Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat sekalian? Sihat iman? Sihat fizikal? Insya'ALLAh, semoga rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kita semua..
2 hari 1 malam berkampung di Sungai Congkak, amat membahagiakan hati ini. Berpeluang membantu sahabat, mengeratkan ukhuwwah, bersama adik-adik, mengenal mereka, adalah antara nikmat dariNYA. Alhamdulillah, segala puji bagiNYA yang telah melimpahkan nikmat dan rahmat yang tak putus-putus. Alhamdulillah.
Bersama adik-adik yang masih dalam pencarian, amat mencabar. Untuk mencambahkan rasa kecintaan mereka kepada agama Islam dan mengamalkan ISLAM 100% memang sukar untuk dicapai dalam masa 31 jam. Memang masa yang teramat singkat.
ALLAH, ALLAH, ALLAH. Engkau pemilik hidayah, hadirkanlah hidayah itu didalam hati kami. Ya ALLAH, perkenankanlah..
Usaha diiringi doa kepadaNYA supaya dipermudahkan segala urusan perkaderan.
**************
Bukan mudah nak tarik anak-anak remaja sekarang mendekati ISLAM. Amat susah. Persekitaran dan pemikiran anak-anak remaja itu sendiri menjadi faktor kenapa sukar untuk menerapkan ISLAM secara total kedalam diri mereka. Masyarakat sekarang yang lebih mementingkan kewangan, kepentingan, nama, pangkat, harta, dan segala urusan dunia menjadikan anak-anak generasi pelapis pemimpin masa depan juga berfikir perkara yang sama. Bila bercakap tentang solat, aurat.. Susah untuk difahami, untuk diterangkan. Tapi, bila bercakap tentang filem, dunia artis, semua orang kenal, tahu.
Dalam masayarakat sekarang, mengaji al-Quran tidak penting berbanding keputusan 'SKOR A" dalam peperiksaan. Pengetahuan tentang agama tidak setanding dengan bidang akademik yang perlu dipelajari sebaik mungkin. Tak kenal Huruf Jawi tak mengapa, tapi kalau tak kenal nombor dan angka, IBU BAPA PASTI GELISAH. Sanggup menghantar anak ke beberapa tempat tuisyen demi memastikan anak-anak mereka mendapat pelajaran yang terbaik. Kasihan melihat anak-anak sekarang.. Tiada masa rehat.. Buku sentiasa menjadi teman paling akrab! Masa dengan para guru lebih banyak berbanding masa yang ada untuk bersama kaluarga sendiri. Itu realiti kehidupan masyarakat sekarang.
Tidakkah ada sekelumit rasa kasihan kepada pelapis generasi masa depan ini?
Jadi, dimana kita harus memulakan langkah untuk memperbaiki sistem pendidikan yang semakin merudum sekarang?
RUMAH!
ya, rumah adalah tempat terbaik untuk mencorak anak-anak. Rumah tangga Muslim yang mengamalkan ISLAM secara total PASTI mampu melahirkan generasi pelapis yang HEBAT dalam segenap bidang. Pernah dengar bukan, sebuah hadith Rasulullah : "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi". Ia menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk generasi pelapis masa depan. Tak mungkin dapat menghasilkan bayang yang lurus andai tiang itu bengkok! Jadi ibu bapa itu snediri perlu menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak, menerapkan dan mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar adalah satu kewajipan. BAITUL MUSLIM ADALAH BAITUL JIHAD!
Jangan lupakan juga keperluan untuk sama-sama perbaiki persekitaran kita yang kurang selamat untuk perkembangan sahsiah anak-anak. PENTING!
Mungkin ramai yang akan cakap, ana belum layak untuk bercakap tentang kehidupan berkeluarga, pendidikan anak-anak. Tapi, ana merasakan tanggunjawab ana dalam hal ini. kerana ana juga bakal menjadi seorang ibu kepada anak-anak pelapis generasi masa depan. kerana ana juga akan menjadi sebahagian dari para ibu bapa yang bertanggungjawab mencorak identiti dan peibadi pemimpin masa depan. Ingat kata-kata yang masyur? : jika kamu ingin melihat generasi masa depan, lihatlah kepada generasi masa kini.
ALLAH, ALLAH, ALLAH.
Ana masih teramat kerdil dan cetek ilmu tentang semua ini. Tapi sampai bila kita harus berdiam diri? Sampai bila kita harus tunggu? Tunggu cukup ilmu baru nak bersuara? kalau nak ikutkan kecukupan ilmu, takkan ada orang yang dapat mengutip semua ilmu ALLAH. Ilmu yang kita ada sekarang hanya diibaratkan setitis daripada lautan yang terbentang luas. Nampak kekurangan kita? Ilmu yang kita ada ni sedikit saja! Sangat sedikit. Bahkan semakin banyak yang kita belajar, kita akan rasakan sebenarnya makin banyak yang kita tidak tahu. Jadi, sampai bila kita nak tunggu untuk sebar luaskan ilmu kita ni kepada orang lain? Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sampaikanlah dariku walau satu ayat..
Insya'ALLAH, post seterusnya akan menyusul. Semoga ALLAH jaga hati kita semua dari sikap mazmumah dan mencambahkan sikap Mahmudah. Aminn
*****************
******************
Jangan lelah bila mengembangkan dakwah,
pantang beralah sebelum menang,
atau syahid sebagai syuhada',
Kemenangan dan kekalahan itu
digilirkan ALLAH mengikut ketentuan,
Janji ALLAH pasti berlaku, ISLAM pasti kan menang jua!
******************
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *