Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat wal afiat. (^_~).
Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih diberi peluang untuk bernafas. Alhamdulillah, hingga ke saat ini, kita masih dapat menikmati semua nikmat dari Ilahi. Kalau dhitungkan semuanya, memang tak mampu kita sebut, terlalu banyak nikmat dan rahmat dariNYA.
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan??"
ALLAH, ALLAH, ALLAH.
Sahabatku,
Dulu, semalam dan hari ini, kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengengkari ALLAH.
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?
jawabku:
Bukankah kau adalah daei dan mujahidin?
Katamu lagi:
tapi langkahku terlalu lambat..
jawabku lagi:
kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu. Mengejar impianmudan lupa akan hari kebangkitan. Pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka. Apakah disana ada bekalmu??
"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api. Andai terus digenggam, hancur luluh jiwanya. namun andai dilepaskan, hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang berjuang memang dirintangi ujian. Hidup mulia mati syahid, insya'ALLAH"
**********
Teringat mesej dari seorang sahabat pada suatu ketika dahulu. ALLAH, ALLAH, ALLAH.
Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat-sahabat seperti mereka kepadaku. Terima kasih kerana menghadiahkan perjuangan dan medan dakwah ini untuk menghiasi perjalanan hidupku. Terima kasih ya ALLAH diatas segala rahmatMU yang tak pernah putus. Jadikanlah kami diantara orang-orang yang sentiasa bersyukur.
Kita punya hati yang kecil. Ya, hati ini kecil saja. Pernah rasa sesak dada tatkala perasaan benci, dendam dan marah menguasai diri? Terasa amat kecil sekali, bukan? Hinggakan kita merasakan nafas ini tersekat-sekat. Ruang hati yang amat sempit. ALLAH, ALLAH, ALLAH.
Tapi, bila kita gembira, terasa bagaikan punya hati yang besar sekali. Cukup besar hinggakan diri terasa ingun sekali berkongsi isi hati dengan insan-insan lain. Bukan seorang, malah kepada semua orang. Aneh bukan. Hati yang sama, tapi bila kita punya perasaan yang berbeza, lain pula rasanya. (^_^)
ALLAH jadikan setiap perkara dan benda dengan hikmah yang tak terhingga. Disebalik tabir hidup seorang manusia, tersembunyi hikmah aturanNYA yang maha hebat!
ALLAH, ALLAH, ALLAH.
Nikmatnya hidup tanpa perasaan marah, benci dan dendam. Aku ingin sekali punya hati yang besar. Ingin berkongsi isi hati itu dengan semua orang. Akan kubuka pintu hati ini untuk dikongsi dengan semua orang. Diriku punya hati yang besar. Masih ingat kata-kata seorang teman : Kamu yang ku faham adalah sangat berjiwa besar kerana kau memiliki dua hati, satu hati untuk menangis dan satu lagi untuk bersabar dan memberikan kemaafan.
Semoga ALLAH terus menjaga hati ini untuk terus berada dilandasan yang diredhaiNYA, berkehendakkan kepada setiap kebaikan, membenci dan menjauhi larangan dan kemurkaanNYA.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *