Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat semuanya. Dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa. (^_~). Ana, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.Hari ini, berkesempatan menjenguk-jenguk blog sahabat-sahabat. Alhamdulillah, cambah iman dalam hati. Moga ALLAH bimbing diri ini, untuk terus berada dijalan yang DIA redha.
***
Seorang murabbi pernah berkata :
"bila tumbuh keyakinan dalam hati, diucapkan dengan lidah, dan membuahkan amal. Maka telah bersemailah keimanan. Bila sudah beriman, akan muncullah NUR HIDAYAH menerangi kehidupan." - Abi
***
ALLAHu ALLAH.
Hidayah dari ALLAH amat tinggi nilainya. Beruntunglah mereka yang terpilih untuk merasai nikmat hidayah dariNYA. Jangan sesekali sia-siakan peluang yang ALLAH berikan kepada kita. Kerana DIA berhak memberi kemuliaan dan memberi kehinaan kepada sesiapa saja yang DIA inginkan.
ALLAH itu Maha Kuasa!
ALLAHuAKBAR
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *