Rezeki

Rabu, 26 Mei 2010

kehidupan


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa, dalam limpahan nikmat dan rahmat dariNYA, insya'ALLAH.


Alhamdulillah, setelah sebulan tidak bertentang mata dengan mak, ayah dan keluarga, insya'ALLAh, dengan izinNYA, ana akan kembali ke pangkuan mereka esok. (^_~)


Tak sabar rasanya untuk bertemu.. Rindu mak ayah.. sangat2.. Terlalu banyak perkara yang nak dikongsi dengan mak ayah. Sarat hati ini menanggungnya sendirian di perantauan. ALLAH..ALLAH..ALLAH.. Permudahkanlah pertemuan kami..


My lovely and sweet sister will marry this weekend. Hopefully, semuanya berjalan lancar. Akak mintak maaf ye, tak dapat menzahirkan diri. ALLAH maha mengetahui. Insya'ALLAH akak akan usahakan juga untuk bertemu dengan adik. Hak pada keluarga menuntut akak untuk kembali ke pangkuan mereka. Segalanya telah diatur dengan teliti. ALLAH tak beri apa yang kita mahu, tapi DIA beri apa yang kita perlu..


Adik Azmah sayang. Ukhuwwah fillah abadan abada.

Adikku, benar dik. Kasih yang terjalin kerana ALLAh terlalu sulit untuk kita tafsirkan dengan kata-kata. PercaturanNYA benar-benar menakjubkan. Lihat saja ukhuwwah antara kita. Adik, Akak dan Adik Syirah. Kita, tak pernah bertemu, tapi, ALLAH telah mengikat hati-hati kita dengan ikatan ukhuwwah fillah yang terlalu mahal harganya. Bukan sembarangan orang yang mampu merasainya, kan dik. Kita mampu bergelak ketawa, berkongsi suka duka, malah yang menakjubkan, lebih daripada hubungan kekeluargaan. ALLAH, alhamdulillah.


jiwa sering meraikan nestapa,

hingga hilang rasa gembira.

Sesekali tersungkur, perit terasa.

Cuba untuk bangkit, sukar sekali.

cuba, dan terus mencuba.

Terasa hilang upaya, tapi harus terus mencuba

ya, MUSLIM tak mudah mengalah.

teruskan usaha.

Biar marangkak, bertatih sekarang..

yakinlah, akhirnya, kamu pasti mampu BERLARI!!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers