Rezeki

Selasa, 29 Jun 2010

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 28 Jun 2010

KATAKAN TIDAK KEPADA JUDI BOLA!!


Laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26.06.2010


Tiada lesen pertaruhan sukan


Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM dan METRA SYAHRIL MOHAMED


KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.

“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO mengumumkan keputusan berkenaan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini malam ini.
Polemik isu itu bermula apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek membuat kenyataan di Dewan Negara pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen judi bola sepak semasa kejohanan Piala Dunia bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian haram di negara ini.

Pengumuman berkenaan mendapat bantahan pelbagai pihak antaranya Badan Perhubungan UMNO Johor, Perak dan Kedah, Pergerakan Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu menegaskan, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, keputusan berkenaan disokong sepenuhnya MT UMNO dalam perbincangan malam ini.

“Keputusan itu dibuat sebulat suara, walaupun ada satu dua pendapat berbeza pada peringkat awal tetapi semua akur dan menerima,” katanya.

Mengenai lesen yang pernah dikeluarkan kepada Ascot Sports, Perdana Menteri berkata, ia diluluskan pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkannya semula pada 1990 kerana menghadapi kerugian besar.

Katanya, sejak tarikh itu Ascot Sports beberapa kali cuba memperbaharuinya dan baru-baru ini kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
“Selain itu, kerajaan pada masa sama ingin mendapatkan pandangan umum sebelum lesen dikeluarkan memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan mereka sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen dari sudut agama, ekonomi dan sosial.

“Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti haram dan pertaruhan sukan haram yang ditaksirkan begitu besar sehingga ada yang kata perjudian haram itu melebihi RM10 bilion dan melibatkan kegiatan jenayah yang lain” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan, kerajaan juga mengambil keputusan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat berkaitannya.

“Syarat-syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas ditentukan kerajaan,” katanya.

Mengenai reaksi parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau percaya keputusan itu dapat diterima kerana ia lebih mengutamakan rakyat.

Beliau turut memberitahu, Ascot Sports juga tidak akan diberikan sebarang pampasan kerana di bawah akta yang diperuntukkan, Menteri Kewangan pada bila-bila masa mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen pertaruhan itu.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

PALESTINA TERCINTA

cinta itu bermusim.

benarkah?

kadangkala kita rasa sangat mencintai,

cinta yang sukar ditafsir.

tapi adakalanya kita terlupa

akan cinta yang masih bersisa

sukarnya

sukarnya menzahirkan cinta yang sekelumit itu

PALESTIN.

kami menyintaimu

tapi kami tewas dengan diri sendiri

kami cinta padamu

tpi kami masih lagi hanyut dalam arus dunia

BOIKOT!

ya, kami cuba

kami cuba untuk boikot barangan yahudi, keluaran yahudi, yang menyumbang kepada yahudi

tapi seperti mana yang telah aku katakan

cinta itu bermusim

waktu berita tentang keganasan itu berlaku

kami BOIKOT sungguh-sungguh

tapi kini, aku lihat McD penuh kembali

TESCO asyik SALE sana sini

CINTA itu bermusim, benar kan????


Palestina Tercinta

Album : Tak Kenal HENTI !!!

Munsyid : Shoutul Harokah


Untukmu jiwa-jiwa kami

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang

Demi kebangkitan Islam

Kami rela berkorban

Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia

Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang mulia

Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa A aaa aaa

A aaa aaaa a a a aa A aa aaaa

A aaa aaa A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang

Demi kebangkitan Islam

Kami rela berkorban

Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang mulia

Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu

Untukmu, Al-Aqsho yang mulia

Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami

Berjihad di Palestinamu

Ya Alloh, masukkanlah kami

Tercatat sebagai syuhadamu
Ya Robbi, izinkanlah kami

Berjihad di Palestinamu

Ya Alloh, masukkanlah kami

Tercatat sebagai syuhadamu

Tercatat sebagai syuhadamu

Tercatat sebagai syuhadamuuu



Sabda Rasulullah S.A.W.."Siapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya yang mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakiran antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)"[Riwayat At-Tirmizi, dinilai hasan oleh Albani]


"Mereka yang membeli sumber makanan dari AS atau Yahudi seolah-olah memakan cebisan daging jenazah rakyat Palestin malah sehelai pakaian yang dibeli seperti memakai kain kapan yang telah disaluti dengan mayat anak-anak kecil".
(Datuk Mukhriz Tun Mahathir)

Beli produk AS, Yahudi Umpama Sumbang Dana Israel
(Mingguan Malaysia,11 Januari 2009-ms 5)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 25 Jun 2010

titipan istimewa buat kalian


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat iman dan ISLAM hingg kesaat ini.

Post kali ini istimewa buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Adikku sayang,

kalian adalah permata yang amat berharga.

berpeluang melangkah kaki ke sana adalah sesuatu yang sukar untuk dilepaskan.

Mungkin dirasakan ada kesukaran pada awalnya.

tapi yakinlah, ALLAH tidak pernah berikan sesuatu yang tak mampu kita hadapi.


Adikku yang dikasihi kerana ALLAH,

kehidupan adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan ujian.

Setiap masa, ada saja ujian yang akan kita tempuh,

dan pastinya semua itu tak pernah kita duga.

Ujian, tak semestinya sesuatu yang buruk.

ujian berbentuk kesenangan juga sering kita hadapi.

Semua itu anugerah dari ALLAH untuk kita.

Adakah kita mahu mengeji pemberian ALLAH?

Adakah kita ingin menolak pemberian ALLAH kepada kita?

Layakkah kita untuk buat begitu?



Adikku yang dicintai,

apabila berada di sana,

jangan sesekali lupa pada ALLAH, rasul dan segala pesanan dari insan-insan tersayang.

carilah redha ALLAH dalam setiap masa.

Lakukan segalanya kerana ALLAH semata.

Insya'ALLAH, akan ada kemudahan bagi kalian nanti.


Adik kesayangan,

sesiapa yang menolong agama ALLAH,

ALLAH pasti menolongnya. YAKIN!

Sebarkanlah dakwah seluasnya, semampumu.

Moga ALLAH memberkati segala usaha,

dan permudahkan segala urusan.






Salam sayang dari kakak kalian....


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

konsert amal d KUIS!


Assalamua'laikum.


Salam Penghulu segala hari buat semua.. Salam ukhuwwah bersalut mahabbah. Moga iman dalam jagaanNYA sentiasa, insya'ALLAH.


Alhamdulillah, hingga ke saat ini, kita masih diberi peluang untuk menikmati nikmat dan rahmat dariNYA yang tak putus-putus. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA.


Hari ini, nak ajak sahabat semua untuk kita sama-sama imarahkan konsert amal Al-Quds di KUIS. Ayuh, kita sama-sama berkunjung ke KUIS. (^_~)


Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)

Masa : 8.30 malam

Tempat : pusat Konvensyen KUIS


JOM! (^_~)

wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 23 Jun 2010

Kembara di bumi Tuhan




Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat wal afiat. (^_~).

Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih diberi peluang untuk bernafas. Alhamdulillah, hingga ke saat ini, kita masih dapat menikmati semua nikmat dari Ilahi. Kalau dhitungkan semuanya, memang tak mampu kita sebut, terlalu banyak nikmat dan rahmat dariNYA.

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan??"

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Sahabatku,

Dulu, semalam dan hari ini, kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengengkari ALLAH.

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..

Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:

Apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?

jawabku:

Bukankah kau adalah daei dan mujahidin?

Katamu lagi:

tapi langkahku terlalu lambat..

jawabku lagi:

kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu. Mengejar impianmudan lupa akan hari kebangkitan. Pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka. Apakah disana ada bekalmu??

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api. Andai terus digenggam, hancur luluh jiwanya. namun andai dilepaskan, hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang berjuang memang dirintangi ujian. Hidup mulia mati syahid, insya'ALLAH"

**********

Teringat mesej dari seorang sahabat pada suatu ketika dahulu. ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat-sahabat seperti mereka kepadaku. Terima kasih kerana menghadiahkan perjuangan dan medan dakwah ini untuk menghiasi perjalanan hidupku. Terima kasih ya ALLAH diatas segala rahmatMU yang tak pernah putus. Jadikanlah kami diantara orang-orang yang sentiasa bersyukur.


Kita punya hati yang kecil. Ya, hati ini kecil saja. Pernah rasa sesak dada tatkala perasaan benci, dendam dan marah menguasai diri? Terasa amat kecil sekali, bukan? Hinggakan kita merasakan nafas ini tersekat-sekat. Ruang hati yang amat sempit. ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Tapi, bila kita gembira, terasa bagaikan punya hati yang besar sekali. Cukup besar hinggakan diri terasa ingun sekali berkongsi isi hati dengan insan-insan lain. Bukan seorang, malah kepada semua orang. Aneh bukan. Hati yang sama, tapi bila kita punya perasaan yang berbeza, lain pula rasanya. (^_^)


ALLAH jadikan setiap perkara dan benda dengan hikmah yang tak terhingga. Disebalik tabir hidup seorang manusia, tersembunyi hikmah aturanNYA yang maha hebat!

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Nikmatnya hidup tanpa perasaan marah, benci dan dendam. Aku ingin sekali punya hati yang besar. Ingin berkongsi isi hati itu dengan semua orang. Akan kubuka pintu hati ini untuk dikongsi dengan semua orang. Diriku punya hati yang besar. Masih ingat kata-kata seorang teman : Kamu yang ku faham adalah sangat berjiwa besar kerana kau memiliki dua hati, satu hati untuk menangis dan satu lagi untuk bersabar dan memberikan kemaafan.

Semoga ALLAH terus menjaga hati ini untuk terus berada dilandasan yang diredhaiNYA, berkehendakkan kepada setiap kebaikan, membenci dan menjauhi larangan dan kemurkaanNYA.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 22 Jun 2010

Kasih sayang ALLAH tiada sempadan


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga iman dalam jagaanNYA sentiasa, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, masih dalam perhatianNYA.. Alhamdulillah.

Hari ni, baru menjejakkan kaki ke Pejabat, beberapa orang pekerja menyapa. "Macam lama tak jumpa, Cik cuti ke?".. Tersenyum dengan soalan tersebut.. Baru sehari tak hadir ke Pejabat, sudah ada yang merasai ketiadaan ana.. (^_~). Mungkin kerana hilang "satu suara" yang sentiasa berceloteh, yang suka mengajak mereka berfikir. Kadang-kadang kalau sengaja memencilkan diri disebalik partisyen, keesokannya pasti ada yang bertanya, "pergi mana semalam? Sunyi je kalau Syuha tak ada".. *** senyum*** . Nak balik tadi pun ada lagi yang cakap, "la, ingatkan tak datang, sunyi je.". Hehe, kalau ana tak ada atau 'tak macam biasa', pasti ada yang bertanya. Biasanya, akan ada lawatan mahabbah ke tempat ana, ziarah. (^_^). Ramainya orang yang sayang ana.

"Selamat pagi Cik. Semalam tak nampak Cik. Ada kursus kat luar ke?", tanya makcik cleaner berbangsa India yang setia berbual dengan ana di pagi hari. Ana suka dengan caranya. Suka 'greet' orang. Ramah. (^_^). Dia peka dengan pergerakan ana. Tak perasan pulak kalau dia selalu tegur orang lain, tapi yang ana tahu, dia memang selalu sembang dengan ana. Datang pagi-pagi, dia akan tanya tentang kesihatan ana, tentang ayah n mak ana. Kalau ana tak sempat bukak zikir masa dia datang, dia akan tanya, 'kenapa pagi ni tak dengar lagu?'.. dia cakap dia tahu sikit-sikit lagu melayu. Masa muda-muda dulu dia belajar. (^_^). Dia juga peka dengan kesihatan ana. Kalau tengok perubahan pada ana, dia akan mintak ana makan ubat. Macam mak ana pula. (^_^). Ana pun suka bercerita pada dia. Kadang-kadang dia cakap tentang agama. Kalau ana susah hati tentang keadaan kesihatan ayah dikampung, dia akan nasihatkan ana supaya bertawakkal kepadaNYA. Kalau dia ada masalah, dia akan bercerita pada ana, biasanya tempat ana adalah tempat terakhir dia akan datang, jadi, bolehlah bercerita lama sikit. (^_^).

Ana bukanlah insan berjawatan tinggi dalam Pejabat ni. Hanya orang biasa, yang juga punya Bos untuk dihormati, punya teman-teman seangkatan untuk saling melengkapi. Kita manusia biasa yang saling memerlukan dalam soal dunia dan akhirat. Urusan di Pejabat, mana mungkin sebuah Jabatan yang besar mampu dikendalikan oleh seorang ketua tanpa bantuan kakitangan lain. Begitu juga urusan akhirat, perlu saling melengkapi, berpesan-pesan dengan kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran. Apa yang penting? Kerjasama.. (~_^). Jika ada kekurangan, kita saling menampung. Jika ada yang terleka, pakat-pakat menegur supaya dapat menyedarkan yang terleka. Jika ada yang tersilap, sama-sama kita perbetulkan supaya dapat dijadikan panduan untuk masa hadapan. Indahnya hidup andai ukhuwwah disemai, difahami, dikhatam, dihadam. (^_~)

ALLAH, ALLAH, ALLAH

Percaya tak ALLAH amat sayang pada kita? Percaya tak kasih sayang ALLAH tiada sempadan? Percaya tak ALLAH selalu ingat kita? Percaya tak ALLAH sentiasa bersama kita?



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" : Al-Qaaf, ayat 16.


Kalau dihitung. berapa kali kita ingat ALLAH? Memetik kata-kata Dr. Robiah K. Hamzah, kalau masa solat adalah masa yang kita rasakan kita paling dekat dengan ALLAH, dan merupakan masa untuk 'dating' dengan ALLAH, cuba kira berapa lama masa yang kita gunakan untuk ingat dan dekat dengan ALLAH? Kalau solat lebih kurang 10 minit satu waktu, dalam sehari, kita luangkan lebih kurang 50 minit untuk bersama dengan ALLAH. Adakah cukup masa yang kita luangkan untuk bersamaNYA sedangkan DIA anugerahkan kita dengan 24 jam yang bersamaan dengan 1,440 minit. Hmm, lebih kurang 3.47 % sahaja masa kita ingat ALLAH.. kalau kita jawab exam, markah 3.47% tu layak dapat gred apa ye? Hmm, mesti GAGAL, kan. Macam mana nak jumpa dengan ALLAH, bawak result gred F? Malunya nak jumpa ALLAH. Ramai orang yang sanggup bersengkang mata, berkorban masa, tenaga dan harta demi kejayaan duniawi, tapi seringkali TERLUPA untuk mengejar kejayaan dan kecemerlangan ukhrawi. ALLAH, ALLAH, ALLAH.

KEBANYAKAN MANUSIA DI AKHIR ZAMAN, BAGAIKAN MAYAT HIDUP. JASAD BERGERAK TANPA ROH!

Kita selalu kejar masa untuk punch card, kejar masa untuk mesyuarat, terkejar sana sini untuk urusan duniawi, tapi kenapa kita selalu lengahkan masa untuk urusan ukhrawi? Solat terutamanya. Seringkali lewat-lewatkan solat. Tapi, kalau bab lain, kita akan pastikan kita adalah yang terbaik, yang paling awal dan tepat pada waktu. Sesetengah orang ada prinsip, : 'saya tak suka orang tunggu saya, jadi saya mesti sentiasa tepat pada waktu.'. Tapi, adakah diaplikasi dalam setiap perkara? Dalam solat khususnya. Dalam pejabat yang memang terkenal dengan disiplin masa dan etika, adakah waktu solatnya terjaga kualiti sepertimana kualiti ketepatan masa untuk mesyuarat dan program?

PERINGATAN BERSAMA.

Kalaulah ALLAH lupakan kita, agaknya apa yang akan jadi pada kita? PASTI kita tak ada didunia sekarang, kan. Kalau ALLAH abaikan kita, PASTI kita takkan dapat rasai nikmat iman dan ISLAM sebagaimana sekarang, kan?

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Semoga kita sama-sama dapat perbaiki diri dan amal kita. Serulah insan disekeliling. Tegakkanlah syiar ISLAM. Sebarkanlah dakwah. Moga usaha yang sedikit ini memberatkan timbangan kita di 'sana' nanti, insya'ALLAH.





'IKATLAH ILMU DENGAN MENULISNYA'

SIIRU A'LA BAROKATILLAH, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 17 Jun 2010


Assalamua'laikum.

Doa dan harapan semoga sahabat-sahabat semua sentiasa sihat wal afiat. Ana, alhamdulillah, seperti biasa.=)


Cuma satu perkongsian untuk petang yang indah ini :

Kenapa hati sering resah?
Kata seorang Ustaz dalam tazkirah semalam, kita akan sentiasa resah jika sering membuat dosa. Untuk bersihkan diri dari dosa, mohonlah keampunan dariNYA. Jika kesilapan itu dengan manusia, pohonlah kemaafan dari manusia. Kemaafan itu amat tinggi nilainya. Bersedialah untuk memaafkan, insya'ALLAH, kita juga mudah untuk dimaafi.

"Jangan hanya tahu mengharap, tapi jadilah orang yang memberi"

Ikatlah ilmu dengan menulisnya. (^_~)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 16 Jun 2010

hujung minggu yang membahagiakan


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa didalam limpahan rahmatNYA, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Alhamdulillah, pada 11 Jun yang lalu, ana telah diizinkan ALLAH untuk bertemu dengan sahabiah yang telah lama tidak bertentang mat. Segala puji bagiNYA yang telah mengizinkan semua ini. (^_~)

Jam 8 malam, ana memandu ke P.1 untuk mengambil sahabiah yang datang bersama bapanya. Gembira tak terkata tatkala pertama kali melihat kelibatnya. Ya ALLAH, berkatilah pertemuan ini. Kemudian ana membawanya pulang ke rumah ana. Hampir pukul 1 pagi barulah kami melelapkan mata. Banyak yang dikongsi, almaklumlah, dah lama tak jumpa. Hingga terpaksa bagitahu awal-awal, "Jan, kalau dah tak jawab tu, faham-fahamlah ye.."..(^_~)

Pada jam 9.00 pagi, kami bergerak ke destinasi pertama. Ada perlawanan Bowling antara surau. Ana angkut sahabiah bersama, main untuk team ana. (^_^). Tak lupa, senior kami yang baru pindah ke sini dan teman serumah. 2 dalam 1.. (dapat main bersama sahabiah, riadah muslimat). Masya ALLAH, tak terasa penat. Gembira dapat luangkan masa bersama sahabiah-sahabiah kesayangan pada hujung minggu tersebut. Ya ALLAH, eratkanlah ukhuwwah kami.

Pada jam 12.45 t/hari, kami ke Sentral. Destinasi kedua kami ialah KL Sentral. Ada insan istimewa yang setia menanti kami di sana. Subhanallah, indahnya ukhuwwah ini. Walaupun terpaksa menunggu 30 minit kerana terlepas 1 trip, kami masih tersenyum gembira. Tak sabar rasanya untuk berjumpa insan istimewa tersebut.

Tiba di KL Sentral, terlihat sekumpulan adik-adik muslimin sedang tasmi' di depan Kaunter Pertanyaan. Ya ALLAH, hebatnya adik-adik ni. Masih tertanya-tanya, dari mana agaknya adik-adik ni. Tapi, sengaja membiarkan ia berlegar di kepala. Ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Dalam surau muslimat, ada beberapa muslimat sedang tasmi' bacaan. Tersenyum. ALLAH nak bagi jawapan kepadaku. (^_^). Tidak berapa lama kemudian, seorang adik muslimat menyapa. "Akak join program ke?". "Tak dik, nak jumpa sahabiah". "Oh, ingatkan ada program. Kami ada mukhayyam IPT ni. Kami dari pelbagai negeri. (^_~)." .."Patutlah akak nampak ada ramai adik-adik muslimin duk tasmi' depan kaunter tadi. Baguslah, isi masa dengan aktiviti berfaedah". "Insya'ALLAH kak"... Alhamdulillah, dapat juga jawapan untuk persoalan ana tadi. (^_^).. ALLAH sediakan jawapan pada masa yang DIA tentukan. ALLAH MAHA HEBAT!

Lebih kurang pukul 2.15 petang, tergerak hati untuk telefon insan istimewa tersebut. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Dalam keadaan manusia yang penuh sesak, kami berjaya berkumpul di satu tempat yang agak tersembunyi. Kemudian ke D'Sentral food court. Minum air sambil sembang-sembang, teringat cerita lama. (^_^). Rindu sahabat-sahabat lain. Masa mencemburui kami, lebih kurang jam 4 petang, kami terpaksa berpisah kerana tuntutan lain yang mendesak. Insya'ALLAH, ada masa kita jumpa lagi ye.

Tiba di P.Sentral jam 5 petang, kami ke Masjid Besi, kemudian ke PICC, dan Taman Warisan menikmati sate, mehun sup dan ABC. Alhamdulillah, dari pagi hanya berbekalkan sarapan nasi goreng, pukul 6 petang baru jumpa makanan semula. (^_~). Alhamdulillah. Pada malam tersebut, jam 9.00 malam, sahabiah menaiki bas pulang ke Terengganu. dan tiba di Dungun jam 520 pagi. Alhamdulillah.

Terima kasih ya ALLAH atas nikmat ukhuwwah ini. Syukur yang tak terhingga. Semoga pertemuan diberkati, perpisahan dirahmati.


Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 15 Jun 2010

MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA

Assalamua'laikum.. sekali lagi ana ingin menjemput antum ke program terdekat iaitu pada tarikh, masa, tempat sepertimana berikut :

Jemputan ke Forum "Malam Hapuskan AIrmata Gaza"

Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam


Tarikh : 18 Jun 2010 (Jumaat)

Masa : 9.00 malam


Penceramah :
1. Tn Hj Jamaludin Elias (sukarelawan Malaysia ke Gaza dari Yayasan Amal Malaysia)
2. Ust Ridwan Md Nor
3. Dr Ahmad yunus


Penampilan Istimewa : Sdr Nordin Jaafar

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

SEMINAR DAKWAH @ IPOH

Assalamua'laikum. Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan nikmat dariNYA. Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nikmat iman dan ISLAM hingga ke saat ini. Alhamdulillah, syukur kepadaMU ya ALLAH.



Ana baru saja terima emel dari seorang kenalan. Ingin sekali ana kongsikan di sini untuk perhatian dan tindakan kita bersama.



Semoga bermanfaat. Ayuh, sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain, terutama yang tinggal di sekitar Ipoh.



Wassalam





* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Ahad, 13 Jun 2010

Esok 1 Rejab, insya'ALLAH







"ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAJAB, WA SYAABAN, WA BALIGHNA ILA RAMADHAN"


(YA ALLAH, BERKATILAH KAMI DALAM BULAN REJAB, DAN BULAN SYA'BAN, DAN SAMPAIKANLAH KAMI KE DALAM BULAN RAMADHAN)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 10 Jun 2010

Coretan


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH. Dah lama tak tulis coretan yang santai macam ni.(^_^)

Bos ana dah naik pangkat. Alhamdulillah, jadi orang lebih besar. Dan dah balik negeri. Semoga berbahagia di sana. (^_^)

Ana pula... Hmm, bercadang juga nak balik negeri. Cuma, tunggu masa yang sesuai. Tak banyak peluang untuk balik Kelantan. Insya'ALLAH, akan diusahakan. Doakan ye. Nak sangat balik Kelantan. Boleh jaga mak ayah. Tengok Atiq dan Amar sokmo. Kalau hari Jumaat, boleh dengar Kuliah Dhuha depan Jaafar Rawas. (^_^). Dan banyak lagi yang ana nak buat. Kelapa pandan belakang rumah pun banyak. Jom, niaga. ^_^

ALLAH, kalau fikir pasal kampung, memang banyak yang nak cerita.

(Amar suka posing depan kamera. Panggil nama dia, terus pandang kamera. Pandai ni.. Jadi anak soleh ye sayang)

Amar dah pandai meniarap. Ayah pun dah makin sihat. Bulan 7 nanti kena masuk wad, pembedahan kecil buat kali kedua. Insya'ALLAH, ana akan balik seminggu. Tunaikan kewajipan sebagai anak. Mak pun asyik tanya. Hampir setiap hari telefon. Tanya khabar. (^_^). Alkisahnya, minggu lepas ada orang tu demam. Telefon mak sambil nangis. Mak siap suruh tidur rumah sepupu. Nasib baik tak suruh sepupu bawak pergi Hospital. Kalau tak, memang kena tidur sana la. Sekarang cuaca tak menentu. Tengahari panas terik, petang, masa keluar pejabat, hujan lebat. Tu yang senang demam. Demam panas pulak tu. Tapi, jangan risau. Dah sihat dah. Alhamdulillah.

Hujung minggu lepas ana ada program dengan adik-adik remaja dari BTR. Kem Kembara Iman III. Kem tersebut anjuran Nisa' BTR. Alhamdulillah, dengan izinNYA, ana berjaya menyihatkan diri sepanjang ke tersebut berlangsung. Segala puji bagiNYA. Sebaik-baik tempat bergantung hanyalah kepadaNYA. Tempat program cantik sangat. (^_^). Keindahan alam memang memukau. Air sungai yang mengalir, bunyi unggas yang mendamaikan. Subhanallah, mereka sedang berzikir. Turut mendidik hati untuk sama-sama berzikir kepadaNYA. Sempat jugak merasa kedinginan air sungai walupun sekejap. Risau demam melarat. (^_~)



(Inilah antara laluan yang mencabar sepanjang program Suara Rimba berlangsung.. Bukit dia tinggi.. Tak ada tempat nak berpaut pulak tu. Dalam slot ni, FC akan bersama dengan peserta, dalam kumpulan. Perjalanan agak jauh, tapi berbaloi.. Senaman, amat bagus untuk orang demam. (^_^) Adik-adik kena masuk dalam lumpur. Ramai yang menjerit-jerit. Takut ada lintah..hehe..BEST!! )


(Ini pula pemandangan dari atas bukit selepas meredah lumpur tadi.. Sangat mendamaikan. Kemudian kami kena masuk hutan.. Hutan tu agak tebal. Pokok besar di kiri dan kanan. Tapi, jangan risau, kalau sesat, boleh telefon orang. SEBAB LINE CELCOM DAN MAXIS MEMANG PENUH. (^_^). Jalan dalam hutan ni memang mencabar. Licin dan bukit dia curam. Memang betul-betul memerlukan kesabaran, ketahanan, kerjasama antara kumpulan dan memang bagus slot ni. Suka..)

(Hutan yang kami lalui dalam tempoh lebih kurang 30 minit. Ni gambar masa mula-mula masuk. Berjalan naik bukit. Lepas tu dah tak ambik gambar, sebab jalan licin dan agak bahaya.)

( Ini adik-adik kumpulan ana. Sedang disoal oleh Kak FC yang bertugas bagi check point yang ke-4. Bendera kumpulan kami dah kena rampas. Adik-adik tension betul. Tak boleh lupa kenangan ni. Seronok tengok gelagat adik-adik. Moga ilmu dan pengalaman yang adik-adik dapat dalam program ni dimanfaatkan sebaik mungkin )

Insya'ALLAH, Sabtu ni nak lawan bowling, wakil surau. Tak tau lah jadi apa nanti. Tapi, akan cuba yang terbaik, insya'ALLAH. Dan hari ahad ada makan-makan sikit dirumah ana. Insya'ALLAH, sahabiah dari Terengganu, Nilai, dan sekitar Kuala lumpur nak datang rumah. Semoga pertemuan kami dirahmati dan perpisahan kami diberkati, insya'ALLAH, bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Baiklah, sekian dulu coretan dari ana untuk kali ini. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua. Wassalam


Selasa, 8 Jun 2010

rintihan - HIJJAZ


Biar berlinangan airmata

Ku takkan hentikannya

Biarkan ia menyembuh luka

Hilanglah rasa duka


Tidak ku termampu merentasi liku-liku

Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu

Oh sungguh ku tak upaya


Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan

Bisa meleraikan iman

Kan hancur semuanya


Walau menitis airmata darah

Tak bisa merubah segalanya

Melainkan taubat nasuha

Mogakan diterima


Namun ku percaya

Masih ada kesudahannya

Kerana ALLAH itu Maha kaya

maha mendengar


Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya

Pasti akan ada

Jalan keluarnya


Rezeki yang tidak disangka-sangka

Cukup ALLAH baginya

Berkuasa segala-galanya

Terima seadanya


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 7 Jun 2010

ALLAH, berikanlah kesempatan kepada kami...

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Ahad, 6 Jun 2010

kembara mencari iman


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Sihat iman? Sihat fizikal? Insya'ALLAh, semoga rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kita semua..


2 hari 1 malam berkampung di Sungai Congkak, amat membahagiakan hati ini. Berpeluang membantu sahabat, mengeratkan ukhuwwah, bersama adik-adik, mengenal mereka, adalah antara nikmat dariNYA. Alhamdulillah, segala puji bagiNYA yang telah melimpahkan nikmat dan rahmat yang tak putus-putus. Alhamdulillah.


Bersama adik-adik yang masih dalam pencarian, amat mencabar. Untuk mencambahkan rasa kecintaan mereka kepada agama Islam dan mengamalkan ISLAM 100% memang sukar untuk dicapai dalam masa 31 jam. Memang masa yang teramat singkat.


ALLAH, ALLAH, ALLAH. Engkau pemilik hidayah, hadirkanlah hidayah itu didalam hati kami. Ya ALLAH, perkenankanlah..


Usaha diiringi doa kepadaNYA supaya dipermudahkan segala urusan perkaderan.


**************


Bukan mudah nak tarik anak-anak remaja sekarang mendekati ISLAM. Amat susah. Persekitaran dan pemikiran anak-anak remaja itu sendiri menjadi faktor kenapa sukar untuk menerapkan ISLAM secara total kedalam diri mereka. Masyarakat sekarang yang lebih mementingkan kewangan, kepentingan, nama, pangkat, harta, dan segala urusan dunia menjadikan anak-anak generasi pelapis pemimpin masa depan juga berfikir perkara yang sama. Bila bercakap tentang solat, aurat.. Susah untuk difahami, untuk diterangkan. Tapi, bila bercakap tentang filem, dunia artis, semua orang kenal, tahu.


Dalam masayarakat sekarang, mengaji al-Quran tidak penting berbanding keputusan 'SKOR A" dalam peperiksaan. Pengetahuan tentang agama tidak setanding dengan bidang akademik yang perlu dipelajari sebaik mungkin. Tak kenal Huruf Jawi tak mengapa, tapi kalau tak kenal nombor dan angka, IBU BAPA PASTI GELISAH. Sanggup menghantar anak ke beberapa tempat tuisyen demi memastikan anak-anak mereka mendapat pelajaran yang terbaik. Kasihan melihat anak-anak sekarang.. Tiada masa rehat.. Buku sentiasa menjadi teman paling akrab! Masa dengan para guru lebih banyak berbanding masa yang ada untuk bersama kaluarga sendiri. Itu realiti kehidupan masyarakat sekarang.


Tidakkah ada sekelumit rasa kasihan kepada pelapis generasi masa depan ini?


Jadi, dimana kita harus memulakan langkah untuk memperbaiki sistem pendidikan yang semakin merudum sekarang?


RUMAH!

ya, rumah adalah tempat terbaik untuk mencorak anak-anak. Rumah tangga Muslim yang mengamalkan ISLAM secara total PASTI mampu melahirkan generasi pelapis yang HEBAT dalam segenap bidang. Pernah dengar bukan, sebuah hadith Rasulullah : "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi". Ia menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk generasi pelapis masa depan. Tak mungkin dapat menghasilkan bayang yang lurus andai tiang itu bengkok! Jadi ibu bapa itu snediri perlu menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak, menerapkan dan mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar adalah satu kewajipan. BAITUL MUSLIM ADALAH BAITUL JIHAD!


Jangan lupakan juga keperluan untuk sama-sama perbaiki persekitaran kita yang kurang selamat untuk perkembangan sahsiah anak-anak. PENTING!


Mungkin ramai yang akan cakap, ana belum layak untuk bercakap tentang kehidupan berkeluarga, pendidikan anak-anak. Tapi, ana merasakan tanggunjawab ana dalam hal ini. kerana ana juga bakal menjadi seorang ibu kepada anak-anak pelapis generasi masa depan. kerana ana juga akan menjadi sebahagian dari para ibu bapa yang bertanggungjawab mencorak identiti dan peibadi pemimpin masa depan. Ingat kata-kata yang masyur? : jika kamu ingin melihat generasi masa depan, lihatlah kepada generasi masa kini.


ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Ana masih teramat kerdil dan cetek ilmu tentang semua ini. Tapi sampai bila kita harus berdiam diri? Sampai bila kita harus tunggu? Tunggu cukup ilmu baru nak bersuara? kalau nak ikutkan kecukupan ilmu, takkan ada orang yang dapat mengutip semua ilmu ALLAH. Ilmu yang kita ada sekarang hanya diibaratkan setitis daripada lautan yang terbentang luas. Nampak kekurangan kita? Ilmu yang kita ada ni sedikit saja! Sangat sedikit. Bahkan semakin banyak yang kita belajar, kita akan rasakan sebenarnya makin banyak yang kita tidak tahu. Jadi, sampai bila kita nak tunggu untuk sebar luaskan ilmu kita ni kepada orang lain? Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sampaikanlah dariku walau satu ayat..


Insya'ALLAH, post seterusnya akan menyusul. Semoga ALLAH jaga hati kita semua dari sikap mazmumah dan mencambahkan sikap Mahmudah. Aminn
*****************


Jangan lelah bila mengembangkan dakwah,

pantang beralah sebelum menang,

atau syahid sebagai syuhada',

Kemenangan dan kekalahan itu
digilirkan ALLAH mengikut ketentuan,

Janji ALLAH pasti berlaku, ISLAM pasti kan menang jua!


******************

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 2 Jun 2010

REUNION EX-SMK KEROH


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Mog asihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH.


Alhamdulillah, hari ni cuba untuk jadikan lebih baik dari sebelumnya.. Moga ALLAH permudahkan, aminn.


Baiklah, dikesempatan yang ada, nak buat satu pengumuman :


PERKARA : JEMPUTAN KE MAJLIS PERTEMUAN BEKAS PELAJAR SMK KEROH, KUALA KRAI, KELANTAN


TARIKH : 4 JUN 2010 (JUMAAT)


MASA : 3-5 PETANG


KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANGKAN MAKANAN ATAU LAIN-LAIN PERKARA, AMAT DIGALAKKAN. (^_^)

BOLEH HUBUNGI URUSETIA MAJLIS UNTUK TINDAKAN DAN PERHATIAN, INSYA'ALLAH (AZROY : 013-6352742)


sekian dimaklumkan.


Jadi, kepada sesiapa (alumni SMK Keroh) yang berkesempatan, berkelapangan untuk hadir, bolehlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis..


UKHUWWAH KITA KERANA ALLAH..


Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 1 Jun 2010

hadiah dariNYA



Assalamua'laikum

Alhamdulillah, kesihatan beransur pulih. Syukur kepadaNYA yang mengizinkan semua ini. (^_^)

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. "Dan nikmat Tuhan yang manakah yang mahu kamu dustakan?"

Seorang adik yang chomey menghadiahkan sesuatu kepada ana :



Syukran dik. Terlalu istimewa. (^_^)

Indahnya ukhuwwah fillah.. Walau jarak beribu batu, walau tak pernah bersua muka, walau tak pernah bertentang mata, walau tak pernah kudengar gemersik suara, tapi kita sering berkongsi suka dan duka, ketawa dan nestapa. ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Segala puji bagiMU ya ALLAH kerana telah melimpahkan nikmat kasih sayang ini kedalam hati kami.

"TIDAK BERIMAN SESEORANG MUSLIM SEBELUM DIA MENYAYANGI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENYAYANGI DIRINYA SENDIRI"


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

selagi ada waktu


Assalamua'laikum


Alhamdulillah, disaat post ini ditulis, masih lagi dikurniakan nikmat imam dan ISLAM. Terima kasih ya ALLAH. KAUlah sebaik-baik tempat bergantung.


ALLAH, ALLAH, ALLAH


Baru saja selesai membaca hasil tulisan seorang sahbiah. Subhanallah, air mata ini mengalir lagi. Hari ni, ALLAh hadirkan ujian buatku. Alhamdulillah, atas segala ketentuan yang KAU berikan kepadaku. Itu yang terbaik, insya'ALLAH.


Jam 7 pagi, mak telefon.. Katanya, kakak kemalangan pukul 3 pagi tadi di Triang, Pahang. Alhamdulillah, semuanya selamat. Ana telefon kakak.. Kakak terhantuk kepala di stereng, tangannya terasa ngilu. Anak-anak selamat, biiznillah. Suami juga selamat. Katanya, terasa mengantuk.. Memandu perlahan, sambil mencari kawasan rehat, untuk berhenti lelapkan mata..Tapi, ALLAH dah tetapkan yang terbaik. Keretanya terbabas kedalam longkang. Hanya kereta yang mengalami sedikit kerosakan. Alhamdulillah..


Jam 11 pagi, Kakak telefon.. Katanya Pak Teh meninggal pukul 6 pagi tadi di Hospital. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan hanya kepadaNYA kita dikembalikan. ALLAh, ALLAH, ALLAH. PercaturanNYA maha HEBAT! Kita takkan sesekali mampu mengintai hikmah disebalik setiap percaturanNYA


*************


Hidup ni terlalu singkat. Setiap detik yang berlalu amat bermakna. Apa yang kita lakukan untuk mengisi masa dan ruang yang ada? Bermanfaatkah? ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Terasa kerdilnya diri. Disaat diri diulit mimpi, insan lain sedang asyik bersama Tuhannya. ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Terasa lemahnya diri. Baru saja diuji, sudah mengeluh. Sedangkan insan lain, diuji dengan ujian yang jauh lebih hebat, tapi tetap tersenyum megah. Masih berdiri gagah! ALLAH, ALLAH, ALLAH.


**************


Duhai diri,

menangislah semahumu,

jadikanlah airmata itu sebagai pemadam bara api neraka!


Duhai diri,

menangislah semahumu,

bersihkanlah diri dari dosa yang menimbun!


Duhai diri,

menangislah semahumu,

jadilah hamba yang sentiasa takut akan azabNYA!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

RISE ISLAM



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

LIFELINE4GAZA


Assalamua'laikum. sejak beberapa hari lepas, SMS bertalu-talu diterima berkenaan dengan serangan terhadap Konvoi LL4Gaza oleh pihak Israel.




31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.
Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
Mustafa bin Mansur, MAPIM
Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.


Ini pula berkenaan dengan penyerangan tersebut :


PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS
Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean.


KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.


HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.


“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.


“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan.


Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.


Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.


Siaran MediaHubungi: Encik Amran BaharumTelefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105Web : www.lifeline4gaza.orgEmel : media@lifeline4gaza.orgMei 31, 2010


Ayuh, kita sama-sama doakan semoga ALLAH memberkati perjuangan dan perjalanan para sukarelawan yang telah berusaha untuk menjayakan misi LL4Gaza kali ini. Semoga ALLAH memberkati segala usaha mereka dan menyelamatkan perjalanan mereka, menghadiahkan syahid kepada yang telah terkorban.. aminnn

DOA SENJATA MUKMIN..




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers