Rezeki

Rabu, 16 Jun 2010

hujung minggu yang membahagiakan


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa didalam limpahan rahmatNYA, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Alhamdulillah, pada 11 Jun yang lalu, ana telah diizinkan ALLAH untuk bertemu dengan sahabiah yang telah lama tidak bertentang mat. Segala puji bagiNYA yang telah mengizinkan semua ini. (^_~)

Jam 8 malam, ana memandu ke P.1 untuk mengambil sahabiah yang datang bersama bapanya. Gembira tak terkata tatkala pertama kali melihat kelibatnya. Ya ALLAH, berkatilah pertemuan ini. Kemudian ana membawanya pulang ke rumah ana. Hampir pukul 1 pagi barulah kami melelapkan mata. Banyak yang dikongsi, almaklumlah, dah lama tak jumpa. Hingga terpaksa bagitahu awal-awal, "Jan, kalau dah tak jawab tu, faham-fahamlah ye.."..(^_~)

Pada jam 9.00 pagi, kami bergerak ke destinasi pertama. Ada perlawanan Bowling antara surau. Ana angkut sahabiah bersama, main untuk team ana. (^_^). Tak lupa, senior kami yang baru pindah ke sini dan teman serumah. 2 dalam 1.. (dapat main bersama sahabiah, riadah muslimat). Masya ALLAH, tak terasa penat. Gembira dapat luangkan masa bersama sahabiah-sahabiah kesayangan pada hujung minggu tersebut. Ya ALLAH, eratkanlah ukhuwwah kami.

Pada jam 12.45 t/hari, kami ke Sentral. Destinasi kedua kami ialah KL Sentral. Ada insan istimewa yang setia menanti kami di sana. Subhanallah, indahnya ukhuwwah ini. Walaupun terpaksa menunggu 30 minit kerana terlepas 1 trip, kami masih tersenyum gembira. Tak sabar rasanya untuk berjumpa insan istimewa tersebut.

Tiba di KL Sentral, terlihat sekumpulan adik-adik muslimin sedang tasmi' di depan Kaunter Pertanyaan. Ya ALLAH, hebatnya adik-adik ni. Masih tertanya-tanya, dari mana agaknya adik-adik ni. Tapi, sengaja membiarkan ia berlegar di kepala. Ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Dalam surau muslimat, ada beberapa muslimat sedang tasmi' bacaan. Tersenyum. ALLAH nak bagi jawapan kepadaku. (^_^). Tidak berapa lama kemudian, seorang adik muslimat menyapa. "Akak join program ke?". "Tak dik, nak jumpa sahabiah". "Oh, ingatkan ada program. Kami ada mukhayyam IPT ni. Kami dari pelbagai negeri. (^_~)." .."Patutlah akak nampak ada ramai adik-adik muslimin duk tasmi' depan kaunter tadi. Baguslah, isi masa dengan aktiviti berfaedah". "Insya'ALLAH kak"... Alhamdulillah, dapat juga jawapan untuk persoalan ana tadi. (^_^).. ALLAH sediakan jawapan pada masa yang DIA tentukan. ALLAH MAHA HEBAT!

Lebih kurang pukul 2.15 petang, tergerak hati untuk telefon insan istimewa tersebut. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Dalam keadaan manusia yang penuh sesak, kami berjaya berkumpul di satu tempat yang agak tersembunyi. Kemudian ke D'Sentral food court. Minum air sambil sembang-sembang, teringat cerita lama. (^_^). Rindu sahabat-sahabat lain. Masa mencemburui kami, lebih kurang jam 4 petang, kami terpaksa berpisah kerana tuntutan lain yang mendesak. Insya'ALLAH, ada masa kita jumpa lagi ye.

Tiba di P.Sentral jam 5 petang, kami ke Masjid Besi, kemudian ke PICC, dan Taman Warisan menikmati sate, mehun sup dan ABC. Alhamdulillah, dari pagi hanya berbekalkan sarapan nasi goreng, pukul 6 petang baru jumpa makanan semula. (^_~). Alhamdulillah. Pada malam tersebut, jam 9.00 malam, sahabiah menaiki bas pulang ke Terengganu. dan tiba di Dungun jam 520 pagi. Alhamdulillah.

Terima kasih ya ALLAH atas nikmat ukhuwwah ini. Syukur yang tak terhingga. Semoga pertemuan diberkati, perpisahan dirahmati.


Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers