Rezeki

Khamis, 17 April 2014

2 Tahun Yang Bermakna, Penuh Tarbiah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :)

Beberapa hari lepas, mula mengarang semula. Tapi akhirnya tersimpan rapi di folder draf. Masa amat mencemburui. Tak sempat.

Insya'ALLAH, tahun depan kami akan berpindah ke bangunan pejabat baru. Alhamdulillah, rezeki. Insya'ALLAH, lebih mudah parking. :)

Semalam, 16 April 2014. Genap 2 tahun usia permata hati kami, Ilham Syakirin.

Tersenyum sendiri.

Dah dua tahun masa berlalu. Bagaikan baru semalam melahirkan. Hari ni kamu dah mula berceloteh. :)

Terkenang saat kelahiran. Wajah yang membiru. Suara yang halus. Hehe, comel. Hilang segala kesakitan tatkala melihat wajahmu buat kali pertama. Dengan darah dan lendir yang masih bersalut, nurse letakkan di pangkuan. Pelukan dan ciuman pertama buat permata hati ibu. Sungguh, airmata gembira itu terus saja mengalir. ALLAHUAKBAR. Bayi ini yang kukandungkan selama 9 bulan 8 hari. Bayi ini yang selalu bergolek-golek di dalam rahimku Bayi yang selalu terselit di bawah tulang rusuk ketika memandu. Kini telah lahir, untuk bersama memikul amanah. Untuk bersama menyelusuri denai kehidupan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Segala puji bagi ALLAH, atas nikmat yang diberikan kepada kami semua.

Ilham,
Bila dah mula berceloteh, susah sikit nak berhenti (macam ibu). :p
Dah pandai tengok TV. :)
Dah faham apa yang kami suruh. :)
Bila buka pampers dan baju, terus masukkan dalam bekas dan tong sampah. :)
Nak makan, suruh orang baca doa.;p
Selesai azan dalam TV, terus tadah tangan suruh orang bacakan doa. ;p

Ilham.
Kalau tengok budak kecil kat mana-mana, dia akan cakap sambil tunjuk diri sendiri " ni baby ilham" :)

Alhamdulillah.

Meskipun tidak selaju perkembangan orang lain yang sebaya dengan beliau, kami tetap bersyukur. :)

Walau macam mana sekalipun, dialah permata hati penyejuk mata kami. :)


Genap sebulan selepas kehilangan ayah tersayang, ALLAH hadirkan anak sebagai penyeri.
16 Mac 2012. Saat ayah meninggalkan kami, airmata turun membasahi pipi.
16 April 2012, Saat kelahiran mujahid yang disayangi, airmata ini mengalir lagi. Kenangan demi kenangan bersama ayah menerpa. Betapa gembiranya jika ayah masih ada untuk melihat anak pertama kami. Tapi ALLAH maha mengetahui. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Ada hikmah disebalik semuanya.

Tenanglah ayah disana.
Doa kami sentiasa mengiringi.
Walau tak pernah melihat wajah ayah, kami tak pernah lupa untuk tunjukkan kepada Ilham, siapa tok Ayahnya. Bercerita mengenai Tok Ayah yang sentiasa ada dalam hati ibu. Sentiasa mengingatkan Ilham bahawa Tok Ayah sangat penyayang. Meskipun Tok Ayah tegas, tapi kasih sayang Tok Ayah sangat dalam buat kita semua.


Rindu ayah.

Al-fatihah buat ayah tersayang,
Omar bin Arsad.





muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers