Rezeki

Rabu, 21 Julai 2010

Gembira bila orang lain bahagia


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNYA, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. Sesekali ALLAH bagi masa untuk berehat dan mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku. TARBIAH!

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan, berbekalkan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah.

Mahalnya ucapan terima kasih

Ya, ucapan terima kasih terlalu mahal bagi kita. Sukar untuk kita ucapkan terima kasih kepada orang-orang disekeliling kita kan? Kepada makcik tukang sapu yang hari-hari tolong bersihkan tempat kerja kita. Kepada pemandu bas yang bangun pagi-pagi bawak kita pergi pejabat. Kepada akak operator yang datang bukak pintu ofis pagi-pagi. Kepada mak ayah yang dah banyak bersusah payah besarkan kita. Kepada kakak dan abang yang dah lama bertahan dengan perangai kita.

Mahal sungguh, betul tak?

Kalaulah kita yang berada ditempat mereka, apa agaknya perasaan kita KALAU ada yang mengucapkan terima kasih kepada kita atas segala usaha yang kita lakukan? Apa agaknya perasaan kita KALAU ada orang ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada kita? Walau sekecil mana sekalipun khidmat yang kita berikan, tapi KALAU ada orang ucapkan terima kasih, mesti rasa bahagia kan? Apatah lagi kalau khidmat yang kita lakukan tu memerlukan tenaga yang banyak, kena melayan karenah masyarakat yang pelbagai ragam, KALAU ada yang ucapkan terima kasih, ALLAH, bahagia kan? Terasa ringan je tugas yang kita buat tu. (^_^)

Seorang ibu boleh menitiskan airmata apabila anaknya mengucapkan terima kasih kepadanya. Seorang ayah terasa dihargai apabila anaknya mengucapkan terima kasih kepadanya. Seorang pemandu bas boleh berubah nada suaranya, daripada marah kepada gembira, apabila seorang penumpang mengucapkan terima kasih kepadanya. Seorang pekerja akan gembira, dan semakin rajin buat kerja tanpa perlu disuruh, apabila kita selalu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Apa salahnya mengucapkan terima kasih kepada orang disekelilig kita? Hargailah orang lain, insya'ALLAH, kita akan lebih dihargai. Semailah benih-benih bahagia dalam diri insan lain, semoga bercambah rasa bahagia di dalam diri kita. Apabila terhasil buah kemanisan persaudaraan sesama insan, boleh sama-sama kita rasai. ISLAM itu indah, kan?

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers