Rezeki

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Berpuasa Zahir dan Batin

Assalamua'laikum.

Hanya tinggal dua hari saja lagi sebelum menjelang Ramadhan yang dinanti. Alhamdulillah, atas segalanya. Ya ALLAH, sampaikanlah kami kepada RamadhanMU.

Tadi dapat berita, ibu saudara sahbiah yang dikasihi telah kembali ke pangkuan yang Maha Esa. Al-Fatihah buat allahyarhamah. Semoga dicucuri rahmat yang Maha Esa, ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang beriman.

Muhasabah buat kita semua. Hamba yang kerdil. Kematian itu tidak mengenal siapa kita, berapa usia kita, dimana kita berada. Samada kita sudah bersedia atau tidak, tiada satu pun yang boleh mengelaknya.

ALLAH telah berfirman dalam surah al-mukminun, ayat 43 yang bermaksud : "Tidak ada satu umat pun yang dapat menyegerakan ajalnya, dan tidal (pula) menangguhkannya"

Maka, masih beralasan untuk berubah kearah kebaikan? Semoga ALLAH kurniakan rahmatNYA kepada kita semua.

***

1 RAMADHAN 1432H.

Ya, Ramadhan sudah hampir. Sangat-sangat hampir. (^_~).
Bulan pesta ibadat. Siapa mahu melepaskannya? Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin Ramadhan ini bakal menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita semua, siapa tahu, kan?

Dikesempatan yang ada, zauji (Rashdan) dan ana (Syuhada) ingin memohon ribuan kemaafan diatas segala kekurangan, kesilapan, kesalahan yang telah kami lakukan samada dalam sedar mahupun tidak sedar. Kepada yang mengenali secara total, mahupun kenalan di alam maya, selamat berpuasa kami ucapkan.

Puasalah dengan sempurna. Semoga kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga, tetapi turut mendapat keberkatan yang ada didalamnya. Sesungguhnya rahmat ALLAH itu amat luas. Cuma memerlukan sedikit usaha dari kita. Usaha, insya'ALLAH, akan ada ganjarannya.

Jaga lidah, jaga mata, jaga hati, jaga diri. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 erti buat kita. Bukan hanya dibiar berlalu sepertimana bulan-bulan lainnya. (^_~).

Saling mengingati, saling melengkapi. Doa itu lebih mustajab jika tidak diketahui oleh orang yang didoakan. (^_~). Bukankah kekuatan ukhuwah itu diukur dengan berapa kerap nama sahabat meniti dibibir disaat kita mendoakan diri sendiri? Kita sayang sahabat, bukan?

***

Baiklah, ana minta diri dulu. Kejap lagi ada program. Jaga diri ya sahabat-sahabat. Kita semua bersaudara.

Ilal liqo'.. Ma'as salamah.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 28 Julai 2011

Program Sempena Ramadhan anjuran Nisa'

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga baik-baik aja ya.. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih bagi ruang dan peluang kepada kita meneruskan kehidupan.

***



Insya'ALLAH, Nisa' Putrajaya telah merancang satu program khas buat semua wanita sempena dengan Ramadhan al-Mubarak yang bakal datang tidak lama lagi.


TARIKH : 7 OGOS 2011 M / 7 RAMADHAN 1432 H (AHAD)

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA


AKTIVITI :

- SOLAT SUNAT DHUHA -

- SOLAT SUNAT TASBIH -

- KULIAH DHUHA -


Semua wanita pelbagai peringkat umur dijemput hadir.

SEMUANYA ADALAH PERCUMA.


Berminat?

Hubungi

Asyikin : 013-2222589

Ummi : 019-9206652



Jangan lepaskan peluang.

Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda buat kita.

JoM... (^_~)


p/s : sesiapa yang berminat untuk tolong promote di blog, FB. Twitter atau ditampal di mana-mana tempat berhampiran , sangat dialu-alukan. Terima kasih.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 27 Julai 2011

Kita semua bersaudara

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Tarikh 27 Julai 2011. Ada lembaran yang akan tercatat apa saja yang telah, sedang dan lakukan pada tarikh ini. Esok, lembaran baru pula yang akan dibuka. Semua yang berlaku tidak boleh dipadam. Tunggu hari pembalasan, ya, di sanalah kita akan melihat semula lembaran-lembaran hari ini. Catatan perlakuan, dan apa saja.

Sihatkah kalian pada hari ini? (^_~). Semoga ALLAH sentiasa memberi perhatianNYA terhadap kita.

***



Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua,

bukan diukur dengan hangatnya rindu,

tidak diukur dengan manisnya cinta,

bukan kerana selalu bersama..


Tetapi kasih sayang mukmin itu dinilai sebanyak mana nama sahabatnya

meniti dibibir disaat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri.

 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *


Selasa, 26 Julai 2011

DOAKAN KAK LINSHARLIANA

Assalamua'laikum.

Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa.

Baru saja mendapat perkhabaran. Kak Linsharlina, sahabat ana telah kemalangan. Ayuh sama-sama kita doakan beliau diberi kekuatan dan kesabaran mengharungi ujian ini.

Boleh rujuk blog beliau : http://linsharliana.blogspot.com/2011/07/saya-kemalangan.html.

Doa senjata mukmin.. Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Pernah tengok Tahajjud Cinta?

Assalamua'laikum.

Selamat petang. Hari ini masih bertarikh 26 Julai 2011. Esok insya'ALLAH, kalau panjang umur, kita jumpa lagi di tarikh 27 Julai pula ya.

Beberapa minggu lepas, ana dan sahbiah yang lain telah dipertontonkan oleh ALLAH, sebuah cerita di kaca tv. Ceritanya bertajuk : Tahajjud Cinta. Ia adalah kali pertama kami menonton drama tersebut.

Tanggapan pandang pertama : Wah, mesti cerita ni best. Cerita pasal student di Tanah Arab. Mesti best. Muslimatnya pakai niqob.. *excited*

Tapi, segalanya musnah sekelip mata. Sangat kecewa sebenarnya.

Tajuk drama yang hebat! Cerita yang ada unsur keislaman, bia'h solehah yang diketengahkan, rupanya hanya luaran.

Sangat terkejut bila seorang lelaki ajnabi boleh keluar ber'dating' dengan muslimat berpurdah/berniqob.. Oh ya ALLAH. Keciwaaaaaa..

Menambahkan lagi rasa kejutan kami, bila babak lelaki tersebut tiba-tiba memegang tangan pelakon wanita berpurdah, lantas saling bertentang mata. Tanpa melepaskan tangan, boleh pula si lelaki ini menyelak niqob wanita tersebut. Oh, satu penghinaan. Entahla, ana rasa sangat terhina. Bagaimana boleh digambarkan bahawa seorang wanita berpurdah begitu naif? Begitu mudah untuk diperlakukan sedemikian? Malah lebih teruk, apabila dilakonkan seolah-olah wanita tersebut dengan rela membiarkan lelaki itu menyelak purdah yang dipakai? Dengan sebelah lagi tangan memegang tangan wanita tersebut??

ALLAHu ALLAH.

Kalaulah mereka ada di depan kami, mahu saja rasanya kami menghempuk kepala mereka dengan batu besar yang ada disekeliling. GERAM! MARAH!

Ya, memang benar babak seterusnya ada menyiarkan bahawa wanita tersebut begitu marah dengan lelaki tadi, tapi kemudiannya kami dikejutkan pula dengan babak lelaki tersebut yang kemalangan.

ADUH, wanita berpurdah meletakkan kepala lelaki itu dipangkuannya??!! Ya, walaupun kamu memakai sarung tangan, tapi masih ada lelaki lain disekelilingmu. Masih ada pelakon lelaki lain. Tak perlu kamu memangkunya bagai anak kecil.

Perlukah berlakon sehingga ke tahap itu, semata-mata mahu menghidupkan lakonan?

Malaysia oh Malaysia..

Dahla banyak iklan yang tak patut, cerita pon mengarut. Ini nak tambah masalah pula.

Apa nak jadi?



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Cinta selepas ALLAH dan RasulNYA

Assalamua'laikum.

Selamat tengahari buat semua. Kepada yang tidak berpuasa, selamat menjamu selera.

Alhamdulillah, masih diberi ruang waktu untuk meneruskan kehidupan. Kembara kita masih panjang, semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Hari ini, bertarikh 26 Julai 2011. Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup. Beberapa hari saja lagi, kita bakal menemui Ramadhan yang dirindui. Ya ALLAH, kami sangat tidak sabar untuk menemuinya. Bulan penuh barokah, yang menjanjikan 1001 kenikmatan ibadat. Sampaikanlah kami ke bulan itu ya ALLAH.

***


Hujung minggu yang lalu, adalah hari untuk bercinta. (^_~). Alhamdulillah, nikmat yang ALLAH hadirkan setelah tiba masa yang DIA janjikan. Betapa indahnya perasaan dilamun cinta. Lebih bermakna lagi, kerana ia adalah cinta HALAL!

Zauji membuat kejutan. Balik dari pasar, sempat singgah di kedai roti dan kek. Mulanya hanya berniat untuk membeli roti. Tapi, rupanya ada perkara lain yang bermain difikiran zauji. Beliau belikan kek untuk ana. Alhamdulillah... Sangat bermakna.


( Kek yang sangat chomey,.. Tanpa kesabaran, sampai je kat rumah, terus snap gambar.. (^_~). )

Hadiah ulangtahun kelahiran yang sangat bermakna. Terima kasih atas layanan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih ya ALLAH, kerana menganugerahkan suami sebaik beliau kepadaku.

***

Bagi yang masih belum tahu, atau buat-buat tak tahu, ini sedikit maklumat tentang kami :

Ana telah selamat diijabkabulkan dengan Muhamad Rashdan bin Sayed Mohamed pada 19 November 2010 yang lalu. (^_~).

Zauji berasal dari Kota Bharu, sementara ana adalah anak kelahiran Kuala Krai. Kedua-duanya adalah anak jati Kelantan. Alhamdulillah.

Sekarang, kami diberi peluang oleh ALLAH untuk belajar bercinta dan menyulam rindu. Suami bertugas di Johor, manakala ana sekarang bertugas di Ibu Kota.

******

Alhamdulillah, atas segalanya.

Semoga ALLAH melimpahkan redhaNYA keatas kami.

 (inilah lelaki yang telah menerima amanah dari ALLAH untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap puteri bongsu Omar bin Arsad dan Kelthom binti Abdullah)
* berbaju biru berkopiah putih, adalah abang ana yang sulong.. Manakala yang berbaju putih bersongkok hitam itu, adalah ayah yang sangat dikasihi * 


Alhamdulillah, segala dariNYA adalah yang terbaik buat kita.

*****

Ada masanya, merasakan ALLAH tidak menyayangi kita.
Menimpakan pelbagai ujian, yang kita rasakan tidak mampu kita tanggung.
Tapi sedarkah kita, bahawa ALLAH tidak pernah memungkiri janjiNYA??
Jangan mudah berputus asa dari rahmat ALLAH.
DIA berikan ujian, DIA tahu bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikannya.
Pintalah kepadaNYA, DIA rindukan suara kita semua.
Bukankah DIA telah berkata : Bersama kesulitan itu pasti ada kesenangan?
Percayalah, janjiNYA nyata benar!!
ALLAH sangat dekat. Sangat-sangat dekat!


( habiskan kek bersama sahbiah2 yang datang meeting hari Ahad lalu.. (^_~)..)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 22 Julai 2011

Seorang Mujahid / Mujahidah

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. Alhamdulillah.

***



Mujahid itu tidak bercita-cita menjadi terhormat,
tetapi ia berhajat untuk menjadi pemikir ummat.

Teruskanlah langkahmu wahai mujahidah.
Biar peluh dan airmatamu menjadi saksi menjawab langkah perjuanganmu.
Andai darahmu menitis di medan jihad,
tahanlah ia dengan kesabaran dan kesyukuran.
Mewangi harum darah syahidah.
Mencorak bumi sebagai perhiasan terindah.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 20 Julai 2011

ALLAH maha Kuasa

Assalamua'laikum.

Bertemu lagi kita. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Nikmat yang DIA berikan, memang tak terhitung. (^_^).

Hari ni dapat berita gembira. Zaujah sahabat ana telah disahkan hamil. Alhamdulillah. DIA beri apabila tiba masanya. DIA beri kepada siapa yang DIA mahu.

***
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kalian. (^_^). Kami tumpang gembira. Semoga lahirnya nanti menjadi mata rantai perjuangan menegakkan syiar. Sepertimana ibu dan ayahnya.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Nikmat Usia yang Masih Bersisa

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. (^_^). Ana, alhamdulillah sihat walafiat dengan izinNYA.

ALLAHu ALLAH.

Tiada Tuhan selainNYA, Nabi Muhammad itu utusanNYA.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Tuhan sekalian alam, yang memberi izin kepada kita untuk meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Tiada kuasa yang mampu melakukannya kecuali DIA.

ALLAHu ALLAH.

Tiada apa yang mampu diucapkan sebenarnya, kerana sesungguhnya nikmat dari ALLAH tidak terhitung. Sangat banyak! Semoga ALLAH meredhai usia kita semua.

Apalah ertinya angka yang semakin besar, semakin bertanbah jika tiada redha dan rahmat dari ALLAH dalam kehidupan ini? Apalah erti semuanya jika hanya disia-siakan dijalan yang dimurkaiNYA?

***

ya ALLAH, ku mengharapkan perkenan dariMU.
Limpahkanlah kebaikan yang berganda keatas kedua ibu bapaku, suamiku, keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, dan sekalian muslimin muslimat.
Hanya dengan izinMU, kami mampu beroleh kebaikan.

***

Ya ALLAH, jadikanlah kami pejuang dakwahMU.
Penyambung mata rantai perjuangan rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w
Walau dimana saja KAU campakkan kami,
berilah kekuatan masukkan ke dalam hati kami semangat jihad yang tinggi,
agar setiap sisa hidup yang berlalu dapat digunakan untuk berbakti kepada agamaMU.
Ya ALLAH, kurniakanlah kami kecerdasan akan dan kebijaksaan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dibumiMU.
Masukkanlah dalam hati kami CINTA, RINDU DAN TAKUT padaMU,
melebihi segala kenikmatan didunia yang sementara ini.
Izinkanlah kami menjadi pejuang pemegang panji-panji agamaMU yang agung,
dan permudahkanlah segala urusan kami didunia dan akhirat.
Aminn, Aminn ya Rob.

Terima kasih kepada sahabat sekalian diatas ucapan dan doa yang berpanjangan. Semoga ALLAH melimpahkan kebaikan yang berganda keatas kalian.

Buat suami tersayang,
terima kasih diatas sokongan yang tak pernah berbelah bagi. Semoga sentiasa dalam perhatian dan jagaan ALLAH. Pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran dengan status 'isteri'. Semoga ALLAH limpahkan rahmat dan redhaNYA keatas keluarga kita. Setiap percaturanNYA sentiasa yang terbaik. Rezeki kita sudah tersedia, telah tercatat segalanya. Cuma memerlukan kesabaran. Insya'ALLAH. Wa ingat kata-kata abang : Semuanya hak ALLAH. Bila tiba masanya, insya'ALLAH, akan ada.
Terima kasih atas segalanya. Berjuanglah dengan hati yang lapang, kerana sesungguhnya isterimu meredhai segala yang berlaku antara kita. Jarak bukanlah penghalang untuk berkasih sayang.. Malah lebih mengeratkan. Alhamdulillah, janjiNYA sentiasa benar. Bersama kesulitan pasti ada kesenangan. Terima kasih atas segalanya. Jom bercinta hingga ke Syurga.




Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 18 Julai 2011

Sesungguhnya kematian itu sangat dekat

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA. (^_~). Alhamdulillah.

Semalam, mendapat berita tentang kembalinya YB Dr. Lo' Lo' ke pangkuan Pencipta Yang Agung. Sesungguhnya dari DIA kita datang, dan kepadaNYA kita dikembalikan.

Bila sudah suratan, pasti takkan terlewat mahupun terawal walau sesaat.

Al-Fatihah buat beliau, dengan iringan doa semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.



ALLAHu ALLAH.

Menghitung Hari

Tarikh 20 Julai bakal tiba lagi. Tahun ini, angka 23 bakal menemani ana. Alhamdulillah, dengan izinNYA kita hidup. Terima kasih ya ALLAH. Terima kasih atas segalanya.

Memberi ibu bapa dan keluarga terbaik kepadaku.
Memberi sahabat-sahabat yang terbaik buatku.
Memberi ruang waktu untuk memperbaiki diri.

Anugerah dari Pencipta cinta.



Alhamdulillah, Ramadhan kali ini, bakal dilalui dengan suami yang dikasihi. Syukur padaNYA atas nikmat yang tak terhingga. Suami soleh membimbing kita ke Syurga ALLAH. Ibadat terasa makin nikmat. Semuanya dilakukan dengan penuh semangat. Kalau dulu ada sedikit kemalasan, tapi bila berdua, ada yang memberi dorongan. (^_^). Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang berjauhan seperti kami. Akan cuba memanfaatkan masa dua hari itu, sebaik mungkin. Apa saja yang Kau aturkan untuk kami, pastinya yang terbaik. Terima kasih ya ALLAH. Mengajar kami menyulam rindu, mengajar kami menyulam sabar. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmatNYA.

***



Terlalu berkira dengan kesulitan yang berkunjung, hingga melupakan nikmat yang tak terhitung.

Dimanakah letaknya iman? Dimanakah letaknya rasa kehambaan?

Semoga ramadhan yang bakal hadir, menjadi Ramadhan terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menyemai rasa kehambaan, mengajar lebih erti syukur, berbanding sebelumnya.

Selamat berpesta ibadah.. (^_~)


Dikesempatan yang ada, kami (Rashdan dan Syuhada), ingin memohon kemaafan dari kalian, seandainya ada kata-kata, perbuatan mahupun apa saja yang pernah menggores hati samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Maaf ya.

Terima kasih. Wassalam

Semakin rindu dengan Ramadhan.. Ya ALLAH, izinkan kami melaluinya sekali lagi. Merasai nikmat dan indahnya Ramadhan. Perkenankanlah ya ALLAH.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 15 Julai 2011

Ramadhan yang dinanti

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan pertemuan kita hingga ke saat ini.

Apa khabar semuanya? Sihat iman? Sihat juga rohani dan jasmani hendaknya.

Kami, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA.


Menghitung hari. Lebih kurang 2 minggu dan 3 hari lagi, kita bakal menyambut Ramadhan yang mulia, bulan penuh barokah.


ALLAHU ALLAH.

Sempatkah kita merasai kemanisan Ramadhan kali ini?




***

Tadi berpeluang mendengar pengisian dari Ustazah Norhafizah Musa (K.Chik) yang bersiaran di radio IKIM.fm.

Harapan Ramadhan

Bila melihat sekeliling, samada di laman sesawang, mahupun di pasaraya besar seperti Giant dan dikalangan rakan sekerja juga, sudah banyak promosi kuih raya.

Malah dah ramai juga telah siapkan baju raya dan kelengkapan yang lainnya untuk menyambut Aidilfitri.

ALLAHu ALLAH.

kita sibuk menyiapkan hal dunia, adakah telah bersedia untuk menyambut Ramadhan yang mulia?

Sudah melatih perut untuk berpuasa?

Sudah melatih diri untuk perbanyakkan solat malam?

Sudah melatih diri bangun awal untuk bersahur dan qiam?
 
 

***


Sama-sama kita berusaha untuk melakukan yang terbaik, bukan hanya untuk menyambut Ramadhan, tapi juga untuk hari-hari seterusnya.

Semoga hari ini dan seterusnya lebih baik dari sebelumnya.

Ya ALLAH, istiqomahkanlah kami untuk terus berada dijalan yang diredhaiMU. Pimpinlah kami ke jalan menuju SyurgaMU.
 
 
 
 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 14 Julai 2011

Secalit NUR untuk hati

Assalamua'laikum.




Apa khabar semuanya? Harap sihat-sihat sentiasa. (^_^). Ana, alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ini ada ruang untuk menaip sesuatu di muka blog ni. Alhamdulillah, dengan izinNYA juga. Tanpa DIA, siapa kita, kan?

***
Terjumpa artikel ni dalam emel.. Sangat berminat untuk dikongsi bersama sahabat sekalian.

Muqaddimah


Segala puji bagi Allah yang telah menerangkan kepada para hamba-Nya prinsip pendidikan yang teguh di dalam Al-Quran al-majid. Dia juga telah menjelaskan kepada seluruh makhluk-Nya dasar-dasar perbaikan, petunjuk, dan pemulihan di dalam hukum-hukum syara’-Nya yang mulia.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw yang telah diutus oleh Allah sebagai pendidik kepada seluruh kemanusiaan. Dia telah menurunkan ke atasnya sebuah syariat yang akan merealisasikan bagi bangsa manusia setinggi-tinggi kemuliaannya, ketinggian dan ketenteramannya. Dan juga ke atas keluarganya, serta para sahabatnya yang suci bersih, yang telah menunjukkan kepada generasi demi generasi, contoh teladan yang utama dalam pendidikan anak-anak dalam membentuk umat, dan seterusnya ke atas sesiapa sahaja yang menjejaki jejak langkah mereka, serta menurut perjalanan mereka dengan baik, hinggalah ke hari kiamat.

Islam adalah petunjuk untuk ketenteraman jiwa, memindahkan manusia daripada kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah cahaya dan kitab yang terang. Denganya Tuhan telah memimpin siapa yang mahu menurut keredhaan-Nya ke arah jalan perdamaian, dan Dia akan mengeluarkan mereka dengan izin-Nya dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dan Dia akan memimpin mereka ke jalan yang lurus.” (al-Maidah: 15-16)

- Abdullah Nasih Ulwan

Dipetik dari buku : Pendidikan Anak-anak dalam Islam, m/s: 4

***

Kepada Cik Puan Munira, selamat menjenguk ke blog yang tak seberapa ni. Maaf la ya. Macam-macam ada. Hehe. Jangan pening sorang-sorang sudah la ya. =p. Layannn

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Hidayah

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat semuanya. Dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa. (^_~). Ana, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Hari ini, berkesempatan menjenguk-jenguk blog sahabat-sahabat. Alhamdulillah, cambah iman dalam hati. Moga ALLAH bimbing diri ini, untuk terus berada dijalan yang DIA redha.

***

Seorang murabbi pernah berkata :

"bila tumbuh keyakinan dalam hati, diucapkan dengan lidah, dan membuahkan amal.  Maka telah bersemailah keimanan.  Bila sudah beriman, akan muncullah NUR HIDAYAH menerangi kehidupan." - Abi

***

ALLAHu ALLAH.

Hidayah dari ALLAH amat tinggi nilainya. Beruntunglah mereka yang terpilih untuk merasai nikmat hidayah dariNYA. Jangan sesekali sia-siakan peluang yang ALLAH berikan kepada kita. Kerana DIA berhak memberi kemuliaan dan memberi kehinaan kepada sesiapa saja yang DIA inginkan.

ALLAH itu Maha Kuasa!

ALLAHuAKBAR


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 11 Julai 2011

Kita punya CITA dan CINTA

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, ALLAH masih bagi pinjam nyawa. Alhamdulillah, masih punya ruang masa untuk terus memperbaiki diri.

ALLAHu ALLAH.

Beruntungnya kita, dilahirkan dalam agama yang ulung, yang sangat hebat, kaya dengan rahmatNYA.

Sesungguhnya agama disisi ALLAH adalah ISLAM.

ALLAHu ALLAH.

Ana pernah terbaca, didinding sebuah bilik, di Kuantan, suatu ketika dahulu :

"Melayu tak semestinya ISLAM. Dan ISLAM tak semestinya melayu"

Oh, muhasabah.

Ya, memang benar apa yang dicatat. Makin ramai orang melayu sekarang yang sudah pudar keislamannya. Sudah ramai bangsa melayu sekarang yang sudah hilang identiti melayu dan ISLAMnya. Ramai melayu yang semakin hanyut dalam kemungkaran.

ALLAHu ALLAH.

Risau bile memikirkannya. Baru-baru ini isu murtad diketengahkan. Berapa ramai manusia anutan ISLAM ini telah menukar agama mereka. Astaghfirullahal 'azhim.

Mengapa? Masih belum cukupkan janji ALLAH untuk umat ISLAM? Adakah merasa tertekan dan terkongkong bila mengamalkan segala suruhanNYA?

Wahai Ummat Muhammad yang dirahmati ALLAH sekalian.

Kita punya cita.
Cita untuk menegakkan daulah Islamiah dimuka bumi ini.
Meneruskan perjuangan rasulullah S.A.W untuk berdakwah.
menyebarluaskan risalah ISLAM ke seluruh alam.

Kita punya cinta.
Rasa cinta kepada ALLAH.
Rasa cinta kepada rasul junjangan mulia.
Rasa cinta kepada agama ISLAM yang sangat berharga.
Rasa cinta kepada Syurga, juga amalan yang mendorong kepadanya.

ALLAHu ALLAH.

Ayuh, tinggalkan segala laranganNYA.
Berkejarlah mengerjakan suruhanNYA.

Kita bukan sesiapa dimataNYA,
kecuali jika kita taat dan patuh pada suruhanNYA.
Jadi hambaNYA yang bertaqwa.

Apa yang sedang bersarang dihati mu?

KESENANGAN DUNIA YANG SEMENTARA ATAU KESENANGAN ABADI DI AKHIRAT NANTI?



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 7 Julai 2011

Laksa + Serunding Daging

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan kekuatan. Juga kesempatan meneruskan kehidupan. ALhamdulillah, syukur padaNYA, atas segala nikmat kurniaanNYA. Tanpa izinNYA, pasti semua ini tidak dapat kita kecapi.

ALLAHU ALLAH.

Tadi, dapat emel dari seorang sahbiah. Katanya nak balik Kelantan hujung minggu ni. Wah, peluang baik! (^_~). Alhamdulillah, dapat juga kirim serunding daging dari Kelantan. Bolehlah masak laksa untuk zauji nanti.

Di awal perkahwinan, ana dan zauji ziarah rumah sepupu. Mereka hidangkan laksa + serunding. Sangat sedap! Kata sepupu, inilah resepi laksa special yang dijual di atas Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.. Memang istimewa.



Menunya ialah :

Laksa
Kuah Lemak
Ulam (timun + kacang panjang + kubis + taugeh)
Telur Puyuh
Serunding Daging
Sambal

Menarik bukan? Rasanya sangat sedap. Cubalah rasa sendiri. Pasti nak minta lagi..

*****



Bila sebut tentang serunding, teringat pada sahabiah yang sama-sama belajar dulu. Masa di kampus, Angah selalu bawa bekal serunding dari kampung. Angah suka makan serunding dengan nasi putih. (^_~). Biasanya Angah beli nasi kosong, dan letak sedikit kuah. Masuk makan dalam bilik, berlaukkan serunding daging. Makan sama-sama. Kadang-kadang, sengaja beli nasi satu bungkus, isi penuh-penuh. Kemudian beli lauk 2 ketul, isi kuah banyak-banyak. Tuan kedai sangat baik. Dia kira nasi tu macam beli satu bungkus je. RM1. Harga ayam memang kira untuk dua ketul. Adalah dalam RM 2.50.. (^_~). Kalau anak lelaki dia yang jaga kaunter, dapat lagi murah. Hehe.. Walaupun ambil dua ketul lauk, dia kira harga seketul je. Oh, jangan berburuk sangka ya. Dia memang pemurah. Semua orang dia layan dengan sama rata. Hinggakan bila nak beli makanan di kafe' ,  ada yang akan tanya, "siapa jaga kaunter sekarang? "..

Oh, kenangan.

Masa belajar, semua orang berjimat cermat. Lebih-lebih lagi bagi yang tak ambil pinjaman. Bekalan yang kakak bagi, RM300 untuk sebulan, digunakan sebaik mungkin. Kakak pesan : duit ni lah yang guna untuk topup telefon, makan minum, beli alatan nak buat 'asignment'.

Biasanya, memang sangat-sangat berjimat. (^_~). Sebab tak nak susahkan kakak. Sebenarnya, memang dah jimat banyak, sebab selalunya kakak yang nombor 2 akan tolong topupkan bila dah dia dapat gaji. Hehe. Walaupun hanya RM10, tapi, besar maknanya bagi seorang adik yang sedang belajar. tak lupa juga kakak-kakak lain yang memang banyak membantu sewaktu ana belajar dulu. Kakak yang nombor 3 pula memang dah bagi kad kredit dia pada ana, untuk beli keperluan harian (di Mydin biasanya). Had pembelian adalah RM100. Sebab tu, bila kakak cakap : "ok, dah boleh guna kad kredit".  Maka, akan terus keluar beli barang untuk bekalan sebulan. Beli kertas banyak-banyak (nak buat asignment, print di CC, bawak kertas sendiri murah sikit ), beli sabun basuh baju macam orang duk rumah sendiri (pek 3 kg), biskut, milo, air mineral 3 botol yang 5 liter (masa di kampus, jarang minum air yang dimasak sendiri /guna heater sebab tekak akan rasa sangat perit/alergic air sampai sekarang).. Hehe..

Oh, ana sudah mula tersasar dari tajuk. Mungkin ana perlu undur diri sekarang. Bimbang makin teruk jadinya. (^_^), Apa pun, jangan lupa cuba laksa kelantan + serunding daging. Tak tipu, memang SEDAP!!

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 5 Julai 2011

Kita pilihanNYA

Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, berteman secebis iman dan ISLAM, pastinya hari-hari dalam hidup kita bertambah ceria dan bahagia dalam dakapan kasih sayangNYA. *syukur sentiasa*

Masa, berlalu dengan sangat pantas. Sedar tak sedar, kita telahpun berada di bulan Julai. Setengah tahun telah berlalu.

Adakah setiap detik yang berlalu terisi dengan perkara yang diredhaiNYA? Atau hanya berlalu dengan sia-sia, mengundang pula murkaNYA?

ALLAHU ALLAH.

Hari ini, ALLAH mekarkan iman di dalam diri. Cambahkan fikiran dan jiwa untuk muhasabah kembali.

Terserempak dengan seorang kawan sepejabat, yang telah agak berusia orangnya.

Katanya kepada ana : "tangan akak ni bengkak-bengkak."

Ana: " kenapa dengan tangan akak? Dah lama ke?"

Akak : "Entahlah Syuha. Tiba-tiba je" *sambil senyum*

Kemudian dia sambung lagi, sebelum keluar pintu bilik :

"Tapi kan Syuha, akak syukur. Sebab Tuhan pilih akak. Akak takkan mengeluh."

***********

Ana terfikir, berfikir.

ALLAHU ALLAH.

Kalau DIA mengkehendaki sesuatu, memang tiada siapapun yang boleh halang. Tiada satu kuasa pun yang mampu ubah.

Apa jua yang ALLAH rancang dan laksanakan, sememangnya sentiasa yang terbaik buat kita.

Setelah apa yang berlaku tadi, ana relatekan dengan setiap perkara yang berlaku.

Ya, apa jua yang berlaku keatas kita, adalah anugerah. Adalah satu penghormatan. Kerana kita telah terpilih. Kita menjadi pilihanNYA!

Kadang-kadang, bila dilanda masalah. Pasti akan terbit persoalan dalam diri kita.

"Kenapa kita yang terpaksa tanggung semua ni"
"Kenapa kita yang kena?"
"Kenapa ALLAH nak kita tanggung semua kesedihan dan kesakitan ni?"
"Kenapa ALLAH bagi semua ujian ni pada kita?"

Dan hari ini, ALLAH bagi jawapan kepada semua persoalan tersebut.

kerana : KITA ADALAH PILIHANNYA!!

Tidak bersyukurkah dipilih menjadi orang yang diberi perhatin oleh Tuan Pencipta yang maha kuasa?
Bukankah ujian diberi adalah bertujuan untuk mengangkat darjat kita disisiNYA, sekiranya kita sabar dan redha menghadapi ujian tersebut?

Maka, mengapa perlu mengeluh duhai diri?

MUHASABAH

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 1 Julai 2011

Kita adalah makhlukNYA


Assalamua'laikum..

Apa khabar sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian? Semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat, dengan izinNYA.

Jika DIA berkehendakkan sesuatu, tiada satu kuasa pun yang mampu mengatasiNYA.

ALLAHu ALLAH.

Ada masanya, kita akan mengeluh atas apa yang telah berlaku kepada kita. Rasa kecewa dan kesedihan yang mencengkam jiwa, kadangkala membuat kita lupa seketika, indahnya hidup dengan rasa bertuhan.

Rasa derita dengan kesusahan yang dialami, boleh membuat kita lupa seketika, bahawa kita punya ALLAH yang maha Kuasa.

Merajuk dengan apa yang telah ALLAH aturkan untuk kita, siapa kita sebenarnya??

ALLAHu ALLAH.

Setiap detik, setiap ketika, dalam jaga mahupun lena, ALLAH sentiasa bersama kita. Sentiasa ingat pada kita. Dikurniakan pelbagai nikmat yang tak berbelah bagi, mengikut ketetapan yang DIA mahu. Tapi mengapa kita masih berkira untuk mengucapkan syukur kepadaNYA?

********

Semoga ALLAH bimbing hati kita semua, untuk terus taat kepada setiap suruhanNYA, mencegah diri dari mengundang murka DIA.

ALLAHu ALLAH.

KAUlah satu-satunya Tuhan sekalian alam. Yang layak disembah, dan kami menyerah diri kepadaMU. Hanya kepadaMU lah kami memohon pertolongan.

Bantulah kami, terimalah taubat kami. HambaMU yang sentiasa lupa dan leka. Mohon diperkenankan doa kami ini, ya ALLAH.

Sesungguhnya milik ENGKAU lah segala yang ada dilangit dan dibumi.

*************





Jaga diri, hiasi peribadi. Semoga dalam dakapan rahmat dan redha ALLAH sentiasa hendaknya..

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers