Rezeki

Ahad, 23 Mei 2010

disebalik tabir wajah


kuintai derita disebalik senyumannya
kutenung keperitan disebalik tawanya
alangkah tabahnya hati gadis ini
senyum dalam duka
percaya pada kuasaNYA
yakin akan ketentuanNYA

dia, baru saja 3 tahun kembali ke agama fitrah
mengucap dua kalimah syahadah
memperakui ALLAH sebagai tuhan yang satu
Muhammad sebagai pesuruhNYA,

sendirian,
tanpa kedua ibu bapa
tanpa sokongan ahli keluarga
dia, kembara sendiri
mengenali tuhan
yang baru saja memberi ruang untuk mencintaiNYA

dia, gadis negeri dibawah bayu
yang mengembara hingga ke Thailand
demi mencambahkan keimanan
serta pengetahuan tentang agama dan tuhannya.

kagum, dengan percaturanNYA
kagum, dengan segala dariNYA.

ALLAH yang memiliki hidayah ini.
Janganlah KAU bolak balikkan hati ini setelah KAU anugerahkan hidayahMU kepada kami..

*****


Assalamua'laikum sahabat sekalian, apa khabar? Semoga sihat sentiasa, dilimpahi nikmat dan rahmat dariNYA, insya'ALLAH.


Ana baru sahaja menamatkan tempoh uzlah, dan alhamdulillah, dengan izinNYA dapat kembali bersama antum semula.


Semalam, kembara ke Shah Alam sendirian. Dalam perjalanan, waktu di KL Sentral, ALLAh izinkan pertemuan dengan seorang muslimah solehah. Subhanallah, maha suci ALLAH. PercaturanNYA maha hebat. Tak dapat kita jangkakan. Walaupun hanya sempat berkenalan selama lebih kurang 30-45 minit, tapi setiap detik yang berlalu amat bermakna. Mengenalinya satu anugerah buat ana. Amat bermakna. Semoga ukhuwwah kami bukan sahaja disini, tapi diizinkan ALLAH hingga ke SANA, insya'ALLAH. aminn


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers