Rezeki

Khamis, 7 Julai 2011

Laksa + Serunding Daging

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan kekuatan. Juga kesempatan meneruskan kehidupan. ALhamdulillah, syukur padaNYA, atas segala nikmat kurniaanNYA. Tanpa izinNYA, pasti semua ini tidak dapat kita kecapi.

ALLAHU ALLAH.

Tadi, dapat emel dari seorang sahbiah. Katanya nak balik Kelantan hujung minggu ni. Wah, peluang baik! (^_~). Alhamdulillah, dapat juga kirim serunding daging dari Kelantan. Bolehlah masak laksa untuk zauji nanti.

Di awal perkahwinan, ana dan zauji ziarah rumah sepupu. Mereka hidangkan laksa + serunding. Sangat sedap! Kata sepupu, inilah resepi laksa special yang dijual di atas Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.. Memang istimewa.



Menunya ialah :

Laksa
Kuah Lemak
Ulam (timun + kacang panjang + kubis + taugeh)
Telur Puyuh
Serunding Daging
Sambal

Menarik bukan? Rasanya sangat sedap. Cubalah rasa sendiri. Pasti nak minta lagi..

*****



Bila sebut tentang serunding, teringat pada sahabiah yang sama-sama belajar dulu. Masa di kampus, Angah selalu bawa bekal serunding dari kampung. Angah suka makan serunding dengan nasi putih. (^_~). Biasanya Angah beli nasi kosong, dan letak sedikit kuah. Masuk makan dalam bilik, berlaukkan serunding daging. Makan sama-sama. Kadang-kadang, sengaja beli nasi satu bungkus, isi penuh-penuh. Kemudian beli lauk 2 ketul, isi kuah banyak-banyak. Tuan kedai sangat baik. Dia kira nasi tu macam beli satu bungkus je. RM1. Harga ayam memang kira untuk dua ketul. Adalah dalam RM 2.50.. (^_~). Kalau anak lelaki dia yang jaga kaunter, dapat lagi murah. Hehe.. Walaupun ambil dua ketul lauk, dia kira harga seketul je. Oh, jangan berburuk sangka ya. Dia memang pemurah. Semua orang dia layan dengan sama rata. Hinggakan bila nak beli makanan di kafe' ,  ada yang akan tanya, "siapa jaga kaunter sekarang? "..

Oh, kenangan.

Masa belajar, semua orang berjimat cermat. Lebih-lebih lagi bagi yang tak ambil pinjaman. Bekalan yang kakak bagi, RM300 untuk sebulan, digunakan sebaik mungkin. Kakak pesan : duit ni lah yang guna untuk topup telefon, makan minum, beli alatan nak buat 'asignment'.

Biasanya, memang sangat-sangat berjimat. (^_~). Sebab tak nak susahkan kakak. Sebenarnya, memang dah jimat banyak, sebab selalunya kakak yang nombor 2 akan tolong topupkan bila dah dia dapat gaji. Hehe. Walaupun hanya RM10, tapi, besar maknanya bagi seorang adik yang sedang belajar. tak lupa juga kakak-kakak lain yang memang banyak membantu sewaktu ana belajar dulu. Kakak yang nombor 3 pula memang dah bagi kad kredit dia pada ana, untuk beli keperluan harian (di Mydin biasanya). Had pembelian adalah RM100. Sebab tu, bila kakak cakap : "ok, dah boleh guna kad kredit".  Maka, akan terus keluar beli barang untuk bekalan sebulan. Beli kertas banyak-banyak (nak buat asignment, print di CC, bawak kertas sendiri murah sikit ), beli sabun basuh baju macam orang duk rumah sendiri (pek 3 kg), biskut, milo, air mineral 3 botol yang 5 liter (masa di kampus, jarang minum air yang dimasak sendiri /guna heater sebab tekak akan rasa sangat perit/alergic air sampai sekarang).. Hehe..

Oh, ana sudah mula tersasar dari tajuk. Mungkin ana perlu undur diri sekarang. Bimbang makin teruk jadinya. (^_^), Apa pun, jangan lupa cuba laksa kelantan + serunding daging. Tak tipu, memang SEDAP!!

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers