Rezeki

Khamis, 7 Oktober 2021

Permulaan Hijrah

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah, segala puji hanya bagiNYA, yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita pada masa dan keadaan yang paling tepat.

Harini, 7 Oktober 2021, menjadi hari yang bermakna buat kami sekeluarga. Setelah 11 tahun menunggu dengan sabar, akhirnya dapat surat tawaran kuarters rumah landed. Ya ALLAH, syukurrrrrrrrrrr. Lama menunggu giliran. Akhirnya tiba giliran kami. Slowly but surely. Alhamdulillah.



Jumaat, 17 April 2020

Pasti Ada Hikmahnya

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.
Samada cepat atau lambat,
DIA pasti akan tunjukkan.

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.
Buka mata hati,
pandanglah dengan Iman.

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.
DIA takkan beri,
tanpa mengira ukuran kekuatan.

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.
Bersyukurlah andai diuji,
tanda DIA masih menyayangi.

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.
DIA selalu memberi,
salahkah sesekali menguji?

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.
Siapa kita untuk mengeji,
DIA yang maha memiliki.

Setiap kejadian Tuhan,
pasti ada hikmahnya.


Rabu, 15 April 2020

2020, penuh kejutan!

Semalam,
Kita bebas berlari.
Hari ini,
Terkurung di rumah sendiri.

Semalam,
Pekan sari meriah sekali.
Hari ini,
Semuanya sunyi sepi.

Semalam,
Jiran bertamu dan bertandang.
Hari ini,
Semua di depan TV, tunggu pengumuman.

Semalam,
Anak-anak berlari riang.
Hari ini,
Larangan pergerakan telah dilancarkan.


Selasa, 9 Julai 2019

2016-2019??

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kesihatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan.

Terasa kaku jari nak menaip. Lamaaa sungguh tinggalkan blog ni tanpa coretan terbaru. Anak pun dah bertambah. Haha. Alhamdulillah a'la kulli hal.


Tahun ni, anak pertama dah masuk sekolah rendah. Yang kedua dah umur 2 tahun 6 bulan. :)

Tahun ni, ibu makin banyak membebel. Haha. Anak makin besar, makin banyak ragam. Yang besar, cara yang besar. Yang kecik, masyaALLAH, hahah, anak ibu sungguh. Pot pet pot pet. Cikgu tasti pun cakap :Kami panggil Salsabila pengawas,kak. :D Nampak sangat laaa kaki report. Haha. Macam-macam.

Jadi, untuk yang tertanya-tanya perkembangan semasa, semoga dengan update ini dapat menjawab persoalan.

Nombor hp lama dah tukar ye. Kalau ada urusan, boleh hubungi melalui emel : syuhadaomar@gmail.com. Insya'ALLAH akan dijawab seberapa segera yang boleh.

Terima kasih kerana masih setia menanti. Terima kasih kerana masih sudi bertanya khabar. Terima kasih kerana sentiasa sabar.



Syukur KepadaNYA

Assalamua'laikum

Alhamdulillah, segala puji bagiNYA, Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Lama tidak meninggalkan coretan di kanvas ini. Masa berlalu begitu pantas. Selalu saja tidak berkesempatan menjengah ke sini.

Alhamdulillah, tanggal 3 Januari 2017 yang lalu, lahirnya anakanda qurratun a'yun kedua kami. Seorang bayi perempuan. Bersalin di Hospital Kuala Krai, Kelantan. Jam 11.32 malam.

Pengalaman kali ini amat berbeza berbanding dengan pengalaman anak pertama. Hehe. Alahan teruk sehingga hari bersalin. Usia kandungan mencecah 6 bulan barulah ibu dapat rasai nikmat nasi. Lamaa sungguh. Rindu bau nasi.Rindu lauk pauk yang pelbagai rasa. Tapi hanya mampu makan nasi dan sambal sotong. Berbulan-bulan.

Apapun, alhamdulillah, anak dan ibu sihat dan selamat. Walaupun alahan teruk, berat anakanda tetap mencecah 3.18kg. Hehe. Ibu je yang makin kurang timbangannya.

Mohon doakan semoga anakanda membesar sebagai anak yang solehah, penyejuk mata kedua ibu bapa, sihat dan ceria sentiasa hendaknya.

Ahad, 29 Mei 2016

Lamanyaaaaaa

Assalamualaikum.

;p Lamanyaaa tak update blog. Last Oktober 2015. Sekarang dah bulan Mei 2016. Tupon dah hujung bulan. Phewwwww.....

Susah sikit sekarang ni. Di Ofis memang kena block. Hehe. Di rumah pulaaaakk memang tak berapa rajin nak buka laptop. Jadi, tinggallah blog ni kesepian tanpa update.

Perkembangan terkini; masih sama seperti sebelumnya, 3 orang ahli keluarga. :D

Alhamdulillah, Ilham dah sekolah sekarang. Seronok boleh kenal kawan-kawan. Setiap hari adaaa je cerita. Hehe.

Minggu pertama masuk sekolah, alhamdulillah Ilham sangaatttt behave. Ibu bangga betul. Sebab tak sama langsung dengan ibu dulu. ;p. Memang tak ada drama air mata. Walaupun mulanya agak susah nak bergaul, masih dalam dunia sendiri ( duk tepi dinding gigit jari.haha), tapi minggu kedua dah ok. Kenal orang. Dia ada geng. Khasyifah, Muhammad, Aniq. Hehe. 4 sekawan.

Cuma drama bermula lepas cuti sekolah bulan 3. Kami balik kampung Lebih kurang 10 hari. Khamis 17 Mac tu kami gerak balik ke sini. Tapi Jumaat malam tu Ilham macam demam sikit. Pagi Sabtu dah ada bijik2 Chicken Pox. Hoho... Sepatutnya kena pergi BTN hari Isnin 21hb, tapi memang tak dapatlah kan. Pergi Ofis buat surat, minta cuti. Lepas siap urusan, terus ke Terengganu (Mak duk sana sebab kakak baru pindah ke sana). Hampir 1 minggu di Terengganu, sambung lagi cuti di sini. Bila tengok Ilham macam ok sikit bawa datang ofis. Alhamdulillah, dapat bos yang memahami. 6 Tahun jaga bos yang satu ni, Alhamdulillah, memang tak ada masalah. Dannn, untuk Ilham pulak, lamaaa kan cuti, bila nak pergi semula ke sekolah tu, ALLAH, menguji. Hehe. Tengah-tengah tahun baru ada drama airmata. Hoho.Hari pertama hantar, ayahnya yang hantar. Sejam bedukung memujuk. Minta cikgu tolong pegang, masuk dalam, meraungg. Ayahnya yang sedih.hik2. Hari kedua, ibu cuba hantar. Memang jadi sama macam semalam. Tapi biasalah kan, Ibu jiwa kental sikit. Kalau bab macam ni Ibu tak ada kompromi. Jadi, Ibu buat helah. Minta Ilham tunjukkan tandas sebab ibu nak tumpang guna tandas. Dia masuk sama-sama, terus suruh cikgu tutup pintu. Memang dengar dia menangis, tapi kita tahu kan anak kita. Memang Ilham ni nangis kejap je, sebab dia takut hidung beringus.;p Pesan siap-siap kat cikgu, kalau dia nangis cakap nanti beringus, Dia akan berhenti terus.
So itulah cerita ilham. Sekarang ni dah ok, Alhamdulillah. Balik sekolah akan cakap : "Ibu, tadi Ilham masuk sekolah elok je". Haha.

Ok lah, Sampai sini saja untuk kali ini. Moga jumpa lagi.

Assalamua'laikum.

Khamis, 29 Oktober 2015

Terus Melangkah





Andai hari ini kita kalah dan lelah, moga langkah hari esok akan lebih gagah.
Biar beribu kali kita rebah, namun jangan sekali cepat mengalah.
Langkah hari ini mungkin lemah. Pastikan esok tak bisa goyah dengan mudah.
Hidup, adalah sebuah lapangan perjuangan.
Bukan mudah, namun tetap perlu diredah!


**********

Coretan lama.. Semoga bermanfaat buat hati yang resah.

Fast update dari Darus Syuhada'

Assalamua'laikum.

Allahumma solli a''a sayyidina muhammad.

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk meneruskan kehidupan.

(>_<).

Hari ini bersiaran dari rumah. ALLAH bagi rehat. Berhenti sekejap melepaskan lelah. Sebenarnya sejak beberapa bulan ni, pihak Jabatan mengetatkan kawalan keselamat an. Hehe, banyak laman sesawang yang kena 'block'. Termasuklah blog ni. :) Jadi, memang makin menjadi-jadilah tahap 'kerajinan' untuk menaip. :) Lagipula agak sibuk sekarang. Lebih sibuk berbanding dulu. Hehe. Nama pun kerja kan. :)

Sekarang dah masuk penghujung bulan 10. Kejap je kan? Tinggal 2 bulan je lagi nak masuk tahun 2016.

Tahun depan, insya'ALLAH kalau tak ada aral, Ilham dah mula bersekolah. Wahh, kejap je kan? Rasa macam kecik lagi, hehe. Sekarang ni bukan main mulutnya pot pet pot pet. Hehe. Ayahnya cakap menurun ibu. Iyoolahh, ibu memang banyak cakap. :p

Persiapan apa pun tak buat lagi. Hehe. Tak sabar nak beli beg sekolah, kasut. Hoho. Mak yang lebih-lebih. Anak setakat excited nak jumpa kawan ramai, nak jumpa cikgu. Moga2 tiada drama macam ibu kecik-kecik dulu. Hoho. Mak cakap, seminggu pertama tu memang nyanyi lagu Negaraku depan pagar. Mak n ayah memang meniaga sayur depan pagar tadika. Tu yang ibu 'menyanyi' depan pagar, sebab tak nak pergi sekolah. Tapi bila orang lain dah balik, sibuk tak nak balik pulak sebab nak main lagi. Kalau cikgu dah tutup pintu, ibu main di playground sorang-sorang. hehe. takpelah, kenangan masing-masing lah kan. Tapi budak-budak sekarang dah cerdik. Dah biasa duk rumah orang, berkawan. Kita dulu berkepit je dengan mak ayah. \Pergi pasar pun main gitu-gitu jelah. Kat kampung rumah jauh-jauh, bukan macam sekarang, sebelah pintu je. Hehe. Insya'ALLAH, Ilham ok nanti. :)

****



Untuk yang tertanya-tanya. Alhamdulillah, kondisi sekarang dah makin ok. Cuma belum mampu aktif macam dulu. Luka belum sembuh sepenuhnya. Nampak merah lagi bekas operation tu. So, masih dalam tempoh ber'uzlah' untuk kebaikan jangka masa panjang. :) Mohon doakan ye. Moga diri ini terus kuat dan sihat untuk ummah.

Ma'as salamah wa ilalliqo'. :)


Dr. Bilal Philips
Allah has perfect timing; never early, never late. It takes a little patience and faith, but it's worth the wait.

Isnin, 13 Julai 2015

Penghujung 2014, Kenangan Berharga

Assalamua'laikum.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa a'la ali Muhammad.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri kesempatan untuk berkunjung ke diari maya.

Julai 2015. Diam tak diam, dah melepasi setengah tahun 2015.

Ramadhan 1436H, juga telah masuk fasa 10 malam terakhir.

Pantas masa berlalu, pergi meninggalkan kita.

Dalam tempoh masa ini, ramai yang telah meninggalkan kita.

*****

Lama menyepi. Entahlah, selalu juga menjenguk di sini. Tapi belum ada upaya untuk menaip.

Januari 2015, pembedahan kali kedua. Kali ini ambil masa 2 jam. Proses yang sama, cuma kali ini lukanya agak dalam. Infection kesan dari banjir penghujung 2014.

Penghujung 2014 mencatat sejarah. Pertama kali dalam hidup kami sekeluarga, terlibat dengan banjir. Rumah yang didiami sejak 2007, air biasanya hanya naik paras lutut, itupun dalam jarak 15 meter dari rumah. Kali ini, hingga ke bumbung rumah, sedangkan rumah kami agak tinggi, atas bukit. Kuasa ALLAH, kehendakNYA. Siapa yang mampu menghalang, kan?

Takdir ALLAH, ana dan anak berada di kampung pada bulan Nov dan Disember tahun lepas. ALLAH beri peluang merasa pengalaman baru. 24 Disember, jam 5 pagi, terputus bekalan elektrik. Masih dapat menghubungi zauj. Update perkembangan semasa. Zauj pesan supaya kemas2 barang yang penting. Terutama dokumen2 hospital,IC dan mykid, pakaian n susu anak.

Jam 8 pagi, air cepat sangat naik. Dah masuk area pagar rumah kakak. Kami pun kemas2 rumah, masukkan dokumen dalam beg, letak atas almari. Memang semua kelam kabut. Mak suruh semua orang makan bergilir-gilir. Dalam pukul 10 pagi, air dah masuk longkang rumah kami. Memang cepat sangat. Nampak pusaran air kat depan pagar. Bila air dah masuk longkang rumah, memang air kat jalan nak keluar ke jalan utama tu dah paras bahu.

Bila nampak macam air akan semakin naik, kami mula keluar secara berperingkat. Alhamdulillah, masa tu abang ipar ada kat rumah. Dia lah yang banyak berulang alik harung air, angkut anak buah yang kecik. Tambahan pula masa tu ada 2 orang anak buah baru lepas bersunat. Belum sembuh pun lagi. Guna besen besar, suruh duduk dalam tu. Mak pun dah larat nak mengharung air tu. Abang iparlah yang dukung. Ana keluar trip ke3, terpaksa pegang baju abang ipar. Sebab kaki dah tak rasa berpijak di tanah. Arus laju, mengharung air tu sambil lompat2, sebab air dah paras telinga. ALLAH, tak tahu nak cakap.  Kiri kanan jalan tu memang ada longkang dalam, paras bahu. So, berjalan memang kena hati2. Kalau silap langkah, memang naya. Anak pulak kakak yang tolong dukung. Sebab masa tu tak boleh nak angkat benda2 berat. Masa tu syukur sangat, sekurang2nya ana belum operate. Perasaan tu ALLAH je yang tahu. Jarak 20 meter tu, rasa macam jauhhh sangat. Airmata memang lajuuu. Dengan tangisan anak. :( Sampai tengah2 tu, ada anak ular melintas depan muka. Anak perasan, meraung makin kuat. Dia takut. :( Ana dan abang ipar pun terkejut.... :(

3 hari 2 malam di pusat pemindahan. Dengan makan pakai yang sangat terhad. Nasib baik masa nak keluar rumah sempat ambil susu dan pampers. Baju anak pon sempat packing. Kita yang tua ni, pakai baju sama pon takpe. Anak-anak tu kesian. Sebab di pusat pemindahan, baju budak2 terhad. Dengan cuaca sejuk, hujan tak berhenti.

Lepas seminggu baru air surut. Rumah memang penuh lumpur. Kenangan penghujung 2014.

Banyak perkara berlaku, tak pernah kita jangkakan.

Semua perkara ALLAH dah aturkan. Semuanya ada hikmah tersendiri. Kita rasa nasib kita kurang baik, nasib orang lain lebih2 lagi. Kita rasa kita susah, orang lain lebih susah. :(

***
Sejak minggu lepas menaip, hari ni baru siap. Rasa macam tergantung je ayat tu. Tapi dah tahu nak taip, sebab banyak keluhan je. :(

Semoga ALLAH berikan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran kepada kita semua. Walau apa jua yang mendatang. Moga kita dapat menghayati hikmah disebalik setiap percaturanNYA.

Wassalam.


Khamis, 12 Mac 2015

Mujahid Dakwah

sumber: http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/513/nadamurni-mujahid-dakwah.html

kamus sejarah mencatat kisah
seorang pemuda mujahid dakwah
ditengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina toifah [2x]
memimpin manusia menuju Allah 
membina sesebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlak lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat

memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai suara sumbang 
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia 
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah 
menjadi mainan bahan persenda

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan 
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yg rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua 
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula



Selasa, 14 Oktober 2014

14 Ogos - 14 Oktober 2014

Assalamua'laikum.

:)

Lama tak bersiaran. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua.

Sekadar coretan buat kenangan. :)

14 Ogos yang lalu, ana telah menjalani pembedahan. ALLAH bagi peluang merasainya. Tak sangka jugak. Huhu... Sakit sejak 22 Jun 2014.  Beberapa kali temujanji di hospital.  Semasa temujanji pada 7 Ogos, doktor cakap dia bagi tempoh seminggu, n datang semula 14 Ogos untuk rawatan seterusnya. Tapi tak sangka pulak nak kena operate. :) 8 Ogos tu minta mak standby untuk datang sini sebab pada tarikh 13 dan 14, zauj kena admit HUKM. Bimbang kalau ana pun kena admit, tak tahu nak tinggalkan Ilham kat mana. Hari Selasa, 12 Ogos, mak datang dengan abang ipar dan kakak. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Dah tak perlu risau tentang Ilham. Selesaikan urusan zauj di HUKM. 14hb ana ditemani kakak dan abang ipar. Tunggu giliran dalam 2 jam, masuk jumpa doktor. 3 orang doktor attend, datang doktor pakar terus suruh masuk wad. :) Haish, hati dah tak berapa tenang (takut sebenarnya). Tapi tahu, itulah yang terbaik, sebab dah tak larat nak menanggung sakit. Balik rumah makan nasi, jumpa Ilham kejap, terus ke Hospital. Lebih kurang pukul 5 petang dibawa ke OT. Bius penuh. Perasaan masa tu memang tak dapat digambarkan. Selepas disuntik bius, nurse dan doktor cakap jangan pejam mata, jangan pejam mata. Rasa macam kurang oksigen, nak bernafas pun tak selesa. Makin lama, mata pun berat, nak terpejam. Sedar dalam pukul 6.30 petang, doktor panggil nama. Mata masih kabur, tapi dapat rasa badan menggigil, sakit sangat tempat operate. Terus minta doktor bagi bius. Alhamdulillah, 645 petang, dah kurang rasa sakit. dalam pukul 7.00 malam, dibawa naik ke wad semula. Alhamdulillah, keadaan stabil. Tengahari 15hb, dah boleh balik rumah. 16hb terus balik Kelantan. Dapat MC 6 minggu. 5 minggu di Kelantan, seminggu di sini.

Pengalaman kali ni sangat berharga, tak dapat dilupakan. Setiap hari sepanjang 6 minggu tersebut, setiap hari perlu cuci luka (dressing) di klinik. Cuma minggu terakhir, doktor minta buat dressing di hospital. Sebab luka tak ok lagi, n ada cecair bertakung sedangkan luka dah hampir tertutup. Jadi, kena flush untuk elakkan infection. 2 minggu pertama lepas operation, memang bergantung pada ubat tahan sakit. Masa buat dressing tu, haish, menitis juga air mata ni. ;p.

Bila sakit macam ni, kadang-kadang kit akan rasa 'down'. Lebih-lebih lagi bila dah sebulan lebih tapi luka tak ok lagi, masih ada cecair/darah. Kadang-kadang tu sampai tahap tak ada selera langsung, tengok nasi pun tak ada selera. Nak berkurung dalam bilik je. :( Masa ni, memang teringat pada ayah. Teringat pada abah. Mungkin ini yang ayah dan abah rasa masa sakit. Down. MAcam-macam yang kita akan fikirkan. Bila nak sembuh. Ada peluang sembuh ke tak. Nanti akan berulang lagi ke. Dah tak sanggup nak rasa sakit macam ni lagi. Takut. Semua ada.

Tapi, dalam masa yang sama, bila hari-hari ke hospital, tengok keadaan sekeliling, rasa bersyukur. Sebab ALLAh bagi pada kita, sedikit saja. Dibandingkan dengan orang lain, jauh lebih sakit dari kita. Jalan bertongkat, berkerusi roda. Tak boleh makan, kena masuk tiub. Tak ada kaki, tak ada tangan.

Apapun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. PASTI. :)

Alhamdulillah, sekarang dah semakin baik. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik kepada kita semua untuk menjalani hari-hari yang mendatang, :)

Ma'as salamah.


Isnin, 4 Ogos 2014

Syawal 1435H

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. :)

Lamanya tak menjenguk ni teratak maya kesayangan. Minta maaf pada yang ternanti-nanti update. Tak sempat. :)

Hari ni dah 4 Ogos 2014. Bersamaan dengan 8 Syawal 1435H.

Masih belum terlambat rasanya untuk ana ucapkan Salam Idulfitri buat semua. Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. :)

Pada 19 Julai yang lalu, iaitu bersamaan dengan 22 Ramadhan 1435H, ayahanda mertua yang tersayang telah kembali ke rahmatullah. Pada jam 11.30 pagi, di Kota Bharu. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan.

Lebih kurang jam 11.45 pagi, kakak ipar menghubungi zauj dan memaklumkan bahawa abah telah kembali ke rahmatullah. Agak terkejut dengan berita tersebut. Namun ada juga sedikit kegembiraan dan syukur. Telah sampai waktunya untuk abah berehat. Telah hilang segala sakit yang abah alami sejak 12 tahun yang lalu. Bulan Ramadhan, ALLAH jemput abah. Alhamdulillah. Tenanglah abah di sana. Moga dipermudahkan pertemuan kita di Sana nanti.



Khamis, 26 Jun 2014

Sepi

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. :)

Apa khabar ya semuanya? Moga sihat-sihat sentiasa.

Lama menyepi. Heeeee.

Minta maaf pada yang ternanti-nanti. 2 bulan lebih kurang. Tak ada sebarang catatan baru. Haishh, entahla.. Agak sibuk kebelakangan ni. Mesyuarat pun banyak. Insya'ALLAH kalau tak ada aral, 1 Julai dapat bos baru pulak. :) Makin sibuk nampaknya. Nak kenal peribadi bos baru, biasanya ambil masa untuk kita sesuaikan diri. :)

Patah tumbuh hilang berganti.

Orang atasan memang cepat naik pangkat. Kita yang dibawah, perlu sentiasa bersedia. Bos pertama, setahun bersama. Bos kedua, tahun ni tahun ke4. :) Haih, melepaskan, terasa sayu juga. Tapi tetap perlu merelakan. Bila dapat bos yang ala-ala ayah ni, seronok sebenarnya. Yang paling penting, bila depa ni menjaga syariat. Kita pun terjaga. :) Semoga kita semua sentiasa dikelilingi hambaNYA yang beriman.

***

Ramadhan bakal tiba. Lebih kurang 4 hari saja lagi. Disaat Ramadhan yang kian hampir, banyak pula berita kematian kedengaran. Semuanya menyambut seruan Ilahi beberapa hari sebelum bulan mulia. Benarlah. Ajal maut itu rahsia ALLAH. Cepat atau lambat, hanya DIA yang tahu. Kita, perlu sentiasa bersedia. Kerana giliran kita, bila-bila masa sahaja.

Kepada semua yang mengenali, ana ingin memohon kemaafan sekiranya pernah terkasar bahasa, pernah melakukan apa-apa kesilapan sepanjang ukhuwah bertaut. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Tekadkan azam. Usaha lebih dari biasa. Semoga ALLAH permudahkan. :)

Teringat intipati dari usrah semalam:
Kita buat amal, jangan sampai jadi sia-sia. Buat ibadat, puasa, solat. Sekali, mengumpat. Rugi! Elok pahala tu besar, terus kecut. Rugi sungguh. Jadi, puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Tapi juga kena usaha puasa mata, puasa hati, puasa lidah, puasa telinga. Nak cakap memang senang. Tapi nak buat kena mujahadah betul-betul.

Ma'as salamah...

Jom bersihkan hati. Semoga Ramadhan dapat dilalui dengan gembira.. Penuh keberkatan


Selasa, 22 April 2014

KULIAH DHUHA ISTIMEWA UNTUK WANITA

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2014/04/mana-milik-kita.html




Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. :) Alhamdulillah.

Lama tak bersiaran. Maaf ya. :) Masa sangat mencemburui. Tak sempat menaip di sini. Namun doa tetap sentiasa ada untuk sahabat sekalian. Insya'ALLAH, bi iznillah.

Baiklah. Alhamdulillah sengan izinNYA, kami berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan kuliah dhuha istimewa untuk para muslimat yang dikasihi sekalian.



KULIAH DHUHA EKSKLUSIF UNTUK WANITA
TARIKH: 26 April 2014 / Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Surau Al-Najihin, Parcel 15-12B, Presint 15.

Semua muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu.
Semoga ALLAH redha. :)

Jumpa nanti yaaa

^_^




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Khamis, 17 April 2014

2 Tahun Yang Bermakna, Penuh Tarbiah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :)

Beberapa hari lepas, mula mengarang semula. Tapi akhirnya tersimpan rapi di folder draf. Masa amat mencemburui. Tak sempat.

Insya'ALLAH, tahun depan kami akan berpindah ke bangunan pejabat baru. Alhamdulillah, rezeki. Insya'ALLAH, lebih mudah parking. :)

Semalam, 16 April 2014. Genap 2 tahun usia permata hati kami, Ilham Syakirin.

Tersenyum sendiri.

Dah dua tahun masa berlalu. Bagaikan baru semalam melahirkan. Hari ni kamu dah mula berceloteh. :)

Terkenang saat kelahiran. Wajah yang membiru. Suara yang halus. Hehe, comel. Hilang segala kesakitan tatkala melihat wajahmu buat kali pertama. Dengan darah dan lendir yang masih bersalut, nurse letakkan di pangkuan. Pelukan dan ciuman pertama buat permata hati ibu. Sungguh, airmata gembira itu terus saja mengalir. ALLAHUAKBAR. Bayi ini yang kukandungkan selama 9 bulan 8 hari. Bayi ini yang selalu bergolek-golek di dalam rahimku Bayi yang selalu terselit di bawah tulang rusuk ketika memandu. Kini telah lahir, untuk bersama memikul amanah. Untuk bersama menyelusuri denai kehidupan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Segala puji bagi ALLAH, atas nikmat yang diberikan kepada kami semua.

Ilham,
Bila dah mula berceloteh, susah sikit nak berhenti (macam ibu). :p
Dah pandai tengok TV. :)
Dah faham apa yang kami suruh. :)
Bila buka pampers dan baju, terus masukkan dalam bekas dan tong sampah. :)
Nak makan, suruh orang baca doa.;p
Selesai azan dalam TV, terus tadah tangan suruh orang bacakan doa. ;p

Ilham.
Kalau tengok budak kecil kat mana-mana, dia akan cakap sambil tunjuk diri sendiri " ni baby ilham" :)

Alhamdulillah.

Meskipun tidak selaju perkembangan orang lain yang sebaya dengan beliau, kami tetap bersyukur. :)

Walau macam mana sekalipun, dialah permata hati penyejuk mata kami. :)


Genap sebulan selepas kehilangan ayah tersayang, ALLAH hadirkan anak sebagai penyeri.
16 Mac 2012. Saat ayah meninggalkan kami, airmata turun membasahi pipi.
16 April 2012, Saat kelahiran mujahid yang disayangi, airmata ini mengalir lagi. Kenangan demi kenangan bersama ayah menerpa. Betapa gembiranya jika ayah masih ada untuk melihat anak pertama kami. Tapi ALLAH maha mengetahui. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Ada hikmah disebalik semuanya.

Tenanglah ayah disana.
Doa kami sentiasa mengiringi.
Walau tak pernah melihat wajah ayah, kami tak pernah lupa untuk tunjukkan kepada Ilham, siapa tok Ayahnya. Bercerita mengenai Tok Ayah yang sentiasa ada dalam hati ibu. Sentiasa mengingatkan Ilham bahawa Tok Ayah sangat penyayang. Meskipun Tok Ayah tegas, tapi kasih sayang Tok Ayah sangat dalam buat kita semua.


Rindu ayah.

Al-fatihah buat ayah tersayang,
Omar bin Arsad.





Selasa, 1 April 2014

Hidup Mengikut Landasan Yang Ditetapkan

Assalamua'laikum.

:)

Apa khabar sahabat sekalian? Sihatkah? Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNYA.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w... Kekasih yang diingati, kekasih yang dirindui. Moga kita semua mendapat syafaat dari Baginda di hari penghitungan nanti.

***

Mac, bulan ujian, bulan penuh kejutan.

Satu persatu datang bersilih ganti.

16 Mac, dua tahun telah berlalu. Perginya ayah dari sisi kami semua. Pulang bertemu Pencipta.

Bulan Mac, punch card banyak lompang dan catatan. :) Semoga sakit itu menjadi kifarah buat kami.Ilham dan zauj silih berganti. Kejutan terbesar, ana pun tumpang sekali. 2 tahun lebih tidak merasai demam. Kali terakhir, sewaktu awal kehamilan dulu. Haish, lama sungguh. Bila dah lama tak demam, terkejut dengan penangannya. :) ALLAHu ALLAH. Sesungguhnya DIA maha mengetahui hikmah disebalik setiap yang berlaku. Nak bagi rasa, nak suruh faham. Bila kita jaga orang lain yang sakit, nak suruh sabar. :)

 Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH atas ingatan.

Sungguh, kita tak punya apa-apa. Segala yang ada hanyalah pinjaman semata. Harta, keluarga, kesihatan. Pinjaman semuanya...


Rabu, 5 Mac 2014

Kita Merancang, DIA yang Menentukan

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam jagaan dan perhatianNYA sentiasa. :)

Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang kepada kita semua untuk teruskan kehidupan.

5 Mac 2014.

Cepat sungguh masa berlalu.

Cuaca tak menentu. Panas membahang baik siang mahupun malam. Dunia semakin tua dan semakin tua. Kita, selalu lupa dan leka. Astghfirullahal'azhim.

Post yang terakhir, ana bagitahu yang kami takkan balik bulan ni sebab nak simpan cuti untuk balik bulan 3 kan? :]

Nampaknya perancangan kami tak selari dengan percaturan ALLAH.

Pada 4 Februari yang lalu, Ilham telah dimasukkan ke hospital, selama 3 hari. Iya, 3 hari berkampung di hospital. :(

Sungguh, tak dijangka.

Maghrib hari Isnin, Ilham mula muntah-muntah. Minum susu atau hatta air kosong, muntah. Makan pun muntah. Sehingga jam 4 pagi, mula cirit pulak. Kami terus bersiap untuk ke Unit Kecemasan. Kesian sangat tengok Ilham, lembik tak bermaya.

Masuk air 1 botol, dan setelah keputusan ujian darah diperoleh, Doktor arahkan kami terus ke wad, Ilham kena tahan sebab badan dah hampir kering. Di wad, 2 botol sekali harung. Sepanjang di hospital, masuk air dalam 5 botol. Bila dah hari kedua, doktor ambik darah pulak. Sempat ambik 2 kali. Ilham jadi fobia.

Hasil ujian dari najis Ilham, doktor sahkan Ilham positif rotavirus.

Hari ketiga Alhamdulillah, dah boleh balik rumah. Dalam pukul 4 pagi, mak dan adik beradik datang. Ana masuk ofis uruskan cuti, dan balik kampung 2 minggu. :D

Akhirnya... Balik kampung jugak ler kiterrrr.. :)

Kita hanya mampu merancang, ALLAH jua yang menentukan segalanya.


Rabu, 29 Januari 2014

Semoga dipermudahkan segalanya...

Assalamua'laikum :D

Apa khabar semuanya?

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita, dapat meneruskan kehidupan hingga ke saat ini.

Hujung minggu hampir tiba. Esok hari terakhir kita bekerja di bulan Januari. Pekeliling pun dah keluar, 3hb pun masih cuti. (bagi orang wilayah sahaja ye)

Alhamdulillah.

Cuti. Semoga kita dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya.

Cuti, ruang untuk bersama keluarga.
Cuti, ruang untuk eratkan silaturahim.
Cuti, ruang untuk kita tambah ilmu.
Cuti, ruang untuk kita lebih dekat denganNYA.

Kami, belum pasti kemana arah tuju.

Tapi yang pastinya, memang tak balik kampung. :( Sebab dah balik awal bulan 12, dah balik awal bulan 1. Jadi, kalau balik awal 2 ni, haishhhh, ongkossss.. Hehe.. Insya'ALLAH, dilain ruang waktu, kita usaha untuk balik kampung lagi.

Kepada sahabat yang balik kampung, atau bercuti, hati-hati ya. Semoga selamat pergi dan kembali. 


Ma'as salamah, wa ilal liqo'

(^_^)

Jumaat, 24 Januari 2014

Rasa Cinta Tak Boleh Dipaksa

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Segala puji bagi ALLAH, Yang maha Pemurah, Maha Penyayang. Tidak pernah berkira untuk melimpahkan kurniaaNya kepada kita semua.

C.I.N.TA

Bolehkah kita ungkapkan perkataan cinta pada seseorang yang kita tak kenal? Atau  mungkin kita hanya mengenali namanya, tanpa mengetahui akhlaknya, keluarganya, peribadinya? Hmm, pastinya tidak kan?

Begitulah sukarnya kita untuk mencintai rasul mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya kita tidak cuba untuk menyelami kehidupan dan peribadi baginda. Tidak mengetahui pengorbanan baginda untuk kita, demi menyebarkan agama Islam di pelusuk dunia. Kita tidak pernah cuba untuk mengenali susuk tubuhnya, tidak pernah membelek sirah tentang baginda dan para sahabat. Bagaimana untuk kita jatuh cinta pada baginda? Sedangkan di hari perhitungan kelak, kita sangat mengharapkan syafaat dari baginda s.a.w.... T_T

Kita, insan hina yang sangat banyak melakukan dosa. Kadang tanpa sedar, pun turut melakukan dosa. Apatah lagi dalam keadaan sedar.

Bila di jalanraya, pantang ada orang hon, pasti terdetik di hati, amarah menghantui diri. Kalau ada orang keluar simpang tiba-tiba, hampir melanggar kita, terus saja kita memaki, walaupun hanya secara sembunyi.

Astaghfirullahal'azhim.

Baginda rasulullah s.a.w sangat terpuji akhlaknya. Tak kira dengan kanak-kanak, dewasa, orang tua, mahupun dengan orang-orang yang selalu menentang dan membenci Baginda. Begitu banyak pengorbanan yang Baginda lakukan demi memastikan kita semua dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Meskipun Baginda telah dijanjikan Syurga, namun Baginda masih beribadat dengan bersungguh-sungguh, sehingga ada riwayat yang menyatakan, bahawa Baginda banyak solat malam sehingga bengkak kaki.

ALLAHu ALLAH.

Baginda yang maksum. Yang telah dijanjikan Syurga, beribadat sebegitu rupa. Tapi kita?? Usahkan nak solat malam, solat fardhu pun laju. zup zap zup zap, siap. Bacaan entah betul ke tidak. Doa pun laju-laju. Belek al-quran boleh kira berapa kali dalam sebulan. T_T. Selalu lupa... Lupa bahawa kita ni adalah si Pendosa. T_T

Apapun, alhamdulillah, ALLAH masih kurniakan ruang dan peluang kepada kita untuk berubah. Bertaubat. Masih beri peluang kepada kita untuk mencari redhaNYA, mengumpul bekalan sebelum ajal tiba.

Terima kasih ya ALLAH, atas kurniaan ini.
Terima kasih ya Rasulullah, kerana segala pengorbananmu demi agama Islam yang mulia ini.

Ayuh sahabat sekalian. Kita perlu berusaha sedaya upaya. Berkorban masa dan tenaga. Mengenal ALLAH yang Maha Kuasa. Mengenal Rasul yang mulia.

Kenali ALLAH, semoga iman kita makin bertambah, ibadat semakin hebat.
Kenali Rasulullah, semoga cinta akan terungkap, rindu semakin kuat.

Allahumma solli a'la muhammad wa'ala ali muhammad.


Khamis, 23 Januari 2014

Suatu Perjalanan

Assalamua'laikum.

(^_^)

Alhamdulillah.. Sehingga saat ini, kita masih diberi peluang dan ruang meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

tik, tok, tik, tok.

Masa terus berlalu. Pantas sekali. Bila tengok kalendar,ALLAHu, dah 23 Januari. Dah 23 hari dalam tahun 2014 ni rupanya. Tak sedar pun.

Kalut.

Ya, sedikit kalut. Keadaan kesihatan mertua yang agak membimbangkan. Urusan pernikahan adik ipar. Temujanji di klinik dan hospital suami dan anak. Notice board di pintu rumah dah agak penuh. :). Kilinik gigi, check-up umur 2 tahun, ambil ubat di farmasi. Haish, bila fikir-fikir tentang temujanji di klinik gigi tu, alahaiii, macam mana lah agaknya nanti? Ibu pun boleh bilang dengan jari bila je yang masuk klinik gigi nih. Nampak van klinik pergigian masuk pagar sekolah pun dah kecut perut. ;p Camnolah anak lelaki den ni nanti agaknya..

16 Mac 2014

Bila tiba tarikh ni, maknanya genaplah 2 tahun kepulangan ayah tersayang kepangkuan Allahu haq. Kembali kepada Sang Pencipta. Insya'ALLAH kalau tak ada aral, akak yang sulung dah cadang tarikh untuk buat tahlil, n buat makan-makan sikit sempena kakak yang nombor 3 dah dapat pindah balik daerah. Hmm, masih membuat perkiraan samada balik dengan kereta atau beli tiket jer. Semoga dipermudahkan segalanya.

16 April 2014

Usia anakanda bakal menginjak angka 2. Haih, macam baru saja melihat wajahnya yang kebiruan waktu melahirkan dulu. Dah nak masuk 2 tahun dah. Cepatnya masa. :D

Usia anak dah bertambah, maknanya usia ibu ayah juga semakin meningkat. Semoga terus dilimpahi rahmatNYA dalam setiap perkara sepanjang kehidupan.



muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers