Assalamua'laikum.
Salam perkenalan buat yang baru datang, salam ukhuwwah fillah buat yang telah lama mengenali diri, salam perjuangan buat semua.
Alhamdulillah, kita semua masih berpeluang meneruskan kehidupan dibumi barokah ini, dengan kesihatan yang baik, nikmat iman dan ISLAM yang berterusan, keamanan yang mendamaikan setiap insan. Alhamdulillah.
Ana baru saja melepasi ujian pertama untuk bulan Mei 2010. Insya'ALLAH, ujian kedua ialah pada 8 Mei 2010. (^_~). Doakan kami, insya'ALLAH.
Ok, hari ni nak promote tentang Karnival Aura Ungu 2010. Pernah dengar tentang Aura Ungu? Dah tahu apa itu aura ungu? Kalau belum, sila layari laman rasmi Karnival Aura Ungu 2010 (KAU '10) iaitu di http://kau2010.webnisa.net/.
Insya'ALLAH, antum akan dapat info yang berkaitan. Disini ana sertakan sedikit maklumat untuk kita bersama:
Perkara : KARNIVAL AURA UNGU 2010
Tempat : Kompleks Belia dan Kebudayaan Shah Alam
Tarikh : 21 & 22 Mei 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Tiket boleh dibeli dengan harga RM10 sahaja.
Nota penting : UNTUK WANITA SAHAJA.. (^_^)
Jadi, apa tunggu lagi? Jom, kita sama-sama ke sana. (^_~). Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, ana akan berada disana sepanjang program berlangsung.
Disini ada sedikit info tentang nyanyian dari wanita, kita kongsi ye... Jemput baca.. (^_~)
Sumber: http://www.zaharuddin.net/
Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu:
أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majoriti ahli neraka ya Rasulullah? :
Rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Kesimpulannya, wanita menyanyi di khalayak ramai (dihadiri oleh lelaki ajnabi) adalah HARAM. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita sahaja. Ia adalah tidak salah. Jelaslah bahawa ISLAM itu terlalu menjaga maruah umatnya, khususnya wanita.
Kesimpulannya, wanita menyanyi di khalayak ramai (dihadiri oleh lelaki ajnabi) adalah HARAM. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita sahaja. Ia adalah tidak salah. Jelaslah bahawa ISLAM itu terlalu menjaga maruah umatnya, khususnya wanita.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *