Alhamdulillah, berteman secebis iman dan ISLAM, pastinya hari-hari dalam hidup kita bertambah ceria dan bahagia dalam dakapan kasih sayangNYA. *syukur sentiasa*
Masa, berlalu dengan sangat pantas. Sedar tak sedar, kita telahpun berada di bulan Julai. Setengah tahun telah berlalu.
Adakah setiap detik yang berlalu terisi dengan perkara yang diredhaiNYA? Atau hanya berlalu dengan sia-sia, mengundang pula murkaNYA?
ALLAHU ALLAH.
Hari ini, ALLAH mekarkan iman di dalam diri. Cambahkan fikiran dan jiwa untuk muhasabah kembali.
Terserempak dengan seorang kawan sepejabat, yang telah agak berusia orangnya.
Katanya kepada ana : "tangan akak ni bengkak-bengkak."
Ana: " kenapa dengan tangan akak? Dah lama ke?"
Akak : "Entahlah Syuha. Tiba-tiba je" *sambil senyum*
Kemudian dia sambung lagi, sebelum keluar pintu bilik :
"Tapi kan Syuha, akak syukur. Sebab Tuhan pilih akak. Akak takkan mengeluh."
***********
Ana terfikir, berfikir.
ALLAHU ALLAH.
Kalau DIA mengkehendaki sesuatu, memang tiada siapapun yang boleh halang. Tiada satu kuasa pun yang mampu ubah.
Apa jua yang ALLAH rancang dan laksanakan, sememangnya sentiasa yang terbaik buat kita.
Setelah apa yang berlaku tadi, ana relatekan dengan setiap perkara yang berlaku.
Ya, apa jua yang berlaku keatas kita, adalah anugerah. Adalah satu penghormatan. Kerana kita telah terpilih. Kita menjadi pilihanNYA!
Kadang-kadang, bila dilanda masalah. Pasti akan terbit persoalan dalam diri kita.
"Kenapa kita yang terpaksa tanggung semua ni"
"Kenapa kita yang kena?"
"Kenapa ALLAH nak kita tanggung semua kesedihan dan kesakitan ni?"
"Kenapa ALLAH bagi semua ujian ni pada kita?"
Dan hari ini, ALLAH bagi jawapan kepada semua persoalan tersebut.
kerana : KITA ADALAH PILIHANNYA!!
Tidak bersyukurkah dipilih menjadi orang yang diberi perhatin oleh Tuan Pencipta yang maha kuasa?
Bukankah ujian diberi adalah bertujuan untuk mengangkat darjat kita disisiNYA, sekiranya kita sabar dan redha menghadapi ujian tersebut?
Maka, mengapa perlu mengeluh duhai diri?
MUHASABAH
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *