Rezeki

Selasa, 29 September 2009

dakwah dan ukhuwwah

Assalamua'laikum.. alhamdulillah, hari ini ana diberi kesempatan untuk mencoretkan beberapa perkara dalam blog untuk kali ini.
suka untuk ana highlightkan tajuk post ana kali ini iaitu berkenaan dengan DAKWAH DAN UKHUWWAH..


Pernah suatu ketika dulu, seorang sahabat bertanya kepada ana, adakah ukhuwwah kami akan kekal mesra seperti ini setelah walimah kelak? Ana sekadar tersenyum, dan menjawab dengan ringkas.. Moga ALLAH permudahkan segalanya.. Bukankah hati kita adalah milik ALLAH? mohonlah pada ALLAH, pasti ALLAH takkan hampakan harapan hambaNYA..(^_^)

Bagi ana, ukhuwwah adalah satu jalinan yang amat bermakna.. dan ramai juga yang memang mengakui perkara tersebut.. Ukhuwwah adalah pengikat hati kita semua.. tanpa jalinan yang tersimpul semata-mata kerana ALLAH, pasti akan mudah terurai.. pasakkan kecintaan kepadaNYA semata-mata, dan pohonlah supaya ALLAH sentiasa menjaga ikatan ukhuwwah kita, pasti ALLAH takkan hampakan harapan hambaNYA..
Keperluan dakwah dalam berukhuwwah... Bagaimana kita menasihati sahabat-sahabat dan orang yang kita sayang? Pastinya akan dilakukan dengan penuh berhikmah dan kata-kata yang ditutur juga amat enak didengar. Bahkan, ana merasakan bahawa kerja-kerja dakwah akan lebih senang sekiranya kita telah mengenali seseorang.. Melengkapkan rukun usrah.. 1) ta'ruf (perkenalan) 2) tafahum (memahami) 3) takaful (membantu)... dengan dakwah, sebenarnya secara tidak langsung, kita telah membantu menyelamatkan saudara-saudara kita daripada terjebak ke jalan yang dimurkai ALLAH.. Alangkah gembiranya berdampingan dengan insan-insan yang sudi menasihati disaat kita terleka, menegur setiap salah yang ada dan sama-sama mengharungi setiap getir yang melanda. Nanti, kalau ada yang mula menonjolkan keLIATannya pergi usrah, kita kena rajin-rajinlah ziarah dia, tanya masalah dia, dan cuba bantu ringankan masalah yang menyebabkan keLIATan dia..

Berkenaan dengan persoalan mengenai KEMANA HILANGNYA AURA DAKWAH DAN JIHAD SETELAH WALIMAH TERUTAMA MUSLIMAT...
Ana berpendapat bahawa perkara ni bergantung kepada individu itu sendiri... Nak 1000 daya, kalau tak nak, cukup dengan 1 dalih, kan? ana teringat cerita seorang sahabat.. semasa di kampus lama, beliau aktif bergiat dalam gerakan ISLAM, aktiviti dakwah, tarbiah.. tapi, bila menjejakkan kaki ke sebuah IPTA untuk menyambung pengajian, beliau membekukan diri.. tidak terlibat dengan mana-mana persatuan.. tidak mengaktifkan diri langsung... sepanjang tempoh masa 3 tahun berada di kampus baru, beliau tidak pernah terlibat dengan apa-apa aktiviti.. Beliau mengakui, sememangnya sepanjang tempoh tersebut, beliau rasa terumbang ambing, kosong.. tapi kerana perasaan MAHU yang mencetuskan MAMPU untuk berubah dan bertindak, alhamdulillah, akhirnya,berkat usaha, doa, dan bantuan sahabat-sahabat sekarang, beliau kembali bersama kami dalam saff perjuangan, kembali mengaktifkan diri dalam usrah dan program gerakan ISLAM.. HEBAT PERCATURAN ALLAH, kan? Kini beliau lebih menghargai apa yang ada tersedia.. medan dakwah dan perjuangan yang terbentang luas didepan mata.. beliau merasa takut untuk kehilangan semua itu sekali lagi.. Cerita tadi adalah luahan dari seorang sahabat muslimin.. Apa yang ana cuba sampaikan disini ialah, sikap kita sendiri yang mendorong kita untuk terus berada ditempat yang kita ada sekarang.. kalau kita mahukan sesuatu, pasti, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.. jangan lupa doa yang penuh ikhlas dan pengharapan kepadaNYA.. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.. seandainya suatu hari nanti kita diuji dengan semua ini, mampukah kita menghadapinya? tepuk dada, tanya iman...
Dorongan dari orang-orang disekeliling juga memainkan peranan penting..
Bagi muslimat, setelah mendirikan rumah tangga, tumpuannya harus diberikan kepada keluarga.. Suami adalah insan pertama setelah ALLAH dan rasul.. hmm, sebab itulah pentingnya untuk mendirikan Baitul Muslim dengan orang yang punya fikrah yang sama.. yang tahu akan tanggungjawab untuk berada dengan gerakan ISLAM.. yang akan sama-sama berjuang di jalan dakwah.. yang akan sentiasa memberi dorongan kepada muslimat untuk terus berada dalam saff perjuangan.. kalau dah dikurniakan rezeki oleh ALLAH, nanti takkan ada masalah untuk bergilir jaga anak-anak.. bila suami pergi program pemuda, isteri jaga rumah dan keluarga.. bila isteri ada program nisa', suami pula yang jaga anak-anak di rumah.. bila dua-dua ada usrah atau program, bawak anak-anak ke tempat program..best kan? Bahagianya rumahtangga... (^_~).. Apa yang penting???? KERJASAMA.. dan dorongan dari kedua-dua belah pihak.. hmm, ada juga yang cakap, tak ada masalah kalau berkahwin dengan orang yang tak berada dalam jemaah, ana kurang yakin dengan kata-kata tu.. memang ada jugak yang berjaya mentarbiah pasangan untuk sama-sama berada dalam gerakan ISLAM, tapi hanya beberapa kerat sahaja..yang lain?? wallahu ta'ala a'lam.. fikir-fikirlah sendiri.. usahkan muslimat, muslimin sendiri pun ada yang menghilang selepas berkahwin dengan orang yang tak pernah berada dalam gerakan jemaah.. Kalau muslimat, lagi tinggi potensi untuk GHAIB dari gerakan jemaah.. nau'zubillah.. moga ALLAH temukan kita semua dengan insan yang faham, dan akan sentiasa memberi dorongan untuk terus bekerja untuk ISLAM, melalui wadah yang jelas matlamatnya..
sampai di sini dulu untuk kali ini.. ma'assalamh...(^_^)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers