Rezeki

Jumaat, 24 Januari 2014

Rasa Cinta Tak Boleh Dipaksa

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Segala puji bagi ALLAH, Yang maha Pemurah, Maha Penyayang. Tidak pernah berkira untuk melimpahkan kurniaaNya kepada kita semua.

C.I.N.TA

Bolehkah kita ungkapkan perkataan cinta pada seseorang yang kita tak kenal? Atau  mungkin kita hanya mengenali namanya, tanpa mengetahui akhlaknya, keluarganya, peribadinya? Hmm, pastinya tidak kan?

Begitulah sukarnya kita untuk mencintai rasul mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya kita tidak cuba untuk menyelami kehidupan dan peribadi baginda. Tidak mengetahui pengorbanan baginda untuk kita, demi menyebarkan agama Islam di pelusuk dunia. Kita tidak pernah cuba untuk mengenali susuk tubuhnya, tidak pernah membelek sirah tentang baginda dan para sahabat. Bagaimana untuk kita jatuh cinta pada baginda? Sedangkan di hari perhitungan kelak, kita sangat mengharapkan syafaat dari baginda s.a.w.... T_T

Kita, insan hina yang sangat banyak melakukan dosa. Kadang tanpa sedar, pun turut melakukan dosa. Apatah lagi dalam keadaan sedar.

Bila di jalanraya, pantang ada orang hon, pasti terdetik di hati, amarah menghantui diri. Kalau ada orang keluar simpang tiba-tiba, hampir melanggar kita, terus saja kita memaki, walaupun hanya secara sembunyi.

Astaghfirullahal'azhim.

Baginda rasulullah s.a.w sangat terpuji akhlaknya. Tak kira dengan kanak-kanak, dewasa, orang tua, mahupun dengan orang-orang yang selalu menentang dan membenci Baginda. Begitu banyak pengorbanan yang Baginda lakukan demi memastikan kita semua dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Meskipun Baginda telah dijanjikan Syurga, namun Baginda masih beribadat dengan bersungguh-sungguh, sehingga ada riwayat yang menyatakan, bahawa Baginda banyak solat malam sehingga bengkak kaki.

ALLAHu ALLAH.

Baginda yang maksum. Yang telah dijanjikan Syurga, beribadat sebegitu rupa. Tapi kita?? Usahkan nak solat malam, solat fardhu pun laju. zup zap zup zap, siap. Bacaan entah betul ke tidak. Doa pun laju-laju. Belek al-quran boleh kira berapa kali dalam sebulan. T_T. Selalu lupa... Lupa bahawa kita ni adalah si Pendosa. T_T

Apapun, alhamdulillah, ALLAH masih kurniakan ruang dan peluang kepada kita untuk berubah. Bertaubat. Masih beri peluang kepada kita untuk mencari redhaNYA, mengumpul bekalan sebelum ajal tiba.

Terima kasih ya ALLAH, atas kurniaan ini.
Terima kasih ya Rasulullah, kerana segala pengorbananmu demi agama Islam yang mulia ini.

Ayuh sahabat sekalian. Kita perlu berusaha sedaya upaya. Berkorban masa dan tenaga. Mengenal ALLAH yang Maha Kuasa. Mengenal Rasul yang mulia.

Kenali ALLAH, semoga iman kita makin bertambah, ibadat semakin hebat.
Kenali Rasulullah, semoga cinta akan terungkap, rindu semakin kuat.

Allahumma solli a'la muhammad wa'ala ali muhammad.


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers