Rezeki
Rabu, 16 September 2009
UJIAN ADALAH SATU NIKMAT
Buat Mujahidah solehah tersayang,
Musibah menguji kekuatan iman seseorang. Orang yang kuat imannya pasti berjaya menghadapi ujian yang tersedia ganjaran besar. Mereka bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, menghadapi dugaan dengan perasaan dan fikiran positif.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya". (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah yang bermaksud: "Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: " Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk". (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)
SALAM AKHIR RAMADHAN..Alhamdulillah, kali ni, ana hadir dengan wajah baru.. hehe, versi pucat + chomey..(^_~).
akhir Ramadhan tahun ni agak istimewa buat ana.. masakan tidak, pertama kali dalam sejarah hidup ana, dengan rela hati, ana menawarkan diri untuk dibawa ke HOSPITAL.. rasa bangga dengan diri sendiri..(^_^)
tepat jam 2 pagi waktu tempatan, ana terjaga dari lena yang tak berapa panjang(ana baru saja habis perbincangan dengan seorang sahabat berhubung dengan program alumni sekolah pada jam 12 malam)... rasa sakit yang agak ketara, dibahagian pinggang.. hik..hik.. macam best je.. mula-mula macam ok lagi, tapi, dalam 5 minit lepas tu, ana dah tak boleh gerak..waaaa, sakitt.. hmm, tangan capai telefon, call kakak kat bilik sebelah.. "K.Ina, masuk bilik jap, sakit"
bila nampak je muka kakak, airmata terus mencurah-curah, lidah kelu, tak tau nak cakap apa.. hehe, kakak tengok je tanpa perasaan, mamai lagi rupanya..(^_~)
beberapa ketika selepas tu, dia dah macam sedar sikit, tanya ana, kenapa.. ana cakap nak pergi hospital, sakit..hehehe, 1 catatan baru dalam sejarah hidup ana sejak 21 tahun yang lampau.. bila sampai di hospital, dah tak nampak orang dah, rasa macam nak gi terkam je doktor yang ada..ganaz betul kan? ish, ish, ish... bila dah jalani ujian saringan, ana dibawa jumpa doktor dalam bilik rawatan kecemasan.. doktor tengok-tengok kawasan terlibat, dan bagi suntikan.. kemudian ana dibawa ke wad sementara..lambat betul tunggu kesan pain killer tadi..hmm, dalam pukul 5pagi, ana dibenarkan keluar.. dengan bekalan ubat yang tak berapa banyak..hehe..
nak dijadikan cerita, pukul 6 petang, tiba-tiba sakit tadi datang lagi..tak bagi signal pulak tu. hai, memang dugaan betul.. ana terpaksa bertahan sehingga waktu buka puasa, lepas tu terus pergi hospital sekali lagi.. sampai di hospital, bermulalah episod kisah duka antara ana dan dia..hehe, jangan salah faham pulak ye.. DIA yang dimaksudkan ialah JARUM yang doktor guna untuk inject ana..(^_^).. untuk kesekian kalinya, ana disuntik lagi..yang paling best, doktor buat ujian darah, urine dan suruh buat X-Ray.. ish, ish..macam teruk je sakit ana ni.. (^_~)
dah siap semua ujian, ana direhatkan di bilik kecemasan lagi, dengan ditemani oleh jarum dan sebotol air..katil 18 dan katil 19 menjadi saksi coretan sejarah baru dalam hidup ana..terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lakaran sejaraha ini.. insya'ALLAH, ana terima segalanya dengan hai yang terbuka..(^_^)..Bukankah ujian dari ALLAH satu nikmat? siapa kita untuk menolak ketentuan dariNYA? sekarang ana bertapak di kampung.. tengok, awal-awal lagi ALLAH dah tunjukkan hikmah semua yang berlaku.. dapat MC, dapat balik awal..hehe.. nanti raya, jemputlah datang rumah.. (^_^)..
sekian saja coretan untuk kali ini, wassalam..