Apa khabar semuanya? Harap sihat-sihat sentiasa. (^_^). Ana, alhamdulillah, sihat walafiat.
Hari ini ada ruang untuk menaip sesuatu di muka blog ni. Alhamdulillah, dengan izinNYA juga. Tanpa DIA, siapa kita, kan?
***
Terjumpa artikel ni dalam emel.. Sangat berminat untuk dikongsi bersama sahabat sekalian.
Muqaddimah
Segala puji bagi Allah yang telah menerangkan kepada para hamba-Nya prinsip pendidikan yang teguh di dalam Al-Quran al-majid. Dia juga telah menjelaskan kepada seluruh makhluk-Nya dasar-dasar perbaikan, petunjuk, dan pemulihan di dalam hukum-hukum syara’-Nya yang mulia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw yang telah diutus oleh Allah sebagai pendidik kepada seluruh kemanusiaan. Dia telah menurunkan ke atasnya sebuah syariat yang akan merealisasikan bagi bangsa manusia setinggi-tinggi kemuliaannya, ketinggian dan ketenteramannya. Dan juga ke atas keluarganya, serta para sahabatnya yang suci bersih, yang telah menunjukkan kepada generasi demi generasi, contoh teladan yang utama dalam pendidikan anak-anak dalam membentuk umat, dan seterusnya ke atas sesiapa sahaja yang menjejaki jejak langkah mereka, serta menurut perjalanan mereka dengan baik, hinggalah ke hari kiamat.
Islam adalah petunjuk untuk ketenteraman jiwa, memindahkan manusia daripada kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah cahaya dan kitab yang terang. Denganya Tuhan telah memimpin siapa yang mahu menurut keredhaan-Nya ke arah jalan perdamaian, dan Dia akan mengeluarkan mereka dengan izin-Nya dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dan Dia akan memimpin mereka ke jalan yang lurus.” (al-Maidah: 15-16)
- Abdullah Nasih Ulwan
Dipetik dari buku : Pendidikan Anak-anak dalam Islam, m/s: 4
***
Kepada Cik Puan Munira, selamat menjenguk ke blog yang tak seberapa ni. Maaf la ya. Macam-macam ada. Hehe. Jangan pening sorang-sorang sudah la ya. =p. Layannn
Wassalam
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *