Rezeki

Ahad, 9 Mei 2010

ALLAH yang memiliki hati setiap insan


Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sejahtera hendaknya, insya'ALLAH.



Lama tak dapat bersiaran sebegini. ALLAH, mahal sungguh syurgaMU. Jual beli dengan ALLAh tak pernah selesai. Moga ada tempat untuk kita di SANA nanti, aminn.



Sahabat-sahabat ana yang setia, bagaimana iman hari ni? Kuatkah ia menempuh ujian akhir zaman? Moga ALLAH menjaga kita semua, (^_~).



Baru-baru ni, ana agak sibuk dengan tugasan yang memerlukan komitmen dari ana. Maaf, kerana hanya mampu menaip beberapa patah perkataan untuk tatapan antum. Hari-hari buka blog, sekadar meninjau blog sahabat-sahabat. Melihat perkembangan terkini sahabat-sahabat. Mantap..(^_~). Ana bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada ana untuk mengenali antum. Ana hanya insan biasa, terasa kerdil sekali. Tak layak nak dibandingkan dengan antum.



Adik-adik yang akak sayang, terima kasih atas doa antunna.. Ujian dan cabaran dalam kehidupan sememangnya memerlukan kekuatan spiritual. ALLAH adalah sebaik-baik tempat pergantungan. Akak akan tersenyum bila berYM dengan seorang adik yang akak sayang ni.. suka cakap akak Perahsia ye..(^_~).Ye ke? Kenapa, sebab akak suka sembunyikan perasaan akak ye? ALLAH yang maha mengetahui.. Akak tak nak insan-insan yang akak sayang bersedih. Akak nak tengok orang lain happy je. (^_~).. Tak salah, kan?



Sejak kebelakangan ni, banyak isu yang timbul. Dalam media cetak mahupun media elektronik, pelbagai ragam, pelbagai cerita dan berita. Hmm, sedih pun ada. Tak tahu kenapa perasaan kesian ana semakin meninggi sekarang. Kesian pada banyak pihak. Hmm, fitnah. Dalam al-Quran pun ada sebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 191 bahawa sesungguhnya fitnah itu lebih besar bahanyanya daripada pembunuhan.. ALLAHU AKBAR..Kalau kita perhatikan dalam dunia hari ni, fitnah tersebar dimerata-rata. Senang sangat. Taip je apa-apa tajuk, terus dapat berita. Dalam Berita, macam-macam isu keluar, surat khabar pun sama.. Kita pun tak dapat pastikan samada perkara tu betul atau tak. Lepas tu pandai-pandai pulak sebar padahal kita pun tak tahu hujung pangkal. Macam mana kalau perkara yang kita sebar tu tak betul? ALLAH, takut sangat.


Cuba baca surah al-Hujurat, ayat 6 :



"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"



Tak takut ke kalau kita silap sebar maklumat? ALLAH, ampunkanlah kami. Kadang-kadang, kita akan lakukan kesilapan tanpa kita sedar. Moga kita lebih berhati-hati dimasa hadapan, insya'ALLAH.


*************


Tadi ada sahabat bercerita tentang seorang muslimat ditempat kerja beliau. Katanya muslimat ni berpurdah. ana paling suka bila sahabat cerita : Bos muslimat tersebut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan muslimat, tapi muslimat katakan pada bos tersebut,"MAAF, SAYA ISLAM".. ALLAHUAKBAR.. alangkah indahnya kalau semua orang berani buat macam tu.. Matlamat tidak menghalalkan cara.. (^_~)..bila ditanya, macam mana boleh jadi seberani itu? Katanya : saya lebih sayangkan agama dari kerja..


subhanallah.. I'm proud to be a muslim!!!




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers