Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.
Doa dan harapan, moga sahabat-sahabat alam maya sentiasa dalam dakapanNYA sentiasa, insya'ALLAH. Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah, hingga kesaat ini, kita masih dikurniakan nikmat hidup dan kasih sayang, ditambah dengan nikmat keamanan. Segala puji bagiNYA yang mentaqdirkan semua ini.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Hari ini, baru berpeluang menaip sesuatu disini. Lupa berapa lama tinggalkan blog sendirian. Selalu ditatap orang, tapi ia tiada perubahan. Maaf, hanya itu yang mampu diucap disaat ini.
Adik-adikku, terima kasih atas keprihatinan antunna yang tak berbelah bagi. Didoakan kakak antunna ini agar diberi kekuatan. Syukran dik. Amat bermanfaat.
Kakak, diri ini hanya insan biasa. Lumrah seorang makhluq, ada kurang dan lebihnya. Mohon difahami akan diri ini, tak mampu jadi seperti dulu, yang selalu disampingmu. Diri sentiasa dihambat amanah, moga tidak menjadi fitnah.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH
Engkau yang satu, yang kekal abadi. Engkau yang satu, yang maha mengetahui. Engkau yang satu, tiada pengganti. PASTI!!
Hari berganti hari, malam bertukar ganti. Diri semakin tua, angka menginjak lagi. Rasa bagai baru saja mengenali dunia, tapi, bila-bila masa saja kita akan meninggalkannya.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH
Kau hadirkan hidayah dalam diriku, jangan Kau biarkan ia pergi. Kau berikan peluang kepadaku, jangan Kau ambil ia kembali.
adik syira bertanya,
SUKARKAH MENJADI SRIKANDI?
kutaipkan jawapan untuknya,
Ia, amat sukar. Bukan senang untuk menjadi Srikandi. Mujahadah amat perlu untuk seorang Mujahidah. Bercakap perkara baik, senang. Membuat perkara baik, agak susah. Ikhlas dalam membuat kebaikan, susah. Istiqomah untuk membuat kebaikan yang ikhlas, amat susah.. Setuju?
Ramai yang pandai berkata-kata, tapi berapa ramai yang mampu mengotakan kata?
Ramai yang bijak berhujah, tapi berapa ramai yang ambik kisah?
Adik Azmah berkata,
Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal.
Manakala perancangan yang gagal, adalah hikmah dari ALLAH, untuk membrikan sesuatu yang lebih baik kepada kita. Insya'ALLAH.
Moga kita mampu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Kau tahu rasa hatiku.. Kau tahu rasa hati mereka.. Kau tahu rasa hati kami semua.
Disaat ini, hati sedang menemani hati adik-adikku dan kakak-kakak yang kurasakan sedang dihurung hiba. Moga ALLAH campakkan kegembiraan buat semua. Insya'ALLAH.
Akhir kalam, semoga ukhuwwah berpanjangan.. Aminn
Wassalam.
**********
Biarpun kita memilih untuk ikhlas melangkah dijalanNYA,
biarpun kita memilih untuk menghadapkan hati ini hanya padaNYA.
Namun tetap selamanya tak akan pernah kita dapat memastikan hati ini akan sentiasa berada dilandasanNYA.
Hanya ALLAH yang menjaga hati dan memelihara hati ini mengikut kehendak dan ketetapanNYA,
samada akan terus thabat pada orbit kehidupan, mengumpul ketulenan fikrah sementara menunggu pertemuan denganNYA,
atau akan tersungkur dipertengahan jalan.
Hina atau mulianya seseorang manusia adalah bersandarkan kehendak dan ketentuanNYA semata.
Mana mungkin kita dapat menentukan kehidupan kita sendiri, walau siapa pun kita.
Oleh itu, banyakkanlah memohon kepadaNYA,
agar disandarkan hati ini kepadaNYA sahaja.
Tidak dibolak balikkan setelah diberi hidayah yang amat berharga.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *