Rezeki

Isnin, 3 Ogos 2009

assalamua'laikum

alhamdulillah, masih berpeluang untuk bersama-sama jemaah dan moga sentiasa dalam rahmatNYA..
hari ni, 3 OGOS 2009, telah dua hari peristiwa itu berlalu.. apa yang dah berlalu?? hehe, masing-masing dah tau kan... isu gempar GMI 2009... wah wah.. hebat betul lah isu ni.. masalah negara.. kenapa gempar sangat? kan negara kita negara demokrasi.. setiap orang berhak bersuara.. tak gitu?? (^_^).
ana tak sempat lah nak snap sebarang gambar masa GMI tu, hmm, tak best pulak rasanya.. takpelah, moga apa yang bakal dicoretkan di sini hari ni, dapat dikongsi dengan semua.. jom baca..
............................................
pukul 830 pagi, ana keluar dari rumah, bergerak ke markaz.. ada kuliah dari Ustaz xxxxx.. hehe, best betul lah ust ni.. memang membakar semangat betul.. ingat kata-kata dia.. "kalau orang bagi watercanon, ingat, tu rahmat dari tuhan".. wah, mantap.. hehe.. siap suruh kami berdakwah lagi masa berarak.. maaf la ust, tak sempat.. hehe..
..........................................
dalam pukul 11, tiba di stesen bandar tasik selatan.. naik tren.. ramai betul orang nak keluar hujung minggu ni.. asal nampak je orang pakai baju merah, hitam, dalam hati duk cakap, ni mesti nak join GMI.. hehe, suka hati je, kan?

ok, dalam pukul 12, sampailah kat masjid jamek..wah wah, pesta polis nampak.. mula-mula, kami melangkah nak turun ikut tangga sebelah kanan, tapi, ramai pulak orang segak bergaya pakai baju blue black/hitam niduk tunggu kat tangga, malu nak lalu, kami tukar arah, kononnya nak tunggu dalam masjid terus.. tapi, rupa-rupanya peminat kami ni ada di segenap penjuru, siap tunggu dengan kamera dan video lagi... ish ish, macam mana nak lalu ni?? fikir si gadis pemalu... sorang pak cik yang slumber, panggil kami.. dia cakap,"tak payah lalu ikut situlah nak.. banyak soal orang-orang press tu.. tadi pak cik dah kena interview.. ".. ok lah pak cik, kami ke sana dulu lah ye.. jadi langkah dipanjangkan menuju ke sebuah kedai berhawa dingin berwarna merah.. dengan perasaan malu-malu miaw, kami lalu je depan orang-orang segak bergaya tadi.. mereka menjeling, hehe, kami buat tak tau je...jaga mata, jaga mata.. (^_^)..
masuk je dalam kedai tu, kami duduk-duduk.. ramainya pejuang-pejuang ISLAM dalam ni... sambil-sambil duduk, kami melilau tengok keadaan kat luar...makin ramai kelibat orang-orang segak bergaya tadi, panggil geng ye.. wah wah, meriah..nak tergelak pun ada, busybody betul la orang-orang segak ni, kalut jer duk check beg orang.. pastu, pantang jumpa garam, terus kena rampas.."kami nak balik masak la, mak kirim tadi.."=P.. dia percaya tak agaknya?? hehe.. apa-apa hal, kami membiarkan mereka melaksanakan tugas dan amanah mereka dengan sebaiknya.. bukan apa, risau pulak kalau mereka termakan gaji buta nanti...(^_^)
hmm, tengok jam, dah dekat pukul 1, bila nak boleh masuk masjid ni?? kami bincang dan buat keputusan, kita solat di masjid india... jom, gerak.. hehe.. apa lagi, lintas jalan.. pandang kanan, pandang kiri, pandang kiri.. wah, ramainya orang.. hehe.. jom lintas jalan.. baru beberapa langkah nak melintasi kumpulan orang-orang segak, dia tangkap seorang pemuda/pak cik.. pak cik ni pakai baju mansuh.. aduhai... kesiannya.. pakai baju mansuh pun salah.. orang lain pakai baju hina ALLAH dan Nabi Muhammad, susah nak jumpa kena tangkap macam tu, kan? hmm, sabarlah atas segala ujian ni.. kami meneruskan langkah menuju masjid india.. kiri dan kanan kelihatan ramai orang-orang segak.. tengah check line kot.. ada juga pak cik yang terduduk kat tepi dinding, hmm, kena tahan dengan orang-orang segak ni.. kesian...KAN KATA MALAYSIA NI DEMOKRASI??
...................................................................
kami terus berjalan ke masjid india, menyelinap dicelahan orang ramai yang berkunjung dan menjamu mata digerai-gerai...ramainya manusia... hmm, sampai di pintupagar masjid, ramai orang berkumpul, pintu masjid tak buka lagi.. tunggu je kat situ sambil menjelajah tengok beg.. ana tak bawak beg yang sesuai.. ambil peluang beli beg yang paling murah.. alhamdulillah, ada juga.. dah beli beg, tengok pintu masjid dah buka.. kami bersiap untuk solat.. sepanjang berada di masjid, helikopter tak henti-henti, rasa bergegar masjid.. sempat juga ana nbagitau sahabat, hmm, macam kat Palestin pulak.. baru hari ni boleh rasa sedikit pengalaman mereka.usai solat, terdengar laungan takbir dari aras muslimin.. SEMANGAT JIHAD MAKIN MEMUNCAK!!!
setelah memastikan semuanya sudah solat zohor, kami mula berkumpul, bersiap untuk ke medan... takbir dilaungkan.. ALLAHUAKBAR.. mula bergerak diiringi slogan, takbir, selawat.. melalui lorong-lorong, semuanya masih terkawal... tak berapa lama selepas tu, kami mula terasa pedih-pedih.. dah tembak gas pemedih mata la ni... aduhai, kesiannya orang awam.. kami pun dah mula berpecah dari kumpulan asal.. melalui lorong-lorong pasar malam.. ramai kanak-kanak menangis, tak tahan kena gas.. tourist pun ada yang dah kelam kabut.. si suami bergegas cari air untuk isteri tercinta, si isteri meraung-raung kesakitan.. ya ALLAH, kesiannya.. sempat jugak ana hulurkan garam pada tourist tadi.. terkejut dengan tindakan ana, dia bertanya.. "what is this?".. "take it, it just a bit of salt.. it can help".."thanks".. sambil berlari meninggalkan tempat kejadian.. kami meneruskan langkah.. hmm, sepanjang menyelusuri kawasan pasar malam tu, kami tak buat apa-apa pun.. PERSOALAN, APA YANG MENYEBABKAN PENIAGA PASAR MALAM KERUGIAN HAMPIR RM300 JUTA??? meniaga barang kemas harga juta-juta ke? meniaga kereta ke? peliklah jugak... statement tak berapa nak betul... buat semua orang awam yang terkena tempias gas pemedih mata dan water canon, bersyukur dan gembiralah kerana anda pun bakal mendapat ganjaran dariNYA..
...............................................................
hmm, ok, dah lepas kawasan pasar malam, kami bergerak ke Sogo.. wah, ramainya sahabat seperjuangan.. makin membara semangat ni... hmm, orang-orang segak tadi pun makin ramai.. ada yang dah pakai helmet, hehe, macam bangga je orang-orang yang pakai helmet tu.. (^_^).. macho dan rasa hebat je ye? pastu bangga dapat tibai orang ngan cota.. wah wah, bukan main lagi tunjuk kuasa... jangan salah guna kuasa ye.. mentang-mentanglah pakai lengkap macam orang nak main bola lisut, jangan pulak imagine kepala orang ni macam bola... tak baik tau.. ish ish.. ganaz betul.. bila dah jumpa kumpulan dari arah masjid negara, kami bergerak ke Sogo... bergerak dalam saff, wah, tak takut langsung tengok kumpulan orang-orang segak bersenjata tadi.. mereka pun tak boleh buat apa-apa masa tu.. kami berkumpul kat jalan raya antara Sogo dan Pertama Kompleks... dengar ucapan pimpinan... masa tu bunyi siren.. ha, nape pulak ni? hehe, ada kebakaran ke? bila dah habis dengar ucapan tu, kami nak bergerak dah, baru jalan beberapa langkah, kena sembur dengan air dari tangki bergerak... eh eh, silap ni.. kami bukan pokok yang perlukan siraman.. kami perlukan cahaya kebenaran untuk bebas dari kezaliman dan membesar dengan subur berbajakan iman...
.....................................................................
jadi, disebabkan awak-awak semua dah mula mengganas, ditambah dengan tembakan gas yang semakin menggila, kami memulakan pecutan.. dah lama tak pecut ni.. jom, kita tengok, siapa sampai garisan penamat dulu, jadi pemenang... eh, hmm, tak adil betul la orang orang segak ni, mana aci pegang pegang orang, dah kalah tu, jangan la main kotor... boleh pulak dia tangkap orang masa tu.. dah la mandikan orang ramai tengah tengah jalan raya, pastu nak main kejar kejar, guna cara salah pulak.. tak nak mengaku kalah pulak ye... amboi-amboi, ni mesti masa sekolah dulu tak belajar sivik... hehe.. kesian betul kan? tuan dah segak, macho, tapi perangai?? ish ish, mesti lupa baca doa masa tengok cermin.. kan? kan? kan?
kesian jugak tengok sahabat-sahabat masa tu, nak elak dari kena sembur ngan air dari tangki bergerak, bertempiaran lari.. ada yang masuk dalam kompleks, ada yang meniarap bawah tangga.. sampai ada yang luka, terjatuh dalam longkang tepi kedai kuning tu.. ada jugak yang terhantuk kepala di tangga.. kesiannya.. sabar ye sahabat-sahabat semua, kita kan sedang berjihad.. betulkan niat, insya'ALLAH, ada ganjaran nanti... ana terlepas ikatan saff dengan sahabat ana, ana sekarang hanya berdua.. meneruskan larian ke arah pejabat agung.. masa tu tak terasa penat sangat, walaupun hakikatnya, ramai antara kami yang tak sempat bersarapan tadi.. hehe, cuma terasa haus yang teramat.. air mineral yang ana bawa dah habis, guna untuk basahkan kain tuala nak lap muka dan mata yang pedih kena gas tadi.. langkah diteruskan.. masa ni dah kurang orang, sebab ramai yang dah kena kurung dalam kompleks... kesian betul.. hmm, arahan dari U.Amal, kita guna laluan yang banyak kereta, baru orang-orang segak tak boleh nak bertindak.. kami pun bergerak la dalam barisan... nak pergi pejabat agung ni.. tengok kedai jual air mineral, wah, bertambah haus la pulak.. hehe, tapi tak beli pun, sebab dengar bunyi tembakan lagi.. risau pulak kalau-kalau tak sempat sampai ke destinasi.. setibanya di pejabat agung, dah ramai yang berkumpul.. kat atas tangga depan pejabat, dah ada beberapa orang pimpinan, bersedia menyambut ketibaan kami dengan raut wajah yang bisa menghilangkan kepenatan kami.. terima kasih.. kemudian, kami mendengar ucapan dari beberapa pimpinan yang berkenaan.. walaupun tak lama, dan duduk atas jalan raya yang sederhana hangat tu, kami berpeluang merehatkan kaki buat seketika.. alhamdulillah, nikmat tu.. usai ucapan dan kata-kata semangat dari pimpinan, kami diarahkan bersurai...
...........................................
jangan silap, perang tak berhenti sampai situ je... baru je nak lintas jalan, siren berbunyi lagi... "Weh, orang dah nak balik la!!!! nak halang jugak ke??" jerit seorang pak cik... hmm, yela.. kenapa nak halang lagi? nak berhimpun pun halang, nak bersurai pun jadi masalah ke? tak faham betul.. masa nak lintas jalan tu, ana hampir-hampir dilanggar oleh MPV warna Putih, dipandu oleh seorang wanita.. amboi-amboi, tak sabar-sabar pulak dia.. bukan tak nampak orang nak lintas jalan.. hehe, kalau tak, dah ada dalam hospital, dating dengan nurse dah ana sekarang ni... (^_^)..
hmm, bila dah lintas jalan, terserempak dengan sahabat, siap salam-salam lagi.. pastu dengar bunyi tembakan.. eh, kenapa pulak ni? wah, kami kena serang lagi... kelihatan di belakang sana, kumpulan orang segak yang berlagak nak main bola lisut berjalan dengan penuh megah, menuju ke arah pejabat agung.. kemudian beberapa das tembakan dilepaskan lagi.. berkepul-kepul gas menghiasi ruang udara.. kami memulakan larian semula.. kali ni, siap lompat pagar besi lagi.. ha, jangan tak tau pulak, muslimat pun jaguh lompat pagar jugak.. (^_^).. kemudian berlari ke laluan tadi.. ke arah kompleks.. kat situ, jalan tenang lagi.. ana dan sahbiah yang terpisah masa kena sembur depan Sogo tadi mengatur pertemuan untuk berjumpa di Pertama Kompleks.. bila dah berjumpa, masing-masing duk tanya, ok tak ni? hehe, risau la jugak, kan? manalah tau, kalau-kalau ada yang tertanggal hidung sebab kena gas kuat sangat.. =P.. terOVER la pulak... hmm, masa rancak bersembang dengan sahabat-sahabat, ramai orang berlari.. terkejut jugak.. ada lagi ke?detik hati yang kecil ni.. lepas tu, nampak asap berkepul-kepul.. tembakan dilepaskan.. then, orang-orang segak berlari ke araha kami... diikuti dengan tangki bergerak... la, tak habis-habis lagi menggangu ketenteraman orang awam.. kami mula melangkah menyelamatkan diri.. nampaknya makin rancak pulak orang-orang segak ni.. kami masuk ke dalam kompleks.. sambil-sambil meninjau keadaan kat luar.. tiba-tiba, zzuuusssssssssss, semburan dari tangki bergerak tepat ke arah kami yang berada dipintu masuk kompleks.. YA ALLAH, sampai macam ni sekali kami diperlakukan?? sekali lagi airmata ana mengalir.. Ya ALLAH, mataku menjadi saksi kezaliman yang berlaku hari ini... kenapa perlu sembur air tu pada kami? kami hanya insan lemah yang berbekalkan sedikit kekuatan oleh ALLAH untuk hidup di Bumi ni.. apa salah kami? seandainya waktu tu kami berada di luar bangunan, dan memegang senjata sambil bersorak, ada jugak alasan antum untuk memperlakukan kami sedemikina rupa... tapi, sekarang, kami berada dalam bangunan.. BODOH SANGAT KE??? tak cukup dengan semburan air, tembakan dilepaskan sekali lagi.. ya ALLAH, sedih dan pilunya hati bila melihat kezaliman berlaku... tapi kami yakin ya ALLAH, ISLAM pasti akan menang!!!!!!! ALLAHUAKBAR...
kami naik lif, tak tau lah tingkat berapa, bila pintu lif terbuka, kami keluar.. kesemuanya muslimat.. kami mencari tangga dan laluan ke pintu keluar dari bangunan.. kemudian kami jumpa signboard SURAU.. tengok jam, dah pukul 415.."dah tak lama nak Asar, kita solat siap-siap, lepas tu baru bergerak.." kata seorang sahabat.. kami masuk ke surau dan berwudhuk.. menunggu waktu solat.. seorang muslimat dan anak perempuannya bergegas keluar setelah mendapat panggilan telefon.. zaujnya terkena peluru gas pemedih mata.. ya ALLAH, seorang lagi mangsa kezaliman.. tidak berapa lama kemudian, muslimat tadi kembali ke surau untuk solat.. katanya, kecederaan suaminya tak parah, cuma cedera biasa..Subhanallah, kuatnya semangat dia.. mampukah ana jadi begitu? Ya ALLAH, tetapkanlah kami dalam perjuangan di medan ini..
usai solat Asar, kami melangkah keluar, menuruni tangga-tangga yang ada mencari jalan keluar dari kompleks.. semua pintu dah terkunci.. kami dikurung.. ya ALLAH, dugaan lagi.. puas berlegar-legar dalam kompleks yang sunyi, pertolongan dari ALLAH tiba.. seorang pemuda menunjukkan jalan keluar melalui kawasan parking kereta kompleks tersebut. Alhamdulillah, syukur ya ALLAH.. ujian dari ALLAH tak putus-putus.. ramai orang segak berhelmet menunggu kami dihadapan kompleks. kami terpaksa mencari jalan untuk tidak bertemu mata dengan mereka.. nanti lain pulak jadinya.. keadaan sunyi je..puas kami tawaf kompleks tersebut.. dimana-mana pun ada orang-orang segak ni.. ramai... kemudian terdengar jeritan dari beberapa gadis berskirt pendek dan berbaju ketat.. kami kehairanan.. kemudian nampak kepulan asap dari atas bangunan Mara.. rupa-rupanya tak habis lagi peluru mereka ni.. banyaknya bekalan.. gian nak main mercun agaknya.. hehe.. kami berjalan menuju ke stesen LRT.. tapi, hampa.. stesen ditutup.. "KATANYA SEBAB MASALAH TEKNIKAL".. kami redha.. berjalan semula ke blok bangunan, mencari air.. tekak dah tak tahan.. kami duduk di hentian bas, dekat dengan kawasan orang-orang segak... melihat sahaja gelagat dan aksi orang-orang segak bekerja.. sambil-sambil minum air.. ana minum air 2 gelas.. dahaga betul.. sahabat-sahabat gelakkan ana.. takpelah, gelak puas-puas. ana tak kisah pun.. (^_^)..
....................................................................
puas meneguk air, kaki meneruskan langkah ke stesen LRT tadi, dengan harapan, dapat balik secepat mungkin.. hampa lagi, stesen masih ditutup.. kami ke stesen komuter pulak.. jauh perjalanan, luas pengetahuan.. hehe.. stesen komuter pun sesak dengan orang.. tapi, alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ada juga kemudahan untuk kami... terlepas 1 tren.. terus sabar menunggu.. bila dapat masuk dalam tren, terpaksa berhimpit-himpit.. ya ALLAH, seksanya.. takut.. macam-macam ada dalam fikiran.. hmm, pengalaman yang bermakna bagi ana..tiba di stesen BTS, syukur yang tidak terhingga.. dah berjaya selesaikan misi.. hanya ini yang mampu ana lakukan.. sedarlah saudaraku sekalian, walau tak ada seorangpun dari kalangan keluarga dan saudara kita yang ditahan berkaitan dengan ISA ni, tapi sebagai saudara seISLAM, dan sebagai orang yang merasakan diri ISLAM, dan ada tanggungjawab untuk menentang kezaliman, BANGKITLAH BERJUANG UNTUK MEMBANTERAS KEZALIMAN YANG BERLAKU... mungkin kita tak merasai apa yang dirasai oleh ahli keluarga mangsa-mangsa kezaliman ini, tapi sedarlah, kita ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan... jika tak mampu cegah kemungkaran dengan tangan, cegahlah dengan perkataan, jika tak mampu juga, tanamkanlah perasaan benci kepada kemungkaran itu di dalam hatimu, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman...
.."KAMU TIDAK AKAN DITANYA TENTANG APA YANG KAMU DAPAT, TAPI KAMU AKAN DITANYA TENTANG APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN"..
... jangan hanya pentingkan kesenangan yang kita rasai, sedangkan orang lain sedang menderita.. tak malu ke makan dengan mewah sedangkan jiran kita menangis kelaparan????... tepuk dada tanya iman.. wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers