Rezeki

Jumaat, 30 Julai 2010

Kasih seorang ibu..


Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat wal afiat sentiasa, aminn. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Dengan izinNYA, kita masih dapat meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

Baru sahaja menyembang dengan Mek.

*********

Mek : wa nak kirim apa-apa ke? Kak Ina nak pergi sana hari Ahad ni.

Ana : Tak tahulah mek. Nak periuk ngukus boleh?

Mek : la, nak buat apa?

Ana : hehe, mana la tahu kalau rajin nak masak pulut. atau puding gula hangus ke.

Mek : Nanti gi ambik kat rumah Kak Ina jelah. Dia dah tak guna.

Ana : Ok.

Mek : lagi, nak apa-apa tak? Ikan kering ke. Bilis ke

Ana : Ikan gelama jeruk sedap jugak makan bulan puasa.

Mek : Lagi, serunding nak? Dodol nak jugak tak?

Ana : Serunding ok jugak. Rasa macam nak buat popia je. Dodol pun boleh kalau mek nak kirim.

Mek : Wa nak makan apa?

Ana : Tak kisah, mek kirim la apa pun. Nanti wa ambik rumah kak ina.

Mek : Ok, tak pelah kalau macam tu. Nanti Mek kirim. Dah, buat kerja la ye. Assalamua'laikum.

Ana : ok Mek. W'salam wbt.

***************

Hehe, anak manja kesayangan mek. Biasalah. Kebetulan kakak nak datang sini, jadi Mek nak kirim barang pada ana.

2 hari lepas Mek cakap dia mimpikan ana. Ana gelak je. Ana cakap, mungkin sebab ana tak bagitau Mek ana pergi Hospital hari tu. Kena ambik darah. Mek pun senyap je. Hmm, sebab tu tak nak bagitau Mek. Nanti Mek risau. Sebelum ni pun pernah bagitau Mek, ana demam. Mek telefon sokmo, tiap-tiap hari, lebih kurang 5 jam sekali. =).

Kasihnya seorang ibu, tak pernah luntur. Walau kita dah berusia, dia tetap sayangkan kita. Tetap prihatin dengan perkembangan kita. Tetap setia bersama kita, walau apa pun yang terjadi. Jatuh bangun, sakit demam kita, semua dia peduli.

KITA?

Hanya mula menyayangi keduanya setelah kita faham akan erti kasih sayang. Hanya setelah beberapa tahun dilahirkan didunia.

IBU BAPA?

Menyayangi kita SEBELUM kita dilahirkan kedunia. Sebelum ALLAH izinkan terbentuknya janin dirahim ibu yang suci itu, mereka telah berdoa untuk kebaikan kita.

SAYANGILAH MEREKA, IBU DAN AYAH TIADA GANTINYA. HANYA MEREKA IBU DAN BAPA KITA DUNIA AKHIRAT.

Ya ALLAH, Kau kasihilah kedua ibu dan bapaku sebagaimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 28 Julai 2010

Jom Solat..=)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

BERSAMA RINGANKAN BEBAN

(sila klik pada poster untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas)


Assalamua'laikum.

Doa dan harapan, semoga semuanya berada dalam rahmatNYA sentiasa, aminn.

Dikesempatan ini, ana nak minta jasa baik sahabat-sahabat untuk sama-sama menghebahkan program " BERSAMA RINGANKAN BEBAN" anjuran Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Nisa' Wilayah Persekutuan.
Sebarang pertanyaan dan sekiranya berminat, boleh hubungi : Pn. Rosiah (012-6089751) atau Cik A’isyah (019-6968378).

Antum boleh hebahkan melalui YahooGroup @ FB @ Friendster @ Twitter @ Tagged @ Blog dan lain-lain medium yang sesuai.

Semoga ALLAH berkati segala usaha.

Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 27 Julai 2010

Memaafkan itu lebih baik


* Semoga bermanfaat. Kekangan masa. insya'ALLAH, akan cuba bersiaran.. wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 26 Julai 2010

trip to Pahang


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan mengutip bekalan. Alhamdulillah.

Dengan izinNYA, kami, wakil Alumni Ukhuwwah dari Zon Barat, telah menghadiri walimah Pesuruhjaya Zon yang diadakan di rumah beliau di Kota Gelanggi 1, Jerantut, Pahang. Alhamdulillah, ALLAH telah permudahkan segala urusan.

Pada jam 7.30 pagi, memulakan perjalanan ke tempat berkumpul, iaitu Stesen BTS. Jam 8.15 pagi selamat tiba di BTS. Menanti ketibaan Ust.Nizuan, yang lain semua dah sampai. LEbih kurang jam 9.00 pagi, semuanya telah berkumpul, dengan bilangan 10 orang tak termasuk Adam Rifqi. ^_^

Setelah kata sepakat dibuat, muslimat 1 kereta, muslimin 1 kereta, ust.Mad n usrah 1 kereta. Semuanya 3 buah kereta. Muslimat naik Honda City.. ^_^. Perjalanan bermula. Menuju ke Kota Gelanggi.. Myvi putih, Saga BLM hitam dan Honda City gold meluncur laju... zuummmmm..

Pagi tak banyak kereta lagi, perjalanan kami smooth je. alhamdulillah. Berhenti rehat sebentar di RnR, lupa kat mana.. ^_^. Kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Gelanggi 1. Dalam lebih kurang jam 12.00 t/hari, kami selamat tiba di rumah pengantin. Meriahnya. Layanan keluarga pengantin memang 1st class. TQ. Memang tip top. Selesai makan, pengantin tiba. Rezeki kami. Sempat jumpa pengantin. ^_^. Pengantin tersipu-sipu malu. PJ Zon kami ni memang pemalu! he. Ok, dah selesai semua urusan, jumpa pengantin, kakak pengantin, ucap selamat dan mohon undur diri. Perjalanan perlu diteruskan. Jam menunjukkan hampir 2 petang. Dapat pula mesej dari sahbiah kesayangan : kalau sempat singgah rumah dulu. Berita disampaikan kepada 2 buah kereta yang berada di depan. Semua setuju untuk menapak di rumah sahbiah. Ok, kita bergerak ke Temerloh Jaya pulak ye. Zuummmmm

Mulanya tersilap jalan, sebab pertama kali ke sana. Tapi, alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan kami. DIA hadirkan ilham. dapat kembali ke jalan yang sepatutnya. Alhamdulillah. Rumah no.41, here we are. "Assalamua'laikum... kami dah sampai".. ^_^

Si kecil, Yusoff Darwisy menyambut ketibaan kami. Kesian Yusoff, demam. Asyik nangis je, risau kena tinggal dengan umminya.. "Meh ngan Usu meh, Usu suapkan mee goreng lagi",.... "anakk!" hehe, oklah, takpe. Tak nak makan jangan nangis ye. ^_^

Masak-masak, sembang-sembang.. Hampir 4.15 petang, kami mengundurkan diri. Pusing-pusing pekan Temerloh, isi minyak.. Meneruskan perjalanan pulang ke KL. Perjalanan berbaki 2 jam. Hujan lebat menemani perjalanan. Tiba di Tol Gombak, terkejut. Banyak betul kerete. Berderet-deret. Jalan jem. Jam hampir ke angka 7. Ketiga-tiga kereta sudah terpisah. Sekejap jumpa, sekejap hilang. (^_~).

Tiba di satu persimpangan, muslimat lupa jalan. He, silap jalan daaa. Inform pada muslimin. Sepakat untuk berkumpul di Putrajaya. Tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya. DIA izinkan kami berkumpul di BTS juga. Kami berjaya mencari jalan ke BTS/BTR. Alhamdulillah, walaupun sesat dalam BTR. Pusing-pusing, jumpa masjid Al-Muqorrabin. Solat. Tunggu muslimin. Lama menunggu, nampak kelibat Myvi putih dengan no. pendaftaran TAR xxxx. jam hampir ke angka 9.30 malam. Hantar sahabiah ke Stesen BTS, ana meneruskan perjalanan pulang. Hampir jam 11.00 malam, tiba di rumah.

Alhamdulillah, selamat semuanya. Semoga semuanya diberkati ALLAH.

Kepada pasangan pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke syurga. Mendapat zuriat soleh solehah, aminn. Teruskan perjuangan menegakkan syiar ISLAM.

Baitul Muslim = Baitul Dakwah = Baitul Jihad!

Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 23 Julai 2010

walimatul urus


Assalamua'laikum..

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Juga nikmat usia yang masih bersisa. Alhamdulillah.

Insya'ALLAH, pada 24 Julai 2010, akad nikah di rumah pengantin perempuan di Jerantut.

Pada 25 Julai 2010, majlis di rumah sahabat ana, Sar Mohd Arif, juga di Jerantut. Kami, dari Zon Barat akan konvoi 3 buah kereta, insya'ALLAH. Kita merancang, ALLAH yang menentukan. Semoga selamat semuanya..

Selamat pengantin baru buat Sahabat. Semoga bait al-muslim diberkatiNYA, aminn.

wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

ayuh, beramal kerana ALLAH


Assalamua'laikum.

Doa dan harapan, semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat walafiat dibawah lembayung rahmatNYA.. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Ana ada sedikit pengumuman di sini. Insya'ALLAH, ana sedang mengumpulkan barang-barang untuk jualan amal bagi dana Nisa' Small Kindness, untuk kegunaan kebajikan. Jadi, kepada sesiapa yang bermurah hati untuk mendermakan pakaian, barangan, perabot lama, atau apa saja bentuk sumbangan, bolehlah hubungi kami. Kalau ada yang nak sumbangkan wang ringgit atau pun hamper/barang dapur, juga dialu-alukan. Terpulang kepada kalian.

Konsepnya mudah sahaja :

Anda sumbangkan/dermakan barangan terpakai @ baru kepada kami .

Kami jual semula dalam program Jualan Amal nanti.

Duit yang kami dapat hasil Jualan Amal tersebut akan digunakan sebagai dana bagi program2 kebajikan anjuran Nisa', dibawah seliaan Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK), insya'ALLAH.

Boleh rujuk website ini untuk mengetahui tentang program Nisa' Small Kindness yang pernah kami jalankan setiap tahun : http://www.webnisa.net/nisasmallkindess.php

Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan menyusul, insya'ALLAH. Kepada yang berminat atau untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Syuhada melalui emel : syuhadaomar@gmail.com. Setiap emel akan dibalas, insya'ALLAH.

Semoga ALLAH merahmati segala usaha. Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 21 Julai 2010

Gembira bila orang lain bahagia


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNYA, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. Sesekali ALLAH bagi masa untuk berehat dan mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku. TARBIAH!

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan, berbekalkan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah.

Mahalnya ucapan terima kasih

Ya, ucapan terima kasih terlalu mahal bagi kita. Sukar untuk kita ucapkan terima kasih kepada orang-orang disekeliling kita kan? Kepada makcik tukang sapu yang hari-hari tolong bersihkan tempat kerja kita. Kepada pemandu bas yang bangun pagi-pagi bawak kita pergi pejabat. Kepada akak operator yang datang bukak pintu ofis pagi-pagi. Kepada mak ayah yang dah banyak bersusah payah besarkan kita. Kepada kakak dan abang yang dah lama bertahan dengan perangai kita.

Mahal sungguh, betul tak?

Kalaulah kita yang berada ditempat mereka, apa agaknya perasaan kita KALAU ada yang mengucapkan terima kasih kepada kita atas segala usaha yang kita lakukan? Apa agaknya perasaan kita KALAU ada orang ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada kita? Walau sekecil mana sekalipun khidmat yang kita berikan, tapi KALAU ada orang ucapkan terima kasih, mesti rasa bahagia kan? Apatah lagi kalau khidmat yang kita lakukan tu memerlukan tenaga yang banyak, kena melayan karenah masyarakat yang pelbagai ragam, KALAU ada yang ucapkan terima kasih, ALLAH, bahagia kan? Terasa ringan je tugas yang kita buat tu. (^_^)

Seorang ibu boleh menitiskan airmata apabila anaknya mengucapkan terima kasih kepadanya. Seorang ayah terasa dihargai apabila anaknya mengucapkan terima kasih kepadanya. Seorang pemandu bas boleh berubah nada suaranya, daripada marah kepada gembira, apabila seorang penumpang mengucapkan terima kasih kepadanya. Seorang pekerja akan gembira, dan semakin rajin buat kerja tanpa perlu disuruh, apabila kita selalu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Apa salahnya mengucapkan terima kasih kepada orang disekelilig kita? Hargailah orang lain, insya'ALLAH, kita akan lebih dihargai. Semailah benih-benih bahagia dalam diri insan lain, semoga bercambah rasa bahagia di dalam diri kita. Apabila terhasil buah kemanisan persaudaraan sesama insan, boleh sama-sama kita rasai. ISLAM itu indah, kan?

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 20 Julai 2010

sanah helwa..=)


Assalamua'laikum.


Semoga sihat sentiasa semuanya..insya'ALLAH.


Alhamdulillah, ALLAH masih sudi mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di dunia ini. Sudah 22 tahun berada didunia. Begitu banyak pengalaman dan ujian yang ALLAH hadirkan sebagai penguat iman. Adakalanya suka, sesekali DIA hadirkan duka agar kita tak mudah terleka. :). Semoga ALLAH meredhai setiap saat yang berlalu dan bakali dilalui, aminn..


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang tidak putus-putus mengirimkan doa. Semoga kita semua mendapat mardhatillah. (^_^). Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 16 Julai 2010

segalanya tentang hati...








* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 15 Julai 2010

SELAGI MASIH ADA WAKTU


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita semua masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Segala puji bagiNYA, yang tak pernah melupakan kita.


ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Masa semakin pantas berlalu. Hari ni dah 15 Julai 2010. Bermakna, hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Angka 22 semakin hampir. tahun ni, dah hampir 22 tahun ana menghuni dunia setelah 9 bulan 10 hari didalam rahim ibu tersayang.


Semakin meningkat usia, semakin dekat masa untuk kita bertemu Pencipta. Sudah cukupkah amalan yang ingin dijadikan bekalan untuk ke Sana? Dunia adalah jambatan ke akhirat. Moga usia yang masih bersisa ini digunakan sebaiknya demi mencari redhaNYA.. ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. (^_^)

"Adakalanya getir melanda, ada ketikanya perit menemani langkah. ada masanya kepayahan menghiasi medan dakwah.. Biar apapun musibah, segalanya bersulam rahmat... Biar apapun ujian, yakin ada hikmah disebalik percaturan Tuhan.. Dalam tarbiah kita bertemu, demi membela agama yang satu"

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 14 Julai 2010

jadilah teman yang setia


Sesekali jadilah PENDENGAR,
bukan hanya tahu menjadi PENCERITA..
Luangkan masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seperti kita, seorang manusia.
Punya rasa bimbang, takut, sedih, gembira dan juga kecewa.
Dia juga punya kelemahan dan adakalanya ingin berkongsi kisah suka dan duka.
Jadilah kawan yang dapat memberikan kekuatan.
Mungkin kita selalu melihat dia ketawa,
tapi jarang diselami akan jiwanya.
Tawanya mungkin tak setulus yang dinyata,
padahal hati dirobek luka.
Selalu melihat dia gembira,
mungkin dia tak setabah yang kita jangka.
Disebalik wajah yang selalu ceria,
mungkin terselit jiwa yang derita.
Kita hanya mahu orang tahu tentang kita,
apa salahnya sesekali kita ambil tahu tentang dia
kerana.........
MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARI HANYA TAHU MENERIMA.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 13 Julai 2010

tinta kasih


Assalamua'laikum.


Doa dan harapan, semoga sahabat-sahabat sihat sentiasa, insya'ALLAH. Ana alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh ALLAH swt. Alhamdulillah.


Agak lama meninggalkan alam maya, menyepi seketika. (^_^)


Alhamdulillah, adik sayang selamat dan gembira ditempat baru. Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua. Adik chomey, dikesempatan ini, akak nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke-20. Semoga mendapat mardhatillah. =)


Akak kesayangan kurang sihat. Mak beliau pun kurang sihat. Semoga ALLAH kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka. Aminn.


Ana ada kerja, minta diri dulu.


Insya'ALLAH, ada masa, ana cuba coret sesuatu di sini.


Sebelum berpisah, kita cuba renungkan bersama :


"bercakap perkara baik itu mudah, melakukan kebaikan itu agak susah. Membuat kebaikan dengan ikhlas itu adalah perkara yang amat susah. Istiqomah membuat kebaikan dengan ikhlas pula adalah yang paling susah"


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

PALESTIN SENTIASA DIINGATAN




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 6 Julai 2010

SEMOGA DIPERMUDAHKAN


Assalamua'laikum.


Insya'ALLAH, jam 9.00 malam nanti, ana akan bertolak pulang ke Kelantan. Ayah dah masuk wad pagi tadi, dalam pukul 9.00 pagi. Insya'ALLAH, ayah orang ke-6 yang akan dibedah esok. Mungkin tengahari baru sampai giliran ayah. Semoga dipermudahkan segala urusan. (^_^). Ana tak bawak laptop balik Klate. Insya'ALLAH, panjang umur, 12 Julai ana bersiaran lagi.


Jaga diri, iman, ISLAM.


Wassalam.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

IKLAN YANG SEMAKIN MELAMPAU

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga dalam jagaanNYA sentiasa, insya'ALLAH.


Alhamdulillah, syukur kepadaNYA atas segala nikmat dan rahmat. Moga diredhai.



IKLAN DI KACA TV SEMAKIN MELAMPAU!



Ya, memang semakin melampau. Salah satu sebab kenapa ana tak suka tengok TV, inilah penyebabnya. Iklan berunsur lucah! Ana geram. Geram yang amat.



Iklan syampu, tapi duk tunjuk manusia berjoget tak ingat dunia. Apa kes??


Iklan perfume, orang meliuk lentuk tiba-tiba, dengan aksi yang 'hampir memuntahkan isi perut' ana, apa kejadahnya semua tu?


Iklan aiskrim, iklan makanan segera dan banyak lagi.. Sekarang ni semuanya ada unsur-unsur yang boleh merosakkan. Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang?



Baju yang dah semakin tak cukup kain, sendat, ketat, meluat!



Seingat ana yang tak berapa tua lagi ni, kalau dulu, nak jumpa iklan yang pelik-pelik, yang berkait dengan 'barangan peribadi wanita' ni, susah yang amat. Tapi sekarang, masa duk tayang kartun, bila iklan, ada iklan tu. Senang-senang je budak-budak tahu tentang 'barangan peribadi' tu sekarang. Kita pula yang malu!



ALLAH, ALLAH, ALLAH.


Takut bila memikirkan semua ini. Macam mana agaknya kehidupan 10-20 tahun lagi??


INDAHNYA HIDUP JIKA BERTERASKAN SYARIAT!

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, insya'ALLAH selamat dunia akhirat.



p/s : suka balik klate.. tengok iklan yang terpampang di tepi-tepi jalan, semua pakai tudung, tutup aurat. Tak ada yang dedah-dedah sana sini. Artis-artis pun 'tertutup'.. Indahnya hidup bersyariat.






* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 5 Julai 2010

barokallah - maher zain

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voiceLet's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك اللهبارك الله لكم ولناالله بارك لهماالله أدم حبهماالله صلّي وسلّم على رسول اللهالله تب عليناالله ارض عناالله اهد خطاناعلى سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير

-baru saja menjadi peminat lagu maher zain.. T_T

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

HANYA DIA


Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih mengizinkan kita meneruskan kehidupan disaat ini.

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

mesej dari seorang saudara seISLAM :

'Menyayangi tidak seharusnya memiliki. Sememangnya hakikat seorang hamba tidak pernah memiliki apa pun melainkan pinjaman dariNYA semata. Tidak akan rasa derita dihati seorang hamba kerana ia akur bahawa segalanya adalah milik tuhanNYA.'

Insya'ALLAH akak sayang. Syukran ila doa'. Moga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas kita semua. Rindu kamu selalu kerana ALLAH. Ma'as salamah, ilal liqo'.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Ahad, 4 Julai 2010

peluang menerima tajaan JPA


Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda (kecuali UPSI) untuk sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:


Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:


Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas
Warganegara Malaysia;
Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2010; dan
Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semestar November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/2011 dari mana-mana institusi pengajian tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun dua dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas.


B. Syarat Kelayakan Akademik


1. Pelajar Baru Semestar November/ Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/ Julai/ Ogos Sesi 2010/2011;
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) – Gred A- dalam 7 matapelajaran (Gred B dalam Bahasa Malaysia), atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2009) – Prinsipal B+ dalam 4 matapelajaran, atau
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2008) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran, atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan, atau
Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau Asasi IPTA – CGPA 3.40, atau
Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50


2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
Bidang Kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) – Lulus
Bidang-bidang lain – CGPA 3.50


Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.


Bidang Tajaan
Kritikal- Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar


Keutamaan- Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi


Profesional- Sastera Ikhtisas – Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.


Lain-lain- Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah


Sastera – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Kadar Biasiswa


Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.


Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari. Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.


Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;


Peringkat Diploma
Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun


Peringkat Ijazah
Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun


Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.


Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon
Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.


Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.


Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.


Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.


Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.


Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.


Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:


Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my/ atau http://www.jpa.gov.my/ atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2010 (PIDN);


Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;


Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;


Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;
Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.


Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini dijangka akan diumumkan 30 hari selepas tarikh tutup permohonan di laman web JPA, eSiLa.



Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.




semoga bermanfaat, insya'ALLAH


wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Sharing is caring

(sebelum ni tangan kiri, kali ni tangan kanan pulak. kalau kali ni tak jadi jugak , doktor nak operate d leher pulak)


Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih berpeluang meneruskan kehidupan di dunia ini. Syukur kepadaNYA diatas nikmat usia yang masih bersisa. Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa menjadi hambaNYA yang bersyukur. Aminn.


Insya'ALLAH, pada 6hb Julai, ana akan bertolak pulang ke kampung halaman, bertentang mata dengan insan-insan kesayangan, berlabuh di pelabuhan rindu. ALLAH, tak sabar rasanya. Insya'ALLAH, pukul 10 malam akan tiba di KB. Dijemput kakak, keesokkannya akan ke HKB. Ayah ana masuk wad 6hb Julai, dan pembedahan kali kedua akan berlangsung pada 7hb Julai, insya'ALLAH. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan, insya'ALLAH. Kta doktor, potensi untuk gagal agak tinggi, faktor usia jadi penyumbang. Insya'ALLAH, kuasa ALLAH tiada tandingan. Mohon doa dari sahabat-sahabat ya. Doa' senjata mukmin. (^_^).




ALLAH datangkan ujian, DIA ada jalan penyelesaiannya. Semua yang berlaku ada dalam pengetahuanNYA, samada yang ghaib mahupun yang terzahir. PercaturanNYA sentiasa yang terbaik. Yakin, insya'ALLAH. Moga kesabaran dan ketabahan milik kita semua.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *



virus porno menyerang


Assalamua'laikum.


salam ukhuwwah buat semua. Apa khabar sahabat sekalian? Moga dalam limpahan rahmatNYA sentiasa, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.


Beberapa minggu ni, kerap kali menerima emel-emel pelik. Yang lebih pelik, bila emel-emel sebegini terpapar nama sahabat-sahabat yang kita kenal. Bila buka emel tersebut, ia disertakan dengan link yang tercatat tulisan http: xxx.blogsany...xxx.xx.


Memang bahaya jugak emel-emel sebegini. Kalau yang kuat iman, boleh delete terus. Tapi, kalau yang suka explore, makin menjadi pulak. Siap boleh jadi tempat rujukan! bahaya kan.


Oleh itu, marilah sama-sama kita saling memperingatkan kepada sesama muslim, agar tidak terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Moga ALLAH berkati segala usaha.


Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 2 Julai 2010

kasih sesama insan


Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..


(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 1 Julai 2010

QLATE'S




Di bawah ini petikan berita dari Harakahdaily.



KOTA BHARU, 29 Jun: Setelah ura-ura Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno bersama kelompok ulama muda tidak menjadi kenyataan, bekas Mufti Perlis itu akan dibawa ke Kelantan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.



Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.



Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10 Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.



Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.



Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.
Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.



”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.



Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.



Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.



Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.



Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.



Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.



Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD.




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Masa sedang berlalu


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.


Hari ini, 1 Julai 2010. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi mengizinkan kita semua bernafas sehingga ke saat ini. Syukur kepadaNYA kerana masih mengizinkan kita untuk menikmati segala limpahan rahmat dan nikmat yang tak putus-putus. Alhamdulillah.


Sedar atau tidak, usia sudah hampir ke angka 22. Dah lama berpeluang hidup di dunia. entah cukup atau tidak bekalan untuk ke sana. Masa, terlalu laju berlalu. ALLAH, ALLAH, ALLAH..


ALLAH telah bersumpah dengan masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. KECUALI mereka yang melakukan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.


Berapa banyak manusia yang telah tersungkur di gerbang masa. Berapa ramai manusia yang telah terpedaya dengan masa. Dan kita? Dimana kita? Adakah kita juga berada dalam golongan yang rugi? Atau kita adalah golongan yang terkecuali? Dimana kita?! Sama-sama muhasabah.


Doa dan harapan, semoga bertambah amalan seiring pertambahan usia.


Aminn.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

ISLAM ALWAYS ON THE TOP


ImageChef.com Flower Text


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers