah lepas solat terawikh, makin meriah pulak bunyinya.. sabar jelah.. kadang-kadang, pernah jugak ayah ana sound bebudak yang main mercun ni..ayah ana memang anti-mercun..hehe..nasiblah sesiapa yang dah kena sound dengan ayah ana..tapi, bebudak ni,biasalah..sekejap je serik, dua tiga hari lepas tu, main lagi..redha jelah..

Rabu, 19 Ogos 2009

hamdalah


Assalamua'laikum saudara-saudara seakidah yang disayangi kerana ALLAH, apa khabar hari ini? moga lebih mantap dan hebat dari sebelumnya, insya'ALLAH..
hari ni hari ketiga kita berpuasa, alhamdulillah, syukur kerana masih diberi peluang untuk terus beribadat kepadaNYA.. (^_^)..
Ana baru sahaja kembali dari Kelantan.. Sebulan tak bersua muka dengan mak ayah dan keluarga, memang seronok sangat bila diberi peluang macam ni.. Tiket bas pun ada orang sponsor..hehe. syukran ya ukhti..jasamu tetap dikenang.(^_~)..

Ramadhan kareem..
Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiup angin al-Mutsiiratu dari Arasy dan menggerakkan daun-daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun.“Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba- Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada Ramadan dengan bidadari cantik.”

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, ada enam perkara yang perlu diperhatikan orang Islam bagi memperoleh puasa sempurna dan menikmati keberkatan Ramadan.

  • Pertama, menahan pandangan daripada sesuatu yang tercela dan makruh serta melalaikan diri daripada mengingati Allah.
  • Kedua, tidak menggunakan lidah untuk maksiat seperti mengumpat, mengeji dan berdusta.
  • Ketiga, menghalang telinga daripada mendengar ucapan atau perkataan dilarang agama kerana sesuatu yang tidak elok tidak baik didengar.
  • Keempat, mencegah anggota lain seperti tangan, kaki dan perut daripada melakukan maksiat.
  • Kelima, tidak keterlaluan ketika berbuka seperti makan terlalu banyak.
  • Keenam, meletakkan hati sentiasa dalam perasaan takut (Khauf) dan mengharapkan Allah
Ini info yang ana copy paste dari email seorang sahabat, moga bermanfaat..

Saudara seakidah yang disayangi kerana ALLAH, hidup tak menjanjikan kesenangan berpanjangan.. bahkan, kesulitan itulah sebenarnya merupakan rencah yang paling memberikan kesan dalam diri kita.. seandainya kita tak pernah merasai erti kegagalan, pastinya sukar untuk kita menghargai erti kejayaan.. baru-baru ini, ana terima beberapa SMS, dari insan-insan tersayang, teman seperjuangan, saudara seISLAM.. rata-rata mencari kekuatan, berkongsi rasa dan cerita.. Hati cukup tersentuh, begitu berat ujian yang diterima sahabat-sahabat ana yang lain.. hanya motivasi ringkas yang mampu ana berikan, moga bermanfaat untuk antum dan ana sendiri..Teringat kata-kata seorang sahabat disaat ana meminta nasihat dari beliau.."Nasihat adalah hak seorang sahabat terhadap sahabatnya".. ana akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi hak sahabat-sahabat ana.. cuma itu sahaja yang mampu ana berikan pada antum, sahabat-sahabat kesayangan.. moga terus tabah dalam hidup dan menjadi hamba yang sentiasa mencari redha ALLAH.. hidup mulia mati syahid..

"Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Orang Mukmin adalah bersaudara, oleh itu ia tidak boleh meninggalkan memberi nasihat pada setiap masa" hadith riwayat Ibnu Najar..

............SALAM MUJAHADAH...... RAISE ISLAM..........(^_^)

SALAM RAMADHAN

Assalamua'laikum wahai bakal ahli kubur...
apa khabar iman kita hari ini? doa dan harapan, moga dalam rahmat ALLAH sentiasa..
Sahabat-sahabat sekalian, ana akan pulang ke kelantan selama 4 hari..(^_^).. nak sambut 1 Ramdhan dengan mak dan ayah di kampung..hmm, sebenarnya, ana rasa macam dah tak nak kerja di Zon Barat lagi dah. Nak balik kerja di Kelantan la pulak..hehe, tapi, mungkin bukan dalam masa terdekat. Nak cari ilmu dulu, nak belajar dengan orang-orang kat sini.. insya'ALLAH, sampai masa nanti, ana akan kembali ke Kelantan, negeri kelahiran ana, insya'ALLAH...
hmm, hari ni sebenarnya ana hanya nak ucapkan SELAMAT MELANGKAH KE BULAN RAMADHAN.. ana nak mintak maaf dari antum semua, atas segala salah dan silap sepanjang ana hadir sebagai Teman Maya antum di laman Blog ni.. banyak rasanya kesilapan yang ana dah lakukan antara sedar atau tidak.. maafkan ana.. sepanjang bulan Ramadhan nanti, insya'ALLAH, marilah kita pakat-pakat tingkatkan amalan kita.. semoga Ramadhan kali ni jauh lebih baik dari sebelumnya.. RAMADHAN akan sentiasa hadir, cuma, belum tentu lagi samada kita akan berpeluang untuk bersamanya lagi atau tak...(^_^)

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..wassalam

Selasa, 18 Ogos 2009

ukhuwwah itu indah

Assalamua'laikum... alhamdulillah, ALLAH izinkan sekali lagi untuk ana post sesuatu hari ni..tajuk kita hari ni ialah ukhuwwah...

ana bersyukur sangat kerana telah diizinkan untuk berada dalam kalungan dakwah ni, bersama-sama sahabat yang mampu menegur disaat ana melakukan kesilapan.. saling menasihati disaat hati semakin lesu..sudi menjadi pembimbing disaat ana terasa lemah dan kurang hujah.. syukran... kerana sudi berukhuwwah dengan ana..

"enti jangan bersikap lemah pula..rahmat Allah luas.Jangan putus asa dengan rahmat Allah".."Muslimat adalah matang fikirannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk sahabat-sahabatnya."...syukran duhai sahabat...kata-kata tu amat bermakna buat ana..


sabarlah hati menempuh ujian, semoga ALLAH limpahkan kurniaNYA.. sabarlah diri atas setiap yang berlaku, ALLAH tak pernah uji kecuali setimpal dengan kemampuan makhlukNYA.. bukankah redha ALLAH yang kau cari? bukankah jalan dakwah yang kau jadikan nadi? bukankah syahid idaman hati? takkan sebab perkara macam ni pun dah rasa lemah? mana semangat MUJAHIDAH FI SABILILLAH??? BANGKITLAH.. BANGKITLAH..BANGKITLAH...

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."Ali-Imran, ayat 139...

.......................................................

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia, lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman, berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal solih yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali dalam jurusan agama. Merasa bangga (izzah) dengan kebenaran dan kepercayaan kepada Allah s.w.t. Ini adalah salah satu sifat daripada sifat-sifat orang Mukmin.

FAMILY: (F)Father (A)And (M)Mother (I)I (L)Love (Y)You


Baca perlahan-lahan dan penuh penghayatan. Semoga mendapat sesuatu dari kisah ini.. mungkin terkena batang hidung sendiri.. hayatilah..

suatu hari, seorang wanita terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara" balas wanita tersebut..

Mereka amat bersopan dan saling menghormati, malah saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya, bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda:

Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak lelaki kecil wanita tersebut berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling dia hampir melanggarnya jatuh. Jerkah wanita tersebut, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Anak kecil tadi berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Tanpa kita sedari, bertapa kasarnya kata-kata tadi. Sedang wanita tersebut berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, akan kau temui bunga-bungaan bertaburan".. "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu". "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu.. Istimewa untukmu, wanita yang menjadi IBU kepadanya.. kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu bila diperlaku sebegitu..". Pada tika ini, wanita tersebut merasa amat kecil sekali.. Airmata mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap wanita itu melangkah kebilik anak kecilnya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku... bangunlah si kecil" "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk Ibu? Anak kecil tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak" "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu, "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini. Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini"... Kata anak kecilnya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala, bukan hanya hari ini, tapi buat selama-lamanya.." Bisik ibu tadi, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu.."
...........................................................
berakhir sebuah episod pilu, antara anak kecil dan seorang IBU..
............................................................
family come first...mahabbah ila mardhatillah (",)

REDHA


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri
Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna Dosa dan pahala
Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara
Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya
Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist

Isnin, 17 Ogos 2009

Innama a'mal awwalu bil niat


Assalamua'laikum..
apa khabar iman kita hari ini, better than before? insya'ALLAH, begitulah hendaknya.. setiap detik yang berlalu, moga semakin memantapkan jiwa dan iman kita.. melonjakkan semangat juang.. insya'ALLAH..
hari ni, ana sekadar nak melontarkan satu persoalan.. dan mungkin ana nak kongsikan juga satu pandangan.. insya'ALLAH. moga bermanfaat buat semua.. bi iznillah..
persoalan yang ana cuba lontarkan, apa pentingnya matlamat dalam kehidupan kita?
"innama a'mal awwalu bil niat"
setiap perbuatan dimulai dengan niat.. syarahan pertama dalam hadith 40..
dalam susunan hadith 40, hadith berkaitan dengan niat merupakan hadith pertama yang kita jumpa.. kenapa agaknya? kalau kita baca semula hadith tadi, SETIAP PERKARA DIMULAI DENGAN NIAT... sememangnya itu dah menunjukkan betapa pentingnya niat dalam perkara yang kita lakukan... kalau nak solat, dah siap wudhuk, mengadap kiblat, dah cukup syarat wajib solat, dan kita solat dengan penuh khusyuk wa tawadhuk, mematuhi semua rukun solat tapi, kita lupa nak niat, antum tau apa status solat kita tadi? TAK SAH.. betul tak? betapa besarnya peranan niat dalam setiap perkara.. niat jugalah penentuan bagi setiap amal kita, samada mendapat rahmat atau laknat.. sama-sama kita hayati..

"DIA mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. dan ALLAH maha mengetahui segala isi hati"... at-taghabun, ayat 4..

dalam ayat ni, ALLAH menyatakan dan menegaskan bahawa kita tak mampu menyembunyikan apa-apa dariNYA.. DIA maha mengetahui segala rahsia yang ada di langit dan di bumi.. setiap yang nyata mahupun yang tersembunyi.. sekiranya kita beramal hanya untuk mendapatkan pujian dari makhluk, ingatlah saudara-saudara sekalian, segala amalan kita akan dinilai berdasarkan niat kita.. jika pujian yang kita harapkan, hanya itulah yang kita akan dapat.. malah, lebih ditakuti, mungkin disebabkan niat kita untuk mendapat pujian dari makhluk tu, menyebabkan kita mendapat murka ALLAH pula. Nau'zubillah.. moga dijauhkan..

hmm, berbalik kepada persoalan tadi, ana tertarik dengan pertanyaan dari beberapa kenalan yang ana rasa berkaitan dengan perbincangan kita hari ini.

"Macam mana nak tegur seseorang yang rapat dengan kita? Apa cara yang kita boleh lakukan, kalau boleh tak nak dia terasa hati dengan apa yang kita katakan nanti".. "macam mana nak tegur senior?".. "macam mana nak dapatkan kekuatan untuk amar ma'ruf naji mungkar?"

Ana bukanlah seorang yang a'rif mahupun fakih dalam bab dakwah mahupun psikologi.. ana hanya insan biasa, makhluk ALLAH yang punya jutaan kekurangan.. tapi, mungkin ana boleh kongsikan sedikit ilmu yang ada, dan beberapa pandangan peribadi ana.. insya'ALLAH..

Perkara paling penting, BETULKAN NIAT.. apa motif kita nak nasihatkan orang lain? sebab nak cakap yang kita ni sentiasa yang terbaik? kita ni tak ada silap? atau nak tunjuk ilmu kita ni banyak? adakah itu yang kita fikirkan bila nak tegur orang??? fikir-fikirkan semula.. kalau itu yang kita niatkan, istighfarlah, ubahlah semula niat tadi.. masih belum terlambat... jangan tersalah niat, nanti amalan kita jadi sia-sia..

pertama-tamanya, niatkan segalanya kerana ALLAH, yang maha layak ke atas segalanya.. insya'ALLAH, itulah yang sebaik-baiknya.. nak solat sekalipun, kita akan niatkan kerana ALLAH semata-mata, kan? jadi, dalam berdakwah ni pun, samalah.. niatkan kerana ALLAH semata-mata.. dan doakan juga semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan..

keduanya, semaikan juga kasih kita kepada orang yang ingin ditegur.. kita menegur kerana ukhuwwah fillah yang sememangnya perlu sebati dalam diri kita.. kerana kasihnya kita pada saudara seISLAM, kita pasti tidak akan merasa susah dan jemu untuk berdakwah.. anggaplah semua orang sebagai saudara kita.. salah satu sabda rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Najar, maksudnya : "orang Mukmin adalah bersaudara, oleh itu ia tidak boleh meninggalkan memberi nasihat pada setiap masa"..
bilamana kita tahu apa tanggungjawab kita terhadap sesama Muslim dan sesama makhluk, kita tidak akan terleka untuk saling menasihati antara satu sama lain...dan paling penting, jangan sampai rasa jemu untuk berdakwah.. bukan ke dalam surah al-asr, sebahagian dari ayat 3, membawa maksud: " berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran".. bukan senang nak menegur orang, bahkan bukan senang nak suruh orang terima apa yang kita katakan, tapi ingatlah, kita kena sampaikan kebenaran, dan sentiasa bersabar dengan apa saja yang bakal berlaku.. berpesan-pesan dengan kesabaran dalam ayat ni, boleh kita huraikan, bahawa dalam berdakwah ni pelbagai mehnah akan hadir. menuntut kesabaran yang tinggi,, pengaharapan padaNYA semata-mata.. tapi, ingatlah, jangan sesekali berhenti memberi nasihat.. kalau nasihat pertama tak berkesan, nasihatlah untuk kali kedua. kalau masih tak berkesan, nasihatlah untuk kali ketiga, keempat dan seterusnya.. bukankah kita sayangkan saudara kita? "dan berikanlah peringatan, sesungguhnya ia amat bermanfaat bagi orang Muslim", adz-dzuriyat, ayat 55..

yang ketiga, tegur dengan penuh berhemah.. seboleh-bolehnya, kenalpasti, apa punca sebenar yang menyebabkan masalah berlaku pada orang tadi.. mungkin dia ada sebab tertentu.. kita tak boleh terus salahkan seseorang, kan? sebaik-baiknya, selidik dulu.. berkenaan dengan masalah ikhtilat yang sering jadi topik utama perbincangan ana dan sahabat-sahabat.. ana rasakan di sini, antara faktor yang menyebabkan sukarnya kita untuk menegur saudara-saudara kita yang sebegini, bilamana kita menganggap mereka teruk.. dan ada jugak yang terlalu takut untuk menegur, sebab takut rosak persahabatan.. hmm, disini ana nak tekankan pada para daei sekalian.. kenapa tak guna segala kudrat yang ada? susah sangat ke nak tuturkan 1 ayat, atau lakukan 1 tindakan? "assalamua'laikum.. kenapa duduk berdua macam ni? ada masalah ke? antum adik beradik ke?" paling tidak, orang-orang tu akan jawab soalan kita.. tak pun, mereka ni akan diam.. kalau tegur secara berhemah, rasanya tak pernah lagi ada orang yang kena tetak sebab tegur maksiat dalam pejabat.. kalau tak berani jugak, cuba mintak tolong orang yang lebih dewasa atau orang yang dihormati kat tempat tu.. atau kalau masih tak mampu, tanamkanlah sekelumit rasa benci dengan maksiat yang berlaku.. dan itu adalah selemah-lemah iman.. jangan biarkan hati kita mati, dan tak berperasaan bila melihat perkara mungkar yang berlaku depan mata kita.. BAHAYA.. sebab kita akan jadi antara orang yang bersubahat dengan mereka-mereka dari golongan istimewa ni.. tolonglah bangkit menegakkan kema'rufan.. cegahlah kemungkaran.. NAK SERIBU DAYA, KALAU TAK NAK, CUKUPLAH DENGAN HANYA SATU DALIH, KAN?

sebelum mengakhiri post kali ini, ingin sekali ana nasihatkan diri ana dan saudara-saudara ana sekalian, marilah sama-sama kita upgrade niat kita dan sentiasa muhasabah, apa matlamat kita yang sebenarnya.. mengharapkan pandangan manusia semata-mata atau MENCARI MARDHATILLAH?? fikir-fikirkan, renung-renungkan.. moga kita mendapat rahmatNYA.. Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran..wassalam

Jumaat, 14 Ogos 2009

Jawab Tag Adik Mira Sayang

assalamua'laikum.. alhamdulillah, hari ni berjaya juga luangkan masa untuk tunaikan amanah yang dah beberapa hari diberikan pada ana..moga adik mira berpuas hati dengan jawapan yang diberi..
1- nama timangan anda?
hmm, nama timangan banyak sangat.. (^_^). tak tahu nak tulis yang mana.. biasanya glamour dengan panggilan Syuha...
2- anda seorang yg?
hmm, nak nilai diri sendiri ni, macam susah sikit.. mungkin ana kena bagi borang penilaian pada sahbiah untuk menilai.. hehe.. yang ana tau, ana memang suka dengar masalah orang.. so, bolehlah kongsi masalah dengan ana ye...
3- insan yg teristimewa?
mek n ayoh...(^_^).. family, sahabat seperjuangan.. saudara-saudara seakidah..
4- lagu kesukaan?
yang mendamaikan hati... paling best dengar alunan ayat suci n zirullah.. (^_^).. nasyid boleh jugak layan malam-malam..
5- makanan kesukaan anda?
banyak sangat.. antaranya : segala masakan berkaitan seafood...(^_~)
6- sikap yg membuatkan anda stress?
suka ungkit mengungkit...(*_*)
7- warna kegemaran anda?
..........hijau, hitam, pink, coklat, dan mana-mana yang berkenan di mata....(^_~)
8- benda yg mesti ade dlm beg?
... ubat, pen, buku catatan, ic, lesen, duit, kad ATM...(^_^)
9- kali terakhir anda menangis?
..dalam minggu ni jugak la... (^_~)
10- tag untuk 6 rakan anda?
tak nak tag sapa-sapa.. (^_^)

Khamis, 13 Ogos 2009

alhamdulillah...

assalamua'laikum.. alhamdulillah, semalaman ana meluangkan masa, diberi peluang oleh ALLAH.. alhamdulillah, syukur sangat... tak tahu nak luahkan macam mana.. (^_^)..
sebenarnya, ana telah berjaya meluangkan masa membelek, menyelak, memerhati, menengok, membaca sebuah buku yang ana beli 6 ogos yang lepas..dalam masa 1 jam, ana hanya membaca sehingga mukasurat 9.. hmm, lama kan? mesti dan pasti, serta teramat yakin, ramai yang akan bertanya, kenapa lama sangat untuk baca hanya 9 mukasurat.... jawapannya :- kerana ana cuba untuk menghayati setiap patah kata dan tulisan yang telah tertulis dalam buku tersebut.. semakin lama, hati ana semakin teruja.. ya ALLAH, mulianya hati hamba-hambaMU ini... kurniakanlah juga aku dengan sifat sebegini... hmm, buku apa yang ana dah baca ni?? sampai macam tu sekali perasaan ana...pernah dengar atau terlihat atau membaca kisah dua Umar?
umar alkhattab dan umar abd aziz.. buku itulah yang ana baca semalam... hmm, ana tak nak bercerita panjang lagi.. insya'ALLAH, bila ana dah habis baca, dan dah bersedia untuk berkongsi dengan antum, ana akan kongsi apa yang ana dapat dari buku ni.. (^_^)... salam ukhuwwah..

Rabu, 12 Ogos 2009

titipan dariku...

assalamua'laikum..
maaf ye saudara2 seakidahku.. post sebelum ni, ana terpaksa delete.. tak patut ana post perkara sebegitu, kan.. maaf sangat-sangat.. teremosional, rasa macam tak sedap badan.. kifarah, insya'ALLAH. (^_^).

selalunya, bila ada perubahan dalam diri, pasti ujian ALLAH datang menyusul. kasihnya ALLAH pada kita, tak pernah dibiarkan sepi walau seketika.. kerana DIA tahu, makin banyak ujian, makin berat ujian, makin dekat diri kita dengan ALLAH... itulah lazimnya..dan insya'ALLAH, itulah yang berlaku pada ana.. beberapa hari kebelakangan ni, banyak perkara yang berlaku.. SMS, YM dan email yang menggangu fikiran, acapkali hadir menggugat perasaan.. tak dapat dinafikan, kadang-kadang, airmata yang jadi teman.. lemahnya diri ini..
buat insan-insan yang selalu ambil berat tentang ana, syukran jazilan... ana bersyukur kerana telah dikurniakan teman seperjuangan seperti kalian.. dan kepada insan-insan yang menguji kesabaran ana, syukran jazilan... kerana menjana kesabaran ana.. dan kepada yang telah sudi meluahkan segala rahsia terpendam, jutaan terima kasih ana ucapkan.. harapan ana, setelah diluahkan segalanya ini, segala masalah kita telahpun selesai.. insya'ALLAH, ana telah maafkan segalanya..dan ana juga mengharapkan kemaafan dari kalian.. tak kira walau siapapun antum, ana mungkin pernah melukakan hati antum dengan kata-kata ana, dengan perbuatan ana...semalaman ana fikirkan perkara-perkara sebegini.. rosaknya ukhuwwah kerana masalah hati.. teramat rugi..bilamana ukhuwwah dicalit dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..
ujian dari ALLAH datang tanpa mengira tempat dan masa.. hadirnya dalam pelbagai rupa.. ana cuba seupaya ana untuk menangani masalah ini.. puas dipujuk hati, dipositifkan minda untuk menerima semua ini.. alhamdulillah, kalamullah pengubat segalanya..
"dan bertawakkallah kepada ALLAH yang hidup(kekal) yang tidak mati.. dan bertasbihlah dengan memujiNYA.. dan cukuplah DIA maha mengetahui dosa-dosa hamba-hambaNYA".. al-furqan, ayat 58...
alhamdulillah, memang ALLAH sebaik-baik tempat bergantung.. cukup hebat perancangan ALLAH.. sejak petang semalam, telefon ana tak dapat digunakan.. bateri dah lemah.. charger telefon tertinggal jat rumah sahbiah.. detik-detik tanpa kunjungan SMS, memang amat berharga.. ana gunakan sebaik mungkin.. muhasabah diri.. kenalpasti, punca setiap masalah.. jaga hubungan dengan ALLAH, pastinya tak akan ada masalah dengan manusia.. itu konsep yang selalu ana tekankan... dan ana dah tahu dimana silapnya.. ada ruang-ruang kosong yang telah ana abaikan.. inilah ruang-ruang yang telah membuka jalan kepada masalah yang berlaku sekarang.. insya'ALLAH, ana akan cuba perbaiki.. mujahadah... mujahadah.. mujahadah...
insya'ALLAH, ana akan lakukan sebaik mungkin.. akhir kalam, sama-samalah kita berusaha untuk jadi hamba yang terbaik.. BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN, BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN...
Wassalam.....(^_^)

Selasa, 11 Ogos 2009

salam mahabbah

assalamua'laikum..

segala puji bagi ALLAH, yang menguasai sekalian alam.. selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w...
alhamdulillah, hari ni, ana berpeluang untuk update blog ana ni.. dah lama rasanya tidak meluangkan masa bersama.. kekangan masa menjadi punca utama.. maafkan ana..

hari ni, ana nak berkongsi suatu cerita.. tentang bunga.. semua orang kenal bunga kan? atau ada ke sesiapa yang tak kenal apa itu bunga? hehe, ni gambar bunga..

bunga memang dijadikan ALLAH dengan berbagai kelebihan.. pelbagai warna, bentuk, bau dan jenis.. subhanallah, indah sungguh ciptaan ilahi.. cantikkan bunga kat atas ni? antara gambar yang ana sempat ambik di pesta flora baru-baru ni... (^_^)

kenapa hari ni ana nak bercerita tentang bunga? tadi ana sempat berYM dengan seorang sahabat.. tentang mawar berduri.. indah kan.. bunga yang harum mewangi, dihiasi dengan duri-duri yang melindunginya.. subhanallah, maha suci ALLAH yang menjadikan semua ini..begitulah juga perumpamaan bagi wanita solehah. iman dijadikan benteng bagi diri.. tundukkan pandangan, jaga hati dan pancaindera.. jangan lupa jaga amal dan hubungan dengan ALLAH.. insya'ALLAH, akan terjaga semuanya..

ya ALLAH, syukur kepadaMU.. masih sudi mengetuk pintu hati ini.. maafkan ana. maafkan ana. maafkan ana saudara seakidah semua.. alhamdulillah, ana telahpun menutup semula pintu fitnah yang telah ana buka tanpa ana sedari... betapa hinanya diri, bila sengaja mempamerkan wajah untuk tatapan umum.. hilangkah kewarasan akal, rapuhkah benteng iman tatkala membuat keputusan untuk upload gambar dalam blog sebelum ni? kenapa ana boleh buat semua ni? ya ALLAH, terima kasih ya ALLAH kerana masih sudi menyuntik vaksin iman kedalam diri hambaMU ini...pukul 10:30:48 am tadi, ana terima SMS dari seorang muslimat.. memperkenalkan diri sebagai ....... dari...... . timbul persoalan. macam mana boleh dapat numb. hphone ana... setelah berta'ruf, alhamdulilah, ada keserasian.. dan muslimat tersebut telah sudi untuk berkongsi cetusan rasa dan ilmu dengan ana.. alhamdulillah, setelah membaca beberapa pengisian dalam blog beliau, ana terasa bersalah sangat.. berdosanya diri.. membiarkan pintu fitnah terbuka seluas-luasnya.. ya ALLAH, ampunkan dosaku.. teringat kata-kata sahabat muslimin, kerana duri yang ada pada muslimah itulah membuatkan muslimah begitu berharga.. makin kita tutup, makin tinggi perasaan ingin tahu dan tarikan pada kita... ya ALLAH, aku tak mahu jadi wanita akhir zaman yang menjadi fitnah terbesar kepada lelaki..

Isnin, 3 Ogos 2009

assalamua'laikum

alhamdulillah, masih berpeluang untuk bersama-sama jemaah dan moga sentiasa dalam rahmatNYA..
hari ni, 3 OGOS 2009, telah dua hari peristiwa itu berlalu.. apa yang dah berlalu?? hehe, masing-masing dah tau kan... isu gempar GMI 2009... wah wah.. hebat betul lah isu ni.. masalah negara.. kenapa gempar sangat? kan negara kita negara demokrasi.. setiap orang berhak bersuara.. tak gitu?? (^_^).
ana tak sempat lah nak snap sebarang gambar masa GMI tu, hmm, tak best pulak rasanya.. takpelah, moga apa yang bakal dicoretkan di sini hari ni, dapat dikongsi dengan semua.. jom baca..
............................................
pukul 830 pagi, ana keluar dari rumah, bergerak ke markaz.. ada kuliah dari Ustaz xxxxx.. hehe, best betul lah ust ni.. memang membakar semangat betul.. ingat kata-kata dia.. "kalau orang bagi watercanon, ingat, tu rahmat dari tuhan".. wah, mantap.. hehe.. siap suruh kami berdakwah lagi masa berarak.. maaf la ust, tak sempat.. hehe..
..........................................
dalam pukul 11, tiba di stesen bandar tasik selatan.. naik tren.. ramai betul orang nak keluar hujung minggu ni.. asal nampak je orang pakai baju merah, hitam, dalam hati duk cakap, ni mesti nak join GMI.. hehe, suka hati je, kan?

ok, dalam pukul 12, sampailah kat masjid jamek..wah wah, pesta polis nampak.. mula-mula, kami melangkah nak turun ikut tangga sebelah kanan, tapi, ramai pulak orang segak bergaya pakai baju blue black/hitam niduk tunggu kat tangga, malu nak lalu, kami tukar arah, kononnya nak tunggu dalam masjid terus.. tapi, rupa-rupanya peminat kami ni ada di segenap penjuru, siap tunggu dengan kamera dan video lagi... ish ish, macam mana nak lalu ni?? fikir si gadis pemalu... sorang pak cik yang slumber, panggil kami.. dia cakap,"tak payah lalu ikut situlah nak.. banyak soal orang-orang press tu.. tadi pak cik dah kena interview.. ".. ok lah pak cik, kami ke sana dulu lah ye.. jadi langkah dipanjangkan menuju ke sebuah kedai berhawa dingin berwarna merah.. dengan perasaan malu-malu miaw, kami lalu je depan orang-orang segak bergaya tadi.. mereka menjeling, hehe, kami buat tak tau je...jaga mata, jaga mata.. (^_^)..
masuk je dalam kedai tu, kami duduk-duduk.. ramainya pejuang-pejuang ISLAM dalam ni... sambil-sambil duduk, kami melilau tengok keadaan kat luar...makin ramai kelibat orang-orang segak bergaya tadi, panggil geng ye.. wah wah, meriah..nak tergelak pun ada, busybody betul la orang-orang segak ni, kalut jer duk check beg orang.. pastu, pantang jumpa garam, terus kena rampas.."kami nak balik masak la, mak kirim tadi.."=P.. dia percaya tak agaknya?? hehe.. apa-apa hal, kami membiarkan mereka melaksanakan tugas dan amanah mereka dengan sebaiknya.. bukan apa, risau pulak kalau mereka termakan gaji buta nanti...(^_^)
hmm, tengok jam, dah dekat pukul 1, bila nak boleh masuk masjid ni?? kami bincang dan buat keputusan, kita solat di masjid india... jom, gerak.. hehe.. apa lagi, lintas jalan.. pandang kanan, pandang kiri, pandang kiri.. wah, ramainya orang.. hehe.. jom lintas jalan.. baru beberapa langkah nak melintasi kumpulan orang-orang segak, dia tangkap seorang pemuda/pak cik.. pak cik ni pakai baju mansuh.. aduhai... kesiannya.. pakai baju mansuh pun salah.. orang lain pakai baju hina ALLAH dan Nabi Muhammad, susah nak jumpa kena tangkap macam tu, kan? hmm, sabarlah atas segala ujian ni.. kami meneruskan langkah menuju masjid india.. kiri dan kanan kelihatan ramai orang-orang segak.. tengah check line kot.. ada juga pak cik yang terduduk kat tepi dinding, hmm, kena tahan dengan orang-orang segak ni.. kesian...KAN KATA MALAYSIA NI DEMOKRASI??
...................................................................
kami terus berjalan ke masjid india, menyelinap dicelahan orang ramai yang berkunjung dan menjamu mata digerai-gerai...ramainya manusia... hmm, sampai di pintupagar masjid, ramai orang berkumpul, pintu masjid tak buka lagi.. tunggu je kat situ sambil menjelajah tengok beg.. ana tak bawak beg yang sesuai.. ambil peluang beli beg yang paling murah.. alhamdulillah, ada juga.. dah beli beg, tengok pintu masjid dah buka.. kami bersiap untuk solat.. sepanjang berada di masjid, helikopter tak henti-henti, rasa bergegar masjid.. sempat juga ana nbagitau sahabat, hmm, macam kat Palestin pulak.. baru hari ni boleh rasa sedikit pengalaman mereka.usai solat, terdengar laungan takbir dari aras muslimin.. SEMANGAT JIHAD MAKIN MEMUNCAK!!!
setelah memastikan semuanya sudah solat zohor, kami mula berkumpul, bersiap untuk ke medan... takbir dilaungkan.. ALLAHUAKBAR.. mula bergerak diiringi slogan, takbir, selawat.. melalui lorong-lorong, semuanya masih terkawal... tak berapa lama selepas tu, kami mula terasa pedih-pedih.. dah tembak gas pemedih mata la ni... aduhai, kesiannya orang awam.. kami pun dah mula berpecah dari kumpulan asal.. melalui lorong-lorong pasar malam.. ramai kanak-kanak menangis, tak tahan kena gas.. tourist pun ada yang dah kelam kabut.. si suami bergegas cari air untuk isteri tercinta, si isteri meraung-raung kesakitan.. ya ALLAH, kesiannya.. sempat jugak ana hulurkan garam pada tourist tadi.. terkejut dengan tindakan ana, dia bertanya.. "what is this?".. "take it, it just a bit of salt.. it can help".."thanks".. sambil berlari meninggalkan tempat kejadian.. kami meneruskan langkah.. hmm, sepanjang menyelusuri kawasan pasar malam tu, kami tak buat apa-apa pun.. PERSOALAN, APA YANG MENYEBABKAN PENIAGA PASAR MALAM KERUGIAN HAMPIR RM300 JUTA??? meniaga barang kemas harga juta-juta ke? meniaga kereta ke? peliklah jugak... statement tak berapa nak betul... buat semua orang awam yang terkena tempias gas pemedih mata dan water canon, bersyukur dan gembiralah kerana anda pun bakal mendapat ganjaran dariNYA..
...............................................................
hmm, ok, dah lepas kawasan pasar malam, kami bergerak ke Sogo.. wah, ramainya sahabat seperjuangan.. makin membara semangat ni... hmm, orang-orang segak tadi pun makin ramai.. ada yang dah pakai helmet, hehe, macam bangga je orang-orang yang pakai helmet tu.. (^_^).. macho dan rasa hebat je ye? pastu bangga dapat tibai orang ngan cota.. wah wah, bukan main lagi tunjuk kuasa... jangan salah guna kuasa ye.. mentang-mentanglah pakai lengkap macam orang nak main bola lisut, jangan pulak imagine kepala orang ni macam bola... tak baik tau.. ish ish.. ganaz betul.. bila dah jumpa kumpulan dari arah masjid negara, kami bergerak ke Sogo... bergerak dalam saff, wah, tak takut langsung tengok kumpulan orang-orang segak bersenjata tadi.. mereka pun tak boleh buat apa-apa masa tu.. kami berkumpul kat jalan raya antara Sogo dan Pertama Kompleks... dengar ucapan pimpinan... masa tu bunyi siren.. ha, nape pulak ni? hehe, ada kebakaran ke? bila dah habis dengar ucapan tu, kami nak bergerak dah, baru jalan beberapa langkah, kena sembur dengan air dari tangki bergerak... eh eh, silap ni.. kami bukan pokok yang perlukan siraman.. kami perlukan cahaya kebenaran untuk bebas dari kezaliman dan membesar dengan subur berbajakan iman...
.....................................................................
jadi, disebabkan awak-awak semua dah mula mengganas, ditambah dengan tembakan gas yang semakin menggila, kami memulakan pecutan.. dah lama tak pecut ni.. jom, kita tengok, siapa sampai garisan penamat dulu, jadi pemenang... eh, hmm, tak adil betul la orang orang segak ni, mana aci pegang pegang orang, dah kalah tu, jangan la main kotor... boleh pulak dia tangkap orang masa tu.. dah la mandikan orang ramai tengah tengah jalan raya, pastu nak main kejar kejar, guna cara salah pulak.. tak nak mengaku kalah pulak ye... amboi-amboi, ni mesti masa sekolah dulu tak belajar sivik... hehe.. kesian betul kan? tuan dah segak, macho, tapi perangai?? ish ish, mesti lupa baca doa masa tengok cermin.. kan? kan? kan?
kesian jugak tengok sahabat-sahabat masa tu, nak elak dari kena sembur ngan air dari tangki bergerak, bertempiaran lari.. ada yang masuk dalam kompleks, ada yang meniarap bawah tangga.. sampai ada yang luka, terjatuh dalam longkang tepi kedai kuning tu.. ada jugak yang terhantuk kepala di tangga.. kesiannya.. sabar ye sahabat-sahabat semua, kita kan sedang berjihad.. betulkan niat, insya'ALLAH, ada ganjaran nanti... ana terlepas ikatan saff dengan sahabat ana, ana sekarang hanya berdua.. meneruskan larian ke arah pejabat agung.. masa tu tak terasa penat sangat, walaupun hakikatnya, ramai antara kami yang tak sempat bersarapan tadi.. hehe, cuma terasa haus yang teramat.. air mineral yang ana bawa dah habis, guna untuk basahkan kain tuala nak lap muka dan mata yang pedih kena gas tadi.. langkah diteruskan.. masa ni dah kurang orang, sebab ramai yang dah kena kurung dalam kompleks... kesian betul.. hmm, arahan dari U.Amal, kita guna laluan yang banyak kereta, baru orang-orang segak tak boleh nak bertindak.. kami pun bergerak la dalam barisan... nak pergi pejabat agung ni.. tengok kedai jual air mineral, wah, bertambah haus la pulak.. hehe, tapi tak beli pun, sebab dengar bunyi tembakan lagi.. risau pulak kalau-kalau tak sempat sampai ke destinasi.. setibanya di pejabat agung, dah ramai yang berkumpul.. kat atas tangga depan pejabat, dah ada beberapa orang pimpinan, bersedia menyambut ketibaan kami dengan raut wajah yang bisa menghilangkan kepenatan kami.. terima kasih.. kemudian, kami mendengar ucapan dari beberapa pimpinan yang berkenaan.. walaupun tak lama, dan duduk atas jalan raya yang sederhana hangat tu, kami berpeluang merehatkan kaki buat seketika.. alhamdulillah, nikmat tu.. usai ucapan dan kata-kata semangat dari pimpinan, kami diarahkan bersurai...
...........................................
jangan silap, perang tak berhenti sampai situ je... baru je nak lintas jalan, siren berbunyi lagi... "Weh, orang dah nak balik la!!!! nak halang jugak ke??" jerit seorang pak cik... hmm, yela.. kenapa nak halang lagi? nak berhimpun pun halang, nak bersurai pun jadi masalah ke? tak faham betul.. masa nak lintas jalan tu, ana hampir-hampir dilanggar oleh MPV warna Putih, dipandu oleh seorang wanita.. amboi-amboi, tak sabar-sabar pulak dia.. bukan tak nampak orang nak lintas jalan.. hehe, kalau tak, dah ada dalam hospital, dating dengan nurse dah ana sekarang ni... (^_^)..
hmm, bila dah lintas jalan, terserempak dengan sahabat, siap salam-salam lagi.. pastu dengar bunyi tembakan.. eh, kenapa pulak ni? wah, kami kena serang lagi... kelihatan di belakang sana, kumpulan orang segak yang berlagak nak main bola lisut berjalan dengan penuh megah, menuju ke arah pejabat agung.. kemudian beberapa das tembakan dilepaskan lagi.. berkepul-kepul gas menghiasi ruang udara.. kami memulakan larian semula.. kali ni, siap lompat pagar besi lagi.. ha, jangan tak tau pulak, muslimat pun jaguh lompat pagar jugak.. (^_^).. kemudian berlari ke laluan tadi.. ke arah kompleks.. kat situ, jalan tenang lagi.. ana dan sahbiah yang terpisah masa kena sembur depan Sogo tadi mengatur pertemuan untuk berjumpa di Pertama Kompleks.. bila dah berjumpa, masing-masing duk tanya, ok tak ni? hehe, risau la jugak, kan? manalah tau, kalau-kalau ada yang tertanggal hidung sebab kena gas kuat sangat.. =P.. terOVER la pulak... hmm, masa rancak bersembang dengan sahabat-sahabat, ramai orang berlari.. terkejut jugak.. ada lagi ke?detik hati yang kecil ni.. lepas tu, nampak asap berkepul-kepul.. tembakan dilepaskan.. then, orang-orang segak berlari ke araha kami... diikuti dengan tangki bergerak... la, tak habis-habis lagi menggangu ketenteraman orang awam.. kami mula melangkah menyelamatkan diri.. nampaknya makin rancak pulak orang-orang segak ni.. kami masuk ke dalam kompleks.. sambil-sambil meninjau keadaan kat luar.. tiba-tiba, zzuuusssssssssss, semburan dari tangki bergerak tepat ke arah kami yang berada dipintu masuk kompleks.. YA ALLAH, sampai macam ni sekali kami diperlakukan?? sekali lagi airmata ana mengalir.. Ya ALLAH, mataku menjadi saksi kezaliman yang berlaku hari ini... kenapa perlu sembur air tu pada kami? kami hanya insan lemah yang berbekalkan sedikit kekuatan oleh ALLAH untuk hidup di Bumi ni.. apa salah kami? seandainya waktu tu kami berada di luar bangunan, dan memegang senjata sambil bersorak, ada jugak alasan antum untuk memperlakukan kami sedemikina rupa... tapi, sekarang, kami berada dalam bangunan.. BODOH SANGAT KE??? tak cukup dengan semburan air, tembakan dilepaskan sekali lagi.. ya ALLAH, sedih dan pilunya hati bila melihat kezaliman berlaku... tapi kami yakin ya ALLAH, ISLAM pasti akan menang!!!!!!! ALLAHUAKBAR...
kami naik lif, tak tau lah tingkat berapa, bila pintu lif terbuka, kami keluar.. kesemuanya muslimat.. kami mencari tangga dan laluan ke pintu keluar dari bangunan.. kemudian kami jumpa signboard SURAU.. tengok jam, dah pukul 415.."dah tak lama nak Asar, kita solat siap-siap, lepas tu baru bergerak.." kata seorang sahabat.. kami masuk ke surau dan berwudhuk.. menunggu waktu solat.. seorang muslimat dan anak perempuannya bergegas keluar setelah mendapat panggilan telefon.. zaujnya terkena peluru gas pemedih mata.. ya ALLAH, seorang lagi mangsa kezaliman.. tidak berapa lama kemudian, muslimat tadi kembali ke surau untuk solat.. katanya, kecederaan suaminya tak parah, cuma cedera biasa..Subhanallah, kuatnya semangat dia.. mampukah ana jadi begitu? Ya ALLAH, tetapkanlah kami dalam perjuangan di medan ini..
usai solat Asar, kami melangkah keluar, menuruni tangga-tangga yang ada mencari jalan keluar dari kompleks.. semua pintu dah terkunci.. kami dikurung.. ya ALLAH, dugaan lagi.. puas berlegar-legar dalam kompleks yang sunyi, pertolongan dari ALLAH tiba.. seorang pemuda menunjukkan jalan keluar melalui kawasan parking kereta kompleks tersebut. Alhamdulillah, syukur ya ALLAH.. ujian dari ALLAH tak putus-putus.. ramai orang segak berhelmet menunggu kami dihadapan kompleks. kami terpaksa mencari jalan untuk tidak bertemu mata dengan mereka.. nanti lain pulak jadinya.. keadaan sunyi je..puas kami tawaf kompleks tersebut.. dimana-mana pun ada orang-orang segak ni.. ramai... kemudian terdengar jeritan dari beberapa gadis berskirt pendek dan berbaju ketat.. kami kehairanan.. kemudian nampak kepulan asap dari atas bangunan Mara.. rupa-rupanya tak habis lagi peluru mereka ni.. banyaknya bekalan.. gian nak main mercun agaknya.. hehe.. kami berjalan menuju ke stesen LRT.. tapi, hampa.. stesen ditutup.. "KATANYA SEBAB MASALAH TEKNIKAL".. kami redha.. berjalan semula ke blok bangunan, mencari air.. tekak dah tak tahan.. kami duduk di hentian bas, dekat dengan kawasan orang-orang segak... melihat sahaja gelagat dan aksi orang-orang segak bekerja.. sambil-sambil minum air.. ana minum air 2 gelas.. dahaga betul.. sahabat-sahabat gelakkan ana.. takpelah, gelak puas-puas. ana tak kisah pun.. (^_^)..
....................................................................
puas meneguk air, kaki meneruskan langkah ke stesen LRT tadi, dengan harapan, dapat balik secepat mungkin.. hampa lagi, stesen masih ditutup.. kami ke stesen komuter pulak.. jauh perjalanan, luas pengetahuan.. hehe.. stesen komuter pun sesak dengan orang.. tapi, alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ada juga kemudahan untuk kami... terlepas 1 tren.. terus sabar menunggu.. bila dapat masuk dalam tren, terpaksa berhimpit-himpit.. ya ALLAH, seksanya.. takut.. macam-macam ada dalam fikiran.. hmm, pengalaman yang bermakna bagi ana..tiba di stesen BTS, syukur yang tidak terhingga.. dah berjaya selesaikan misi.. hanya ini yang mampu ana lakukan.. sedarlah saudaraku sekalian, walau tak ada seorangpun dari kalangan keluarga dan saudara kita yang ditahan berkaitan dengan ISA ni, tapi sebagai saudara seISLAM, dan sebagai orang yang merasakan diri ISLAM, dan ada tanggungjawab untuk menentang kezaliman, BANGKITLAH BERJUANG UNTUK MEMBANTERAS KEZALIMAN YANG BERLAKU... mungkin kita tak merasai apa yang dirasai oleh ahli keluarga mangsa-mangsa kezaliman ini, tapi sedarlah, kita ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan... jika tak mampu cegah kemungkaran dengan tangan, cegahlah dengan perkataan, jika tak mampu juga, tanamkanlah perasaan benci kepada kemungkaran itu di dalam hatimu, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman...
.."KAMU TIDAK AKAN DITANYA TENTANG APA YANG KAMU DAPAT, TAPI KAMU AKAN DITANYA TENTANG APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN"..
... jangan hanya pentingkan kesenangan yang kita rasai, sedangkan orang lain sedang menderita.. tak malu ke makan dengan mewah sedangkan jiran kita menangis kelaparan????... tepuk dada tanya iman.. wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers