Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. :)
Lamanya tak menjenguk ni teratak maya kesayangan. Minta maaf pada yang ternanti-nanti update. Tak sempat. :)
Hari ni dah 4 Ogos 2014. Bersamaan dengan 8 Syawal 1435H.
Masih belum terlambat rasanya untuk ana ucapkan Salam Idulfitri buat semua. Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. :)
Pada 19 Julai yang lalu, iaitu bersamaan dengan 22 Ramadhan 1435H, ayahanda mertua yang tersayang telah kembali ke rahmatullah. Pada jam 11.30 pagi, di Kota Bharu. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan.
Lebih kurang jam 11.45 pagi, kakak ipar menghubungi zauj dan memaklumkan bahawa abah telah kembali ke rahmatullah. Agak terkejut dengan berita tersebut. Namun ada juga sedikit kegembiraan dan syukur. Telah sampai waktunya untuk abah berehat. Telah hilang segala sakit yang abah alami sejak 12 tahun yang lalu. Bulan Ramadhan, ALLAH jemput abah. Alhamdulillah. Tenanglah abah di sana. Moga dipermudahkan pertemuan kita di Sana nanti.