Rezeki

Isnin, 28 September 2009

CATATAN SYAWAL

Assalamua'laikum...

salam syawal buat semua..Apa khabar iman kita hari ini? moga makin sihat dan mantap, kan baru lepas ditarbiah, takkan dah layu kot? hehe.. ok, seperti yang dijanjikan (dah ramai yang suruh ana kota janji) hehe, ana akan upload gambar anak-anak dan cucu sulong ana. (^_^).

tengok je, jangan nak mengata ye.. (TAPI RASANYA TAK ADA PELUANG NAK MENGATA, SEBAB ANAK-ANAK n CUCU ANA CHOMEY2 BELAKA) ahaks..

first of all, nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga ana.. nama diberi Muhammad Mukhriz.. baru cukup 28 hari masa 1 Syawal hari tu..hehe.. chomey kan? ada sahabat cakap, muka mukhriz ada iras ana.. hmm, yeke? entahla, tak tau area mana yang sama.. hehe

yang ni, namanya mohd adam haris.. ini anak lelaki tunggal abang ana.. umur 3 tahun, tapi nampak matang kan? hehe.. perangai dia sebijik sama dengan osama adri.. GANAZ!!!!! hehe.. beza umur lebih kurang 2 bulan je.. memang patutla kalau perangai lebih kurang, kan?



yang sweet ni, namanya muhammad atiqullah.. hehe, dia pun baru umur 3 tahun.. gambar atas tu, gambar masa dia jatuh longkang..kononnya nak tolong abah dia bersihkan longkang, last-last, dia yang masuk dalam longkang.. 2 hari sebelum raya.. hehe, kesian.. tapi, yang ana tak boleh lupa, masa jatuh tu, dia tak nangis langsung.. siap gelak lagi..hehe, nakal betul atiq bucuk ni.. masa nak bertolak dari kampung, dia merajuk lagi dengan ana.. alahai, susah betul anak manja sorang ni.. silap ana jugak, tak sengaja terlepas cakap, "ATIQ, MEH LA SALAM DENGAN SUWA, SUWA NAK PERGI KERJA DAH NI".. terus masuk bilik, huhu, merajuk la tu..(^_~).. maaflah, tak ada gambar Atiq pakai baju, semuanya macam ni je, baju raya dia tak siap, dia merajuk, tak nak pakai baju lain..hehe, manja betul..




jangan terkejut, inilah Ultraman keluarga ana... nama dia, Mohd Osama Adri.. orang dah cakap, jangan pakai mask pagi raya, dia degil.. umur baru 3 tahun.. hehe, kalau kat rumah , ana berebut TV dengan dia la.. last-last, ana jugak yang terpaksa layan ULTRAMAN dia.. sabar jelah..


ini pulak abang sulung ana.. hehe, orang paling hensem dalam keluarga ana selepas ayah ana.. (^_~).. dia agak garang dan tegas.. walaupun ana selalu jadi mangsa buli dia setiap kali jumpa, ana tak kisah, sebab dia suka masak makanan kegemaran ana.. hehe, untuk pengetahuan semua, dia pandai masak.. pernah bekerja di HOTEL SQUARE POINT, RESTOREN FOUR SEASON dan sekarang di salah sebuah restoren d KB..

dah malas la nak menaip, ana upload gambar jelah ye, antum tengok la.. selamat menjamu mata...hehe..

mak dan ayah bersama cicit sulung.. hehe..


ni masa raya di rumah mak sepupu.. kat wakaf bharu
Mohammad Saifullah yang segak bergaya.. hehhe.. inilah anak yang copy paste perangai ana, suka sangat memancing.. (^_^)

ayah kesayangan..

handphone raya.. hehe

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers