Rezeki

Selasa, 22 Jun 2010

Kasih sayang ALLAH tiada sempadan


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga iman dalam jagaanNYA sentiasa, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, masih dalam perhatianNYA.. Alhamdulillah.

Hari ni, baru menjejakkan kaki ke Pejabat, beberapa orang pekerja menyapa. "Macam lama tak jumpa, Cik cuti ke?".. Tersenyum dengan soalan tersebut.. Baru sehari tak hadir ke Pejabat, sudah ada yang merasai ketiadaan ana.. (^_~). Mungkin kerana hilang "satu suara" yang sentiasa berceloteh, yang suka mengajak mereka berfikir. Kadang-kadang kalau sengaja memencilkan diri disebalik partisyen, keesokannya pasti ada yang bertanya, "pergi mana semalam? Sunyi je kalau Syuha tak ada".. *** senyum*** . Nak balik tadi pun ada lagi yang cakap, "la, ingatkan tak datang, sunyi je.". Hehe, kalau ana tak ada atau 'tak macam biasa', pasti ada yang bertanya. Biasanya, akan ada lawatan mahabbah ke tempat ana, ziarah. (^_^). Ramainya orang yang sayang ana.

"Selamat pagi Cik. Semalam tak nampak Cik. Ada kursus kat luar ke?", tanya makcik cleaner berbangsa India yang setia berbual dengan ana di pagi hari. Ana suka dengan caranya. Suka 'greet' orang. Ramah. (^_^). Dia peka dengan pergerakan ana. Tak perasan pulak kalau dia selalu tegur orang lain, tapi yang ana tahu, dia memang selalu sembang dengan ana. Datang pagi-pagi, dia akan tanya tentang kesihatan ana, tentang ayah n mak ana. Kalau ana tak sempat bukak zikir masa dia datang, dia akan tanya, 'kenapa pagi ni tak dengar lagu?'.. dia cakap dia tahu sikit-sikit lagu melayu. Masa muda-muda dulu dia belajar. (^_^). Dia juga peka dengan kesihatan ana. Kalau tengok perubahan pada ana, dia akan mintak ana makan ubat. Macam mak ana pula. (^_^). Ana pun suka bercerita pada dia. Kadang-kadang dia cakap tentang agama. Kalau ana susah hati tentang keadaan kesihatan ayah dikampung, dia akan nasihatkan ana supaya bertawakkal kepadaNYA. Kalau dia ada masalah, dia akan bercerita pada ana, biasanya tempat ana adalah tempat terakhir dia akan datang, jadi, bolehlah bercerita lama sikit. (^_^).

Ana bukanlah insan berjawatan tinggi dalam Pejabat ni. Hanya orang biasa, yang juga punya Bos untuk dihormati, punya teman-teman seangkatan untuk saling melengkapi. Kita manusia biasa yang saling memerlukan dalam soal dunia dan akhirat. Urusan di Pejabat, mana mungkin sebuah Jabatan yang besar mampu dikendalikan oleh seorang ketua tanpa bantuan kakitangan lain. Begitu juga urusan akhirat, perlu saling melengkapi, berpesan-pesan dengan kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran. Apa yang penting? Kerjasama.. (~_^). Jika ada kekurangan, kita saling menampung. Jika ada yang terleka, pakat-pakat menegur supaya dapat menyedarkan yang terleka. Jika ada yang tersilap, sama-sama kita perbetulkan supaya dapat dijadikan panduan untuk masa hadapan. Indahnya hidup andai ukhuwwah disemai, difahami, dikhatam, dihadam. (^_~)

ALLAH, ALLAH, ALLAH

Percaya tak ALLAH amat sayang pada kita? Percaya tak kasih sayang ALLAH tiada sempadan? Percaya tak ALLAH selalu ingat kita? Percaya tak ALLAH sentiasa bersama kita?



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" : Al-Qaaf, ayat 16.


Kalau dihitung. berapa kali kita ingat ALLAH? Memetik kata-kata Dr. Robiah K. Hamzah, kalau masa solat adalah masa yang kita rasakan kita paling dekat dengan ALLAH, dan merupakan masa untuk 'dating' dengan ALLAH, cuba kira berapa lama masa yang kita gunakan untuk ingat dan dekat dengan ALLAH? Kalau solat lebih kurang 10 minit satu waktu, dalam sehari, kita luangkan lebih kurang 50 minit untuk bersama dengan ALLAH. Adakah cukup masa yang kita luangkan untuk bersamaNYA sedangkan DIA anugerahkan kita dengan 24 jam yang bersamaan dengan 1,440 minit. Hmm, lebih kurang 3.47 % sahaja masa kita ingat ALLAH.. kalau kita jawab exam, markah 3.47% tu layak dapat gred apa ye? Hmm, mesti GAGAL, kan. Macam mana nak jumpa dengan ALLAH, bawak result gred F? Malunya nak jumpa ALLAH. Ramai orang yang sanggup bersengkang mata, berkorban masa, tenaga dan harta demi kejayaan duniawi, tapi seringkali TERLUPA untuk mengejar kejayaan dan kecemerlangan ukhrawi. ALLAH, ALLAH, ALLAH.

KEBANYAKAN MANUSIA DI AKHIR ZAMAN, BAGAIKAN MAYAT HIDUP. JASAD BERGERAK TANPA ROH!

Kita selalu kejar masa untuk punch card, kejar masa untuk mesyuarat, terkejar sana sini untuk urusan duniawi, tapi kenapa kita selalu lengahkan masa untuk urusan ukhrawi? Solat terutamanya. Seringkali lewat-lewatkan solat. Tapi, kalau bab lain, kita akan pastikan kita adalah yang terbaik, yang paling awal dan tepat pada waktu. Sesetengah orang ada prinsip, : 'saya tak suka orang tunggu saya, jadi saya mesti sentiasa tepat pada waktu.'. Tapi, adakah diaplikasi dalam setiap perkara? Dalam solat khususnya. Dalam pejabat yang memang terkenal dengan disiplin masa dan etika, adakah waktu solatnya terjaga kualiti sepertimana kualiti ketepatan masa untuk mesyuarat dan program?

PERINGATAN BERSAMA.

Kalaulah ALLAH lupakan kita, agaknya apa yang akan jadi pada kita? PASTI kita tak ada didunia sekarang, kan. Kalau ALLAH abaikan kita, PASTI kita takkan dapat rasai nikmat iman dan ISLAM sebagaimana sekarang, kan?

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Semoga kita sama-sama dapat perbaiki diri dan amal kita. Serulah insan disekeliling. Tegakkanlah syiar ISLAM. Sebarkanlah dakwah. Moga usaha yang sedikit ini memberatkan timbangan kita di 'sana' nanti, insya'ALLAH.





'IKATLAH ILMU DENGAN MENULISNYA'

SIIRU A'LA BAROKATILLAH, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers