Rezeki

Selasa, 29 September 2009

dakwah dan ukhuwwah

Assalamua'laikum.. alhamdulillah, hari ini ana diberi kesempatan untuk mencoretkan beberapa perkara dalam blog untuk kali ini.
suka untuk ana highlightkan tajuk post ana kali ini iaitu berkenaan dengan DAKWAH DAN UKHUWWAH..


Pernah suatu ketika dulu, seorang sahabat bertanya kepada ana, adakah ukhuwwah kami akan kekal mesra seperti ini setelah walimah kelak? Ana sekadar tersenyum, dan menjawab dengan ringkas.. Moga ALLAH permudahkan segalanya.. Bukankah hati kita adalah milik ALLAH? mohonlah pada ALLAH, pasti ALLAH takkan hampakan harapan hambaNYA..(^_^)

Bagi ana, ukhuwwah adalah satu jalinan yang amat bermakna.. dan ramai juga yang memang mengakui perkara tersebut.. Ukhuwwah adalah pengikat hati kita semua.. tanpa jalinan yang tersimpul semata-mata kerana ALLAH, pasti akan mudah terurai.. pasakkan kecintaan kepadaNYA semata-mata, dan pohonlah supaya ALLAH sentiasa menjaga ikatan ukhuwwah kita, pasti ALLAH takkan hampakan harapan hambaNYA..
Keperluan dakwah dalam berukhuwwah... Bagaimana kita menasihati sahabat-sahabat dan orang yang kita sayang? Pastinya akan dilakukan dengan penuh berhikmah dan kata-kata yang ditutur juga amat enak didengar. Bahkan, ana merasakan bahawa kerja-kerja dakwah akan lebih senang sekiranya kita telah mengenali seseorang.. Melengkapkan rukun usrah.. 1) ta'ruf (perkenalan) 2) tafahum (memahami) 3) takaful (membantu)... dengan dakwah, sebenarnya secara tidak langsung, kita telah membantu menyelamatkan saudara-saudara kita daripada terjebak ke jalan yang dimurkai ALLAH.. Alangkah gembiranya berdampingan dengan insan-insan yang sudi menasihati disaat kita terleka, menegur setiap salah yang ada dan sama-sama mengharungi setiap getir yang melanda. Nanti, kalau ada yang mula menonjolkan keLIATannya pergi usrah, kita kena rajin-rajinlah ziarah dia, tanya masalah dia, dan cuba bantu ringankan masalah yang menyebabkan keLIATan dia..

Berkenaan dengan persoalan mengenai KEMANA HILANGNYA AURA DAKWAH DAN JIHAD SETELAH WALIMAH TERUTAMA MUSLIMAT...
Ana berpendapat bahawa perkara ni bergantung kepada individu itu sendiri... Nak 1000 daya, kalau tak nak, cukup dengan 1 dalih, kan? ana teringat cerita seorang sahabat.. semasa di kampus lama, beliau aktif bergiat dalam gerakan ISLAM, aktiviti dakwah, tarbiah.. tapi, bila menjejakkan kaki ke sebuah IPTA untuk menyambung pengajian, beliau membekukan diri.. tidak terlibat dengan mana-mana persatuan.. tidak mengaktifkan diri langsung... sepanjang tempoh masa 3 tahun berada di kampus baru, beliau tidak pernah terlibat dengan apa-apa aktiviti.. Beliau mengakui, sememangnya sepanjang tempoh tersebut, beliau rasa terumbang ambing, kosong.. tapi kerana perasaan MAHU yang mencetuskan MAMPU untuk berubah dan bertindak, alhamdulillah, akhirnya,berkat usaha, doa, dan bantuan sahabat-sahabat sekarang, beliau kembali bersama kami dalam saff perjuangan, kembali mengaktifkan diri dalam usrah dan program gerakan ISLAM.. HEBAT PERCATURAN ALLAH, kan? Kini beliau lebih menghargai apa yang ada tersedia.. medan dakwah dan perjuangan yang terbentang luas didepan mata.. beliau merasa takut untuk kehilangan semua itu sekali lagi.. Cerita tadi adalah luahan dari seorang sahabat muslimin.. Apa yang ana cuba sampaikan disini ialah, sikap kita sendiri yang mendorong kita untuk terus berada ditempat yang kita ada sekarang.. kalau kita mahukan sesuatu, pasti, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.. jangan lupa doa yang penuh ikhlas dan pengharapan kepadaNYA.. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.. seandainya suatu hari nanti kita diuji dengan semua ini, mampukah kita menghadapinya? tepuk dada, tanya iman...
Dorongan dari orang-orang disekeliling juga memainkan peranan penting..
Bagi muslimat, setelah mendirikan rumah tangga, tumpuannya harus diberikan kepada keluarga.. Suami adalah insan pertama setelah ALLAH dan rasul.. hmm, sebab itulah pentingnya untuk mendirikan Baitul Muslim dengan orang yang punya fikrah yang sama.. yang tahu akan tanggungjawab untuk berada dengan gerakan ISLAM.. yang akan sama-sama berjuang di jalan dakwah.. yang akan sentiasa memberi dorongan kepada muslimat untuk terus berada dalam saff perjuangan.. kalau dah dikurniakan rezeki oleh ALLAH, nanti takkan ada masalah untuk bergilir jaga anak-anak.. bila suami pergi program pemuda, isteri jaga rumah dan keluarga.. bila isteri ada program nisa', suami pula yang jaga anak-anak di rumah.. bila dua-dua ada usrah atau program, bawak anak-anak ke tempat program..best kan? Bahagianya rumahtangga... (^_~).. Apa yang penting???? KERJASAMA.. dan dorongan dari kedua-dua belah pihak.. hmm, ada juga yang cakap, tak ada masalah kalau berkahwin dengan orang yang tak berada dalam jemaah, ana kurang yakin dengan kata-kata tu.. memang ada jugak yang berjaya mentarbiah pasangan untuk sama-sama berada dalam gerakan ISLAM, tapi hanya beberapa kerat sahaja..yang lain?? wallahu ta'ala a'lam.. fikir-fikirlah sendiri.. usahkan muslimat, muslimin sendiri pun ada yang menghilang selepas berkahwin dengan orang yang tak pernah berada dalam gerakan jemaah.. Kalau muslimat, lagi tinggi potensi untuk GHAIB dari gerakan jemaah.. nau'zubillah.. moga ALLAH temukan kita semua dengan insan yang faham, dan akan sentiasa memberi dorongan untuk terus bekerja untuk ISLAM, melalui wadah yang jelas matlamatnya..
sampai di sini dulu untuk kali ini.. ma'assalamh...(^_^)

Isnin, 28 September 2009

CATATAN SYAWAL

Assalamua'laikum...

salam syawal buat semua..Apa khabar iman kita hari ini? moga makin sihat dan mantap, kan baru lepas ditarbiah, takkan dah layu kot? hehe.. ok, seperti yang dijanjikan (dah ramai yang suruh ana kota janji) hehe, ana akan upload gambar anak-anak dan cucu sulong ana. (^_^).

tengok je, jangan nak mengata ye.. (TAPI RASANYA TAK ADA PELUANG NAK MENGATA, SEBAB ANAK-ANAK n CUCU ANA CHOMEY2 BELAKA) ahaks..

first of all, nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga ana.. nama diberi Muhammad Mukhriz.. baru cukup 28 hari masa 1 Syawal hari tu..hehe.. chomey kan? ada sahabat cakap, muka mukhriz ada iras ana.. hmm, yeke? entahla, tak tau area mana yang sama.. hehe

yang ni, namanya mohd adam haris.. ini anak lelaki tunggal abang ana.. umur 3 tahun, tapi nampak matang kan? hehe.. perangai dia sebijik sama dengan osama adri.. GANAZ!!!!! hehe.. beza umur lebih kurang 2 bulan je.. memang patutla kalau perangai lebih kurang, kan?



yang sweet ni, namanya muhammad atiqullah.. hehe, dia pun baru umur 3 tahun.. gambar atas tu, gambar masa dia jatuh longkang..kononnya nak tolong abah dia bersihkan longkang, last-last, dia yang masuk dalam longkang.. 2 hari sebelum raya.. hehe, kesian.. tapi, yang ana tak boleh lupa, masa jatuh tu, dia tak nangis langsung.. siap gelak lagi..hehe, nakal betul atiq bucuk ni.. masa nak bertolak dari kampung, dia merajuk lagi dengan ana.. alahai, susah betul anak manja sorang ni.. silap ana jugak, tak sengaja terlepas cakap, "ATIQ, MEH LA SALAM DENGAN SUWA, SUWA NAK PERGI KERJA DAH NI".. terus masuk bilik, huhu, merajuk la tu..(^_~).. maaflah, tak ada gambar Atiq pakai baju, semuanya macam ni je, baju raya dia tak siap, dia merajuk, tak nak pakai baju lain..hehe, manja betul..




jangan terkejut, inilah Ultraman keluarga ana... nama dia, Mohd Osama Adri.. orang dah cakap, jangan pakai mask pagi raya, dia degil.. umur baru 3 tahun.. hehe, kalau kat rumah , ana berebut TV dengan dia la.. last-last, ana jugak yang terpaksa layan ULTRAMAN dia.. sabar jelah..


ini pulak abang sulung ana.. hehe, orang paling hensem dalam keluarga ana selepas ayah ana.. (^_~).. dia agak garang dan tegas.. walaupun ana selalu jadi mangsa buli dia setiap kali jumpa, ana tak kisah, sebab dia suka masak makanan kegemaran ana.. hehe, untuk pengetahuan semua, dia pandai masak.. pernah bekerja di HOTEL SQUARE POINT, RESTOREN FOUR SEASON dan sekarang di salah sebuah restoren d KB..

dah malas la nak menaip, ana upload gambar jelah ye, antum tengok la.. selamat menjamu mata...hehe..

mak dan ayah bersama cicit sulung.. hehe..


ni masa raya di rumah mak sepupu.. kat wakaf bharu
Mohammad Saifullah yang segak bergaya.. hehhe.. inilah anak yang copy paste perangai ana, suka sangat memancing.. (^_^)

ayah kesayangan..

handphone raya.. hehe

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN

salam Akhir Ramadhan buat semua.. dikesempatan ini, ana menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari antum, sekiranya ada salah dan silap sepanjang tautan ukhuwwah kita di alam maya ini.. moga Aidilfitri kali ini menjanjikan kebahagiaan buat semua..hati-hati dijalan raya.. pejuang-pejuang ISLAM, teruskan berjuang.. sampaikanlah walau satu ayat..SURUH ORANG BUAT KEBAIKAN, LARANG ORANG BUAT MAKSIAT, LARANG ORANG MAIN MERCUN, LARANG ORANG BUAT PERKARA TAK BAIK.. sambil-sambil tu, banyakkan sedekahkan senyuman.. hehe..berhemah dalam berdakwah..jangan lupa... marah kita dalam iman..senyum sokmo.(^_^)

jemput datang rumah.. nanti lepas raya, ana akan upload gambar anak-anak, dan cucu ana..hehe.. tungguuuuuuuuu... sabar tu kan satu nikmat?

UJIAN ADALAH SATU NIKMAT


Buat Mujahidah solehah tersayang,
Musibah menguji kekuatan iman seseorang. Orang yang kuat imannya pasti berjaya menghadapi ujian yang tersedia ganjaran besar. Mereka bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, menghadapi dugaan dengan perasaan dan fikiran positif.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya". (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: "Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: " Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk". (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)

SALAM AKHIR RAMADHAN..Alhamdulillah, kali ni, ana hadir dengan wajah baru.. hehe, versi pucat + chomey..(^_~).
akhir Ramadhan tahun ni agak istimewa buat ana.. masakan tidak, pertama kali dalam sejarah hidup ana, dengan rela hati, ana menawarkan diri untuk dibawa ke HOSPITAL.. rasa bangga dengan diri sendiri..(^_^)
tepat jam 2 pagi waktu tempatan, ana terjaga dari lena yang tak berapa panjang(ana baru saja habis perbincangan dengan seorang sahabat berhubung dengan program alumni sekolah pada jam 12 malam)... rasa sakit yang agak ketara, dibahagian pinggang.. hik..hik.. macam best je.. mula-mula macam ok lagi, tapi, dalam 5 minit lepas tu, ana dah tak boleh gerak..waaaa, sakitt.. hmm, tangan capai telefon, call kakak kat bilik sebelah.. "K.Ina, masuk bilik jap, sakit"
bila nampak je muka kakak, airmata terus mencurah-curah, lidah kelu, tak tau nak cakap apa.. hehe, kakak tengok je tanpa perasaan, mamai lagi rupanya..(^_~)
beberapa ketika selepas tu, dia dah macam sedar sikit, tanya ana, kenapa.. ana cakap nak pergi hospital, sakit..hehehe, 1 catatan baru dalam sejarah hidup ana sejak 21 tahun yang lampau.. bila sampai di hospital, dah tak nampak orang dah, rasa macam nak gi terkam je doktor yang ada..ganaz betul kan? ish, ish, ish... bila dah jalani ujian saringan, ana dibawa jumpa doktor dalam bilik rawatan kecemasan.. doktor tengok-tengok kawasan terlibat, dan bagi suntikan.. kemudian ana dibawa ke wad sementara..lambat betul tunggu kesan pain killer tadi..hmm, dalam pukul 5pagi, ana dibenarkan keluar.. dengan bekalan ubat yang tak berapa banyak..hehe..
nak dijadikan cerita, pukul 6 petang, tiba-tiba sakit tadi datang lagi..tak bagi signal pulak tu. hai, memang dugaan betul.. ana terpaksa bertahan sehingga waktu buka puasa, lepas tu terus pergi hospital sekali lagi.. sampai di hospital, bermulalah episod kisah duka antara ana dan dia..hehe, jangan salah faham pulak ye.. DIA yang dimaksudkan ialah JARUM yang doktor guna untuk inject ana..(^_^).. untuk kesekian kalinya, ana disuntik lagi..yang paling best, doktor buat ujian darah, urine dan suruh buat X-Ray.. ish, ish..macam teruk je sakit ana ni.. (^_~)
dah siap semua ujian, ana direhatkan di bilik kecemasan lagi, dengan ditemani oleh jarum dan sebotol air..katil 18 dan katil 19 menjadi saksi coretan sejarah baru dalam hidup ana..terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lakaran sejaraha ini.. insya'ALLAH, ana terima segalanya dengan hai yang terbuka..(^_^)..Bukankah ujian dari ALLAH satu nikmat? siapa kita untuk menolak ketentuan dariNYA? sekarang ana bertapak di kampung.. tengok, awal-awal lagi ALLAH dah tunjukkan hikmah semua yang berlaku.. dapat MC, dapat balik awal..hehe.. nanti raya, jemputlah datang rumah.. (^_^)..
sekian saja coretan untuk kali ini, wassalam..

Khamis, 10 September 2009

MANGKUK, MADU DAN RAMBUT


Rasulullah SAW, dengan sahabatnya Abu bakar ra, Umar ra, Usman ra dan Ali ra, bertamu ke rumah Ali ra. Di rumah Ali ra istrinya Sayidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut didalamnya.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata,"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih sulit dari menjaga / meniti sehelai rambut ini.

Umar r.a. berkata,"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Usman r.a. berkata,"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Ali r.a. berkata,"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu ini, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang kerumahnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Fatimah r.ha. berkata," seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang beriman lebih manis dari madu ini, dan mendapatkan wanita yang tak pernah terlihat oleh orang lain kecuali olah murimnya sendiri lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Rasulullah SAW berkata,"seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Malaikat Jibril AS berkata,"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri,harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Allah S.W.T berfirman,"Surga- Ku lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat surga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju surga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

kutipan : dari majalah cahaya nabawi

BAHAYANYA PANADOL

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya.

.."Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. .
Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Rabu, 9 September 2009

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN SAYANGKU


ASSALAMUA'LAIKUM...


ALHAMDULILLAH, HARI NI, 09 SEPTEMBER 2009, 090909, MERUPAKAN ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-3 INSAN KESAYANGAN ANA , MOHD ATIQULLAH....


SEAWAL 630 PAGI, ANA DAH TELEFON DIA, DENGAR SUARA.. GELAK JE..HEHE, RINDU KAT ATIQ.. NANTI SUE BALIK, KITA MAKAN KEK SAMA-SAMA YE.. (^_^).. TAK SABAR DAH NAK BALIK JUMPA ATIQ BUCUK..



DOA DAN HARAPAN, SEMOGA ATIQ MEMBESAR MENJADI PELAPIS GENERASI PEMBELA AGAMA ALLAH.. SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEH.. SAYANG ATIQ.. (^_~)




KEJAP JE MASA BERLALU, DAH BESAR DAH BUDAK CHOMEY SORANG NI..HEHE

(lepas raya nanti ana masukkan gambar anak2 n family ana ye)

Selasa, 8 September 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS MESRA AIDILFITRI MAHASISWA KELANTAN 2009



ASSALAMUA'LAIKUM.. SALAM RAMADHAN..

ALHAMDULILLAH, SEKALI LAGI, MARKAZ SISWAZAH KELANTAN TELAH BERJAYA MENGATURKAN SATU MAJLIS YANG AKAN MENGUMPULKAN MAHASISWA-MAHASISWA ANAK KELAHIRAN KELANTAN..

MAJLIS YANG DIMAKSUDKAN IALAH:-

MAJLIS MESRA AIDILFITRI MAHASISWA KELANTAN 2009.

AKAN BERLANGSUNG PADA 3 SYAWAL 1430H / 22 SEPTEMBER 2009

BERMULA JAM 0800 HINGGA 1245..

HARAP SAHABAT-SAHABAT DAPAT MENGHADIRKAN DIRI DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI...

POHON DISEBARKAN JEMPUTAN INI KEPADA SEMUA.. BOLEH COPY PASTE DALAM BLOG MASING-MASING..

SEKIAN DIMAKLUMKAN..WASSALAM

APA NAK JADI DENGAN RAKYAT MALAYSIA??


306 MURID SEKOLAH RENDAH POSITIF DADAH


PUTRAJAYA - Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini.Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK), Datuk Abdul Bakir Zin berkata, murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara pro aktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

“Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran. “Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani “Term of Referrence” dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung. Abdul Bakir bekata, Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam. “Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini.
source : sinar harian online

Isnin, 7 September 2009

ukhuwwah itu


Assalamua'laikum..

alhamdulillah, hari ni, dah masuk hari ke-18 kita berpuasa.. Sekejap je kan? Tak terasa pun nak raya (walaupun sejak awal Ramadhan lagi dah disaji dengan lagu-lagu raya di ofis (^_^)..hehe)..

hmm, apa yang ana nak tulis hari ni ye? Macam tak ada idea je.. hehe... Semalam ana sempat menziarah blog sahabat2, alhamdulillah, banyak pengisian.. Tapi blog ana, hmm, tak sempat nak update.. jeles tengok rumah orang lawa-lawa, banyak perabot, tapi rumah kita sendiri tak sempat nak kemas...(!_!)

tiba-tiba hati teringat pada sahabat-sahabat.. rindunya pada antum.. kenangan semasa di kampus, tamrin, iftar, riadah bersama mad'uu, riadah muslimat..makan bersuap..... ya ALLAH, ENGKAU pemilik hati-hati ini, KAU eratkanlah ukhuwwah kami.. satukanlah kami, YA ALLAH...
KAU permudahkanlah urusan kami, pertemukanlah kami, YA ALLAH.

sahabat-sahabat sekalian,
kenangan antara kita terlalu sukar untuk dilupakan, dan rasanya tak mungkin dapat dilupakan, kecuali dengan izin ALLAH.. Ingatkah lagi, disaat kita sama-sama melangkah ke surau, tempat usrah kita.. sama-sama ke masjid, berjemaah dan iftar bersama adik-adik.. Lepas solat isyak, kita bertadarus beramai-ramai.. bila ada aktiviti di kampus, paling seronok bila kita dapat kerja sama-sama.. penat, tapi berbaloi.. sebab paling tidak, kita dah berusaha untuk menghidupkan kampus dengan suasana ISLAM..

Semalam, sama seperti hari -hari sebelumnya, air mata ini menitis lagi.. rindu yang teramat pada antum.. bila agaknya kita dapat bertemu lagi? berkongsi suka dan duka, celoteh yang tak henti-henti dari antum, merdu sekali.. gelak ketawa kita, seringkali hadir bagi irama.. ana rindukan antum... insya'ALLAH, semoga ukhuwwah fillah abadan abada.. terima kasih untuk segalanya..(^_^)

Jumaat, 4 September 2009

MAJLIS SAMBUTAN IDUL FITRI


ASSALAMUA'LAIKUM..
Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menikmati kurniaan ALLAH... masih diberi peluang untuk merasai kemanisan beribadat kepadaNYA..
Agak lama tak berpeluang update blog ni, maafkan ana.. Kebelakangan ni, ana banyak meluangkan masa untuk update blog lain yang telah diamanahkan kepada ana..tambahan pula ada beberapa amanah yang memerlukan perhatian sepenuhnya...hm, maaf kerana terpaksa menjadikan itu semua sebagai alasan... ana akan cuba memberikan yang terbaik..

PENGUMUMAN INI DITUJUKAN KHAS KEPADA WARGA ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEROH, KUALA KRAI, KELANTAN..

Dengan sukacitanya, ana ingin menjemput keluarga alumni SMK Keroh, untuk sama-sama mengimarahkan sambutan Idul Fitri yang akan diadakan pada hari raya ke5 nanti.. maklumat lanjut berkenaan majlis adalah seperti berikut :-
  • TARIKH : 5 SYAWAL 2009 / 24 SEPTEMBER 2009
  • MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
  • TEMPAT : KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEROH

Tentatif program :-

  • UCAPAN PEMBUKAAN
  • SANTAPAN ROHANI
  • TA'RUF
  • MAKAN-MAKAN
  • BERSURAI

Insya'ALLAH, tautan ukhuwwah yang dijalin semata-mata kerana ALLAH, pasti terasa kemanisannya..

JUMPA DISANA... (^_^)

http://alumnikroh.blogspot.com/

"ORANG YANG HIDUP DIBAWAH NAUNGAN CINTA DAN UKHUWWAH KERANA ALLAH MERASAKAN KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN YANG TIDAK PERNAH DIRASAI OLEH ORANG-ORANG YANG BERKUMPUL KERANA URUSAN DUNIA"

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers